Monday, August 13, 2007

Mengajar Anak Berdoa dan Berwirid


Bismillah,

Sebenarnya, hidup ni patut dipenuhi dengan doa kerana kita bergantung penuh kepada kasih sayang ALLAH. Doa kalau kita belajar memang banyak. Sama ada yang jenis biasa dilafazkan atau yang boleh dibaca spontan. Contoh doa yang biasa disebut adelah macam doa menaiki kenderaan, doa seblom makan, doa masuk masjid.

Manakala yg spontan pulak adelah mcm bila kita ditimpa susah la sllnya kita boleh sebut sbg contoh,”Ya ALLAH, tolonglah aku…” yang ni actually memang dah fitrah kita bergantung kepada ALLAH. So, dalam keadaan susah memang secara indirect kita akan minta tolong kepada Yang Maha Berkuasa. Cuma jarang nak jumpa orang yang tengah dalam keadaan senang nak doa lebih kurang begini “Ya ALLAH, aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan, jauhkanlah aku dari diduga dengan dugaan yang tidak mampu kutanggung.”

Ada banyak cara tapi yang terlintas dalam fikiran saye hanya beberapa tips di bawah. Rasanya, pembaca mungkin lebih arif dalam hal ni.

• Dalam kes anak kecik  kitalah yang kene membacakan untuk mereka doa yang biasa. Sebagai contoh, seblom makan bacalah doa dan minta diorg sama2 tadah tangan. Bila agak2 dia dah lancar, bolehlah galakkan dia pulak baca doa sendri kuat2.
• Pasang tape bacaan doa. Saya tak pasti kumpulan mana tapi kalau tak silap saya kumpulan ALIF ada menyanyikan lagu2 yang membolehkan anak2 kita menghafal doa.
• Tampal doa yang seswai di tempat yg seswai. Sebagai contoh, doa ketika mengadap cermin letak doanya di tepi cermin. Doa tidur di tempat tidur anakanda kita dan lain2 lagi.
• Kita sendiri kene biasakan. kalau kita tak biasakan, mcm mana nak membiasakan anak2. dalam banyak2 note, saya kira inilah yang terpenting.


Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 :

Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW perlu diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah SWT. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dari godaan Syaitan.

Firman-Nya lagi dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 :

Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Sunday, August 12, 2007

Dia Kekasih ALLAH

Wednesday, August 08, 2007

Kay Tagal Kang Hinintay

Bismillah,

Kay Tagal Kang Hinintay : The Long Wait

Sape peduli dengan cerita ni? Ntah2 saye sorang. Ntah ape la, actually tak minat mana tgk TV apatah cerita kat TV banyak cerita Indonesia. Bukan tak suka tapi rasa macam cerita Hindustan pulak..Statik. ada yg membuli, dan ada yg dibuli. Tapi alhamdulillah, semuanya akan berakhir dgn baik di akhir cerita. Ini lebih kurang trademark cerita Indonesia yang dibawakan kepada kita.

Drama Kay Tagal Kang Hinintay dibawakan dari Philippines dengan bahasa Tagalog mereka. Kalau perati2 memang ada perkataan yang sama dengan Bahasa Melayu kita macam kembar, anak…Uh maleh pulak nak mengingat satu2. actually saya baru sudah menonton cerita ni. Mungkin dah nak habish pun.

Apa yg pelik berlaku arini, airmata berlinang tu…Kalau selalu paling berat level sedih tgk TV adelah berlinang tapi yang ni bila tgk pertemuan semula seorang ibu dgn anak. Apa yg saya nak tekankan kat sini, betapa pemaafnya hati seorang ibu. Sekalipun anak yang dia kasihi tu dah menyumbatkan dia dalam penjara, juga anak itu bakal mengheret dia ke kerusi elektrik, namun dia masih memaafkan anaknya asal saja anak itu mengaku dia ibunya.

Kalau ikut tu malehnya nak cerita dari mula, kat sini saya pastekan sesuatu yang saya copy dari http://en.wikipedia.org/wiki/Kay_Tagal_Kang_Hinintay berkenaan sinopsis nya. tapi synopsis ni bagi saya tak berjaya untuk menyampaikan apa maksud saya. Saya pun tak reti nak cakap tapi saya terbawa2 dengan naluri keibuan Lorrea Guinto dalam cerita tu. Ini kerja gilak…Ha ha…

