Sunday, June 28, 2009

Menyemai Tabiat Menabung


Bismillah,

Segan saya nak menulis tentang hal ini. Jika mahu dibandingkan dengan MommyLyna MSK, saya pastilah jauh ketinggalan. Namun ini adalah satu peringatan buat diri saya. Siapa nak tumpang baca, silalah...jika tidak baik lihat kepada MSK, disitu ada banyak topik yang melibatkan perancangan kewangan.

Di sini, saya ingin menyenaraikan jenis tabungan yang popular di kalangan kita :
  • simpanan secara biasa di dalam bank perdagangan
  • ASB
  • insurans
  • KWSP
  • Tabung Haji
Di atas adalah jenis tabungan yang boleh dikatakan ramai yang berdisiplin dengannya. Tapi ada juga yang suka mengelat macam saya hihi...dengan alasan berikut :
  • gaji tidak cukup
  • keluarga yang ramai
  • taraf hidup tinggi
Sebenarnya, adalah sangat marabahaya jika kita tidak menabung. Bahayanya akan kita tahu bila saat benar2 genting contohnya saat2 kemalangan dan kematian. Oleh itu kesedaran dalam menabung ini adalah amat penting tetapi bagaimana kita mahu memupuk semangat menabung ini? Mungkin kaedah ini boleh dipraktikkan :
  • Selalu mengingatkan ahli keluarga agar sentiasa menabung
  • Setiap ahli dalam keluarga mesti membuat belanjawan sendiri
  • Berdisiplin dengan belanjawan yang dibuat
  • Jika ada pendapatan tidak dijangka seperti menang sesuatu, bonus dan lain-lain, simpankan semua atau sekurang2nya separuh daripadanya.
Saya ingin juga menambah sesuatu, saya amalkan ini untuk kehidupan saya sendiri tapi ia tidak banyak namun agak praktikal bagi mereka yang seperti saya :
  • Saya simpan duit syiling setiap kali balik dari membelibelah. Jika sudah cukup banyak saya akan masukkan ke dalam akaun simpanan yang tidak mempunyai kad.
  • Saya menabung RM 10 untuk anak yang berumur setahun, RM 20 untuk anak yang berumur 2 tahun dan seterusnya. Walaupun sedikit, ia berbaloi dan tetap mempunyai nilai satu hari nanti mudah2an.

Saturday, June 27, 2009

Homeschool dan Saya







Bismillah,

Dulu pernah berborak tentang hal ini dengan Mamamencah
Kelmarin dulu berborak dengan *** dan *** (saya taknak sebut atas alasan keselamatan tapi kami sembang dalam conference)
Semalam baca di blog kakyong72
Hari ini menjengah ke blog Rizza dan puan Fid di link ini dan ini

OK. Dimana saya jumpa perkataan homeschool?
Saya jumpa perkataan homeschool di dalam sebuah majalah bahasa Inggeris dan ampun, saya takleh recall apa nama majalahnya. Majalah itu saya beli zaman saya duduk di KB lagi kerana kedai buku adalah sebelah tempat saya bekerja. Time tu, pantang saya menguap saya akan pergi ke sana (tapi kebanyakan masa saya menguap, saya akan masuk bilik cek mata dan tido...muahahaha)

Namun buku itu saya baca hanya setelah saya berada di Parit Buntar. Hihi...itu bermakna saya membacanya selepas 3 tahun dan itu pun kerana saya rasa nak buang majalah itu sebab gambarnya yang seksi. Rasanya tajuknya Woman's Weekly. Jadi saya lihat satu persatu ms mana tahu ada topik yang saya berkenan untuk sedut isinya.

Antara ms yang saya koyak selain resepi adalah berkenaan memberi pendidikan kepada anak2 di rumah. Home is a better school for children. Di dalamnya tidak banyak mengupas tentang homeschool tetapi perkataan itu ada dinyatakan didalamnya.

Kemudian saya mula membuat carian di dalam google dan telah terjumpa komuniti ini di Malaysia dan saya merasakan ini adalah sesuatu yang menarik dan pastilah berkepentingan buat anak2 saya. Namun, secara rawaknya saya tidak pasti berapa kanak2 kah secara statistik yang mengikuti homeschool ini secara serius. Kebanyakan mereka di Malaysia yang tidak bersekolah di sekolah, turut tidak mendapat pendidikan serius di rumah.

Semakin hari saya melayari internet dan berlanggan dengan buletin dari satu dua laman web luar negara yang mengamalkan homeschool ini, barulah saya sedar, saya mungkin tidak duduk sepenuhnya dalam aliran itu. Mana mungkin saya tidak menghantar anak2 saya ke sekolah sedangkan bak kata ****, kami sendiri enjoy ke sekolah pastilah kami mahu anak2 kami ke sekolah sama. Hihi...

Jadi saya mengambil keputusan, hanya mahu menjadikan rumah kami sebagai sekolah utama. Bermaksud sekolah yang mereka akan pergi nanti adalah sekolah kedua. Tinggi sangatkan cita2 saya? Mungkin suami saya terjelir2 membaca artikel yang saya tulis ini kerana dalam jarak waktu ini saya sedang mengalami satu fasa yang sesiapa pun susah nak faham melainkan mereka yang faham aje. Hihi...

Lalu saya menyusun jadual buat diri saya. Jadual itu adalah supaya saya dapat menjadikan cita2 saya itu sesuatu yang kenyataan. Juga untuk menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berjadual (sila baca berdisiplin). Apa yang saya masukkan ke dalam jadual itu memang suci murni dari kepala saya yang tak berapa nak rajin sangat berfikir. Saya tidak mengambil syllabus dari mana2 institusi atau laman web. Saya memutuskan apa yang penting buat anak2 saya sahaja.



Saya mahu nyatakan di sini bahawa saya tidak bermaksud melakukan homeschool seperti yang dilaung2 oleh laman2 web di sidebar kanan saya itu. Saya hanya menitik berat tentang pendidikan awal anak-anak sahaja. Jadi jika saya menyebut perkataan homeschool itu, janganlah memandang saya macam saya mengamalkan benda yang standard sangat (actually sekarang saya dah segan nak guna perkataan homeschool akibat dari salah faham orang)




Mmm...jadual saya akan saya share dalam entry akan datang. Sudah ada dalam draf cuma takut orang termenung2 nak baca banyak entry dalam sehari. Nanti tak ada penghayatan pulak tambah kalau orang yang mcm kakyong yang gemar bloghopping neh. Saya juga sejak akhir2 ini hanya menjenguk blog orang dan tak reti nak letak komen sebab ntah, mcm blurr je sehari dua ni.

Thursday, June 25, 2009

Hindmilk & Foremilk

Bismillah,

Takde apa2 ni, saja nak pas korunk ke satu blog ini yang mana saya pertama kali tahu mengenai kehadiran hindmilk dan foremilk. Apa gunanya dan bagaimanakah bezanya, sila rujuk ke blog ini. Harap maklum...

Anak Anda Rabun & Pendiam??


Bismillah,


Saya sebenarnya sedang malas hihi...sesiapa yang baca entry saya dalam minggu ini akan maklum dengan kemalasan saya. Tapi jgn salah faham, saya malas dalam dua benda aje, masak dan lipat kain. Saya masih rajin makan, rajin tgk TV, rajin blogging...muahahaha....kerja lain saya buat juga dengan susah payah.


Ada sesuatu yang menarik mahu saya kongsikan hari ini. Ini adalah kerana saya bertemu dengan seorang budak yang saya tak pernah lagi berjumpa dengan kanak2 yang sebegini di premis saya. Semasa saya tengok budak ini pada mulanya dia sedang tersengih2 dan bapanya kata dia mengadu tak nampak dan selalu meniru kawannya.


Jadi apakh yang luar biasa? Budak ini enggan bercakap walau sepatah pun. Wah, saya rasa betul2 ada seketul emas di dalam mulutnya. Atau mungkin tidak keterlaluan emas itu bukan setakat seketul malah berketul2. Huhu...saya ajak dia untuk cek mata namun diajak ayahnya sekali.


Saya tidak kisah jika ibubapa mahu turut serta malah saya mahu jika ibubapa itu memahami yang anak mereka benar2 kerabunan (jika mereka memang rabun). Ayah budak ini sangat sporting dan saya dapat lihat ayahnya frust bila anaknya tidak berkata sepatah pun. Saya tidak mahu keadaan dua beranak ini menjadi tegang lalu saya minta ayahnya keluar.


Pun masih anaknya tidak berkata2 walaupun saya memujuk dengan bermacam cara. Sudahnya saya mengugut dia dengan jarum ha ha.....dan budak ini masih diam!!! Menggeleng pun tidak, mengangguk pun tidak. Sungguh pelik sekali. Saya tak pernah jumpa budak sebegini pemalu. Malah terlampau pemalu pada pandangan saya. Sungguh berbeza sekali dengan anak2 ku...ki ki..


Bila melihat bibirnya tercebik2 (mungkin dia dah nak mula menangis) saya ajak dia keluar dan menasihatkan ayahnya supaya membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Selalunya kes yang tahap kritikal sahaja saya hantar ke sana tetapi ini berbeza. Tiba2 datang idea gila dari kepala saya, kenapa tak suruh ayahnya aja yang cekkan mata anaknya?


Kerana kata ayahnya, di rumah mereka tiada masalah. Bila masuk ke pagar sekolah, mcm ada suiz yang menjadikan mereka sekaku itu. Lalu saya nyatakan kepada ayahnya, minta anaknya baca dan beritahu saya sampai baris mana dia tidak boleh nampak. Bapanya menjadi optometris tak bertauliah hari ini...he he...dan saya meng'skodeng' dua beranak ini dari pintu.


Bila saya dapati anaknya tidak boleh baca, saya akan masukkan power dan kemudian meminta ayahnya memicit butang ini dan itu sehinggalah dia mendapat penglihatan yang sempurna dan duokrom yang hampir seimbang. Alhamdulillah astigmatisme budak ini tidak tinggi malah tidak ada pun, kalau tak mesti hari ini ayahnya akan tahu cara untuk menggunakan cross cyl pula!!


Ayahnya bercerita guru mereka pernah menawarkan RM 50-70 hanya untuk mendengar mereka berbicara namun tidak sekali2. Namun alhamdulillah, result mereka masih baik. Saya kira komunikasi juga penting dalam kehidupan. Anak seperti ini perlu menjalani kehidupan yang normal seperti anak lain.


