Tuesday, September 29, 2009

Umi, Jom Ke Klinik Gigi


Bismillah,

Ini adalah kisah sadis lagi tragis tentang anakanda2 ku. Ahahaha... alkisah semalam adala tersebut kat diorang lepas balik sekolah semalam nak bawa gi klinik. Tetapi akibat dari umi yang memasak start lewat maka xtvt ini tertunda. Minggu lepas Asmaa' bengkak gusi kanan. Sian anak dara I, tapi kot mana2 pun nape ek nampak dia tu cumil aje. Usamah pulak tak habis2 nak cabut gigi supaya dia boleh dapat gigi baru.

Tetiba bangun je pagi tadi, dialog biasa Usamah adalah :
1. Umi nak susu...
2. Umi nak tengok kartun..
3. (Kalau suruh dia gi mandi) Kakak dengan Uwaiys dah mandi??

Susunan diatas sentiasa menepati kronologi okeh. Tapi pagi tadi dia bangun2 je terus tanya, "Umi kata semalam nak pegi klinik gigi....?" Haiiyaa diorang ni ingat klinik gigi ni tempat pelancongan kah? So, lepas diorang gi sekolah kami pun bawakla diorang pergi ke klinik gigi in town. Ini la doktor yang sama yang cabut gigi umi dulu...

Awal2 lagi dah sound abah yang umi tanak masuk. Masa sunatkan Uwaiys dulu pun sampai menggigil2. Ini pulak nak hantar dua orang anak cabut 3-4 batang gigi seorang. Kami mulakan dengan Usamah. Sekali doktor kata yang gusi dia bengkak so kena balik makan ubat dulu. So, suruhlah Asmaa' pulak masuk. Nak masuk kenmain lagi happy...ha ha...

Sekali agaknya doktor tu bius gigi dia, dia punya sound track ya ALLAH, sampai Uwaiys dengan Arwa yang out of control berdiri tak bergerak2. Punyalah ngerinya suara Asmaa' masa tu. Uminya?? Hihi...ketar lututlah kawe nii. Bila je Asmaa' keluar dari klinik, doktor tumpang jenguk ke luar sekali.

Sekali Uwaiys dengan sifat protektifnya sound direct, "Kenapa buat macam tu!!?" plus dengan muka marah dengan tangan dua2 belah di genggam. Sebijik macam hero nak selamatkan heroin. Lepas tu je, dia mula sesi memujuk sambil mengusap2 belakang kakaknya. Ntahla, skang ni saya dengan suami suka ketawa bila tengok diorang tambah plak bila nampak adegan yang mcm ni.

Pengalaman hari ni telah menyebabkan saya terpaksa rela untuk menggonyoh gigi Arwa tiap2 hari. Lepas ni kena mengharung keadaan gigi Usamah pulak hari Sabtu ni. Tak lama lagi Uwaiys pulak. Ni yang nak bezakan minum susu mak dengan susu botol nehhhhhh....

*Asmaa', Usamah & Uwaiys tak sempat BF full 6 bulan pertama compare to Arwa...gigi Arwa pun baru je tumbuh 6 batang. Uhukkk

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillah,

Saya bukanlah orang yang pandai nak buat kad2 maya macam kawan2 yang lain buat. Kalau saya collect satu2 kad yang saya dapat mll email dan melalui Facebook saya nescaya penuhlah blog saya. Jadi saya memilih untuk menerima dan menampal kad2 mereka yang meninggalkan mesej di blog kesayangan saya ni di blog saya.

Walau apapun, saya ucapkan terima kasih. Apa yang kalian doakan kepada saya, saya akan turut mendoakan kalian. Justeru, di penghujung Ramadhan ini sehinggalah masa saya menaip semula, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada mereka yang tinggal berdekatan Parit Buntar, jemputlah datang ke rumah saya. Anak2 saya dah hias rumah kami dengan mural yang mempersona :P Sebenarnya ramai yang memahami bagaimana keadaannya bila beranak ramai seperti saya.

Jadi, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua ya...... Tengoklah wajah kami tahun lepas di bawah ni. Mmm..ramai yang tanya, tahun ni nk bergambar ke tak? Tengoklah rasanya tidak di studio sebab takde pertambahan ahli baru.....he he...maybe next year...


Kepada yang nak datang rumah saya tu, saya boleh dihubungi di 0199515058.
Insya ALLAH saya akan berada di Jerteh sehingga raya ke2. Daaaaaaa.........

Thursday, September 17, 2009

Result MyDearShoppe-Aidilfitri GiveAway Contest

Bismillah,

Eheheheh.....sape kat sini mengandung? Kalau mengandung tu saya nasihat masuklah banyak2 contest :P Kot lah ada lejeki macam mereka2 yang di bawah ini...

GRAND PRIZE dimiliki oleh...,
MUMMY_SOFEA


2ND WINNER PRIZE dimiliki oleh...,
SITISIFIR10

3RD WINNER PRIZE dimiliki oleh...,
IBUARIFA

dan hadiahnya adalah :
GRAND PRIZE
Lunatots Printed CD COW MINKY
Hotel Voucher (Mutiara Johor Bahru) Deluxe Room bernilai RM200.00 nett
Lunatots Brochure
Lunatots Sampul Duit Raya

2ND PRIZE
Hotel Voucher (Mutiara Johor Bahru) Deluxe Room bernilai RM200.00 nett
Lunatots Sticker
Lunatots Brochure
Lunatots Sampul Duit Raya

3RD PRIZE
Hotel Voucher (HILTON PJ) Guestroom bernilai RM200.00 nett
Lunatots Brochure
Lunatots Sampul Duit Raya

HADIAH SAGUHATI
Lunatots Brochure
Lunatots Sampul Duit Raya

Okeh Pija....kumpul2lah duit nak gi merendek Johor....ngeh he he he eheheheheheh... (ketawa orang yang lapar benda free....) dan tahniah buat mummy_sofea & ibu arifa!!!!