Plot
Lorna Tolentino stars as twins Lorrea and Lorrinda Guinto. They grow up with the family Francis Ventaspero (Ricky Davao). Lorrea and Lorrinda fall for with the same man Boris (John Estrada). One night Lorrinda couldn't meet with Boris and she asks Lorrea to pretend to be her. They make love. Francis rapes Lorrea. Lorrea is pregnant and the question arises to francis and boris as who is the father of her child Andrei
In an attempt to get away from the Ventasperos, who kidnapped her son away from her, she gets her child from the mansion. The of francis father gets killed. Lorrea gets blamed.
In the pier, she went down to get Andrei food but is caught by police. Andrei is left with an acquaintance met on the boat. The boat sinks but Andrei is saved by somebody i forgot the name. The one who saved him named him Yuri and eventually dies.
The brother of the guy who saves Yuri takes care of him.The guy is bad.He force Yuri and Ivan to work to earn money.He often tells Ivan that he dreams of a woman crying at the pier waving at him. (Andrei on the ship, Lorrea crying and waving incessantly at him).They ran away to Manila and eventually ended up with a child syndicate. Ivan gets busted by police and Yuri escapes. He is adopted by Mirdo (Ronnie Lazaro).
Years went by. Lorrea in jail, and meets Lorrinda inside. Lorrinda asks Lorea if she wants one day of freedom, as Lorrinda, through her special privileges, gets out of jail during nights. She agrees but then the cell was bombed by Brigitta Vertero (Bing Loyzaga), who is in love with Henri Argos.
Lorrea assumes the life of Ingrid, through Boris' prodding, in a hope to find her son. lorrea is now Ingrid Medrano a.k.a Red Butterfly, mistress of drug lord Henri Argos (Edu Manzano), and stepmom to Helaena (Rica Peralejo), Katrina (Bea Alonzo), and Nikos (Alwyn Uytingco). Once again, Yuri meets his unknown mother now pretending to be Red but they do not know each other.Mirdo and Yuri live at a place called Sittio Nuaves. He befriend with Kayla.one day,Yuri got an offer from one university in Manila.so he went to Manila and met Helaena,leaving his father and kayla.but after a few months, Kayla and Mirdo will follow Yuri to Manila.after a few incident, Yuri and Helaena becomes friends. Yuri falls on Helaena, much to Kayla displeasure cause Kayla loves him.They become boyfriend and girlfriend, but Yuri realizes that his "pards", Kayla (Dimples Romana), is the one he truly loves. Mirdo then will work with Helaena's father, Henri. Mirdo and Henri used to be friends. Mirdo wants save Henri from being caught by the police. Lorrea then marry Henri in order to save Borris.
Yuri and Ivan also meet again but due to Yuri's blunders, Ivan goes to jail and his adopted mother commits suicide. As revenge Ivan tells Lorrinda that her son Andrei is dead. Ivan says to himself "If I can't have a mother, then Yuri will not have one also."
Eventually Henry Argos criminal empire falls apart and he dies, Yuri also witnesses Red shoot his adoptive father and Briggitta's evil sister Lady Morganna (Jean Garcia) arrives on the scene to screw up the lives of the Argos children and Red, with the help of Dimitri Mijares (Johnny Delgado.Everybody tries to escape, and they were ambushed. Henri dies. Kayla is hit. All hell broke lose when Henri is caught as the drug lord, leaving his kids astonished and penniless. On the fateful day that Helaena went to Yuri's house, she overhears Yuri saying to his adoptive father Mirdo that Kayla is the one he loves and not Helaena.
Yuri and Mirdo are kidnapped separately. A voice instructs Lorrea to shoot Mirdo in order to save Yuri, with Yuri seeing the whole thing. Mirdo dies. Lorrea pulls the trigger but it is actually somebody else that hit Mirdo. Yuri vows revenge. Lorrea is then blown up. But she falls for Boris Arcangel and marries him.everybody thought the Lorrea die in an explosion that smashed her half of her face.Lorrea goes into hiding with francis and heartbroken as she thinks Yuri is dead.
Eight years later Lorrea resurfaces when she discovers Yuri is alive and she goes to Dimitri's place to look for him. She works as Morgana's gardener for a while before her true identity is discovered. She then marries Dimitri who tries to make up for the havoc he caused in her and Yuri's life. Brigitta also dies at this time. She took poison in jail.
Fast forward and Helaena becomes a prostitute. Anilov, Dimitri's son, whom he is at odds with, because Dimitri's favorite is Anilov's sister. She died because of drugs (that Argos supplies), has a party planning company. He falls for her. And makes her to work for his company. And has an alter ego "Mr. X", which Helaena has talking sessions with. Yuri treats Morganna as his second mom. Boris married Morgana, without Boris knowing about what Morganna did.
Yuri, is now a lawyer. He was adopted by Dimitri, who felt guilty about the whole thing. Kayla is in Europe. He meets Katrina and they fall in love. Katrina, recognizes Yuri but Yuri does not. Kathrina wanted to avenge her sister at first. But eventually falls in love too. The scene where Helaena found out about their relationship was a real highlight.Finding out Lorrea is alive, Boris starts to fall in love with her again, to Morganna's dismay. Morganna and Dimitri doesn't see eye to eye anymore. Morganna kill him.
Lorrea's face is fixed through surgery. Yuri and Helaena then realise that Lea is Lorrea. Yuri then prosecutes Lorrea as the killer of his father. Dimitri defendes the case and wins. In the end, it is revealed that Lorrinda is alive and had amnesia. The senate hearing where Lorrea is being charged with drug trafficking proved to be the most riveting. Yuri prosecuting his own mother. Anilov defending.
Helaena and Anilov finds out that Yuri is Lorrea's son. They tell Yuri but Yuri does not believe. He thinks that Lorrea is still Ingrid Medrano / Red Butterfly and since that both Lorrea and Lorrinda had no birth certificates, he thinks she is lying. (the birth certificates had long been pulled out by Lorrinda to erase trace on her). Lorrea is locked in a cell. They have a fight and Lorrea's hand is scratched. Lorrinda appears before Yuri and Yuri says it's not possible. He looks at her hands and sees no scratch. He then believes that Lorrea is her mother and that she in fact has a twin.Morgana then tries to kill Lorrea but end up killing Borris in public.Morgana then kill her self in jail.In the end,Helaena will marry Anilov and have a son. After Borris and Morgana die,Lorrea takes care of their daughter, Alyssa. Katrina become a lawyer. Yuri is now a law lecture in a university. Yuri accept Francis and Lorrea as his biological parents.


Cerita ni adalah adaptasi dari novel kalau tak silap saya. Pada saya ada yang kontranya dalam cerita ni. Mereka mewujudkan watak baik dalam sindiket. Maksudnya, mereka menggambarkan ada orang yang berhati mulia dalam kumpulan kongsi gelap. Walaubagaimanapun, pada akhirnya mereka menunjukkan, kesemua perbuatan jahat pasti akan mendapat balasannya.

Penekanan kepada sifat keibuan Lorrea dan Lady Morgana juga terserlah. Juga sikap kebapaan Borris, Mirdo, Henri Argos juga sangat terserlah disebalik keterlibatan mereka dalam kumpulan sindiket. Ini menunjukkan kebiasaannya, takde mak ayah yang tak sayangkan anak.

Juga menarik dalam ni adalah perbicaraan di mahkamah di mana saya mmg minat tgk cerita yang ada bicara2 kat mahkamah ni. Suka dengar soklan2 peguam dan suka dengar jawapannya. Nampak mcm mahkamah dalam TV sll jek adil. Adekah begitu dalam realitinya?

