Saturday, July 31, 2010

Ujian Yang Diganti Dengan Kemanisan

Bismillah,

Ini kisah di hari Jumaat. Macam selalu saya bangun pukul 5.00 pg. Selalunya kalau terjaga pun saya paksa balik tidur muahahaha...jahat kan. Sebab Jumaat anak2 cuti so konon2 takyah rushing sangat. Padahalnya pahala solat sunat di waktu ni sangatlah besar malah ia memberi ketenangan pulak tu. Hari tu saya bangun jenguk komputer untuk edit gambar dress yang comel2.

Apa yang bangunkan saya? Saya memang setkan jam tepon. Tapi selalunya saya senang off kan semula. Sekarang ni Ahmadi adalah alarm saya yang paling bagus. Dekat2 pukul 5 tu, dia akan tersedar mintak susu dan selalunya memang susah saya nak lena semula. Sekalipun saya terlena semula, ada bunyi ayam jiran dan bunyi itik2 dengan anak ayam kami berbunyi.Bila terlena tu, terkejut dengan bunyi ayam, rasa macam dah lama terlelap dan susah nak lena semula.

Subuh tu saya berjemaah dengan suami. Selepas solat suami saya jenguk inkubator ayamnya dan sedar2 benda tu dah panas sangat. Saya sendiri tak terperasankan benda tu dah lama menyala. Sekarang, walaupun suami kata ayam2 yang dijangka seminggu lagi keluar dari telurnya tu dah masak dalam tu, tapi saya tetap mendoakan keajaiban berlaku lagi sekali ini.

Saya cuba duduk di sisi suami walaupun saya tahu dia masih hot pasal dompet comel saya kelmarin :D. Kami sembang sampai matahari naik dan sedar2 dah pukul 8 pagi. Saya pergi jenguk komputer lagik lepas tu. Hampeh kan? Sarapan tak buat lagi..mentang2 anak tak sekolah. Pijah, ko ingat anak tak sekolah diorang tak lapar ke??

Alih2 kul 9 lebih, bank tepon. Kalau orang bisnes ni fahamlah kot kenapa bank tepon...waaa.... rasa nak nangis je sampai pegawai bank tu panggil saya berkali2. Macam dalam drama tu, bila orang tepon bagitau berita buruk lepas tu yang pegang tepon pengsan atau koman2 terlepas gagang. Huhuhu....Pijah kan drama queen. Dan saya dengan hampeh sekali lagi berlagak optimis.

Korek sana korek sini, dapatlah juga duit. Dan semuanya selesai. Alih2 staff saya tepon bgtau melalui YM bahawasanya rezeki arini bergolek2. Alhamdulillah berganda jugakla dari jumlah yang tak selesai pagi tadi. Masa ni terasanya syukur sangat.

Biras Johor saya pesan, kalau ada rasa susah even untuk dapatkan parking pun baca "Rabbi Yassir wala tu'assir"

Masa saya hilang dompet semalam, saya sebut Ya Jaami' sbb maknanya Yang Mengumpulkan tapi bila saya Google, elok dibaca Ya Haqq...wallahua'lam tp boleh juga dibaca doa di bawah


Pernah dengar di mana ya...Kita diuji kerana ALLAH mahu kita berbicara denganNya.. 
Ya ALLAH, sekali lagi ku pohon semoga Engkau jadikan aku sentiasa mengingati Mu

Friday, July 30, 2010

Terlampau Optimislah Konon

Bismillah,

Saya sebenarnya risau dengan diri sendiri. Sebab bila saya susah hati, sekejap-sekejap aje saya susah hati. Kadang2 keadaan dah genting sangat barulah sibuk2 nak susah hati. Saya rasa suami saya tu dah risau dengan bini dia. Saya boleh rilek2 aje bila beg kecik saya pemberian seorang blogger (hampun makcik tak hingat sape). Dalam beg tu ada IC (bernilai RM 200) kalau saya hilangkan, lesen, beberapa kad bank (saya takde kad kredit).