Terima kasih buat Mardiana dari Mydearshoppe E-shop!!!
Kebetulan yang menarik bila dia kenal Pejot, Efa dan Syidah
Efa dan Syidah kawan sekolah menengah saya
Pejot pulak kawan di UKM...
hihiii

Wednesday, September 16, 2009

Senarai Pemenang Di Sini Kisah Coklatku Bermula

Bismillah,

Hihi...saje je ku peram2 buat keadaan menjadi lebih saspen. Hokeh, Pn Haridah coklathalal tidak berkesempatan untuk melihat semua peserta dan dia dah bagi mandat pada saya untuk memilih pemenang. Demi untuk tidak buat saspen terlalu lama, saya minta 3 orang juri berdekatan saya untuk membuat penilaian untuk gambar. Sebab dalam gambar itu ramainya adalah kawan2 baik saya jadi pastilah saya tertarik hati nak pilih gambar mereka dan ini bias kan. Kalau tanya saya, my febret pic is gambar Aliya...ahahahaha....

So the winners are :
Kategori pertama :

Hadiah pertama :
Gambar ini menang kerana maknye pasrah betul ek dengan kecomotan anak dia tapi really wonder kenapa baju dia tidak chomots?? Adakah maknye membedakkan anak dengan coklat??
Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate




Hadiah tempat kedua :

    Bagus!! Kicik2 lagi sudah mamam coklat!!! Well prepared, takde baju so that mak dia tak yah susah2 gonyoh baju dia kalau dah chomot nnt ;)
    Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)


    Kategori Kedua :


    Hadiah pertama :
    See,banyak bentuk kan coklat ni????
    Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate




    Hadiah tempat kedua :
    Bukan susah nak tunjuk kasih sayang kan? Pakai coklat pun okeh...
    Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)



    Haridah, nasihat saya lain kali jgn buat contest ini di bulan puasa....ramai yg meleleh air liur niiii :P

    Kepada para pemenang, sila emailkan alamat anda kepada sitisifir10@yahoo.com. Tapi hadiahnya lepas raya...coklathalal sedang memenuhi tempahan untuk hari raya dahulu ye..

    Rawatlah Perkahwinan Yang Dingin

    Bismillah,

    Ah, saya sudah bosan dengan contest :P mcmlah ada org yang paksa masuk ek... kekeke... Kebetulan 2-3 hari yang lalu seorang sahabat lama saya ada bertanya, "K.Long, mesti hang bahagi kan?" Saya tak sempat bercerita panjang ketika itu. Tapi saya sebenarnya mahu memberitahu dia, kita hanya akan mengenal kemanisan selepas kita tahu betapa pahitnya kepahitan terlebih dahulu.

    Saya tumpang sedih, mulanya saya menyangka yang mereka mungkin bergaduh sebab berebut nak balik kampung tapi katanya tidak. Dia cuma berkias yang suaminya tidak seperti yang dia kenal dulu. Hidup ini tidak selalu ceria kawan. Pasti ada masa yang ALLAH akan uji juga kita sebab itu apa yang penting adalah iman dalam diri kita. Bagaimana iman kita akan memandu kita untuk menyelesaikan masalah....itulah yang akan diuji ALLAH.

    Biasalah apabila setiap hari melakukan perkara yang sama. Sesiapapun akan bosan. Kadang2 kita rasa ragu kenapa suami aku boleh borak berjam2 dengan kawan2nya berbanding nak bercakap dngan baik 5 minit dengan kita pun susah nya. Kebosanan dalam rumahtangga ini pasti akan dirasai oleh sesiapa pun. Jika kedua2 tersalah langkah, rumahtangga boleh menjadi hancur berderai.

    Oleh itu, jika hubungan kita suami isteri sudah mula terasa dingin, sesuatu cara yang munasabah perlu dilakukan segera. Tapi bukan dengan cara mencari salah pasangan kita. Tak siapa pun antara kita yang kenal kesalahan diri sendiri, semuanya orang yang salah kan? Merawat perkahwinan bukanlah kerja orang lain tetapi ia adalah tanggungjawab kita suami isteri.

    Renung baik2 apakah punca kepada masalah itu. Jika anda ketemu dengan puncanya, rawatlah ia bermula dari situ. Jika bukan pagi ini, mungkin petang nanti anda tahu apa punca kebosanan itu. Boleh juga jika terus bertanya kepada pasangan tetapi jangan cepat melenting bila mendengar pendapatnya. Semoga raya ini menjadi permulaan terbaik buat kita saling bermaaf-maafan dan kembali menyuburkan rasa perlu memerlukan antara satu sama lain. Amin....

    *sapo balik Jerteh, bgtau la ek, kot boleh jumpa2 di sana... ;)

    Friday, September 11, 2009

    Air Kunyit & Bojah

    Bismillah,

    Uhh..sebenarnya banyak kerja nak dikerjakan ni. Kebetulan pulak, customer tak berapa ramai di kala raya ni. Time raya ni, saya jeling2 kawan2 yang jual baju kanak2 atau baju orang tua sekali pun, mcm Sarakids dll musti tgh sibuk sakan ek. Tak ada istilah 'spek raya' so, saya pasrah ajelah ek cuma harapnya keadaan ni segera pulih satu hari insya ALLAH.