Dalam cerita ni jugak ada tunjuk jugak pasal cintan cintun tapi benda ni tak menjadi benda focus dalam cerita ni. Sape yg baca apa yg saya tulis arini, musti dah tau ending kisah ni. Mintak maaf ek kalau saya dah pecahkan rahsia awal2. he he… saya letih menunggu sebenarnya.

Kat mana ek saya pernah dengar drama yang bersambung2 ni mudah je buat org sakit jantung. Boleh jadi agaknya. Saya sendrik dengan hampehnya telah menangis. Tapi kali ni betul2 di luar kawalan saye. Malu hoo…nangis lak kat tempat keje. He he.. musti la bukan saya sorang yang tengok.

Bukan la niat saya nak suruh org tgk TV ek, apetah lagi cerita yang mcm ni. Cuma, terlanjur saya menghayati sedikit nilai murni yang terselit di dalamnya, maka jadila kisah saya menulis kat sini. Buat yang membaca, saya berharap, ada sedikit manfaatnya buat kalian.

Memori di City View Hotel Kuantan

Utk tatapan Cek Su, Cek Jah n Wa Asyiqah


PBPM Pekan Pahang in memory


Tuesday, August 07, 2007

BILA AL-QURAN BISA BICARA



Waktu engkau masih kanak-kanak,
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudhu, Aku kau sentuh
Dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih
Atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali
Sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi lacimu

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian
Di dalam lemari, di dalam laci, aku engkau simpan
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau

Sekarang, di awal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku(Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam kendaraanmu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasion radio kesukaanmu
Mengasyikkan....

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar hampir melupakanku

Bila malam tiba engkau membuka mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisi
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan kutu busuk

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terbata-bata ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Alloh SWT yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
Kubur yang setia menunggumu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari lemari dan lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau satu ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri......
Dalam bisu dan sepi....

***********************
Syahdu sekali andai benar alQuran berbicara, diatas mungkin hasil nukilan saudara kita di Indonesia berdasarkan bahasa yang digunakannya namun, saya yakin apa yg dia ingin sampaikan akan masuk ke jiwa kita andai benar kita mahu menghayatinya...

Dengarkanlah : (Sila picit butang play)


Get your own playlist at snapdrive.net!

Suami Mithali...


Bismillah,

*Dirujuk dari Dr Fadhilah Kamsah..

Kemungkinannya, apa yg bakal disembang ni seswai utk bakal2 pengantin tapi buat pengantin lama, apa kata refresh semula. Buat arini mcm ari mula2 kawen? Boleh ka?

Walaubagaimanapun, ada beberapa tips telah menjadi ulangan bagi tulisan2 saya terdahulu - ini mungkin menandakan tips itu adalah antara yang terbaik untuk diamalkan. Manakan tidak, sana sini orang akan menuturkan perkara yang sama. Selebihnya mungkin sekadar ulangan supaya yang dah terlupa diingatkan, yang tak tau boleh belajar..kan?

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
- Uiiyyoh, kata Dr Fadhilah, tanpa niat anda TAK MUNGKIN jadik suami yg cemerlang. Sekali fikir mmg pun tak dan mmg ada hadis pun kan yang satu2 amal tu mesti disertai dgn niat. Tapi kene ingat aa brader, kalau niat aje, tak amal pun tak aci jugak.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Laki2 yg baik adalah utk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya. Walaupun terkadang ada kes terpencil mcm Asiah yg bersuamikan Firaun. Pasti ada hikmah yang telah aturkan utk hambaNya tapi mereka yang berfikir aje yg tahu. Kalau yg tak berfikir2 tu, taktau la nk komen mcm mana. Kita sepatutnya bersyukur kerana tak semua orang boleh kawen tau. So, kalau dah kawen tu, syukurla... Sbb bila kita bersyukur, kita akan lebih menghargai isteri kita.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
- Susah ke nak jadi suami kebanggaan. Isteri2 ni mmg tak dinafikan, suka main banding2 kalau dok setempat. Orang laki pun sll mcm tu kan? Cuma bezanya org laki jarang sembang pasal umah tangga. Memang sll kalau perati dlm TV pun, isteri2 suka bandingkan suami masing2. Sape yg dapat suami yg boleh dibanggakan, musti la rasa hepi kan...Suami org lain tak mcm suami dia dan sape yg suami dia paling hampeh, musti la rasa keciwa. Tapi ini bukan matlamat yg saya nk bgtau. Isteri yang baik, dia takla kecoh2kan terutamanya kelemahan suami dia. Saya nk bg contoh, mak ayah kita perlukan orang utk betulkan paip rumah. Tapi suami kita offer tolong buat, so tak payah upah orang. Tidakkah perkara kecil ini membuatkan si isteri rasa berbangga. Tatkala kawan sepejabat mengadu suami dia tak tolong buat keje umah, kita boleh rasa alhamdulillah, suami aku beres...

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
- Sekalipun bala bencana telah menimpa anda di opis, cubalah jgn bawak balik masalah tu ke rumah. Kerana isteri yang baik akan rasa bersalah walaupun dia tak salah yang sebenarnya. Bila anda pulang dgn senyuman, anak2 akan ada mood nak main2 dgn anak dan ini adalah ubat terbesar utk masalah yang anda galas di pejabat. Keesokannya, anda akan lebih bersemangat.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
- Memang kalau ikutkan, zaman cari duit ni, masa 24 jam yg ALLAH bg tak jugak cukup2. Tapi takkan takde masa nak bersembang dgn isteri? Pandai2 la curi masa. Masa yg seswai bagi saya adalah selepas Subuh, seusai solat berjemaah. Tika lain, time balik keje. Satu lagi time nak dekat tido, especially kalau anakanda2 dah tido.

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
- Ni orang skang kedekut nak tepon tya bini dah makan ke? Anak kat umah buat ape? Ada barang kat umah dah beli ke? Ni idea tambahan ni, yang boleh ditambah tya kalau dah malu sangat tepon semata2 nak cakap, "Ayang, abang rindu aa..". Yo lah takut saham jatuh terguling2. Kalau susah sangat nak tepon, SMS aa...Teknologi punya la canggih. YM ada nak chat tapi apa kelas nak chat dgn bini sendrik. Tak rock konon...