Saya juga mempunyai kawan yang sangat pemalu dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan mungkin kes kawan saya dengan budak ini hampir sama. Sehinggakan kawan saya berhenti kerja kerana dia terjumpa seorang dari kawan kami di tempat kerjanya. Takkan sehingga ke tahap itu kita meleburkan masa depannya. Sesuatu perlu dilakukan jika anda mempunyai anak sebegini. Setidak2nya dia menjawab bila keadaan memerlukan seperti ini


Walaupun saya tidak berpuas hati mana dengan pemeriksaan ini, namun saya masih merasa gembira kerana memberikan penyelesaian terdekat kepada dua beranak ini. Anda mempunyai anak yang pemalu dan rabun?? Datanglah ke Parit Buntar ye.....hihi...

Tuesday, June 23, 2009

Rumahku Syurgaku

Video ini sebenarnya tidak fokus kepada Arwa menangis manja. Sila fokus belakang Arwa, anda akan lihat perkara berikut :

  • Reban ayam dalam rumah (duduk di bahagian bumbung terbuka yang dipisahkan oleh sliding door tidak berlangsir)
  • Rumah yang bersepah...ngeee
  • Sila rujuk kepada raga yang besar di belakang Arwa. Ia bukan sekadar raga, kadang2 ia menjadi sampan. Di lain masa dia menjadi keretapi. Waktu lain ia menjadi kereta. Sabo aje la....kesian raga itu, dia tidak pernah aman.
  • Sila fokus pada TV. Dibawahnya hanya kerusi. Bahkan tiada perabot di dalam rumah kami. Sob...sob....he he...tak frust pun. Take time la kan sementara kanak2 ni besar dan tak conteng perabot dulu...
  • Uwaiys hanya pakai baju, mana seluar? Umi tak ingat kenapa. Skang kalau Uwaiys tak pakai seluar, yang nampak hanya locengnya dan umi kene berlakon cari gunting untuk gunting locengnya dan dia akan berlari2 satu rumah cari seluar sambil tutup locengnya (takut locengnya digunting dek umi)..hihi....
  • Di bahagian TV itu tidak cukup tikar getah...belasah je la...
  • Ada kolam biru tempat ikan koi berenang tapi mereka tidak aman. Ada budak yang selalu menendang2 tong biru itu. Tidak pun ia akan baling buku 'Syahadat Cinta' umi ke dalamnya. Walaupun dia baling, dia akan menangis melalak2 kerana risau ikan itu diganggu oleh buku umi yang tenggelam di dalamnya. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang pernah ter'terjun tiruk' ke dalamnya. He he...
  • Last sekali, baju yang Arwa pakai itu adalah baju yang pernah di pakai oleh Asmaa', Usamah dan Uwaiys. He he....best kan??

Buku Febret

Bismillah,

Di bawah adalah beberapa gambar yang saya beli untuk digunakan bersama anak2 saya. Ia adalah buku yang murah rasanya RM2 per pc kecuali Maths Book tu dan dibeli di pasar malam tempat orang lelong buku. Walaupun harganya begitu dan di beli dari tempat yang begitu, namun jika anda perati pada isi kandungannya, anda sedang membeli idea yang asalnya sangat mahal harganya.



Buku neh siap ada tulisan cina. Belasah aje lah...





Asmaa' sedang menekuni buku ini


Okeh, bila buku mereka koyak sebegini, umi pulak yang akan buat jigsaw puzzle sambil buat2 nangis sambil selotep kertas itu. "Tau tak umi beli buku RM 2 ni dengan duit. Kenapa senang2 koyakkan macam ni. Wuwuwuuuuuuuu" :P
Jangan contohi sifat ku yang kudukut taik idom masin neh


Award dari Kakyong :)


Award ini dari kakyong...saya rasa saya patut tepek di blog saya kerana saya kawan kakyong dan saya harap kakyong pun rasa saya kawan kepada dia juga :) tenkiu kakyong...

Chaiiyyok




Bismillah,

Kawan2, tolonglah doakan saya. Saya sedang malas, sedang.....ish rasa mcm tak boleh nak describe apa rasanya saya sekarang. Tapi jangan bimbang, masih lagi bergolak ketawa dengan anak2 sambil kadang2 terpaksa babab diorang. Juga masih seronok memeras ugut abah diorang untuk sapu sampah, sidai kain dll.
Tapi hari ini, walaupun saya bangun lewat tapi saya bangun dengan penuh semangat. Kepala saya masih pening dan bila bangun suami saya dah tak ada di rumah. Dia dah pergi melawat kuda dan ayamnya lah tu. So, saya ajak Asmaa' gi mandi (skang Asmaa' dah tak perlukan cloth diapers lagi pada waktu malam syaratnya dia pee pee sebelum tidur dan bangun awal di pagi hari)

Lepas Asmaa' mandi saya bangunkan Usamah dan diorang terus boleh sarapan nasi dengan lauk sotong malas umi masak semalam. Alhamdulillah mereka dah nak makan sendiri tapi tu lah terpaksa umpan dengan macam2 jenis umpan. He he...bercakap pasal nak buat sendiri (berdikari) ni, Arwa dengan Uwaiys pun masing2 sedang test power mereka. Semua nak buat sendiri dan melalak2 lak tu kalau kita buatkan. Adei laa.....

Kemudian saya sempat basuh baju, sapu sawang, basuh pinggan dan menyapu separuh jalan dan bhgn kemudian dia abah dia sambung sbb saya dah mula bersin. Maklum saja, last menyapu dah lama juga sbb 'malas' tadi tu la tapi rasa lastnya Jumaat aritu itu pun encik abah yang baik lagi comel yg sapukan. Tilam2 pun pagi ni saya tak peras ugut anak2 buat sbb saya nak diorang makan sepenuh perasaan.

Lepas hantar diorang gi sekolah, balik je rumah saya tengok jadual dan hari ni Uwaiys dan Arwa belajar menggunakan pensil dan kertas. Saya hanya amik lebih kurang 10 pcs sahaja kaler pensil (kalau lebih aku jugak yg nak kene kemas kan??). Ambil kertas dua helai dan bagi diorang sorang satu. Dua2 budak comel ini pada mulanya duduk dengan penuh tertib. Maafkan Arwa yang tak pakai seluar ye, rasanya dia dah keciwa sebab seluar asyik tak masuk ke dalam kaki.

Dalam gambar ini, kertas Arwa ada di bawah montot Uwaiys. Tataulah kenapa. Arwa pula sedang mengutip semua kaler pensil supaya abangnya tak dapat lagi pegang kaler lebih dari jumlah yang dia pegang. Takde pape pun pagi ni cuma ajar Uwaiys bagaimana menggunakan ruler sahaja. Dan dia hanya garis sekejap sahaja. Jadilah, kita mana bole assume anak sebesar ini utk buat the same things in few hours.

Terlupa pula saya nak tangkap gambar spider yang mengejar Arwa, sampai ke dapur dia berlari. Banyak betul hasil tangkapan saya (spider) hari ini yang juga menunjukkan saya dah lama tak sapu sawang sebab 'malas'. Uwaiys bertanya berkali2 macam dalam iklan Petronas tu, "Tu apa umi?" dan umi pun jawab..."Spider" dan dia kata balik, "OOoo...paider" dan tak sampai seminit dia ulang soklan sampai la umi tunjuk dia spider tu yg mana satu. Yeah, saya telah show him a real spider n diorang sangat excited.

Sekarang saya sedang lepak2 di kedai selepas order lens tadi. Uwaiys pula sedang menjerit2 kat cina kedai aksesori kereta sebelah ni dengan perkataan, "TAK BAIIIIIKKKKKK!!!" tapi cina tu buat donno. Mana la Uwaiys tak sound bila cina ni pasang speaker kereta punya la kuatnya. Umi kalau bukak sarakids punya blog pun dia sound sbb kluar lagu apatah pulak cina sebelah. Hihi....

Saturday, June 20, 2009

Appa Ku


Bismillah,

Okeh..mula2 saya masuk ke entry sepupu saya Mcrieda Alfonso dan baca entry utk Appa nya. Owh, saya kenal appa nya itu, kalangan pak2 sedara saya appanya itulah yang paling tidak banyak bercakap. Jgn marah ek Uda, I'm now telling ebribodi that I called and still call ur father 'Abah Gemuk'. So, ini bermaksud appa nya adalah abah juga kepada saya. But he always put a smile on his face if we call him with that name.

After that saya meredah masuk laman kak Ogy Ahmad Daud dan membaca juga karya sadis tentang ayahnya di sana (link nya ada di sidebar saya, malas nak buka semula). Selepas itu, saya terbaca pula tentang Kakyong di entrynya yang ini.

Mmm...actually, ini hari saya ada sikit bengang sama saya punya appa. Dia hanya ajak adik saya yang bongsu untuk makan di luar walaupun kami berada di rumahnya. Hihi....saya geram butui... dan saya menangis dalam hati namun jika adik saya lebih memerhatikan saya tadi, pasti dia akan nampak air mata saya juga.

OK...OK...saya memang sedang berada dalam zon 'sensitif nak mampus' sekarang ini. Jadi saya terasa walau dalam hal sekecil itu. Saya tahu sebabnya, anak saya kan 4 orang dan my father still cannot change his mind setting yang 'orang anak ramai tak patut makan di luar'. No abah, we still can eat together at ur favourite restaurant and I will pay for the bill. It just U have to keep cool with my anak punya fe'el sahaja. Dan itu yang abah still cannot manage hihi...

Tapi bila dia balik, walaupun saya tahu mak yang belikan atau orderkan, still ada bekal untuk kami. Tapi sorry la ek, abah pilih restoran yang tak cedap dan itu mungkin sumpahan dari saya...muahahahaha....macam landak ketawa. Bekal itu telah memujuk saya yang hampir nak masukkan baju2 dan botol2 anak saya ke dalam raga dan berazam tanak datang tidur sini lagi.

Kih kih..mana la mak dgn abah tak boring, saya datang pun sllnya saya akan melambakkan kerja pada mereka, yang kompemnya baju byk nak basuh, nak sidai dan kemudian nak lipat. Then bila saya ada customer di kedai, saya akan lari ke kedai dan bila customer dah balik, saya tak jugak balik2 ke umah mak utk tgk anak saya. Huhu.....

OK, nak fokus cerita pasal appa ku. Dia adalah seorang yang funny tapi jangan tatau bahawa dia juga adalah seorang abah yang garang. Mana boleh lupa masa kecik2 dulu, dalam darjah dua. Habis je ngaji, saya gi merendek umah kawan dan main sampai tak ingat dunia dan bila sedar, dah dekat dengan jam nak gi sekolah petang.

Balik je sampai depan rumah, saya nampak abah ada kat depan umah dan saya mulakan lakonan mantap saya dengan pegang perut buat2 sakit perut sampai nak jalan balik umah yang selalu tak sampai 5 minit jadi 2 jam...kuhik2, sangat bodoh utk dikenang balik. Tapi saya tak ingatlah dia babab saya ke tak.