    Dek mati kutu, maka keluarlah tajuk di atas. Bojah itu adalah pertama kali saya dengar dan bunyinya macam bunyi orang Jawa ye? Dua perkara yang saya nyatakan di atas adalah untuk orang selepas bersalin. Lepas bersalin, kita akan menghadapi tempoh pantang dan ada sesetengah orang suka time pantang sebab dia banyak relax.

    Yes!! Saya suka relax itu tapi yang saya tak berapa minatnya adalah makanan yang saya nak kene hadap ketika itu...Ke ke ke.... Saya memang susah nak berpantang dengan makanan tapi satu je, saya cepat kenyang. So, saya makan hanya beberapa kali sehari. Tapi ini tidak menjawab kenapa badan saya tidak naik2. Amaun saya makan adalah sangat banyak hokeh...

    Air kunyit & bojah ini adalah ramuan yang bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka. OK, saya share ye cara penyediaannya dulu :

    Air kunyit
    • gunakan kunyit hidup dan garam kasar
    • Buang kulit dan diparut
    • Tapis airnya dan masukkan sedikit garam kasar
    • minum hanya sekali sehari selama 5 hari
    (Owh..bagi saya ini adalah horror!!!)

    Bojah
    • 2 ketul kunyit
    • 3 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • sebungkus kecil lada hitam
    • 2 keping asam keping
    Tumbukkan semua di atas bermula dengan lada hitam dituruti dengan yang lain. Campurkan dengan air panas kemudian bubuh gula dan gram secukup rasa.

    Haa...saya rasa bojah boleh menjadi peneman ikan bakar atau ikan kukus saya nanti kan?? Ini baru namanya nyamnyammmm....

    *Eh aku ni mcm esok lusa je nak beranak... :P

    Thursday, September 10, 2009

    Drama Suami Isteri


    Bismillah,

    Apehal la sitisifir ni ek..dua tiga menjak ni layan drama aje... smlm tu real punya, arini punya cerita drama pun real jugak. Tapi bentuk dialog aje lah ye...ehehehe...

    Asmaa' : Umi, abah panggil
    Umi : Abah nak apa? Umi ngantuk sangat ni? (Sedang lena..maklumlah bilik opah ada air cond)

    Pastu Asmaa' pun pi kat abah

    Asmaa' : Umi...abah kata, kalau umi tak mai nnt abah beli umi lain!
    Umi : Hah! (Sambil memasang kuda2 jurus ke 92)

    Di meja makan...

    Umi : Hohooooo...ada hati!!!! (Membuat serangan di kawasan yang akan membuatkan abah geli dan lembik tangan)

    Abah : (Tidak berkata2 tapi mengeluarkan bunyi.....) Miaoooww...Miaoooww...
    Umi : Ololololo...nak perhatian la ni ye..

    Nota kaki :
    1. Tidurlah di waktu yang seswai
    2. Kalau suami panggil kot mana2 pun eloklah bangun...
    3. Jangan jamu suami makan, macam jamu kucing makan

    Pesanan penaja : Jangan biar sampai suami anda mengiaoowww dengan orang lain

    Drama Dua Beradik

    Bismillah,

    Halamak..saya telah kena sound akibat dari tidak update blog ini. Kalau ada yang menunggu sungguh saya minta maaf. Mata saya serius berat time posa2 ni..he he... alasan yang kurang kukuh ye? Well, campur2 juga dengan takde idea. Masa tu kalau cari memang ada. Mmm...mcm mana dengan bulan puasa kalian? Saya seperti yang diceritakan telah membuat lubang di sana dan sini. Namun saya cuba juga melaksanakan satu ibadah sunat setiap hari....satu aje...huhuuuuuu...

    Telah lama saya nak tunjuk video drama Usamah dan Uwaiys ini. Tolong abaikan suara Tarzan yang begitu nyaring di dalamnya ya...kemudian tinggalkan komen anda...hihi


    video

    Wednesday, September 09, 2009

    Aku Juga Wanita


    Bismillah,

    Over la pulak ek dah beberapa kali saya jadi pengulas drama tidak bergaji sejak akhir2 ini. Lebih tidak acinya bila saya tengok cerita ni 15 minit terakhir aje. Time tu, si suami tgh tanya bakal isteri keduanya sama ada dia sedia atau tidak mengharungi hidup bermadu sebelum dia bawak pergi jumpa isteri pertamanya.

    Okeh, pada saya solehahnya si Anis tu ek bila depan suami dia, dia mcm redha akan dimadukan.. saya tak pastilah apa puncanya dia bersetuju. Kalau saya dapat tengok cerita ini dari awal mesti saya memahaminya. Kelihatan mereka tidak ada masalah jika suami itu hendak berkawin lagi pun kan? Cuma kenapa di akhir cerita mereka tak jadi kawin juga??

    Satu perkara yang saya setuju adalah 'walaupun isteri pertama itu pasrah dengan keputusan suaminya, namun lihatlah luka yang dia tanggung itu'. Walau bagaimana pun keadaannya, ada salah seorang dari suami isteri itu yang terpaksa berkorban. Maka kena fahami pula, yang berkorban itu selalunya akan berada dalam keadaan kesedihan maka janganlah pihak yang seorang lagi mengorbankan pihak yang lainnya.