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
- Memang bg jenis lelaki yg serius, susah nak cari benda nak buat lawak. Tapi kalau tak buat lawak, takkan tak pandai sikit pun nak bergurau. Takkan asyik direct aje. Sekali bini tgk, ntah2 dia fikir, nih laki aku ke robot aja. Saya rasa memang bergurau2 ni adelah antara cara yg baik apetah lagi Rasulullah junjungan kita juga selalu bergurau dengan isteri Baginda.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
- Ya, ni lagi satu. Dah kat umah kalut dgn anak, kat opis kalut dgn keje. Time diberi kesempatan dok dalam kete, especially kalau perjalanan jauh, apalah salahnya kalau cari benda bersembang, anda yg memandu pun hilang ngantuk dan isteri pun rasa suka. Hei, sape yg tak suka sembang dgn suami sendrik. Lagi satu, kalau tetiba diam, acu amik tangan isteri letak atas paha korang. Saje2... Saya pernah baca zaman kanak2 lagi dalam majalah wanita, time tu saiz dia besau tapi saya boleh ingat sampai arini.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
- Mmm...yang ni kerap bebeno dengar. Makan berjemaah. Sekali dengan anak2 dan kalau lebih baik, cuba makan dalam talam. Benda sikit pun rasa banyak.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Betulke sunnah ek, mcm tak ingat tapi ni lah yg saya dapat dari salinan asal. Kalau salah, tolong betulkan ek... Amalan ni pun memang glamer. Tak payah tiap ari pun, kadang2 aje dah cukup untuk isteri teringat2kan suami dia.

Hah...Seploh aa dulu...Yg lain2, next time ek...

Sunday, August 05, 2007

Kisah Anak-Anak

Bismillah,

Ni hanya selingan. Sekadar nak share dengan sahabat2 semua cerita anakanda2 saya nan tercinta. Ada yg lucu, ada yg sedih, ada macam2....Ruangan ini ditujukan khas untuk sepupu sepapat, kawan2 dan adik2 kat Jordan nu...Kat bawah tu boleh la kalau nak belek2 gambar latest...Byk yg rosak tatau la pehal...Anyway harap korang enjoy!!

HIDUNG UWAIYS KENE GIGIT
Ni antara yg sensasi. Sekali balik dari keje, suami saye kata tgk la hidung uwaiys. Ingat kan selsema teruk sbb mmg dah mcm clown pulak tgk merah nya. Rupanya tak...Ade budak gigit hidung Uwaiys. Tak tangkap gambar sbb dalam kamera takde bateri kalau tak boleh la tgk betapa ganasnya budak tu gigit hidung anak saye. Memang berbekas gigi budak tu. Pagi tadi time datang keje, sempat la tgk budak tu. Memang terasa nak genyeh aje. Mata saya pulak punya la jahat, kejap2 nampak mcm budak tu tukar jadi anak beruang...Ha ha...Actually mak dia dah pesan pada pengasuh yg anak dia mmg suka menggigit. Dah memang habit dia mcm tu...Mcm ne la nak buat dgn budak tu ek?

BAJU BANGUN KAKAK
Satu ari, Asmaa' taknak pegi nurseri sbb Che Ti dia ade kat umah. Dia pun rimas agaknya budak ramai2 kat nurseri. Dia memang byk rekod tanak pegi nurseri. He he...Mintak2 keadaan berbeza once dia masuk sekolah nnt. Selepas je mandi, Che Ti pun pakaikan baju. Rupanya baju tu baju tido...Che Ti dia pun cakap, "Bukak la kakak, ni baju tido." Dia pulak dengan kondifennya cakap. "Bukan!! Ni baju bangun!!" Ntah ape la yg dia faham dengan baju tido n baju bangun ek?

CAH KAP SEH KEH TUL
Usamah saye dah boleh bercakap penuh. Kalau dulu dia pilih yang hujung2 aje untuk bercakap tapi kali ni tak lagi. Dia dah ckap penuh tapi apa yg kelakau sangat sbb letih kalau nak dengar dia menghabiskan ayat. Kalau nak mandi... "Uh mih ah beh nak man dih" maksud umi, abg nak mandi. Dah la kecek Kelate.

MENGIRA
Rekod Asmaa' buat masa ni dah boleh mengira dengan
Bahasa Melayu : Satu sampai Sepuluh belas. Merujuk kepada dua puluh he he
Bahasa Inggeris : Boleh dah One to Ten

Usamah pulak,
Bahasa Inggeris : Boleh One to Ten
Bahasa Melayu tak cukup rukun lagi. He he...Ada lompang sikit

Saturday, August 04, 2007

Petua Rumahtangga Bahagia



Melihatkan tajuk, memang biasa...Juga artikel asal dah berulangkali melintasi mata saya. Hari ni, saya nak hadamkan...Mana tau ada satu dua bakal menjadi amalan baru saya dan pada sesiapa yang membaca. Moga ada manfaatnya kali ini.. :)

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama - Kegiatan ni tak kiralah apa2 kegiatan pun. Ada yang shopping pun nak berdua sbb poket isteri kan selalu ada kat suami he he...Tapi suami saya sendiri tak minat nak berwindow shopping. Bab ni memang kitorg tak buat la. Tapi kalau merata2 naik kete berdua tu kerapla jugak. Kalau bab makan, suami saya pulak memang suka macam tu tapi saya selalu mintak dia makan dulu time anak takmo duduk. Kalau dalam bab makan ni, kawan saya pernah cerita masa dia awal kawen dulu. Dia makan siap2 sebab suami dia lambat balik. Time dia jamu lauk atas meja, dia panggil suami makan n dia gi lipat kain, tgk TV ke atau basuh kain. Sekali kene sound da...Tau dia sound apa? "U ni jamu kucing makan ke?" Ha ha..Start dari situ saya pun turut berfikir ape...Betul jugak kalau jamu lauk dengan nasi tapi kita tak tunggu suami makan. Tapi ade pulak bini yang amik kesempatan kalau temankan suami makan. He he...Tumpang utk second round!! Ahaks, mane la tak sihat alhamdulillah. Bab mandi sama, bunyi cerita memang ramai yang suka esp mereka yang ada bilik air dalam bilik tidur tu. Kalau umah tu share dengan ramai orang mcm dok umah mak ayah, susah la sket. Kene curi2 mandi sama....