Semasa balik dari rumah mertua saya kompem memang saya bawa balik sbb saya masukkan brooch dalam beg comel ni. Tapi sampai2 je kat pasar saya perasan si comel ni takde dalam poket. Konon2 nak cepat, saya terus tadah tangan kat suami saya aje. Lagi satu, saya nak cover takut dia bebel saya tinggalkan beg tu kat rumah mertua :P Memang silap sebab tak terus cari masa perasan benda tu takde dalam poket.

Jangan tanya handbag. Buat masa ni saya tak ada handbag. Jangan pulak tanya muat ke semua barang nak letak dalam beg comel ni. Sebab saya bukan ada banyak duit pun nak letak di dalamnya. Cukup la setakat 2-3 puluh buat bekal gi market. Terus terang cakap, dok sini memang jimat sakan. Memang saya sedaya upaya elak guna duit kedai sepek saya.

Balik dari pasar tu, saya buat2 lupa kat si cmel di atas sampaila esok harinya. Demi tidak mahu menyusahkan suami saya, saya cakap nak balik rumah mertua kejap cari beg tu. Tapi dia nak bawak jugakk...waaa...bukan ape, takut tak jumpa je. Tengok2 memang betul tak jumpaaaa... tapi yang heran saya tak risau. Lepas tu mertua saya pun kata, "Kalau rilek2 mcm ni, selalunya barang tu kita nak jumpa...lainla kalau kita berdebar2."

On the way back tu memang tak bercakap sepatah pun. Huhu....tapi saya mintak jugak suami bawak ke pasar. Kot2 la beg ni terlenyek dan masih ada di atas jalan (ini idea paling mustahil). Siap tanya kat makcik yang jual goreng pisang kat situ kot2 lah dia tolong kutip simpan. Dalam kepala saya ada beberapa kemungkinan bila sedar beg tu takde.

  • Tercicir dalam kereta
  • Di rumah mertua
  • Atau terjatuh di pasar
  • Balai polis (kot2 ada yang hantar ke situ)
  • Dalam beg sekolah anak2
Jadi bila suami saya bawak balik je anak2 dari sekolah selepas tu, saya bersila dan mintak nak cek beg diorang. Alih2 belum sempat mintak, Asmaa' keluarkan beg ni dari beg dia. Katanya semalam dia jumpa atas kereta. Huwaaaaaaaaaaa............ Alhamdulillah jumpa. Duit takde pon dalam tu. Tapi kalau hilang benda ni, nak dapatkan semula benda dalam tu saya ingat ade kot 3-4 ratus.

Sekurang-kurangnya naluri saya itu boleh dipakai jugalah...cik abam, ai mintak sori ye... selalu buat spoil kannnn??

Usamah Nak Muka Lain

Bismillah,

Ntah angin apa pulak anak saya yang encem tu boleh nak tukar muka dia sendiri.

Usamah : Umi, Usamah nak muka macam lain. Usamah tak suka muka Usamah yang macam ni..
Umi : Uik, mana boleh cakap macam tu..kita kena syukurla dengan muka yang ALLAH bagi Usamah
Usamah : Tapi muka Usamah tak lawa. USamah nak muka macam kawan Usamah.
Umi : Sape yang kata Usamah tak lawa? Mata Usamah bulat, hidung Usamah comel...

Lepas tu saya cerita kat suami yang Usamah cakap begitu begini lalu suami saya cadangkan saya bagi jawapan sekian-sekian. Saya kata, nantila...kalau USamah tanya lagi saya jawab macam tu. Tengok2 dia tanya lagi.

Usamah : Umi, takleh ke tukar muka?
Umi : Kenapa nak tukar?
Usamah : Muka macam ni tak lawa.
Umi : Abah kata, nanti Usamah punya gigi keluar, Usamah jadi lawa la. Sekarang ni gigi takde lagi...
Usamah : Ye ke macam tu umi?
Umi : Umi rasa Usamah takde gigi ni pun lawa...kalau ada nanti mesti lagi lawa...

Huahh....tengok lah nanti. Selagi gigi dia tak tumbuh, jenuh la penin cari jawapan kepada soalan, "Kenapa gigi Usamah tak tumbuh lagi???"