    Apekah ayat ku yg berbelit2 ini....let me make it simple :

    Saranan buat suami seperti suami di dalam drama itu : Jika anda dalam keadaan ini, bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana dikurniakan isteri yang sebegitu baik sekali. Cara menunjukkan kesyukuran itu adalah dengan berlaku adil kepada mereka. Saya rasa, kaedah terbaik jika anda mahu berkahwin lain adalah dengan mendapatkan persetujuan isteri pertama itu. Yaa....saya faham memang susah tu pasal suami saya tak lulus2 lagi kawin lain tapi ini adalah untuk mengelakkan 'drama keganasan' menjadi ending dalam keluarga anda.

    Saranan buat pihak ketiga : Jika mungkin, berbaiklah dahulu dengan bakal madu anda itu. Selami hatinya supaya kedatangan anda tidak akan menyusahkannya. Jika anda rasa dia sakit dan tidak mampu pula menanggung kesakitannya, ........(sambung sendiri aaaa rasa kesian lak nak cakap).

    Saranan buat si isteri : Apabila anda telah merelakan diri anda di madu, biarkanlah suami anda berlaku adil. Itu adalah keadaan yang baik buat anda jika ini terjadi.

    Walaupun begitu, saya amat tidak suka jika suami keluar date2 dengan perempuan lain. bukan sekadar dating, malah jika anda main SMS atau email, atau YM atau apa cara sekalipun sehingga terbentuknya 'saja nak layan' kepada 'tersayang' maka itu bukan cara yang betul. Jika anda rasa nak kawin lain, ejaslah dulu bini anda. Sebab jika anda tak ejas bini, dia takkan tau kenapa anda nak kawin lain. Sekiranya dia tak tau sebabnya, dia pastilah susah nak terima kenyataan.

    Andai kata alasannya adalah :
    • Terminat kat perempuan lain - biarkan isteri anda surveykan si dia untuk anda. Bgtau juga kenapa anda terminat kat perempuan itu.
    • Isteri nan seorang tidak cukup melayan nafsunya - manalah tahu isteri anda akan cari jamu mujarab untuk dirinya???
    • Isteri anda tidak pandai menguruskan rumahtangga - manalah tahu dia akan meng'upgrade'kan servis dia kerana tak mau anda kawin lain. Bagilah can kat dia...
    • Anda tidak lagi mencintainya - Ya ALLAH..malangnya nasib perempuan ini. Jika anda kawin lain pula, maka akan bertambahlah nasib malang isteri itu. Janganlah jadi orang yang menzalimi. Fikirlah sedalam2nya kenapakah ALLAH mentakdirkan anda menjadi suami kepada perempuan itu. ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu hanya untuk sia2. Semuanya pasti ada hikmahnya.
    Mmm...anda mau tau apa di fikiran saya?? Buat masa ini, saya masih tiada kekuatan untuk menghadapinya... dan alhamdulillah setakat ini suami saya memahaminya... Kerana dia memahami saya, saya menjadi sangat sayang kepadanya dan saya berharap saya tidak mensia2kan pengorbanan suami saya itu.. (Korang, agak2 dalam umah depan komputer ada embun tak?? Sbb di hujung mataku ada air sedang bergenangan...)

    Saturday, September 05, 2009

    PEMENANG Peraduan Penyusuan Susu Ibu SRISURI.COM Anjuran Ratuhati.com

    Bismillah,

    Dengan ini buat kesekian kali...saya mendapat hadiah saguhati yang 'besar amat' nilainya iaitu CD lunatots (lame dah ngidam nak yang free...wakaka - dengar dek Sue Lunatot, dia cekik2 saya nanti) dan juga yang paling penting adalah ilmu penyusuan susu badan. Hasil dari sharing maring kengkawan di Ratuhati.com. Terima kasih yang teramat amat buat Srisuri.com yang telah menaja hadiah. Saya sangat JELES kepada 'Norsha' sebab dia menang set Spectra.

    Saya sebenarnya adalah peserta pertama (ini bukan kredit untuk menang). Sebenarnya saya teramat excited dengan pertandingan ini. Tetapi perebutan kuasa komputer telah berlaku antara saya dan suami saya malah ada beberapa kali apa yang saya taipkan mengambil masa terlalu lama lalu bila saya tekan post aje, hilang semua yang ditulis. Owh, sungguh rasa nak menangis ketika itu.

    Memandangkan grand prize dia sangat mengancam malah jika saya mahu membelinya, saya harus mengepau duit kedai saya sehari RM 30 sebanyak 20 hari baru boleh beli, maka saya beria2 di samping sambutan kawan2 di sana yang mesra amat. Okeh, jika anda mahu berforum secara sihat, Ratuhati adalah satu daripadanya OK...

    Malah saya pinjam buku kursus penyusuan ibu saya dan saya lakar di atas kertas setiap pagi apa yang saya mahu tulis hari itu. Tapi bila dah berlawan2 dengan suami saya, kemudian hambatan customer yang sedang ramai musim itu, maka saya semakin slow berforum...wuwuuuu...TAPI!!! Saya excited semula arini sbb dapat barang free lagik...yey yey...alhamdulillah!!

    Link pengumuman adalah di sini

    Saya quotekan sikit lah ye supaya kengkawan saya di sini pulak akan dapat share dan sedut setiap inci ilmu yang terdapat dalam semua link di bawah...link ke forum ini adalah yang ini..