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan - Bab tidur atas lengan tu mcm jugak Saidini Ali dan isteri kesayangannya Siti Fatimah. Zaman skang ade lagi ke aa laki yang sudi bagi lengan dia untuk sedikit keselesaan isteri dia tidur. Ntah2 ramai yang taknak sbb konon2 bini tidur buas. Karang dia yang tak lena sedangkan itu alasan jek kan. Bab berjalan sebelah belakang bahu kanan tu, saya pun tak pasti mai mana. Tapi bahagian yang baik memang belah kanan kan dan biar suami kedepan sikit memang lah sbb suami kan ketua keluarga.

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri - Ha ha...Ni tgh musim durian lah. Ade pulak yang makan petai cicah dengan budu + durian. Jgn kata bau mulut jek, time musim ni bilik air pun ade bau durian. Huhu...Yang ni memang mimpi ngeri buat mereka yang mengandung terutamanya. Bab bau badan memang la. Makcik saya kata, air adelah minyak wangi yang paling baik. Means kene la mandi pada masanya kan? Kalau tak boleh rasa la bau badan yang best tuh... Kat umah, ada setgh org tak pakai minyak wangi sbb maklumla minyak wangi mahal, takut habis cepat sedangkan untuk org perempuan, dia perlu pakai kat dalam rumah aje. Kat luar bukan nak ngorat sesape pun yang pakai sampai tersangkut anak tekak org lain. ;) Mmm..Ada butui ka?

4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya - Yes!!! Ayat ni menyebelahi saya. Ada seorg kawan saya cerita, suami dia sll keluar malam. Diorg laki bini pun member saya jugak. Saya cakap dia call la kasik dia bosan nnt dia balik cepat. Dia kata dia dah buat sampai last2 dia yang bosan nak call. Suami dia kata on the way tapi benda 5 minit pun jadi 5 jam kalau org laki jumpa 'gu' dia nih. Mungkin ramai isteri yang suka suami ada kat umah walaupun dalam keadaan tgh perang dingin. Tak percaya? Cuba slow talk brader...Saya rasa jawapannya mmg korang kene byk dok umah la...Tapi bukanla takde pengecualian. Dia kan patut pegi solat berjemaah di masjid, perlu bermasyarakat tapi aktiviti luar tu biarla ada kawalan. Jgn la tgk bola sibuk dok kedai sedangkan kat umah ada TV. Mmm...Bab bola...Patut ke org laki tgk???

5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan - yang ni bisa buat saye jadi pusing. Ke org lain tak pusing? Benda ni kene kreatif ooo... Sll tocang satu seminggu lepas tu kene tocang dua. Macam tu ke? Ishh...Tapi kalau alter barang2 dalam umah ke, yg tu logic aaa jugak. Any idea?

6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga - Ha ha..Bab kreatif sendri mcm yg saya cakap tadila...Kene pandai fikir sendiri. Memang serasanya tak mudah tapi kalau kita biasakan contoh, baca al-Quran beramai2 sekali seminggu pun dah cukup mengikat rasa kekeluargaan dengan pasangan dan anak2.



7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu - Once kita ada salah faham, jgn sekali2 cari benda yang lebih menyakitkan hati untuk difikirkan. Fikirla tentang benda yang best2. Actually saya tak berapa berkenan ingat kembali kenangan manis semasa bercinta. Sbb bunyi macam suruh ingat benda yang seblom kawen kan? Adalah lebih baik fikirkan tentang awal2 kawen. Sbb saye pun kenal suami selepas kawen.

8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak - Siapa yang pernah tgk isteri beranak? Memang saya tabik aa.. Sbb saya dah jumpa sendiri suami yang tak berani tgk bini beranak. Tiap kali bini dia nak push keluarkan anak, dia mula rasa nak terberak...Ha ha..Lucu kalau ingat. Rasa2 org laki la...Bini korang senang ke time ngandung? Memang la baby tu tak terasa bebannya sbb dia usung anak korang tu dgn kasih sayang. Saya sendiri mengaku saya paling suka lepas bersalin, suami akan cakap, "Terima kasih...lahirkan sorang anak abang yang comel" Dan saat yang lain yang paling mengharukan saya adalah bilamana suami saya bangun malam untuk membancuh susu anak kalau anak nangis nak susu.

9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk)- Uhuk..Bab ni saya tak pandai nak kata apa2. Sbb saya takde pengalaman lagi keluarga terdekat. Kawan2 memang ada tapi benda yang sakit2 mcm ni, orang mcm saya memang tak suka nak amik tau. Tapi rasa suami saya pernah cakap, kalau suami tu dah ceraikan isteri dia, dia yang kene kluar rumah tu sbb bini dia takleh kluar umah. Tapi bab cerai ni fikirlah baik2 betapa susahnya kita nak berumahtangga dulu, tiba2 senang2 nak cerai. Juga fikirkanlah anak2. Kenapa kita tidak berubah dan selalu berfikiran positif dan memilih jalan terbelah dua ni? Tapi keadaan akan kekal sama andai yang berubah hanya sorang. Kedua2 perlu membaiki diri.

10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat - Same je, isteri pun. Kalau ada masalah pape, ada tikanya kita boleh share dengan keluarga mertua. Saya cakap dari pengalaman ni sbb once ada masalah, kita lak ngadu dgn kluarga sendiri, biasanya keadaan akan jadi lebih panas. Bukan lebih baik tu...