Dilain masa, abah tau saya suka bercakap sesuatu dengan hal yang positif dan indah, dia akan bercerita dari sisi negatif pula. Contohnya, bila saya beria2 yakin saya akan mendapat tempat di IPTA, dia akan kata, "Hang kena mintak maktab juga!! Nanti kalau sangkut macam mana? " Owh, saya sungguh bengang sbb saya sedang yakin dan dia telah menterbalikkan keyakinan saya.

Mungkin saya over konpiden kot. Dan dia takut saya akan tersungkur di dalam keyakinan saya. Oleh kerana cabarannya itu, result saya dalam UPU dan maktab, dua2 positif dan abah saya tersengih2 sampai nampak gigi bongsu. Dia baru sedar anak dia ganas...ngeh ngeh. Sampai sekarang, dia asyik menyebut, "Kedai hang maksimum 5 orang je no sehari? Aku rasa kedai xxx tu boleh dapat 20 orang sehari."

Ayat itu akan keluar setiap kali kami berjumpa dan saya akan menjawab di dalam hati, "Ek eleh, time customer kedai den sampai 15 orang abah tak tengok pun. Pastu kata abah, tiap kali dia lalu depan kedai xxx mesti ada orang tgh buat spek tapi kenapa tiap kali aku lalu tak pernah ada orang pun?" tapi anak yang baik mcm saya akan jawab di mulut begini, "Tak apalah abah, itu rezeki dia, rezeki kita lagu lain pulak." Mantap tak?

Paling tidak boleh ku lupa ialah, tatkala terserempak dengan abah masa abah sedang hantar surat naik motor sedangkan saya naik kereta time tu. Abah saya adalah seorang posmen pencen, maka tangan dan muka dia sangat gelap kerana dibakar matahari. Tapi bila abah buka baju, takdela gelap sangat tubuh dia. Saya menangis tau bila terserempak dengan abah kerana teringat dengan duit dia hantar surat tu lah saya kini menjadi saya.

Satu lagi yang mengharukan saya ialah apabila memerhati kedut di tangannya ketika dia membaca surat khabar. Saya tak sangka yang abah saya sudah setua ini. Saya bimbang dengan kesihatannya walaupun dia nampak maintain aje tapi sebenarnya dia menyimpan darah tinggi. Wuwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu............

Walaupun saya selalu gaduh dengan abah, tapi saya selalu mahu memandang dari satu sudut yang positif. Abah memang selalu buat saya marah tapi saya akan paksa diri saya untuk berfikir sesuatu yang indah dalam pergaduhan kami. Saya yakin amat bahawa ALLAH menjadikan setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya.

Wahai hati yang membaca, saya bukanlah baik sangat bila saya juga berasa hati dengan abah saya tapi saya masih yakin bahawa apabila ALLAH telah menetapkan seorang anak wajib mentaati kedua ibubapanya walau dalam keadaan apa sekalipun mereka itu, maka pastilah ada sebabnya.

Walaubagaimanapun ayah kita kepada kita, itu antara dia dengan Penciptanya. Jika anda rasa dia tidak betul maka doakanlah yang baik-baik. Lunakkanlah hati supaya kita dapat mencari sesuatu untuk dibicara dengannya. Memang susah dan ia akan sentiasa susah kerana kita tak pernah mencuba langsung untuk berbaik2 dengan mereka.

Apabila saya terdengar sahaja bunyi motor abah depan kedai saya, saya akan cepat2 cari topik yang boleh saya cakap dengan dia. Huh...dah macam nak jumpa pak menteri tau. Walaupun begitu dia tetap sangat comel di hati saya. Walau selalunya ada aje yang dia cakap buat saya bengang (lawak abah saya sangat kasar okeh) tapi saya selalu ketawa dengan suami saya dan tiba2 kasar itu menjadi lucu pada pandangan saya.

Banyak kalau diikutkan benda yang saya simpan dalam hati. Tapi saya masih bersyukur kerana ALLAH mentakdirkan ini dalam hidup saya. Abah saya akan sentiasa 'abah paling comel' untuk saya. Mmm....kawan2, saya juga tidak dididik untuk menciumi tangan dua ibubapa saya tetapi apabila saya berada dalam tingkatan 3, saya telah memaksa diri untuk menciumi tangan mereka buat kali pertama.

Saya tidak pernah juga diajar untuk meminta maaf dari dua ibubapa saya tetapi saya melakukannya sendiri ketika saya di tahun satu UKM. Jangan ungkit tentang apa yang mereka tidak ajarkan, kita masih boleh melakukannya sendiri. Percayalah, perkara sebegini tidak pernah merugikan. :( Owh....air mata duyungkah di pipi kedut ku??

OKlos...mau layan jiwang karat. Uwaiys sedang tidur dengan tokki nya. Ntah apa yang sedap bila dapat tidur sebelah tokki itu!!!

*Walaupun bagi saya abah saya adalah 'Abah Paling Baik' tapi suamiku bukanlah di tempat yang kedua, dia masih yang utama juga :) I lebb U bebeh!!!

Thursday, June 18, 2009

Tips Memilih Kasut


Bismillah,




Tolong jangan salah faham. Saya bukan gila kasut. Saya hanya ada satu kasut dan hanya akan beli satu bila yang saya sedang gunakan menunjukkan tanda2 uzurnya. Sepanjang hayat saya, saya pernah membeli kasut yang mahal (bagi saya) jenama Princess kat Jalan TAR tu (ada sape heran??). Agak berbaloi jugalah, sehingga belian saya yang kedua, saya tersilap beli yang besar dari saiz kakiku yang comel.




Saya adalah orang yang tak tau saiz kaki saya. Sungguh, setiap kali saya pergi ke kedai kasut, saya akan buat muka blurr bila cik pekedai tanya, "Saiz apa?" atau setidaknya saya akan buka kasut yang saya pakai sekarang untuk tahu saiznya. Saya rasa kasut yang saya guna ini tak boleh dipanggil kasut, lebih seswai dipanggil sandal sahaja.




Teringat pula, satu ketika dulu, saya beli kasut yang tidak bersarung itu tapi ia mempunyai tali di belakang. Tiba2 ada seseorang yang menelefon saya dan berkata, "Kenapa beli kasut itu?? Ia seksi untuk awak!" Huh!! Saya mula membenci orang itu bermula dari situ. Begitu particularnya dia dengan penampilan saya. Suka hati saya lah!!!




Saya mahu share Tips Memilih Kasut :




  • Pilih kasut yang bertumit rendah (saya prefer yang takde tumit langsung)


  • Pastikan saiz anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia.


  • Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar


  • Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya


  • Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.


  • Beli kasut pada waktu petang atau malam.


  • Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.


  • Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.


  • Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.


  • Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.


  • Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.

Manfaatkan ICT Untuk Berdakwah


Bismillah,

Saya ziarah ke satu blog ini, miliknya Tujuh Kaki Dalam. Owh, namanya kompem ngeri, lebih ngeri lagi bila saya membaca entrynya yang ini. Terpaksalah saya akui bahawa memang betul pun apa yang dikata. Saya merujuk kepada diri saya. Terkadang saya buat entry yang nilainya adalah kosong dan ini similar dgn sia-sia.

Terfikir pula saya bahawa, bagaimana jadinya jika kita yang blogger ini, memanfaatkan ICT untuk berdakwah? Jika tidak banyak, dapat sikit sudahlah. Mungkin yang sedikit itulah yang mendatangkan kesan yang bersangatan bagi orang yang tertentu.

Rasulullah sendiri mempunyai strategi dakwah. Bukankah kita adalah umatnya? Jadi kenapa kita abaikan strategi itu? Strategi Rasulullah SAW dalam berdakwah :
  • dengan perkataan (bil lisan)
  • dengan amal soleh (bil hal)
  • dengan tulisan (bil kitabah)
Saya akui saya tidak pandai menegur direct dengan mulut. Teramat susahnya pula untuk berkata yang benar sambil menjaga hati. Saya bimbang pula jika saya menggunakan mulut, ada hati yang terluka tambah pula selalunya berkata dengan mulut ini, tempoh fikirnya pendek (tolong fahami ini adalah untuk keadaan saya dan bukan anda).

Dengan perbuatan pula, saya lagiiiilah jauh untuk dijadikan contoh. Maka saya memilih untuk menulis bagi menyampaikan rasa hati. Namun, adakah semua yang saya tulis menjadi manfaat? Saya berharap supaya setiap yang membaca tulisan saya akan turut berfikir benar tidaknya. Jika saya salah maka tegurlah tapi jika saya benar, anda bertindaklah sewajarnya.

Saya bercita2 menjadikan blog saya ini untuk menjadi satu medan di mana yang membaca akan memahami Islam dari sudut yang indah2 sahaja. Semoga ini menjadi kenyataan...

Bukan Menantu Pilihan


Bismillah,

Pertamanya dont get me wrong ye dgn tajuk entry ni. Walaupun saya bukan menantu pilihan, tetapi saya tidak mempunyai masalah dengan mertua kerana mertuaku tidak memilih mana pun. Cuma dulu arwah ayah mertua pernah la bgtau kat kawan dia yang anak dia (suami saya) boleh kawin lagi (huhu...tatau la bergurau ke tak) tapi saya tak amik port mana. Risau memang ada tapi buat derk aje lah.

Entry ini saya tujukan untuk mereka yang selalu ada masalah sama ibu mertua mu. Tambah pulak kalau duduk bawah satu bumbung. Maka ini akan menambahkan lagi hazabbnya. Rasa2nya adakah keadaan ini akan beransur pulih? Mungkin boleh la sekiranya anda berusaha sedaya upaya utk memenangi hati ibu mertua mu.

Tapi awaslah wahai kengkawan, bahawa kadang2 dalam usaha kita mahu memenangi hatinya, kita hanya akan membuatkan dia rasa lebih benci lagi. Untuk ini, cuba muhasabah diri semula, apakah punca yang mungkin menyebabkan terjadinya sesuatu yang tidak enak dengan mertua.



  • Boleh jadi dia nak bermenantukan orang lain. Kalau inilah sebabnya, nak buat macam mana tapi cubalah yang terbaik untuk memenangi hati mertua. Cuma, jangan cuba nak jadi sejibik macam calon menantu pilihannya sbb that is not true you.

  • Mungkin sebab dia merasa anda merampas anak kesayangannya. Jadi janganlah kongkong duit suami anda ke, atau menolak bila suami ajak balik kampungnya ke.

  • Jika ada sikap kita yang dia tak suka, ubahlah pula sikap itu tambah pulak kalau sikap itu tidak baik.

  • Boleh jadi juga ada antara ahli keluarga lain mcm ipar duai atau biras anda yang tak suka anda jadi dia akan mengapikan mertua anda. Untuk ini juga jangan layan sangat perasaan. Rasa bahagia itu ada dalam diri mereka yang selalu berbaik sangka. Walaupun sakit hati tenguk mata yang merenung tajam, buat aje macam tak ada apa yang berlaku.