Asmaa' Mimpi Umi Mati

Bismillah,

Huhu...anak dara saya sudah 6 tahun lebih. Sekarang ni mimpi dia pun dia share. Semalam, saya bangunkan dia untuk mandi. Bangun2 saja dia pandang muka saya betul2. Saya ingat dia mamai lagi. Lepas tu saya tarik dia betul2 supaya dia betul2 bangun. Sampai depan bilik air, dia bagitau dia mimpikan saya sambil buat suara merengek-rengek macam nak nangis.

*selingan : dulu diorang tak sebut perkataan 'bayang' atau 'mimpi', diorang kata 'nampak dalam mata' :P jenuh ajar bezakan bayang dengan mimpi

Asmaa' : Umi, kakak mimpi umi mati
Umi : Mimpi je kakak, umi hidup lagi ni
Asmaa' : Ye lah mimpi tu macam betul. Abah pun nangis
Umi : Dah...pergi mandi (waaaa....sedih jugak bila anak mimpi mcm tu)

Lepas mandi dia sambung

Asmaa' : Kalau umi betul2 mati macam mana?
Umi : Kalau dah sampai masa umi, matilah umi kakak...kakaklah kena jaga adik
Asmaa' : Tapi kalau umi mati, Ahmadi nak minum susu dari mana?
Umi : Kena beli susu lainlah bagi Ahmadi minum.
Asmaa' : Dah tu abah tak bagi Ahmadi minum susu lain (anak-anak saya kursus full BF wohhh)
Umi : Kalau dah umi mati, terpaksa la bagi susu lain jugak kakak
Asmaa' : Kakak boleh kemas rumah, sapu sampah, basuh pinggan, jaga adik. Tapi kakak tak pandai masak.
Umi : Kalau umi takde abah la masak. Lepas tu kakak belajar la sikit2.
Asmaa' : Tapi abah kan kena jaga itik, ayam, kuda... ke kena cari umi lain (dia nangis semula tang sini....)
Umi : Kalau dah abah nak cari umi lain, ada umi barulah kakak nanti.
Asmaa' : Kakak tak nak umi baru. Umi baru mesti jahat....
Umi : Dah..dah...gi pakai baju

Wahhahahahaha....Ha engkau, tengok sangat cerita Sarimaya!!

**Drama bersiri Sari Maya terbitan GBSB menemui penonton tidak lama lagi menerusi TV9. Drama yang mengandungi 26 episod ini mengisahkan tentang Dali, yang telah mempunyai isteri bernama Aishah, berkahwin untuk kali kedua bersama Rubiah. Aishah sedih sedih dengan tindakan suaminya yang menyebelahi isteri kedua. Di takdirkan kedua-dua isteri Dali mengandung dan melahirkan anak perempuan. Anak Aishah diberi nama Maya dan anak Rubiah pula bernama Sari. Antara pelakon yang membintangi Sari Maya ialah Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay, Nabila Hubda dan Kuza.

Thursday, July 29, 2010

Surat Ugutan Depan Pintu

Bismillah,

Ini jugak adalah entry yang sepatutnya saya pam keluar masa saya di Parit Buntar lagi. Berdebar gila bila tengok ada kertas bertampal depan pintu rumah kedai saya. 

Ni dari jauh. Masa berhentikan kete depan kedai ni mula saya takut 
"Alamak sape pulak tampal kertas depan tu....."

Rupanya yang ni....waaaaaaaa........
Asmaa', awak menakutkan umi

Ini pulak Asmaa' lukis gambar dia dengan umi dia.
Jangan nak buat2 tak pandai ye tanya umi dia sape :P
Saya kata, "Itu bukan umi tu...gambar tu tak tutup aurat"
Asmaa' kata, "Takpe umi, ni gambar dalam rumah" :P
Oh tidakkkkk


Wednesday, July 28, 2010

Sempurna Menurut Pengertian Saya

Bismillah, 

Kadang-kadang melihat diri ni, saya rasa 'kenapalah aku adalah aku?'
tapi rasa-rasanya 'ada pula orang mahu menjadi aku'. 
Saya sedang marah dengan diri sendiri kerana telah banyak menyusahkan orang. 
Sebenarnya saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun. 
Saya tidak bermaksud dan tidak merancang pun nak menyusahkan sesiapa. 