    TEMPAT PERTAMA
    Set lengkap spectra
    Tajuk: terima kasih mak kerana menghalalkan susu mu kpd ku
    Oleh: Norsha


    10 HADIAH SAGUHATI
    Menerima setiap seorang sehelai Lunatots Cloth Diapers


    Disusun mengikut urutan tajuk

    Andai Dapat Ku Undurkan Masa....
    geez

    Fakta atau Auta... Susu Ibu..
    hai5176

    Ingin menyusukan semula? Re-laktasi dengan ubat/Makanan tambahan..
    Arissa

    Kasih Sayang Dari Susu Ibu
    sitisifir10

    Rahmat dari SUSU IBU- Dedikasi untuk anakanda NURAIN SHAIERA
    Hasrisa

    Susu Ibu Anugerah Allah Buatku di Kala Bencana
    ummiaha

    Setitis Susu Ibu, Segunung Kasih Buatmu
    Ibufarish

    Susu Ibu Hak Si Comel ... Jom kembali kepada fitrah!
    niznim

    Susu umi untuk anak-anak umi..
    Norita

    Susu ibu vs susu lembu
    ladybirdluv0ne

    Tahniah kepada semua pemenang.
    dan Terima kasih kepada semua peserta.

    Friday, September 04, 2009

    Anak Suka Menangis Malam

    Bismillah,

    Eh, ini buat masa ni takde kaitan dengan saya. Bila tengok anak2 semua dah lena, teringat masa zaman diorang baby lagi. Asmaa', Usamah dan paling dasat sekali adalah Uwaiys memang ada rekod menangis malam. Tapi alhamdulillah, setiap kali kejadian itu berlaku, ada orang tua yang menemani kami. Tapi magiclah, bila orang tua pegang jek, diorang OK...seolah2 marah kan saya pulak..ha ha ha...

    Sebenarnya, saya pernah terbaca yang baby yang menangis kuat ni terkesan juga dengan perasaan mak dia masa dia melalak tu. Let say, time dia buat hal, mak dia meremang bulu roma membayangkan anak dia diusik dek 'pihak ketiga' yang tidak kelihatan (ini contoh weih....) Jadi perasaan kita yang ketakutan itu akan dapat dirasai oleh anak kita dan mereka akan melalak dengan lebih kuat lagi.

    Berbeza pula kalau mereka menangis je, kita cool aje. Tu sbb bila siang kita senang nak redakan anak kita nangis berbanding dia menangis malam. So, kalau anak nangis tu, janganlah kelam kabut sangat but then jangan la sampai cool buat dek je anak melalak pulak kan (kang jadi macam saya...ngeee)

    Masa dia nangis tu, cubalah periksa...
    • Adakah dia kepanasan atau kesejukan?
    • Adakah dia lapo?
    • Adakah lampin dia basah?
    • Adakah dia lama sangat berjaga sampai dia rasa letih?
    • Adakah dia kembong?
    Kemudian taulah pula kita akan halatuju untuk menghadapi anak menangis ini. Kalau dah rasa terlampau pelik sangat, bawak2 la baca Yasin atau minta suami azankan... Insya ALLAH keadaan akan kembali terkawal. Eceh....orang beranak 4 lah konon kan ckp gini. Saya alhamdulillah Arwa tak pernah lagi menangis tak hengat memalam. Malah saya percaya susu ibu yang diberikan kepadanya menjadikan perut dia lebih sihat lagi!!!

    Selain sihat, perlindungan kemas yang dia rasakan juga mengurangkan kemungkinan dia menangis bukan? Setuju tak korang?? Tolong setuju aje lah ye.....hihi

    Thursday, September 03, 2009

    Contest “Ramadhan, Syawal & anak-anak”

    Bismillah,

    giveaway anakkusayang
    Waduh ya..tajuk contest ini adalah satu cabaran buat saya. Sebenarnya contest seperti ini pada hemat saya adalah contest yang membina. Ia membina ilmu, membina idea dan macam2 lagi. Tapi tak la pulak bermaksud contest lain itu tidak membina, at least kita boleh share bermacam2 benda dengan teman blogger yang lain.

    Jujurnya, kini mungkin saya lebih rapat dengan teman2 blogger. Bak kata Ros MBP, teman baik dia pun dah missing in action. At least teman baik saya masih lah contact each other lagi tapi idakla sampai tiap hari kan? Tapi teman blogger ini, kita dapat update mereka tiap ari. Macam saya la kot, kalau teman2 baik saya dulu nak lebih rapat dengan saya semula, caranya adalah follow saya di blog ini atau di Facebook saya sebab di sana juga mereka terima apa yang saya update dalam blog saya ini.

    "Ramadhan, Syawal & Anak2"
    Saya mula merasakan cabarannya pada tahun ini. Termalu2 juga saya bila kawan2 ramai yang tanya adakah Asmaa' telah memulakan berpuasa pada tahun ini? Manakan tidak anak dara saya ini adalah 5 tahun. Tahun hadapan adalah umurnya adalah 6 tahun dan ketika dia 7 tahun, eloklah dia memulakan puasa penuhnya berserta dengan solat.

    Jadi, pada tahun ini, kami hanya beritahu mereka ini adalah bulan puasa dan orang2 Islam tidak akan makan dan minum di siang hari. Asal sahaja mereka meminta makanan, kami akan bertanya, "Kakak tak puasa ke?" dan seterusnya adalah sesi penerangan bagaimana untuk beritahu mereka bagaimana berpuasa.

    Selalunya saya beri juga mereka makan di pagi hari. Ada beberapa hari Asmaa', Usamah dan Uwaiys terjaga ketika kami bersahur malah pada hari pertama berpuasa Usamah ikut abahnya berjemaah Subuh selepas sahur bersama. Selalunya pukul 4-5ptg, saya akan tahan mereka makan supaya mereka tahu rasa menunggu waktu Maghrib itu.