  • Andai ada je yang kita cakap tak kena dan selalu dibalas2, maka kurangkan bercakap. Tapi jangan pulak gi tidur dalam bilik ye. Basuh2 la kain, lipat kain, basuh pinggan, nyapu sampah, masak dll. Kalau ada nampak kicap kat umah dia dah nak abis, gi lah pergi belikan dan kalau bolehlah, guna jenama yang sama ye. (ha ni kang perati kicap umah mertua korang pulak....peratilah juga sabun basuh, sabun mandi, sos, bawang putih merah, rempah kari dll)

  • Kalau duduk serumah, pujuklah suami untuk berpindah supaya anda dan mertua anda berpeluang merasa tenang. Kadang2 berjauhan lebih mendatangkan rasa teringat2.
OK lah. Itu je lah kot yang nak di rapikkan arini. Peace!!

Wednesday, June 17, 2009

MOBS & ALICE WONDERS : Giveaway Contest - Win a bag of your choice!


Bismillah,

Saya memang tengah blues tapi saya masih cool. Disebabkan saya cool, saya mahu masuk ini contest. Seblom tu, ingin saya bagitahu, saya terkilan kerana tak dapat nak masuk satu pertandingan yang dianjurkan oleh : Azuwanibrahim . Manakan tidak, mereka memerlukan gambar yang beresolusi tinggi sedangkan saya hanya ada handphone made in China. He he...ini ayat tidak bersyukur neh.

Untuk memasuki contest ini pula, saya bimbang owner kepada Alicewonders the online shopping realm akan tepuk dahi dan kata, "Lah, pompuan ni lagi!!" He he...biarkan dia buat begitu kerana saya mahu dia tahu saya sedang terkelip2 memandang handbag dalam laman web itu. Dah lama betul saya tak beli handbag. Memang saya taknak beli lagi buat masa ni tapi kalau saya dapat free takkan pulak saya nak tolak. Lagipula saya dah ada pursehook dari Alicewonders, handbagnya aje yang belum saya terima. Tenkiu Alicewonders.

Cuba lihat gambar ini. Sangat sweet kan? Saya memang minat handbag warna hitam. Bukan hanya kerana gayanya yang elegant tetapi untuk mengelakkan anak saya menggunakan beg saya sebagai tempat untuk berkarya. Setakat ini, telekung saya hampir menjadi mangsa. Apatah pula beg yang berwarna cerah nanti.
Lagipula, beg sebeginilah yang akan menjadi pilihan saya bila2 masa jua saya memilih untuk membeli handbag. Buat masa ini, emak saya sekali lagi sedekah satu lagi handbag dan kali ini saya tidak bertanya harganya. Ini akan melengahkan lagi pembelian handbag saya sendiri. Nampaknya dia sangat kasihan melihat saya menggunakan handbagnya yang lama sebelum ini.
My slogan will be this...
"Me need a bag because I don't have any handbag of my own choice and this handbag is truely my lovely choice"

My email adress is : sitisifir10@yahoo.com
Thanx for Sha from MOBS (Malaysian Online Baby Shops). Sha sangat membantu ibu2 yang suka dengan online shopping sebab buat list online shops dalam blog ini :)

In Blues


Bismillah,


Kalau orang bekerja mereka ada Monday Blues, tapi blues saya sudah semakin panjang. Malah blues saya telah masuk minggu ketiga, yang mana hujung minggu ini saya harap saya tidak keterlaluan melayan blues yang mengong ini. Saya bencikan keadaan ini kerana saya akan menjadi manusia yang malas amat malah saya memaksa pula suami saya masakkan lauk untuk saya bersahur. Hihi....


Semalam telah saya dapatkan jawapan dari kewujudan 'blues' saya itu. Walaupun telah ada jawapan namun saya masih lagi diranduk rasa malas pagi tadi. Saya menghabiskan membaca buku cerita 'Syahadat Cinta' oleh ntah sapa penulisnya. Sempat juga bergenang air mata. Cuma saya mahu katakan,jika saya berada di dalam novel itu, saya adalah Iqbal Maulana, bukan Bang Rakhmat. Jadi, janganlah mereka yang mahu mendekati saya benar2 menjadi takut ya.


Apa yang saya 'blues'kan itu tidak penting bagi anda. Saya juga tidak mahu berkata-kata tentangnya. Tapi biasalah orang perempuan, akan ada satu jangkamasa yang kita akan alami perasaan ini. Seperti apa yang saya kisahkan dalam entry libang-libu itu juga. Jemputan untuk masuk ke contest telah saya abaikan, ini adalah kerana saya malas. Malah saya hanya melihat kepada sahabat2 yang wujud di dalam bloglist saya ini membuat update tanpa saya meninggalkan jawapan, juga kerana malas.


Maafkan saya ya kengkawan. Juga kepada sesiapa yang saya tulis komen di dalam kotak komen anda, saya hanya cuba untuk beramah mesra, tidak terniat pula untuk meramas perasaan anda. Tidak kurang buat yang merasa teruja, saya rasa tidak perlu anda rasa gembira dengan kehadiran saya kerana saya tidak ada apa2 kecuali nama sitisifir yang biasa2 sahaja. Saya juga mengalami naik turun dalam kehidupan saya.


Ada sesuatu lagi yang tolong menggebukan 'blues' saya iaitu si Uwaiys. Setakat jam 11.30pg ini, dia telah mandi 5 kali padahal dia bangun jam 8 pagi. Saya rasa nak pengsan tiap kali saya terlena, saya akan berjumpa dengannya di dalam bilik air dan yang paling saya tak tahan adalah si comel Arwa turut dia mandikan.


Owh, tidak cukup dengan itu, dia telah basuh lantai dapur dengan pancuran hikmat dari getah paip yang abah songlap dari kedai letrik sebelah kedai kami. Sekarang saya pakaikan Uwaiys dengan baju Usamah dan dia sedang asyik menarik2 seluar yang besar ke atas akibat seluar itu asyik terlondeh.


Saya menulis ini hanya untuk melegakan perasaan. Suami saya juga ada berkata, "Patutlah pelik aje sejak akhir2 ini." Ya blues ini juga telah menjadikan saya alien buat suami saya. Tidak cukup dengan itu, saya asyik termenung2 di hadapan jadual yang saya susun dalam rumah saya. Andai tidak keberatan, jadual itu saya namakan sebagai jadual homeschool kami. Tapi bukan anaknya yang belajar. Sebenarnya, jadual itu adalah ingatan buat saya supaya saya akan melakukan semua kerja rumah dengan sebaiknya.


Sekarang saya beri can kepada diri sendiri selama 4 hari sebelum saya benar2 bersedia untuk memulakan minggu depan dengan lebih baik. Betul, 'dont put off till tomorrow what u can do today' tapi saya benar2 mahukan masa untuk menghalau blues saya berlalu pergi. Korunk2, tolong doakan saya...tulun.........

Tuesday, June 16, 2009

Sitisifir Mau Tukar Nama


Bismillah,


Beberapa ketika yang lepas saya telah meletakkan satu borang hanya untuk bertanyakan pendapatan perkara berikut :


Adakah nama sitisifir10 ini masih seswai untuk saya yang tua ini? Kenapa?


Jawapannya adalah seperti berikut :



  • sesuai sebab nama adalah sesuatu yg evergreen. Encik Bujang tetap bernama Bujang walapun beliau ada 10 anak. Encik Hitam tetap bernama Hitam walaupun dia putih melepak.

  • bg sy, tkde mslh.lgpn nm tu cute n mengingtkn program tv knk2 yg ada sitisifir tu..along bijak lau tk silp..dr mn akk dpt nm ni..citer la skit.. sy sokong akk kekal jer nm ni.. lgpn akk mmg glemer dgn nm ni..tk best la tukar,mcm kcg lupakn kulit lak..hikhik..

  • ok lagihh

  • kurang

  • ok je, takde masalah nama tu. comel apa... :)

  • blogging is from your heart my dear..

  • tak berapa sesuai sebab macam keanak2an tp kalo nama tu ada sentimental value @dah jadi trademark..takder salahnyer teruskan jer

  • masih sesuai dan releva..nama pena ni bukan mengenal usia.katalah satu hari nanti saya tidak dapat bertenet..tetiba mencari nama sitisifir10 sudah tiada dalam carian...mestilah sy tercari2 mana menghilangnya si gerangan sitisifir..anyway kekalkan saje...kalau orang kata macm budak2 ok per...awet muda tu...

  • Tak sesuai....sebab akak dah ada 4 org anak, tajuk tu sesuai utk budak darjah 3 k...he he

  • tak berapa

  • siti sifir..? ok.. sedap je saya rasa... haha :) unik gitu..

  • aii tak seswai dah guna sitisifir10. baik guna nama sitisifir4. :D

  • Dalam net, nama adalah identiti, besar kemungkinan selepas tukar nama anda tidak lagi dikenali kerana identiti anda telah berubah.Jadi, bersifat qana'ah lah dengan nama yg ada kecuali jika mahu tukar indentiti kepada nama yg saya sarankan dibawah. (no hard feeling, its just a joke)

  • kalu fikir dah tua..tukar nama sitifikir

Apakah nama yang lebih seswai untuk saya?


  • MakcikSitiSifir10YangVogue.. :P

  • sitisifir10

  • maksitisifir

  • seroja putih

  • sitisifir 100 kott.. ehehe, me gurau2 ghitewww

  • mummyserbatau

  • sitisifir10

  • tak ada idea lagi la

  • mak siti :-D

  • City (Honda) Cefiro (Nissan) - ha ha

Hihi...semua yang bagi pendapat kat atas saya tak kenal. Tapi saya cam siapa yang suruh letak nama sitisifir4 itu adalah suami saya. Kenapa? Baunya sangat kuat kerana saya tahu suami saya sangat kuat membulimengusik saya dengan angka 4.

Ada jawapannya yang membuatkan saya kata, "A'ah jugak ek.." ada jugak yang buat saya kata "Ek eleh...". Cuma saya dapatlah membuat kesimpulan bahawa tidak ada salahnya nama sitisifir10 ini.

Uhh..saya cuma bengang bila ada budak laki 16 tahun lebih kurang nak buat saya jadi awek sbb ingat saya umur 10 tahun. Ooo..nak, makcik ni dah dekat seploh tahun dah guna nama hikmat ni tau. Tolonglah cari orang yang munasabah sikit ye.

Kenapa sitisifir10?