Saya bukan mahu harta berjuta-juta, malah saya tidak peduli tidak ada simpanan untuk diri sendiri. 
Saya rasa sempurna jika saya boleh menyara anak-anak saya tanpa dapat berkata, "Sori anak, umi tak ada duit"

Saya tidak berhajat untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang hebat-hebat.
Saya rasa sempurna jika anak pergi ke tadika dengan bayaran RM 20 sebulan TEPAT pada masanya dan sepulangnya mereka ke rumah, saya menjadi guru yang hebat pula buat mereka. 

Saya tak mimpi pun nak duduk rumah besar-besar lengkap dengan bilik air dalam setiap bilik. 
Saya rasa sempurna bila semua orang dalam rumah ni tahu tanggungjawab masing2 (ye...saya faham anak saya masih kecik dan masih perlu banyak belajar)

Sempurna menurut pengertian saya sebenarnya adalah sangat sederhana (saya rasalah....)
Pun begitu, saya rasa susah untuk digapai kesempurnaan itu....
Mujurlah lagi, saya bukan perfectionist
Sekurang-kurangnya saya tidak tertekan dengan hambatan yang lebih dahsyat

Ya ALLAH...andai aku tidak dapat kesempurnaan yang ku mimpikan
Berikanlah aku kecukupan agar aku tidak perlu meminta dari yang lain
Jadikan aku cukup dengan hanya meminta dari Mu ya ALLAH....

**sorry, Pasir Putih mendung arini :)
mungkin menangisi berita ini 

Air force personnel killed in parachute accident

Hati-Hati Pilih Mainan Anak

Bismillah,




Ini adalah sedutan dari kisah benar. Kisah ini terjadi semasa kami masih lagi di Parit Buntar. Akibat dari kerap membawa anak ke kedai semasa ketiadaan abah mereka maka anak2 perempuan saya yang manis teringin sangat nak anak patung ala2 Barbie tu. Macam selalu saya tanya pendapat abah diorang dulu dan bila abah diorang kata OK, maka tak tunggu lama lah ai pergi beli anak patung tu.

Alih2 bila sampai rumah opah, mak saya pun kate, "Nape tak beli Baby doll, kan tu lebih sesuai untuk didik budak2 daripada beli anak patung yang berlurah. Anak kita tak naik lagi bukit atas dada, alih2 anak dia dah ada bukit."

Huhu...memang pun terasa silapnye teknik beli anak patung tu. Harga RM 8 lebih kurang. Arwa siap breastfeed baby dia tu. Asmaa' pula kejap2 tukar baju semua. Huah huahhh... Mmm, tak pernah pun tgk korang tunjuk kat dalam blog korang belikan anak patung tu kat anak korang. Tapi tak pela..ini untuk pesanan in the future. :)

Tuesday, July 27, 2010

Mengajar Anak Melahirkan Rasa Kasih & Sayang

Bismillah,

Sebenarnya, anak-anak yang baik, cerdik dan penuh dengan nilai2 Islami sudah cukup membahagiakan. Itu sudah menunjukkan kasih mereka terhadap kita dan diri mereka sendiri. Tetapi hendaklah kita yang mewujudkan suasana yang harmoni sebelum melahirkan anak yang penuh pengertian. Seperti yang dikatakan oleh 'Rahsia Perkahwinan' dalam Facebook :


Rahsia Perkahwinan Anak yang dilahirkan dalam ruang keluarga harmoni akan memacu landasan hidup sempurna. Wujudlah rumahku, syurgaku yang menjadi impian semua pasangan. Semua inginkan kebahagian melalui gerbang perkahwinan dan Islam menggalakkan perkahwinan untuk mencari ketenangan.
8 minit yang lalu ·  · 

Zairi Sapawi
Zairi Sapawi
memang betul..tapi acapkali jua perkahwinan gagal angkara tiada persefahaman..aku ingin sekali merasai ketenangan itu..tapi???
5 minit yang lalu · 
Zainab Musa
Zainab Musa
alhamdulilah da ku temui jln kebahagiaan itu wpun bermcm dugaan,godaan yg mengancam kebahagian ku demi kerana ALLAH ku agongkan,ibu/bapa ku utamakan,suami ku hrmati dan anak2 ku sayangi...amin...
3 minit yang lalu · 


Apa yang saya cadangkan di bawah ni adalah sekadar cadangan tambahan. Tambahan kepada nilai2 yang telah kita semaikan kepada anak2 kita dalam bentuk yang lebih praktikal.