    Bagi menyambut Syawal, kami akan memberitahu mereka tentang Aidilfitri hanya boleh dirayakan oleh orang yang berpuasa dalam bulan Ramadhan. Walaupun begitu, tidaklah kami bermaksud untuk mengurangkan kemeriahan mereka berhari raya nanti. Kami sediakan mereka baju raya (Oww..mestila sedondon :P) dan kami katakan mereka akan dapat banyak lagi baju yang cantik2 di akhirat jika mereka berpuasa.

    Apabila menyebut tentang pemberian ALLAH, alhamdulillah selalunya mereka akan excited. Adalah menjadi doa kami semoga kebergantungan mereka akan terus mencanak naik kepada ALLAH. Juga tentang duit raya. Kami akan beritahu mereka bahawa itu juga adalah nikmat sementara yang ALLAH pinjamkan supaya kita dapat laburkannya dengan penuh hemah.

    Selain itu, aktiviti bermaafan di pagi raya juga adalah satu perkara yang baru bagi saya. Sejujurnya keluarga saya sendiri tidak mengamalkannya tetapi suami saya telah mengajar saya untuk melakukannya. Wah, 'better late than never' kan? Lalu saya tidak mahu anak2 saya kerugian bertahun2 seperti saya sebab mulut kita sesungguhnya susah sekali untuk berkata maaf jadi biarlah sekurang2nya setahun sekali kita melakukannya.

    Apalah yang dapat diharapkan sangat perkara2 mcm ni dapat difahami oleh 4 si comel saya itu buat masa ni tapi proses pengukuhan seperti ini menjadi sandaran kami supaya mereka akan mendapat asas kukuh dalam menjalankan ibadat mereka kepada ALLAH nanti. Pemahaman kanak2 tidak seperti fahaman orang dewasa tetapi adalah lebih baik kita mewarnakannya dengan warna yang tulus supaya tidak ada mata yang sakit dengan warna yang tidak menarik.

    Saya suka dengan apa yang ada dalam blog dua sahabat saya iaitu blog anakku sayang. Di dalamnya terdapat pelbagai tips yang mendedahkan saya tentang bagaimana kita memberi tunjuk ajar yang simple tetapi berkesan buat anak-anak kita. Begitu juga dengan perasaan keibuan yang saya rasakan ketika membaca blog 'Catatan Ibu' kerap membuatkan saya rasa bersalah dengan diri saya.

    Apabila melihat kepada nama contest ini sejujurnya saya tidak memandangnya sebagai contest kerana kedua2 penganjur mahu menekankan tentang 'perkongsian ilmu' yang akan dirasai oleh para pembaca entry contest nanti. Saya baru terpandangkan hadiahnya tapi insya ALLAH ilmu yang kita kongsi bersama jauh memberi manfaat dari hadiah itu. Tapi kalau dapat best jugak ek bertungku lepas bersalin nanti...ahahaha....dan CD itu, memang saya sedang mengumpul2kannya. Hihi....

    OKlah kalian, jika kalian mahu share lebih tentang topik di atas sila berkunjung ke dua link entry ini ya iaitu di Anakkusayang dan Catatan Ibu.

    Saya OK, Anda OK kah?

    Bismillah,

    Hihi..ini bukan scheduled entry..saya taip fresh2 punya. Sekadar memberi khabar bahawa saya beransur sihat. Tiada lagi bleeding, tiada lagi masalah kencing tak lawas atau kencing kotor. Tapi, saya masih mengambil ubat dan TAK PUASA...betulke saya dah tua ek? Dulu mengandung 4 anak saya sebelum ni bulan puasa saya puasa penuh!! Alhamdulillah...

    Masalah kencing tak lawas tu saya tatau dari mana puncanya, mungkin kawan2 saya mcm Dr Ija n Dr Yatie boleh explain kepada saya. Itu pun kalau mereka tak bz sbb yg saya tgk Dr Yatie pun dah mula wek2...tahniahlah jika ada sesuatu yang baru di dalam badannya... tapi ia dah berpanjangan dari seminggu sebelum puasa. Lama kan? Ini kali kedua saya makan antibiotik. Semasa diberi Ural aritu, saya pening2 lalu saya salahkan antibiotik tapi Dr Jammy kata itu bukan disebabkan antibiotik tu tapi mungkin sebab Ural.

    Sekarang saya diberi ubat air dan antibiotik yang nak sama besar ruas kelingking saya. Besar sangat dan saya perlukan 2 gelas air sebelum ubat tu masuk tekak saya. Ahaha.... Satu lagi, saya dah scan juga somebody inside my tummy dan dah nampak jantina nya. Nak tau ke?? Biarlah saya rahsia dulu. Saya dah ada dua pasang anak dan saya tak kisah lagi hal jantina.

    Hari ini juga saya mula menghantar anak2 (Asmaa' dan Usamah) ke PASTI. Kesian mereka dah beku agaknya duduk di dalam rumah. Buku Matematik Asmaa' juga dah lunyai sebab tak sudah2 buku itu jugalah yang saya guna untuk ajar dia. Saya benar2 telah berhenti mengajar mereka membaca kerana mereka betul2 keliru dengan apa yang cikgu ajar berlainan dengan apa yang saya ajar.

    Saya juga semakin mempelajari kesabaran suami saya. Walaupun ada lagi bunyi tak sabar saya tapi saya rasa taklah macam tempohari. Sehingga nak tukar semula kepada watak asal saya, saya rasa jauh. Nasib juga lah saya tak buat masalah dengan orang lain. Dan nasib juga suami saya tolong cover saya bila saya buat hal dengan anak2. Tak dapat saya bayangkan kalau saya marah2 then takde sapa nak bela diorang atau terangkan kenapa saya marah. Alahai...sebak la pulak...