Asal cerita saya menggunakan nama 'Nilamsari' untuk chatting. (tolong cari singki untuk muntah). Masa tu IRC glamer lagik. Tapi tak lama, setelah menyedari nama itu terlampau mengundang orang lelaki sahaja untuk chatting, saya beralih kepada 'gajah10'. Kenapa gajah? Kerana trademark saya adalah bontot gajah yang comel (kini suami saya tak bagi lukis gambar itu dan saya telah tinggalkan trademark itu semenjak saya telah berkahwin).

Tapi, terlalu ramai pula yang bertanya berat badan saya. Argggghhhh...salahkah gajah kerana ia besar? Jadi saya beralih kepada nama sitisifir kerana saya minat matematik. Sangat minat sehingga saya 'terdapat' no 1 masa form 4 gara2 score subjek Add Maths yg orang lain kantoi. Malah yang menyelamatkan aggregat dan pointer saya adalah subjek inilah juga. Sehingga semasa mengandung anak2 saya, saya suka membuat latihan maths dari buku SPM.

No 10 hanyalah lambang geng saya semasa matrik yang meletakkan angka 10 belakang nick name mereka. Lagipula sifir 10 menunjukkan sifir yang mudah dan itu mungkin boleh dikatakan saya seorang yang amat simple, sesimple sifir 10.

Kini, pandangan saya, sifir tidak hanya kepada matematik, malah kehidupan kita juga adalah sifir. Ia adalah berkaitan dengan hukum keseimbangan sehinggakan semua perkara dapat dihubungkan dengan persamaan. Saksikan 'Numbers' di AXN untuk cerita yang lebih kritis.

Maka, saya putuskan untuk tidak menukar nama saya. Dari mula saya berblog lagi, saya menggunakan nama ini. Juga dari Feedjit saya ini, saya dapati ramai juga yang search nama 'sitisifir' dan 'sitisifir10'. Walaupun saya tidak secomel nama itu, namun itu telah menjadi identiti saya bukan?

Well, saya cuma mahu menukarkan sesuatu... 'Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah'

Dahulu saya letakkannya untuk sementara saya mendapat satu tajuk yang lebih gah. Namun sementara saya itu telah berlangsung 4 tahun lamanya. Apakah nama itu ya??

Friday, June 12, 2009

Meningkatkan Skill Membaca Kanak-kanak



Bismillah,
Entry ini telah saya dapati dari Homeschool.com. Saya cuba untuk alih bahasakan dan share dengan kawan-kawan ek. Dapatlah kita bincangkan 10 perkara yang boleh merangsang anak kita menjadi effective reader.

  • Menjadikan membaca sebagai satu rutin - kenapa mau menjadikannya satu rutin? Ia boleh meningkatkan pemahaman, perbendaharaan kata dll. Caranya bagaimanakah? Suruh anak bacakan utk kita kuat2 - sementara kita sedang menyiapkan kerja rumah, minta anak bacakan majalah atau suratkhabar untuk anda. Pasti akan tercetus perbincangan atas apa yang membaca.
  • Tetapkan 15 - 30 minit untuk membaca bersama-sama dalam satu hari. Bila mereka melihat ibubapa mereka membaca, mereka juga akan sama2 rasa nak membaca. Jika anda lebih rajin, boleh minta anak2 yang boleh membaca satu perenggan ke satu perenggan seorang demi seorang. Kemudian, anda boleh bincangkan pelbagai perkara bermula dari situ.
  • Mengunjungi perpustakaan - saya tidak tahu perpustakaan manakah yang mesra kanak2 bawah 5 tahun. Kalaulah anak saya masuk ke perpustakaan, rasanya pustakawan akan cekik pinggang sambil merenung garang ke arah kami.
  • Menggalakkan anak membina perpustakaan mereka sendiri - selain mengumpul buku, boleh juga mengumpul setem, syiling dll. Anda juga boleh menawarkan perpustakaan anak anda kepada kunjungan kawan-kawan mereka. Jadikan rumah anda one-stop centre untuk aktiviti membaca. Malah mereka boleh menjana wang dengan menyewakan buku mereka juga.
  • Pelbagaikan bentuk bahan bacaan - bukan hanya buku cerita, anda boleh mencari buku teks, majalah, program komputer dan lain-lain
  • Membaca tidak tertumpu hanya apabila mereka mengadap buku sahaja. Boleh jadi anda meminta mereka untuk membaca papan tanda jalan, iklan di tepi jalan, slogan di bumper sticker dan lain-lain
  • Mengajarkan syair, puisi, lagu juga salah satu kaedah menanam minat membaca untuk anak-anak
  • Sentiasa mengambil tahu perkembangan mereka dalam memahami bahan bacaan.
  • Explore pelbagai bentuk bahan bacaan, ada terdapat byk bahan bacaan yang menyertakan CD bersama. Bolehlah mereka mendengar sambil membaca.
  • Ambil semua peluang yang ada untuk membaca.
Apa-apapun, kita adalah penentu kepada minat anak kita. Buku adalah sumber ilmu dan dari situlah terdapat peri pentingnya membaca buku ini. Semoga anak-anakku juga minat dengan buku.

Memberi & Menerima Teguran


Bismillah,

Wahai mereka yang membaca, ini hanya satu idea. Idea buat diri saya paling utamanya kerana sebenarnya saya turut bimbang untuk membicarakan hal ini. Mari kita bicarakan tentang Memberi Teguran dulu ya.

Saya pernah merasa terluka ketika ditegur. Sebenarnya, tidak ada salah dari pihak yang menegur. Saya yang salah di dalam hal itu namun siapalah manusia di dunia ini yang cepat merasa dirinya salah. Kita sering dipenuhi dengan rasa 'sentiasa betul'. Begitulah juga saya. Adakala saya tidak dapat menerima teguran.

Apa yang wajar anda lakukan untuk memberi teguran?
  • Pilih masa yang sesuai - jangan di hadapan orang
  • Pilih tempat yang sesuai
  • Pilih cara yang sesuai - direct dari mulut, surat, email, mesej, chatting
  • Gunakan bahasa tubuh yang tidak menyakitkan - memegang bahu, mengusap rambut, memegang tangan
  • Gunakan bahasa yang menyenangkan - jika sesama pasangan, gunakan perkataan 'kita' daripada menggunakan perkataan 'awak' seperti kes ini : "Anak kita selalu sakit sebab kita tidak jaga mereka elok2" daripada "Anak kita selalu sakit sebab awak tak jaga"
  • Jangan merendahkan orang yang anda tegur - ia hanya membuatkan orang yang di tegur lebih menerukkan keadaan
  • Berdoa semoga orang itu menerima nasihat anda

Bagaimana pula jika kita pula yang ditegur?
  • Segera memohon maaf jika benar anda bersalah (namun awas, ada sesetengah pasangan tidak suka anda memohon maaf. Ini adalah kerana mungkin dia telah memaafkan anda)
  • Jangan cepat melenting
  • Jika mahu menjawab atau membela diri, angkat tangan anda dengan comel dan kata, "Boleh saya cakap sesuatu...." Kemudian cakaplah namun awas, pastikan alasan anda masuk akal
  • Jangan mencari kesalahan orang yang menegur pula
  • Terima kasih atas teguran itu.
Semoga entry ini ada kesannya buat kehidupan anda!!

Lelaki Bagaimanakah Yang Ku Damba


Bismillah,

Kebetulannya saya menyinggah ke blog Puan Gayah tadi. Terpampang jelas wajah si gadis yang kini menjadi Mrs to somebody. Melihatkan ini, teringat saya kepada kisah kami (saya & suami) dulu. Sebenarnya, ramai si gadis2 yang mengeluarkan soalan seperti yang terpampang pada tajuk entry ini. Tajuk ini, bagi saya dan Puan Gayah, kami telah punyai jawapannya dan jawapannya pastilah suami kami.

"K.Pija, macam mana nak tau seseorang itu benar jodoh kita atau tidak sedangkan kita tidak berkawan dengannya?"

Owh, adik2ku yang bujang lagi...soalan ini terlampau ganas dan kadang kala k.Pija rasa tercungap2 untuk memberi jawapannya. Sungguh saya pernah melalui zaman keliru ini, bukan sekali ye...tetapi tiga kali dan kali ketiga itulah saya rupanya kenal dengan perkataan 'yakin & nekad' tentang jodoh.

Tidaklah bermaksud untuk memberitahu bahawa saya menjaga batas perhubungan kerana mungkin saya tidak berada dalam kategori itu. Namun, saya yakin saya pernah berusaha dahulu untuk membatasi perasaan di dalam hati saya sehingga masanya benar2 tiba untuk menghamburkan rasa cinta buat jodoh saya. Malah saya akui amatlah payahnya untuk menjaga pergaulan ini.

Manakan tidak, dunia sekarang terlalu semput sempit. Hanya dengan menaip beberapa patah perkataan dan mesej akan tiba ke telefon penerima. Hanya sepatah itu telah membuat sekeping hati bergelora kerana menyedari, bahawa si dia turut merindui mengingati . Setengah jam juga cukup untuk duduk di CC melayan chatting.

Apa yang ingin saya katakan adalah, ikutlah naluri. Solat istikharah dan doa2 kita seusai solat pasti akan ada petunjuknya andai kita juga 'benar2' berharap ALLAH memberi petunjuk. Seperti dalam hal saya, saya tidak merasa apa2 bila lelaki pertama memutuskan untuk lepas dari pandangan dan hidup saya malah saya rasa lega kerana tidak lagi rasa terpaksa untuk membalas mesejnya dan berkali2 menolak untuk berjumpa.

Saya di reject? Betul...di reject seperti ini tidak melukakan dan ia tidak menambah sejarah hitam dalam hidup saya. Saya yakin lelaki itu terkejut bila melihat saya memakai jubah kelabu dan tudung labuh hitam. Seminggu lamanya dia dengan tiba2 tidak menghubungi saya dan tiba2 dia menghantar mesej seperti yang saya maksudkan ke atas. Saya tidak bertanya apa2. Mungkin selesa membuat kesimpulan sendiri. Tapi saya OK. Pernah berselisih pula dengan lelaki ini (selepas saya menjadi seorang isteri) sedang berjogging dengan seorang perempuan.

Kali keduanya, walaupun dia mempunyai watak seorang lelaki Muslim sejati, saya masih tidak mampu membuat jiwa saya rasa selesa. Sungguh saya tidak selesa sehingga terpaksa meminta supaya lelaki itu jangan menghubungi saya sebulan di bulan puasa. Malang sekali, dengan gelojohnya dia menelefon dia di pagi raya dan saya memberikannya satu berita buruk buat dia (baik bagi saya).

Walaupun diugut, tidak akan berkahwin selain dengan saya, saya tidak peduli. Malah andai dia mahu mengugut untuk bunuh diri, saya masih tidak akan peduli. Saya tidak mahu korbankan hidup saya dengan pura2 rasa selesa pada satu hal yang saya tidak selesa. Namun, saya rasa lelaki itu telah ada seseorang dalam hidupnya juga. Saya tidak pula rasa dikhianati kerana kini saya mempunyai seorang suami yang benar2 memimpin saya.