11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri - Sekalipun suami tu wakil sekolah ke, wakil rakyat ke, wakil negara ke hape...pastikan la anda punya masa dengan keluarga anda. Pernah tak baca pengaruh bapa dalam pembesaran anak2? Walaupun orang laki nampak diam jek dalam rumah tapi kehadiran anda dalam rumah mempunyai sumbangan besar dalam kebahagiaan keluarga anda.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung - Kalau perati2 memang wanita ni giat lebih2 kalau join pape pun. Tak percaya?? Tak kisah la persatuan ke, politik ke, MLM ke...Kalau bukan wanita yang menggerakkan, musti slow abis cawangan tu. Once sibuk, anak2 tinggal kat bibik...Tu yang anak suka cakap indon tu. Ha ha...Kalau tadi dikatakan kehadiran ayah memberi sumbangan besar pada pembesaran anak, pasti kehadiran ibu adalah berganda2 penting dalam rumah kerana air tangan anda, akan menentukan halatuju ahli dalam keluarga anda itu.

13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga - Even suami atau isteri kita dah kurang sikit pendengaran, maklum aa umur veteran. Nak cakap kuat kene la jgn sampai bunyi menengking. Memang saya dah jumpa pun pasangan yg suami dia terasa bilamana bini dia cakap tengking2 dgn suami dia. Tapi bila tanya bini, dia kata cakap slow2 laki dia tak dengar. Memang tak dinafikan ada org yg mmg brutal tapi gitu aa...Dgn kluarga, kene jugak belajar berlembut2 supaya anak2 jugak tak brutal mcm kita...Ha ha...

14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah - Yang ni saya pernah tya secara rawak . Kat umah takde la kene bergaya gila2 asal jgn selebet sangat jek. Jgn nampak beza sangat luar dgn dalam umah.

15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut - Sama jugak mcm tadi, berlembut2 ni kalau dibiasakan, tak kira la bercakap ke, masak ke, mengemas ke...Sume nampak licin jek. Cuba bayang kalau kita buat ganas2 takke nampak mcm ngamuk..ish..Huduh2!!! orang yang biasa lebut2 ni, kalau gaduh pun tak nampak gaduh..Percayalah!!



16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian - Teringat nya arwah tok saya. Selalu dulu diatidur dgn saya aa kalau saya balik kampung. Maklum la cucu sulung. Lepas saya 4 tahun baru ada adik. Lagi lah manja. Mcm mana ek perasaan arwah wan masa tu?

17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri - Ya betul, bincang slow2...Jgn kecoh2. Benda kalau kita suka nak kecohkan, memang kecohla jadiknya.

18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga - Kalau kita biasakan berada bersama keluarga, insya ALLAH takde masalah dalam hal ni. Cuba banyakkan xtvt yang melibatkan semua ahli keluarga.

19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia - Usik2 manja, pegang tangan depan anak, peluk bahu isteri depan anak2...Anak saya sendiri walau baru 3 tahun tersengih2 kalau tgk abah dia usik saya. Ntah apa la dia faham tapi satu benda yang perlu kita faham adalah, sengih tu menunjukkan jiwa dia bahagia. Setuju??

20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka - Walaupun boleh diberi pilihan, jgn sampai bebas sangat tu. Bagi pilihan tu untuk menunjukkan mereka ada hak dan jgn bagi bebas akan menunjukkan tidak semua benda dibolehkan untuk mereka.

21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian - Rajin2 la buat mesyuarat walaupun kadang2 nampak mcm angan2 je, tapi setiap realiti selalunya bermula dari angan2. Jaga baik2 cara pengaliran kewangan ahli keluarga. Sebab duit mempunyai pengaruh besar dalam keluarga.

22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan - Bab solat berjemaah memang takleh nafikan lagi. Saya boleh bezakan keluarga yang biasa solat berjemaah dengan yang tidak. Walaupun ada dua keluarga bahagia, satu yang mengamalkan solat jemaah dan satu lagi tidak, masih wujud kelompangan dalam keluarga yang tidak membiasakan solat jemaah ni. Mungkin kerohanian mereka tak bersatu.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya - mmm...Yang ni memang kene jaga sbb benda yang mendaging dalam tubuh mmg kene jaga. Dia akan mendatangkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan. Ingatlah keterlibatan kita dalam riba, makanan halal tapi dicuri semua tu mendatangkan kesan buruk terhadap jiwa dan jika ini disuap ke mulut keluarga, pasti juga jiwa mereka terdedah kepada titik hitam.

Adush...Lama dah tak menulis. Terasa krem kejap otak. Maklum aaa nota ada 23. Byk jugak la yg baru2 belajar. Korang yang membaca, ada tak manfaatnya? Walau apa pun yang kita amalkan, kembalilah kepada ALLAH. Minta ALLAH tunjukkan jalan yang betul utk dilalui. Amin!!

Review JERITAN SEORANG PERAWAN TUA


Assalamualaikum,
Jeritan Seorang Perawan Tua…
Sebenarnya saya dah melintasi tajuk ini beberapa kali sepulangnya saya dari kampong setelah menziarahi bapa saudara yang telah kembali kepada Penciptanya..Alfatihah..Sungguh saya tidak rapat dengan pak njang tapi pemergian dia dapat saya rasakan apatah lagi bagi sepupu2 kami yang masih kecil. Setiap kali pulangnya saudara dari tempat yang jauh, maka di rumah pak njang lah tempat mereka berkampung.

Mungkin apa yang saya tulis ini akan menimbulkan kesedihan di hati sepupu saya Asyiqah (memandangkan dia juga pengunjung setia blog ini) dan adik2nya tapi saya yakin mereka telah bersedia dengan keadaan ini. Sungguh saya terasa sayu melihat air mata ahli keluarga kami namun mereka semua merelakannya dan pastinya mereka akan mendoakan hanya yang terbaik buat arwah pak njang.

Berbalik kepada tajuk asal. Apakah yang menarik perhatian saya di sini? Setelah baca emel sebenar dari Ustaz Zaharuddin, barulah saya baca isi kandungannya. Yang saya nampak seblom2 ni hanya respon keatas artikel yang ustaz tampilkan dalam grupnya. Jadi, hari ni baru saya baca betul2 kerana ada sesuatu yang terkesan di hati ini.