    Saya sekadar mahu memberitahu saya OK sahaja dalam entry ini. Kepada mereka yang ada berkongsi petua dengan saya, terima kasih yang amat sangat. Hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalasinya. Saya bersyukur kerana ALLAH menentukan hidup saya begini. Walaupun ada masa yang tidak enak, tapi bunga selepasnya juga sangat menyenangkan.

    Wednesday, September 02, 2009

    Nuffnang Asia Pacific Blog Awards

    Bismillah,
    Sebenarnya saya bukan alert sangat dengan Award2 inilittlekittyemoticon. Walaupun saya ada akaun Nuffnang tapi atas lemahnya saya dalam meletakkan kod HTML menyebabkan saya akaun saya ini menjadi tidak aktif. Lalu di manakah saya mengetahui kewujudan Nuffnang Asia Pacific Blog Awards ini?

    Ini adalah kerana saya menerima email di bawah dari Ros LittleMama di
    Mom Bloggers Planet :

    Salam Macik,
    I think that your blog deserves to be nominated as a nominee in the Nuffnang Asia Pacific Blog Awards.
    I have nominated your blog http://sitisifir10.blogspot.com/ under the category: Best Parenting Blog.
    I think your blog has lots of useful information for young Muslim parentsYo
    You can check here for further details
    Hope you can make it to the top 5 nominees which will be announced on 16th Sept. If you do then you will need to promote yourself to get all the votes you deserve. Have fun!
    Regards,
    Ros (littlemama)



    Terus saya menjadi malu2 kucing kerana jika nak dibandingkan dengan pencalon itu, saya bukanlah apa2 pon kanlittlekittyemoticon?? Mmm...dan tolong abaikan panggilan macik dia untuk saya ye... Saya bukan macik dia tapi kami berlawan2 panggil macik antara satu sama lain..ahaha...

    OK, let us make it short. Entry ini bukan untuk paksa korang mencalonkan saya lagi dan lagi (tapi kalau korang buat tu, terima kasih banyak lah ya) tapi sekadar nak memberitahu bahawa Award ini wujud di link ini.

    Berikut adalah Nominations Categories...ada manyak kategori tuh...

    Blogs of subject interest:

    1. Best Blog Shop
    2. Best Food Blog
    3. Best Fashion Blog
    4. Best Parenting Blog
    5. Best Travel Blog
    6. Best Geek Blog
    7. Best Celebrity Blog
    8. Best Entertainment Blog

    Overall blog Categories:

    1. Best Original Blog Design
    2. Most Influential Blog
    3. Best Hidden Gem
    4. Region's Best Blog
    Seterusnya borang pencalonan boleh didapati dari http://awards.nuffnang.com/nominations.php pula ye

    Seterusnya saya telah mencalonkan satu blog untuk satu kategori..insya ALLAH akan mencalonkan anda yang lain lagi nanti...

    My Nominations

    • Your nomination for " littlemamadiary.com " under " Most Influential Blog " has been recorded. Thank you for participating!



    Okeh, sekarang anda mahu saya calonkan anda untuk kategori apa?? Saya akan pertimbangkan...ahahaha....littlekittyemoticon

    President Obama’s Video Message to Muslims for Ramadan 2009!

    Bismillah,

    Seorang sahabat forward kepada saya video di bawah ini. Ia dilihat sebagai tanda baru penerimaan Islam di mata dunia, namun terselit jua di hati saya, adakah mereka mahu kita melihat mereka memahami kita, lalu mudah untuk kita meresapi apa pula yang mereka hendak sampaikan?? Dengar boleh, namun...timbang2kanlah dengan berhati2..


    Pertanian - Peluang Menuai Kekayaan & Pahala

    Bismillah,

    Maafkan tajuk ku ini. Nanti di bawah sana ku ceritakan kenapa saya arini mencari tentang pertanian hari ini. Saya mulakan dengan beberapa ayat alQuran di bawah :

    Firman ALLAH yang bermaksud :
    Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An'am : 99)

    “Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian daripada buah-buahan itu kamu makan.” (al-Mukminun: 19)

    Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan buah zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (Abasa : 27-32)
    Jelas begitu banyak sekali saranan ALLAH supaya kita memanfaatkan tanah di bumi ini agar ia menjadi tanda kesyukuran kita atas rezeki yang telah ALLAH berikan kepada kita. Kalau dulu, kita memandang mereka yang bertani ini sebagai orang miskin, kini tidak lagi. Saya mempunyai banyak contoh untuk membuktikan bahawa tanggapan ini salah.

    Jika kena cara dan gayanya, golongan petani yang dianggap susah ini tidak lagi akan menjadi susah malah boleh mengeluarkan zakat pula dan ini telah tertulis dalam firman ALLAH yang bermaksud :

    .. makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau (Al-An'Am : 141)

    Namun, ramai yang memandang pertanian ini sebagai kerjaya yang old fashion. Kesian kat laki saya sebab dia sangat minat bertani. Tinggal sahaja kami masih tidak mempunyai tanah sendiri. Walaupun begitu, sekarang dia sedang mengusahakan penternakan ayam, itik dan angsa. Insya ALLAH saya yakin, rezeki kami ada di dalam bidang ini.

    Cuma pertanian yang masih tersimpan dalam niat kami, belum diterjemah kepada tindakan lagi. Seperti yang dinyatakan dalam surah Abasa di atas, pertanian itu akan menjadi makanan kita dan ternakan kita. Maka penternakan akan menjadi lebih jimat dengan adanya pertanian. OK, walaupun anda bekerja di pejabat, atau anda ada perniagaan lain, adakah anda cuba2 untuk bertani?