Secara asasnya, panduan berikut telah diberi oleh Dr HM Tuah Iskandar untuk memilih bakal suami :
  • Melihat agamanya
  • Melihat bagaimana dia melayan ibubapanya
  • Melihat bagaimana dia bila bersama anda
  • Melihat bagaimana keluarganya melayaninya
  • Siapa sahabatnya
  • Apakah kegiatan hidupnya
  • Lihatlah diri anda sendiri
Nota : Dr HM Tuah ada mengesyorkan menggunakan formula 3E namun saya amat tidak setuju dengan hal itu.

Berdasarkan hal di atas, jika anda seperti saya dahulu yang tidak tahu menahu langsung perihalnya suami saya sebelum kahwin dahulu, maka apa yang ada pada anda hanyalah naluri anda. Saya yakin ramai di kalangan yang membaca selalunya mengenali calon suami anda namun masih ada rasa ragu2 yang menghantui anda.

Maka, fikirkan hal2 yang Dr HM Tuah cadangkan itu. Mungkin anda tidak dapat gambaran sepenuhnya namun sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sandaran. Paling penting adalah 'melihat kepada diri sendiri'. Ia membawa maksud, siapa yang anda pilih itu adalah diri anda yang sebenarnya. Seperti firman ALLAH yang membawa maksud :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Perinciannya boleh dibaca dari link ini. Harapan saya agar adik2 yang masih mencari2 itu segera bertemu jawapannya dan cepat pula penyatuannya. Salam di angin lalu ya...

Thursday, June 11, 2009

No. 2 Bonda’s Day Contest 2009 Sarakids

Bismillah,

Lihatkah anda tajuk di atas? Iye, saya 'ter' dapat no 2 dalam contest yang saya masuk itu. Saya target saguhati aja tapi saya dapat no 2. Hadiahnya? Nantilah bila dah dapat baru saya bagitahu tapi yang sahihnya pemenang no 1 adalah Pakej Percutian ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Woowwee alangkah syioknya andai saya dapat hadiah yang ittew...

Oh tidak sitisifir..jangan berikan ayat yang tamak. No 2 pun kamu tak layak mana. Jadi, jangan berangan tinggi langit. Hihi...Sini saja saya nak share tiga pemenang yang Puan Farah Cute (ini ayat bodekkah?) dalam blognya kurang lebih 3 jam yang lalu.

Berikut adalah pemenang utama: (Tahniah buat mereka)

Mama Suzie a.k.a Mama Zharfan

Bonda bertuah ini akan membawa pulang hadiah: Pakej Percutian ke Tiara Beach Resort, Port Dickson

Pemenang kedua: Puan SITI SIFIR a.k.a Puan Hafizah Madzlan (iyyeww...siti sifir ada Puan??)


Pemenang ketiga: Puan Nurul


Korang tak percaya ke yang no dua itu saya? Tak percaya terjah blog Farah ek..

Dah lah cerita 'perasan menang' saya...yang itu tidak penting, yang pentingnya adalah perkara berikut :


pihak SARAKIDS management team serta keluarga dgn berbesar hati menjemput
semua relatives, suppliers, customers, kwn2 terdekat, kwn2 blog, clients dan
sesiapa sahaja yang ingin menghadiri Mini Open Day SARAKIDS dan sambutan Majlis
Hari Lahir Puteri Sara Azalea Binti Saiful Azwan (anakanda pengasas SARAKIDS).
Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Date: 28th June 2009
Venue: SARAKIDS Boutique, 42-1, 1st Floor,
Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, Seksyen U2, 40150, Shah Alam,
Selangor
Time: 2.30pm - 6.00pm
Theme: White & Pink

Sekarang saya dah pening. MSK punya gathering adalah pada 14 Jun. Seronoknya kalau saya dapat ada di sana sama. Kalau saya pergi time ini, mungkin saya tak dapat hadir Farah Sarakids punya majlis pula. Kalau saya pergi Sarakids punya majlis pula, nanti orang ingat saya pergi sebab nak amik hadiah. Uhuuu...sebenarnya dah lama sangat saya nak jumpa dengan puan Farah Sarakids.

Tengoklah, saya akan tanya pada suami ku nan tercinta. Namun, saya dah cukup pasti jawapannya apa (saya ada instinct yang kuat tentang suami saya. So En Husbandku, beware!!) Muahahahaha....*mode telur di hujung tanduk*



Harini saya akan senyum sampai nampak gigi bongsu sekali lagi...alhamdulillah

Tuesday, June 09, 2009

Cabaran Mengajar Anak Menutup Aurat

Bismillah,

Saya tak pernah di condemn lagi dan ini mungkin pertama kali terdengar orang mengata ngeji saya. Pastilah saya yang dikata sebab saya dan suami yang ajar, bukan Asmaa' & Arwa yang nak pakai sendiri. Tapi kawan-kawan jangan bimbang, saya tidak pula lemah semangat dengan apa yang dikata cumanya itulah, saya cuma rasa sedih aje.

Asmaa' sedang mengemaskan apa yang disepahkan adiknya

"Ni kecik2 dah pakai tudung, dah besar nanti tudung ntah ke mana.."

Adui, kalau tak puas hati diam aje lah. Kalau betul2 tak puas hati, kenapa pula tak bercakap di depan saya? Barulah saya akan bagi jawapannya. Atau mungkin saya akan bertanya soalan pula kepada orang ini. "Mana anak makcik? Owh, tak pakai tudung...ini kesan memakai tudung dari kecilkah? Atau makcik tak ajar dia pakai tudung so dia tak pakai tudung sampai sekarang? Atau anak makcik tak puas2 lagi tak pakai tudung?"

Ha...ini la namanya berleter secara online. Kebarangkalian untuk saya berjumpa dengan makcik ni semula sangat kecil. Saya rasa saya tak ada peluang untuk mendekati dia dan mengatakan, anak saya selesa begiu. Malah dia takkan keluar rumah selagi tak berjumpa dengan tudung dia. Kerana dia dah tahu, dia perlu menutup aurat jika dia keluar rumah.

Asmaa' apatah Arwa masih terlalu kecil untuk memakai tudung?
-Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-Alah bisa tegal biasa.
-Dont put off till tomorrow what U can do today.
Biarlah itu menjadi jawapannya...


Arwa mahu menyenduk sape yang tak dengar cakap umi :P

Tahukah anda bahawa bukan senang untuk memakai tudung? Ramai orang berasa serba salah untuk memulakan memakai tudung. Jadi saya tak mahu anak saya berada dalam keadaan serba salah itu. Saya mahu dia faham bahawa memakai tudung adalah sesuatu yang dituntut syariat. Bukan untuk comel...Tapi mereka benar2 comel di dalam tudung mereka.

Mungkin ada yang membaca entry ini yang tidak memakai tudung. Maafkan lah saya. Namun masih belum terlambat andai anda mahu memulakannya sebelum ia benar-benar terlambat. Jangan tunggu 'sampai seru' kerana sebenarnya seru itu sudah lama. Malah sekarang saya juga sedang menyeru anda. Ini adalah kerana rasa kasihnya saya pada saudara seagama dengan saya.

Jangan kata saya ekstrem. Kerana saya tidak mengikut semua saranan baginda Rasulullah SAW. Masih banyak lagi mujahadah diri perlu saya lakukan untuk meningkatkan keimanan dalam diri saya. Cuma saya bimbang yang mengata orang ekstrem itu, adakah dia secara ekstrem melanggar perintah ALLAH dengan tidak menutup aurat?

Maafkanlah saya jika entry ini benar2 melukakan perasaan anda. Kadangkala luka perlu untuk kita mendapat kekuatan dan cabaran untuk memulakan sesuatu yang baru. Semoga ALLAH mudahkan perjalanan saya dan anda juga.

Sunday, June 07, 2009

Tag : My Baby Dari Kakyong

Bismillah,

Setelah mabuk melayan contest, saya cuba mampatkan lagi minda saya dengan menjawab tag dari kakyong. Tapi soklan very the simple cuma part yang mencabarnya adalah untuk mem'pas'kan tag ini kepada mangsa seterusnya. Disebabkan saya mencari mangsa, adakah saya ini pemangsa? Kuhik..kuhik...pastilah kakyong menjadi mangsa paling lunyai dalam mendapat tag dari teman blogger yang lain. Bukankah begitu??


Tanpa melengahkan masa, layan ini tag okeih :


1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

2 anak dara dan 2 anak teruna. So, jumlahnya empat. Pandaikah umi bajet? Oh tidak...kami pakai kekdah belasah aje.... :P


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

Tidak merancang masa. Bila-bila pun insya ALLAH boleh. Kalau orang tanya adakah umi merancang, jawapan umi sentiasa begini, "Umi merancang untuk mendapat anak yang ramai". Oww...tapi jangan tanya begini, "Tak letih kah?". Ini adalah soklan yang susah nak tipu bila jawab. Sebab letih itu ada sokmo. Cuma letih ini insya ALLAH mendatangkan hasil yang lumayan di dunia dan akhirat harapnya. Sbb kadang tu kalau jawab letih macam tak suka anak aje...bukan begitu, ia meletihkan tapi ada sesuatu yang best dalam keletihan itu.


3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Halamak...macam susah je soklan ini.


  • Asmaa' - maksudnya nama (yang baik). Sempena nama Asma' Abu Bakar wanita yang digelar Dzatun Nithaqain (kerana dia mengambil tali pinggangnya, lalu memotongnya menjadi dua. Kemudian, yang satu dia gunakan untuk sufrah (bungkus makanan untuk bekal) Rasulullah SAW, dan yang lain sebagai pembungkus qirbahnya pada waktu malam, ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar Ash- Shiddiq keluar menuju gua.)

  • Usamah - maksudnya berani (yakah?). Sempena nama cucu angkat Nabi SAW Usamah B Zaid, seorang panglima perang pada usianya 17 tahun

  • Uwaiys - seorang ahli sufi yang rapat dengan baginda Rasulullah SAW walau tidak pernah berjumpa dengan Baginda.

  • Arwa - yang memberi minum, dinisbahkan sebagai pemurah. Nama seorang daripada ibu saudara Nabi SAW antara yang pertama memeluk agama Islam.

Klik nama diorang untuk tahu lebih lanjut.


3. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Abah diorang, saya akan mengatakan setuju atau tidak.


4. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?