1. Buat hadiah untuk seseorang
Sebagai contoh kepada mak abah ke. Kita plan dengan anak buat sesuatu untuk abah diorang (bertuahla golongan apak2 ye.....sbb yang sll kompromi dengan anak itu adalah makbonda nya kan??). Tak payah banyak lah, tolong cuci kereta pun dah cukup bagus sebab dah tengok abah dia biar debu lekat kat kereta sampai dah boleh buat tayammum kan??

2. Ajak anak masakkan sesuatu.
Minta diorang ingat apa yang opah dia ke, atau abah diorang ke suka makan apa. Kemudian buatlah sama2. Alahai...rasa lamanya dah tak buat cookies ekkk...

3. Pusat Jagaan Orang Tua
Ini kalau mampu lah kan. Sebab kadang2 kita tatau pun cara macam mana nak masuk kecuali kita join mana2 NGO dan kemudian NGO tu buat program ke tempat2 tertentu mcm pusat jagaan orang tua. Tapi, untuk golongan marhaen macam saya ni, elokla bawak anak melawat saudara mara yang dah uzur dan ajar anak untuk menyayangi orang itu dengan mengurut kaki mereka. Cukup dengan itu sahaja sebenarnya ia akan memberi impak yang sangat kuat kepada anak kita.

4. Hospital pediatric atau Rumah anak yatim.
Saya pernah bawak Asmaa' tapi tu zaman dia masih kecil. Masih belum pandai menghargai atau belum pandai jatuh sayang kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sebenarnya amalan menziarahi golongan yang seperti ini adalah digalakkan di dalam Islam dan semoga dengan cara ini anak2 mudah untuk menjadi orang yang penyayang.

Mengajar Anak Bersopan Santun

Bismillah,

Entry ni bukanlah bertujuan untuk mengajar anda apa yang saya buat. Malah saya adalah dalam proses untuk mengajar anak2 saya supaya bersopan santun berbudi bahasa budaya kita. Manalah tau apa yang saya fikirkan ini salah dan anda boleh membantu kan?

Dalam mendidik anak, benda major yang paling kita kena ingat adalah : JANGAN HARAP KAU AJAR SEKALI ANAK TERUS PANDAI NOOO... sebab anak2 adalah mudah lupa dan proses mengulang2 adalah perlu supaya mereka dapat lazimkan benda tu dan akhirnya menjadi satu budaya. So, disebabkan kena ajar berulangkali makanya pulak : KAU JANGANLAH CEPAT2 JADI TARZAN KALAU ANAK KAU MASIH TAK HADAM APA YANG KAU AJAR. :P

Nak ajar bersopan santun ni selalunya memang ada dalam list perancangan kita sebagai mak ayah ni kan cuma idea nak ajar atau kat mana nak mula tu yang selalu jadi dilema. Udah namanya budak2 ye, macam anak2 ai baru umur 6 tahun yang paling sulung kans, umur tu pun belum pandai lagi kalau kita buat sistem ala2 kuliah dalam dewan kuliah, atau sistem Halaqah sebab apa yang mereka perlukan adalah SEDIKIT AYAT SIMPLE dan kemudiannya top MODEL.

Kalau pun nak ajar anak tentang manners dengan teknik kuliah atau halaqah usrah, apa yang perlu ada adalah buku bergambar. Saya bagi contoh paling best sekali adalah majalah Asuh, Ana Muslim, Upin Ipin dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Senang bagi contoh ikut gambar katun2 ni sebab anak minat. Berbanding dengan kita bagi diorang tgk CD atau Youtube. Susah maa.. nak kena pause untuk bagi penerangan. Kalau buku ni direct aje.