    Hihi...tapi tak acilah kalau bertani di FarmVille atau FarmTown dalam Facebook. Kalau begitulah realitinya bertani, saya rasa saya dan suami saya boleh menjadi benar2 kaya..ahahaha...baru berapa hari masuk aja kami dah sampai ke level 1o dengan jumlah coins sebanyak 25k...sungguh gila sekali. Suami saya sampai terlupa pada ayam2nya gara2 bertani dalam FarmVille...ahahaha...

    Kepada sesiapa yang nak cari ayam piru (ayam Belanda) silalah jengah blog baru yang saya dan suami buat atas nama ayah saya : Madzlan's Farm. So, korang tanam apa kat umah korang aaa??

    Tuesday, September 01, 2009

    Kesan Keserabutan

    Bismillah,

    Kisah ini adalah kisah yang hampir benar. Saya tidak cerita yang sebenar2nya kerana nanti tak ada tambahan perisa makanya cerita jadik tak sedap. Jadi, andaikan aja korang baca sebuah kisah yang direka2 untuk mendapatkan pengajaran.

    Korang pernah serabut?? Owh, saya selalu juga serabut...tapi cuba satu perkara, tarik nafas panjang2 dan berzikir. Sebab jika kita terlalu kelam kabut, nanti kita yang malu sendiri dengan kelam kabut kita itu. Okeh sebelum huraian saya, saya nak cerita sedikit ya.

    Alkisah, bumbung di rumah Puan Saripah bocor. Sudahlah sekarang musim hujan, mmaka dia terpaksa berkejar menadah air setiap kali hujan. Kalau air masuk betul2 dalam baldi itu tidak mengapa, tapi macam mana kalau air tu terpercik ke merata alam? Sudahla ada anak kecil dalam rumah itu, buatnya tergelincir, tak ke menambahkan serabut??

    Lalu diajukanlah kepada suami nya. Suaminya pun kata dia akan buat. Tapi biasalah orang lelaki, kita cakap suruh buat itu, bukan dia nak buat terus. Sebabnya dia selalu tidak ada di rumah semasa ketirisan tu. Jadi dia tidak menghayati sebaiknya 'keserabutan' isterinya itu. Lalu terbebanlah jiwa dan raga isteri itu...

    Disebabkan hujan yang kerap, maka dia menjadi semakin serabut. Maka pada satu hari, dia pun pergi ke satu bank dengan membawa hajat besar. Berikut adalah dialog mereka :

    Pn Saripah : Sblm ni saya dah ada loan dgn bank ini. Sekarang saya ingin menambah jumlah pinjaman sebanyak RM 15 000.
    En Bank : Owh, apakah yang Puan mau lakukan dengan duit itu?
    Pn Saripah : Bumbung rumah saya bocor. Saya ingat nak perbaikinya.
    En Bank : Eh, kalau bumbung bocor, baik puan pegi minta tolong dengan YB. Mereka ada peruntukan untuk itu.

    Adui, bagi Puan Saripah, dia bukanlah susah sangat sampai nak minta benda free dari orang. Dia bangun dan terus berlalu tanpa kata2. Kerana bagi dia, dia datang bukan mahu duit percuma dari bank tetapi dia mahu buat pinjaman dan dia pun bukan pernah ada masalah dengan bayaran pon sebelum ini.

    Sampai di rumah, dia pun ceritakanlah kepada anaknya. Lalu anaknya telah memujuk pula suaminya sehingga suaminya bertindak untuk menyiasat apakah punca kebocoran. Mula2 menantu Pn Saripah naik atas siling, kemudian dia tidak berjumpa dengan punca kebocoran dan seterusnya dia naik ke atas bumbung terus. Rupa2nya ada banyak benda di atas bumbung yang datangnya ntah dari mana yang telah menghalang pengaliran air sehingga menyebabkan air masuk ke dalam rumah.

    Lalu menantunya itu pun menurunkan serba mak neka yang ada di atas itu dengan servis percuma demi membuat jasa kapada mak mertua yang sangat serabut dengan air bocor itu. Hari2 seterusnya juga hujan lebat. Alhamdulillah, bumbung tidak bocor lagi. Suami Pn Saripah terkedu jugalah kerana hanya dengan usaha yang sedikit masalah itu dapat diselesaikan dan mulut Pn Saripah tidak berbunyi lagi.

    Begitulah kuasa orang perempuan, takkanlah pula dia nak panjat bumbung tu kan tengok. Mestilah dia minta tolong suami dia. Dan...lebih baik dia minta tolong suami dia daripada dia cari tukang bumbung. Namun, mungkin cara dia approach suami dia untuk naik ke atas itu tidak kena, maka suaminya lambat bertindak.

    Saya menyeru juga kepada suami2 sekelian, jika isteri anda meminta pertolongan, cubalah bantu dengan kadar segera sebelum dia merimaskan anda lebih lagi. Kalaulah dia buat loan tadi tak ke naya nak bayar balik sedangkan bumbung itu tidak apa yang rosak melainkan ada benda yang tersekat di atasnya sahaja.

    Korang, di pagi ni rasanya baik korang fikirkan sendiri tentang apa yang saya ceritakan.

    • Jika anda seorang isteri, bagaimanakah kaedah terbaik supaya suami anda cepat2 menghulurkan bantuan?
    • Jika anda seorang suami, bagaimanakah pula anda melayani kehendak isteri anda?