Kebetulan hari Khamis (hari ini hari Sabtu) saya mendapat berita seorang yang dikenali di Pasir Putih kerana dia juga sahabat kepada suami saya telah berkahwin satu lagi dengan janda dua anak. Sukar saya nak nyatakan tapi walaupun bukan saya, saya terasa mood saya aritu memang kurang baik. Apatah lagi kalau suami saya ajak saya bercakap tentang poligami. Sorry la abg, wrong timing he he…

Saya seperti dapat merasakan lara dihati isteri pertama kepada sahabat suami saya itu. Tapi, isteri baru dia juga perlukan seseorang disisi. Saya jadi keliru kerana terpaksa mengangguk dan menggeleng dalam masa yang sama. Sungguh pelik lagi malam itu saya mimpikan rumahtangga mereka namun itu bukan mimpi buruk. Sekadar lumrah yang perlu dilalui oleh mereka yang hidup berpoligami.

Perasaan berkecamuk ini sedikit ditambah selepas tgk TV2 jam 10 pagi tadi. Saya tak sempat tgk ending dia sbb ada customer time tu tapi saya rasa mungkin happy ending jugak kot yang mana dia mengisahkan dua org wanita yang bermadu duduk serumah pada mulanya. Yang saya kenal pelakon utama dia lisdawati, elly mazlin dengan nasir bilal khan. Tajuknya Seharum Al-Zahra.

Kenapa agaknya ya penulis skrip ni terfikir untuk buat cerita ni? Ha ha..saya seakan takde mood pulak cek mata customer tadi. Campur dengan hidung yang selsema ni, rasa mcm syahdu2 jek. Uh, ni lah benda yang sahabat saya selalu marahkan saya. Takutkan satu benda walaupun benda tu belum terjadi lagi pun.

Sukar untuk saya jelaskan pendirian saya kerana saya masih mencari lagi sesuatu yang menyebabkan saya senang sekiranya saya menerima poligami dalam keluarga kami. Buat abg, jgnla berangan lebih2 he he…kang baca benda ni ingat lampu hijau pulak. Buat masa ni takde lampu2, takde mood I nak pikir…. Bila ek nak pikir???

Buat mereka yang masih belum membaca ‘JERITAN PERAWAN TUA’, di sini saya copykan untuk anda turut berfikir bersama saya.

***************************************************************
JERITAN PERAWAN TUA

Fenomena bertambahnya jumlah wanita yang terlambat menikah (perawan tua) menjadi satu perkara yang menakutkan saat ini, mengancam kebanyakan pemudi-pemudi di masyarakat kita yang Islami, bahkan di seluruh dunia. Berikut ini marilah kita mendengarkan salah satu jeritan mereka :

Majalah Al-Usrah edisi 80 Dzulqa'dah 1420 H menuliskan jeritan seorang perawan tua dari Madinah Munawaroh,"Semula saya sangat bimbang sebelum menulis untuk kalian karena ketakutan terhadap kaum wanita karena saya tahu bahwasanya mereka akan mengatakan bahwa aku ini sudah gila, atau kesurupan. Akan tetapi, realita yang aku alami dan dialami pula oleh sejumlah besar perawan-perawan tua, yang tidak seorang pun mengetahuinya, membuatku memberanikan diri. Saya akan menuliskan kisahku ini dengan ringkas.

Ketika umurku mulai mendekati 20 tahun, saya seperti gadis lainnya memimpikan seorang pemuda yang multazim dan berakhlak mulia. Dahulu saya membangun pemikiran serta harapan-harapan; bagaimana kami hidup nanti dan bagaimana kami mendidik anak-anak kami... dan.. dan...

Saya adalah salah seorang yang sangat memerangi ta'adud (poligami). Hanya semata Mendengar orang berkata kepadaku, "Fulan menikah lagi yang kedua", tanpa sadar saya mendoakan agar ia celaka. Saya berkata, "Kalau saya adalah istrinya -yang pertama- pastilah saya akan mencampakkannya, sebagaimana ia telah mencampakkanku' . Saya sering berdiskusi dengan saudaraku dan terkadang dengan pamanku mengenai masalah ta'addud. Mereka berusaha agar saya mau menerima ta'addud, sementara saya tetap keras kepala tidak mau menerima syari'at ta'addud. Saya katakan kepada mereka, 'Mustahil wanita lain akan bersama denganku mendampingi suamiku". Terkadang saya menjadi penyebab munculnya problema-problema antara suami-istri karena ia ingin memadu istri pertamanya; saya menghasutnya
sehingga ia melawan kepada suaminya.

Begitulah, hari terus berlalu sedangkan aku masih menanti pemuda impianku. Saya menanti... akan tetapi ia belum juga datang dan saya masih terus menanti. Hampir 30 tahun umurku dalam penantian. Telah lewat 30 tahun... oh Illahi, apa yang harus kuperbuat? Apakah saya harus keluar untuk mencari pengantin laki-laki? Saya tidak sanggup, orang-orang akan berkata wanita ini tidak punya malu. Jadi, apa yang akan saya kerjakan? Tidak ada yang bisa saya perbuat, selain dari menunggu.

Pada suatu hari ketika saya sedang duduk-duduk, saya mendengar salah seorang dari wanita berkata, 'Fulanah jadi perawan tua". Aku berkata kepada diriku sendiri, "Kasihan Fulanah jadi perawan tua", akan tetapi... fulanah yang dimaksud itu ternyata aku. Ya Illahi! Sesungguhnya itu adalah namaku... saya telah menjadi perawan tua. Bagaimanapun saya melukiskannya kepada kalian, kalian tidak akan bisa merasakannya. Saya dihadapkan pada sebuah kenyataan sebagai perawan tua. Saya mulai mengulang kembali perhitungan- perhitunganku, apa yang saya
kerjakan?