Kami mahu nama anak kami dimulai dengan alif hamzah, bermaksud boleh jadi mula dengan huruf U, huruf I atau huruf A. Nama Asmaa' diambil sebab tokku pernah kata kalau dia ada anak lagi, dia nak letak nama Asma', nama Usamah sebab Osama Laden yang glamer, nama Uwaiys, sama-sama pilih dan nama Arwa sebab cari nama dalam buku senarai perawi hadis dan sahabat sahabiah. Sebolehnya kami mahu nama anak kami adalah dari tokoh zaman Rasulullah.


5. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?

Ow..tunggu di hari ke 7 kelahirannya baru kita bagi nama ek.


6. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?

Seramai yang boleh dilahirkan.


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

Adei...

Asmaa' & Usamah ~11 bulan

Usamah & Uwaiys ~ setahun 8 bulan

Uwaiys & Arwa ~ setahun 2 bulan

Ngeri kah?


8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer

Uuu....tak kisah...sebabnya, memang tak kisah


9. Kakyong- soklan no 9 lesapkah?


10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

~suka menjerit (kwang kwang)

~selalu minta perhatian (mcm umi masa kecil)

~Asmaa' & umi malas makan

~Usamah, Arwa & abah tak boleh tak makan


11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.


Wakaka...ada puas hati kah jika beranak ramai? Sangat memuaskan hati... :P

Saturday, June 06, 2009

ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST!

Bismillah,

Setelah semalam saya meroyan buat posting melambak2 sampai ustaz scene-r muntah nak baca, arini saya akan buat kejutan dengan masuk 5-6 contest pulak sehari dengan mempertaruhkan gambar dan kata-kata manja saya. Kuhik kuhik....layan aje lah. Selain dari melayan, silakanlah masuk kerana masuk pertandingan ni adalah sesuatu yang mengujakan walaupun dapat hadiah saguhati aje...kiki....
Apakah yang kedapatan di ZARA SHOPPE??

Dari yang simple


sehingga yang complicated



Dari yang kotak-kotak



kepada yang berbunga2 cinta




Dari yang hitam menawanSehingga warna putih nan suci
Dari cantik di lengan
hingga naik ke atas kepala

yang penting sekali :

  • harga berpatutan
  • barang cantek menawan (bila la ada org nk sponsor purse umi ni??-macam ada sesuatu yang umi cari disini..)
  • jimat minyak, parking, anak tak ilang masa gi supermarket...kiki

Pertandingannya berlangsung begini :

FATHER'S DAY IS JUST AROUND THE CORNER!
SEMPENA FATHER'S DAY 2009,ZARA SHOPPE MENGANJURKAN SATU CONTEST..
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST!
ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST bermula 4/6 ~ 30/6/2009


SYARAT-SYARAT PERADUAN :
1~ follow ZARRA SHOPPE.
2~ add ZARRA SHOPPE di bloglist/blogroll anda.
(penyertaan terbatal jika gagal berbuat demikian!)
3~ review berkenaan ZARASHOPPE di blog anda dengan tajuk ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST (hanya title ini sahaja di terima)
4~ upload gambar anda bersama ayah anda atau suami bersama anak serta ceritakan momen terindah anda/anak anda bersama ayah/suami anda!
(satu gambar sahaja diterima!)
5~ tinggalkan link berkenaan contest di entri ini beserta email address
6~ keputusan pemenang akan di umumkan pada 1/7/2009




HADIAH?
*
*
*
Pemenangnya akan di hadiahkan Louis Vuitton DAMIER CANVAS WALLET
bernilai RM95
yang akan di hantar terus kepada ayah anda atau ayah kepada anak anda (suami)sebagai kejutan



beserta father's day card ( kata-katanya tentu dari anda ya!)


(owh...ini kalau saya menang tak jadi suprise la kot kalau suami saya baca..alamak ini ayat perasan boleh menang kah??)
so cepat2lah hantar entri ya!
7 entri terawal akan menerima hadiah *misteri*


(huhu.....melepas sudah!!!)


**********************************************************************************


SYARAT-SYARAT PERADUAN :

1~ follow ZARRA SHOPPE. -Saya 1st time menjadi follower dan blog pertama yang saya follow adalah ZARRA SHOPPE. Kih kih...ini ayat bodekkah?


2~ add ZARRA SHOPPE di bloglist/blogroll anda.(penyertaan terbatal jika gagal berbuat demikian!) ~disebabkan ZARRA SHOPPE ini adalah satu blog yang berunsurkan perniagaan apatah lagi sebangsa malah seagama pula dengan saya, maka saya letakkan link ke blog nya dari 'Their Bizz' saya. Keep tenang2 on this blog kengkawan sebabnyo sape yang minat barang2 Louis Vuitton kah, Damier Canvas kah, Gucci kah....bolehlah dapat di sini.
3~ review berkenaan ZARASHOPPE di blog anda dengan tajuk ZARA SHOPPE : FATHER'S DAY CONTEST (hanya title ini sahaja di terima) ~adekah yang diatas namanya review?


4~ upload gambar anda bersama ayah anda atau suami bersama anak serta ceritakan momen terindah anda/anak anda bersama ayah/suami anda!(satu gambar sahaja diterima!)


Momen terindah Asmaa', Usamah, Uwaiys & Arwa dengan ayahanda mereka :

Susahnya untuk bercerita kerana hampir semua mahu diceritakan. Setiap detik juga merupakan detik indah mereka bersama. Betul, ada masa abah juga marah-marah tapi selepas itu, anak masih cepat rasi semula dengan abah. Paling mereka suka bila abah bawa mereka mandi manda di pantai, berguling menggeletek satu sama lain dalam rumah, bila abah buat muka lucu dan cute. Abah sentiasa mempunyai idea baru untuk ditunjuk kepada anak demi untuk membukan minda anak-anak. Dia sanggup beli kolam ikan yang besar supaya anak dapat lihat ikan koi berenang dengan damai. Sanggup pula membuat satu tempat ram ayam sendiri supaya anak dapat lihat bagaimana dari sebiji telur menjadi seekor ayam yang comel (kini menjadi sumber pendapatan kami pula). Abah paling risau bila anak-anak jatuh dan segera merawat bengkak dikepala anak. Pendek kata, abah mereka adalah jendela mereka untuk melihat dunia luar. Bila saya tanyakan anak-anak, "Sayang abahkah atau sayang umi?" Mereka berjaya menjawab soalan itu dengan jawapan, "Sayang abah dengan umi." Owh, pastilah abah yang ajar...

5~ tinggalkan link berkenaan contest di entri ini beserta email address

6~ keputusan pemenang akan di umumkan pada 1/7/2009

Friday, June 05, 2009

Merangsang Bayi Dalam Kandungan

Asmaa'

Usamah

Uwaiys
Arwa

Bismillah,


Entry ni dah lama peram dalam kepala. Mmm...jangan marah ye bila saya tulis banyak2 entry dalam sehari. Suami saya tak ada dan dia membawa Uwaiys dan Usamah bersama. Jadi saya tak ada kawan untuk bergaduh. Skang Arwa tidur dan Asmaa' masih tekun dengan lukisan dia. Ntah bila dia nak berhenti melukis.


Sepanjang dua minggu cuti sekolah ini, saya harap Asmaa' dan Usamah dapat menghabiskan at least satu buku untuk AlFurqan, Bacalah Anakku & Read Easy. Itu harapan umi aje, umi tak kisah kalau anak2 tak dapat habiskan. Apa yang saya nampak Usamah adalah seorang yang orang kata 'fast learner'. Dia tidak menekun seperti Asmaa' tapi dia dapat catch up sama macam Asmaa'.


Berbalik kepada tajuk di atas. Bagaimanakah anda semua merangsang bayi anda? Ada yang kata, pasang muzik klasik. Uwah...saya tidak setuju dengan ini. Kenapa? Adakah saya terlalu syadid. Itu mungkin alasan kedua tetapi saya memang tak sukakan muzik. Kalau saya ada IKIM.fm di rumah, saya mungkin akan pasangkannya tetapi kalau tak pasang pun tidak apa2.


  • Mendendangkan ayat-ayat suci AlQuran & alunan zikir - bukankah itu yang terbaik? Biasakan anak2 dengan ayat suci Al Quran. Surah Yusuf dan surah2 lain untuk di baca setiap hari. Saya sendiri akui semakin hari semakin liat saya untuk menyelak AlQuran ini. Jika saya tidak mula semula untuk membacanya, mungkin saya akan terus-terusan meninggalkannya. Padanlah jiwa kita menjadi kosong, kita tidak isi dengan yang sepatutnya. Plus!! Jangan hanya maknye aja yang baca, abah dia mesti baca sama.
  • Mengusap-usap perut - tatau la orang lain, saya suka sangat pegang perut saya especially kalau dia tengah bergerak-gerak. Saya macam perasan sorang2 yang baby saya berinteraksi dengan saya. Ntah ini perasaan saya atau memang dia berinteraksi dengan saya. Perasaan ini sangat best!!! Dan XTVT ini juga perlu dilakukan juga oleh encik abah dia.
  • Bersembang dengan baby - yang ni lagi satu sesuatu yang best. Walaupun sedih, bercakap lah dengan mereka, apatah lagi bila kita sedang gembira. Dia mungkin akan merasa yang dia adalah sebahagian dari kita. Cuma jangan la lebih2 sedih pulak ek.

Selebihnya, saya pas anda kepada entry Doa Untuk Menjadikan Anak Bijak dan Soleh? oleh MommyLyna..layan...


Libang-Libu


Bismillah,


Ntahle nape..ini ari rasa mcm satu mcm. Ada ke perkataan libang libu wujud kengkawan? Tak pedulilah ye, ada ke tak. Saya tgk Asmaa' pun serupa.


Sepagi ini dia melukis bermacam2 gambar dan dia warnakan. Apa yang luar biasa? Sebab dia lukis satu buku yang hampir 60 ke 80 ms. Semalam saya dah bagitau dia abah, Usamah & Uwaiys nak balik rumah tokku. Saya bgtau dia yang dia akan teman saya di sini. Tapi dia nampak happy tapi saya tau sbnrnya dia nak ikut sama.


Mcm mana lak saya boleh agak mcm tu? Sbb dia sekejap2 asyik tanya semula, nape kita tak balik sekali? Huhu...umi dah lama terasa sangat nak balik sbb rasa mcm dah lama tak makan masakan sana. Ha ha...melampau tak umi mu ini? Ade ke balik sana nak makan masakan mertua. Keh keh...Tapi byk protokol terpaksa umi lalui.


Skang tgh musim bajet. Kalau umi pergi, umi kene panggil K.Rohaiza cute untuk ganti umi. Kalau umi panggil dia, bermaksud umi kene sediakan bajetnya. Selain itu, lens kebanyakannya akan kene hantar kilang potong. Bila kilang potong, umi juga kene sediakan bajetnya. Jika umi pergi juga, banyak tempahan akan delay dan bila delay, pastilah duit lambat masuk.