Waktu terus berlalu, hari silih berganti, dan saya ingin menjerit. Saya ingin seorang suami, seorang laki-laki tempat saya bernaung di bawah naungannya, membantuku menyelesaikan problema-problemaku ... Saudaraku yang laki-laki memang tidak melalaikanku sedikit pun, tetapi dia bukan seperti seorang suami. Saya ingin hidup; ingin melahirkan, dan menikmati kehidupan. Akan tetapi, saya tidak sanggup mengucapkan perkataan ini kepada kaum laki-laki. Mereka akan mengatakan, "Wanita ini tidak malu". Tidak ada yang bisa saya lakukan selain daripada diam. Saya tertawa... akan tetapi bukan dari hatiku. Apakah kalian ingin saya tertawa, sedangkan tanganku menggenggam bara api? Saya tidak sanggup...

Suatu hari, saudaraku yang paling besar mendatangiku dan berkata, "Hari ini telah datang calon pengantin, tapi saya menolaknya.. ." Tanpa terasa saya berkata, "Kenapa kamu lakukan? Itu tidak boleh!" Ia berkata kepadaku, "Dikarenakan ia menginginkanmu sebagai istri kedua, dan saya tahu kalau kamu sangat memerangi ta'addud (poligami)". Hampir saja saya berteriak di hadapannya, "Kenapa kamu tidak menyetujuinya? " Saya rela menjadi istri kedua, atau ketiga, atau keempat... Kedua tanganku di dalam api. Saya setuju, ya saya yang dulu memerangi ta'addud, sekarang menerimanya. Saudaraku berkata, "Sudah terlambat"

Sekarang saya mengetahui hikmah dalam ta'addud. Satu hikmah ini telah membuatku menerima, bagaimana dengan hikmah-hikmah yang lain? Ya ALlah, ampunilah dosaku. Sesungguhnya saya dahulu tidak mengetahui. Kata-kata ini saya tujukan untuk kaum laki-laki, "Berta'addud- lah, nikahilah satu, dua, tiga, atau empat dengan syarat mampu dan adil. Saya ingatkan kalian dengan firman-Nya, "... Maka nikahilah olehmu apa yang baik bagimu dari wanita, dua, atau tiga, atau empat, maka jika kalian takut tidak mampu berlaku adil, maka satu..." Selamatkanlah kami. Kami adalah manusia seperti kalian, merasakan juga kepedihan. Tutupilah kami, kasihanilah
kami."

Dan kata-kata berikut saya tujukan kepada saudariku muslimah yang telah bersuami, "Syukurilah nikmat ini karena kamu tidak merasakan panasnya api menjadi perawan tua. Saya harap kamu tidak marah apabila suamimu ingin menikah lagi dengan wanita lain. Janganlah kamu mencegahnya, akan tetapi doronglah ia. Saya tahu bahwa ini sangat berat atasmu. Akan tetapi, harapkanlah pahala di sisi ALlah. Lihatlah keadaan suadarimu yang menjadi perawan tua, wanita yang dicerai, dan janda yang ditinggal mati; siapa yang akan mengayomi mereka? anggaplah ia saudarimu, kamu pasti akan mendapatkan pahala yang sangat besar dengan kesabaranmu"

Engkau mungkin mengatakan kepadaku, "Akan datang seorang bujangan yang akan menikahinya" . Saya katakan kepadamu, "Lihatlah sensus penduduk.Sesungguhnya jumlah wanita lebih banyak daripada laki-laki. Jika setiap laki-laki menikah dengan satu wanita, niscaya banyak dari wanita-wanita kita yang menjadi perawan tua. Jangan hanya memikirkan diri sendiri saja. Akan tetapi, pikirkan juga saudarimu. Anggaplah dirimu berada dalam posisinya".

Engkau mungkin juga mengatakan, "Semua itu tidak penting bagiku, yang penting suamiku tidak menikah lagi." Saya katakan kepadamu, "Tangan yang berada di air tidak seperti tangan yang berada di bara api. Ini mungkin terjadi. Jika suamimu menikah lagi dengan wanita lain, ketahuilah bahwasanya dunia ini adalah fana, akhiratlah yang kekal. Janganlah kamu egois, dan janganlah kamu halangi saudarimu dari nikmat ini. Tidak akan sempurna keimanan seseorang sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri". (1)

Demi ALlah, kalau kamu merasakan api menjadi perawan tua, kemudian kamu menikah, kamu pasti akan berkata kepada suamimu "Menikahlah dengan saudariku dan jagalah ia". Ya ALlah, sesungguhnya kami memohon kepadamu kemuliaan, kesucian, dan suami yang shalih"

A.A.N -Madinah

1. HR. Bukhari dalam kitab Iman no 13 dan Muslim no 45.

(Dipetik dari buku "Istriku Menikahkanku" , As-Sayid bin Abdul Aziz As-Sa'dani, Darul Falah, cet. Ogos 2004)

********************************

Dan di bawah ni, respon Ustaz Zaharuddin atas artikel ini yang mungkin ramai tak nampak...

Respond Saya : Re: Jeritan Perawan Tua


Salam,

Perlu melihat artikel yg saya forward itu dgn lebih baik. Saya forward ini di groups bukan utk moral yag disebutkan oleh NAJI ini tapi untuk ingatkan semua, apabila seorang itu mengutuk dan menghina sesuatu hukum seperti 'poligami' sebagai contoh, maka balasan Allah boleh datangkan pelbagai jenis balasan kepada si pengutuk, antaranay adalah dengan cara yang diceritakan di bawah, iaitu si pengutuk yang
anti poligami akhrinya perlukan poligami.

Macam cerita drama baru ini saya sempat lihat di TV, seoranglaki yang benci dengan ustaz dan pengajian agama serta melarang anaknya mengaji agama, akhirnya ustaz itulah yang kebetulan membantu menyelamatkan nyawa si lelaki tu. Then barulah nak insaf..

So, moralnya, jgn hina dan kutuk sbrg hukum agama....bukan suruh nikahkan suami anda ...itu sampingan saja.

sekian

zaharuddin abd rahman
www.zaharuddin.net