Mungkin juga kerana abah tinggalkan kami 'orang2 perempuan' di sini yang membuatkan saya rasa begini. Alhamdulillah juga buka kedai pagi tadi ada org datang buat dan ambil spek. Kalau tak, ntah apa la yang nak mengubat hati saya ini.


Ntah mcm mana rasa tak kena tadi, saya sorang2 pegi makan kat kedai belakang. Terdengar bunyi macam orang mengorat tu. Berdecit2 bunyinya. Saya malas la nk tgk sbb kang orang kata saya perasan pulak. Rupa2nya yang menghasilkan bunyi itu adalah seorang India. Yang gilanya, dia tgh tayang 'loceng' dia.


AAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............saya rasa mi kari yang saya makan ni bertukar jadi ulat gonggok. Sungguh meloyakan untuk dimakan. Serius korang saya belum nampak loceng dia itu tapi saya dah rasa geli. Tiba2 datang sorang pakcik yang macho buat2 gaya nak bantai dia. Ha ha....saya sebenarnya paling takut utk tgk keganasan di depan mata saya tapi tadi saya rasa saya akan bertepuk2 kalau dia kene bantai.


Tapi lepas tu saya makan aje mi tu mcm takde apa2 yang berlaku. Sape2 pun tak perasan yang saya perasan orang gila itu. Tapi nak menelan mi tu sangatlah hazabnya, sampai lepas makan saya duduk punyalah lama sbb rasa nak muntah. Mujur terjumpa customer dan dia duduk semeja layan saya sembang. tapi bila tgk mi kari dia sampai saya sekali lagi nak muntah.


Abang, cepatlah balik ek. Ada orang tak senang hati ni tak tengok muka abang yang cute. Huhuuuu...Uwaiys dgn Usamah kerap2 la nangis cari umi bg abah tensi. Kih kih...

Madu


Bismillah,
Melihat tajuk ini, musti suami saya akan klik terus pada tajuk ini bila dia balik dari kampung nanti. Tolong sikit ye kanda, dinda sedang bercakap tentang kesihatan bukan tentang tajuk yg sll menjadi kegemaran kanda. :P

Sudah lama juga saya tak bincangkan tentang hal kesihatan kan. Balik2 pasal HS, pasal CD, pasal ntah ape2. Arini saya nak cerita pasal madu. Teringat selepas beranakkan Asmaa' dulu, suami saya terfikir untuk mencari madu sendiri. Dia pun berpakatlah dengan kawan dia untuk cari madu dalam hutan.

Alkisah saya tak pasti time tu suami saya mempunyai pengetahuan yg cukupkah untuk meng'kerabat' dan menjolok sarang lebah, tapi katanya kawannya itu sudah masuk level pro. Saya risau bukan sbb ape, masa tu konon2 baru kawin la jugakkan takut jadik pape (wah...adakah aku semakin tidak risau sekarang?)

Tgk2 dia balik muka bengkak abes, (tapi masih cute) dan dia gula2kan saya dengan madu itu. Tapi betul, madu itu adalah madu yang asli. Yang dia dapatkan sendiri untuk kami gunakan dalam kehidupan seharian.

Madu boleh dikatakan ubat yang sedap. Seswai dengan apa yang ALLAH nyatakan dalam surah An-Nahl ayat 68 & 69 yang bermaksud :
"And your Lord revealed to the bee saying: Make hives in the mountains and in the trees and in what they build: Then eat of all the fruits and walk in the ways of your Lord submissively. There comes forth from within it a beverage of many colours, in which there is healing for men; most surely there is a sign in this for a people who reflect. (Surat an-Nahl, 68-69)

Menurut bacaan saya, kita digalakkan untuk mengambil madu setiap pagi sebelum makan benda lain. Saya yakin, makan masa mana pun madu tetap akan menjadi ubat jika kita niatkan begitu. Sudah lama saya tinggalkan madu, semenjak madu yang suami saya cari itu habis, sejak itulah saya tidak meratah madu.

Saya jot down beberapa faedah mengambil madu ek :
  • Menghilangkan kahak, merawat batuk & sakit tekak
  • Memenuhi keperluan tubuh
  • Cepat memberi tenaga
  • Mencuci perut
  • Mengelakkan usus tersekat
  • Merawat cirit
  • Melembutkan rambut - uk, saya tak pernah letak apa2 ramuan melainkan syampu dirambut saya..
  • Menambah daya penglihatan -titis direct dalam mata tapi pastikan ia asli, anda akan rasa pedih tapi puas selepas itu.
  • Pembasuh mulut, memutihkan gigi
  • Menghilangkan selera makan untuk yg nak diet tapi pastikan ratah masa perut kosong
  • Melancarkan saluran yang tersekat pada hati, buah pinggang dan pundi kencing.
  • Meningkatkan daya hafalan
  • Mengawet daging kalau nak simpan lama
Mmm..kalau diperati2, lebah tu kecik aje tapi subhanallah, ALLAH telah mengeluarkan penawar yang sangat tinggi khasiatnya. Bagi mereka yang berfikir pastilah cetusan ini akan meningkatkan lagi keimanan kita kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Sedikit lg huraian ttg ayat yang saya letak diatas tadi :
Health Benefits Of Honey

"And your Lord revealed to the bee saying: Make hives in the mountains and in the trees and in what they build: Then eat of all the fruits and walk in the ways of your Lord submissively. There comes forth from within it a beverage of many colours, in which there is healing for men; most surely there is a sign in this for a people who reflect.
(Surat an-Nahl, 68-69)
Health Benefits of Honey Honey is a sweet treat. In fact, it is man's oldest sweetener. It can be a good substitute for sugar in our drinks and food. But it is also good for many other things and treating many other conditions. Reliance on commercialized medicines which contains too much chemicals can become hazardous to our health. Alhamdullilah, Allah has given us the knowledge that Mother Nature can at least help to ease the pain we are suffering from. Honey is composed of sugars like glucose and fructose and minerals like magnesium, potassium, calcium, sodium chlorine, sulphur, iron and phosphate. It contains vitamins B1, B2, C, B6, B5 and B3 all of which change according to the qualities of the nectar and pollen. Besides the above, copper, iodine, and zinc exist in it in small quantities. Several kinds of hormones are also present in it. Approximately one half of the human diet is derived directly or indirectly from crops pollinated by bees. Today honeybees are an essential part of a healthy agriculture economy. If you have allergies, honey can be beneficial. If you eat honey that is local to your area, it may prevent your seasonal allergies. Bees use the pollen from local plants and eventually it ends up in your honey. Honey may also be good for your skin. It has the ability to attract water. You can use honey instead of alpha hydroxy masks because of its high content of the acid. It is also safe for sensitive skin. You can also use it as a moisturizing mask for your skin as well as your hair. To use it as a conditioner, mix the honey with olive oil. Be sure to wash your hair thoroughly before you go outside. If you have a sore throat, take some honey.Due to its natural anti-inflammatory effect, it will help to heal the wounds more quickly.It also has different phytochemicals--chemicals found in plants and different foods--that kill viruses, bacteria, and fungus making it a good substitute for wound dressings. The taste may also take your mind off the pain. There is evidence that honey diluted in water will help with your stomachaches and dehydration.
Health In Islam: Germ-Fighting Properties Germ-Fighting Properties
Do you have a cut? Honey is a natural antiseptic. Medical journals cite more than 600 cases in which honey was employed to treat wounds.By applying honey to your wounds, you prevent infections. Honey contains antimicrobial agents, which prevents infections by killing the bacteria in and around your wounds. When using honey it may help to heat it up before putting it on your wound (caution test the heat before you place it on the wound).Many types of bacteria can’t survive in honey, so wounds heal, swelling eases, and tissue can grow back. Honey may also be effective in the treatment of your ulcers.In Europe, honey has been used internally to help cure ulcers, particularly stomach ulcers. Burns, too, heal better with honey, studies show. The advantage of honey is that it not only prevents infections from occurring, it actually accelerates skin healing.. Since the sugar in honey absorbs water it helps to trap some of the moisture so that the bacteria and other microbes can’t grow as easily as in other food.
Honey: How Does It Help In Healing Wounds? How Does It Help In Healing Wounds?
When honey comes into contact with body moisture, the glucose oxidase enzyme introduced to the honey by the bee slowly releases the antiseptic hydrogen peroxide at a sufficient level to be effective against bacteria but not tissue damaging. Not only is honey anti-bacterial, it also draws body fluids and nutrients to the area and so assists cell growth and prevents a scar forming by drying out of the wound. The osmotic action of the honey draws out and provides a film of liquid between the tissues and the dressing, allowing the dressing to be removed painlessly, without tearing of the re-growing cells. There are reports in medical journals of large bed sores, otherwise needing skin grafts, that have healed without scarring after honey treatment. In treating diarrhea, honey promotes the rehydration of the body and more quickly clears up the diarrhea and any vomiting and stomach upsets. The anti-bacterial properties of honey, both the peroxide and non-peroxide, are effective in the laboratory against MRSA strains of bacteria which are notoriously resistant to antibiotics and are sometimes responsible for the closing of hospital wards.
Other Benefits of Honey Other Benefits of Honey


  • Easily digested: Because sugar molecules in honey can convert into other sugars (e.g. fructose to glucose), honey is easily digested by the most sensitive stomachs, despite its high acid content. It helps kidneys and intestines to function better.
  • Good source of antioxidants: It plays a big role in the prevention of cancer as well as heart disease.
  • Has a low calorie level: Another quality of honey is that, when it is compared with the same amount of sugar, it gives 40% less calories to the body. Although it gives great energy to the body, it does not add weight.
  • Rapidly diffuses through the blood: When accompanied by mild water, honey diffuses into the bloodstream in 7 minutes. Its free sugar molecules make the brain function better since the brain is the largest consumer of sugar, thus, reduces fatigue.
  • Supports blood formation: Honey provides an important part of the energy needed by the body for blood formation. In addition, it helps in cleansing the blood. It has some positive effects in regulating and facilitating blood circulation. It also functions as a protection against capillary problems and arteriosclerosis.
  • Does not accommodate bacteria: This bactericide (bacteria-killing) property of honey is named "the inhibition effect". Experiments conducted on honey show that its bactericide properties increase twofold when diluted with water. It is very interesting to note that newly born bees in the colony are nourished with diluted honey by the bees responsible for their supervision - as if they know this feature of the honey.
  • Royal Jelly: Royal jelly is a substance produced by worker bees inside the beehive. Inside this nutritious substance are sugar, proteins, fats and many vitamins. It is used in problems caused by tissue deficiency or body frailty. It is obvious that honey, which is produced in much higher amounts than the requirements of the bees, is made for the benefit of man. And it is also obvious that bees cannot perform such an unbelievable task "on their own."