Lepas tu, jangan amik banyak2 topik sekali ajar. Sebagai contoh, arini ajar tunduk bila berjalan depan orang tua, esok baru ajar jangan makan sambil bercakap pulak. Jangan la kita heret anak2 satu rumah untuk tunjuk dia banyak2 benda sekali. Dah la mereka itu belum lancar mengingati. Bubuh pulak banyak2 input. Nanti anak2 akan rasa teraniaya. (Alamak..semalam saya dah menganiaya Asmaa'..lepas mengaji saya paksa pulak dia baca 1 ms buku..huhu...)

Sopan santun ni adalah perkara yang ibubapa ajar dengan memberi contoh setiap hari. Sama ada kita sedar atau tak, mereka sedang memerhatikan kita. Semasa berbicara dengan pasangan, cakaplah dengan bersopan santun. Kalau dapat pesanan dari waiter di restoran, ucapkan terima kasih. Anak2 sentiasa memerhatikan kita dan mereka selalu mahu menjadi seperti kita. Dan kaedah ini lebih berjaya dari ajar mereka melalui buku, atau bawa mereka ke tempat ceramah.

Sopan santun di meja makan
Hehe..macam la kat rumah ai ada meja makan kan nak cakap pasal meja makan. Walaupun kami makan atas lantai, kami cuba jugakla ajar anak2 agar bersopan santun kan. Kalau diorang2 yang selalu bawak anak pergi dinner kat hotel ke atau kat majlis2 formal kenalah jugak kot ajar etika makan kan. Benda basic yang patut diajar adelah, jangan bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan dan kalau nak paskan makanan, pas elok2 jangan main lempar aje dalam pinggan orang. Kalau nak lauk yang jauh jugak takleh sampai nampak gelojoh tapi mintak baik2.

Berbual Dengan Orang Yang Baru Dikenali
Kalau ikut budaya kita, selalu dah nak sampai atau dah nak balik, kita akan suruh anak kita salam dengan tuan rumah atau tetamu yang datang ke rumah kita. Boleh juga praktikkan kenalkan mereka dengan orang itu. Kalau teringat ada baiknya juga kita pesan kepada mereka supaya menjaga tingkah laku semasa berada di rumah orang.

Menerima Hadiah
Tidak kira apa saja yang diberikan orang kepada kita, haruslah ajar untuk mengucapkan terima kasih. Kadang2 spoil jugak bila tetiba je diorang berlaku jujur dengan mengatakan, "Ala...barang ni saya dah ada, saya nak yang lain!" So, jadi tugas kitalah untuk mengajar anak menerima seadanya pemberian orang tapi jangan le sampai nampak terhegeh2 pulak nak kan mende tu kan. Ia adalah sebagai tanda kita menghargai orang lain.

Berkongsi
Satu benda yang kita kena ajar, walaupun kita galakkan mereka untuk berkongsi permainan mereka, jangan pulak sehingga mereka rasa permainan orang lain juga adalah hak mereka. Permainan mereka bolehlah mereka offer pada orang tapi jangan mereka mintak benda orang lain pulak. Kalau ada sesetengah orang yang datang rumah kemudian rasa macam barang kita itu dia yang punya, maka ajarlah anak rela2 kan barang itu (pilih2 la weih...takkan dia mintak TV nak bagi jugak kan??) tapi kalau anak kita nak bawak balik barang orang, jangan bagi langsung. Ini pendapat saya lah. Sebab kami pun tak banyak barang dan kalau orang nak bawak mainan anak2 pun rasanya kami tak terkilan sebab barang2 kami biasa2 aje...takde yang branded pun. Tapi kalau nak bagi barang kita tu, tanyalah dulu pada anak. Kalau dah perasan dia asyik usung satu benda tu je ke hulu hilir jangan pulak bagi kat orang mainan tu. Nanti dah besar dia tulis blog mcm Isabelle tulis dalam link ni :P

Sunday, July 25, 2010

Sort Toys By Type

Bismillah,

It has been 2 months we stay in Pasir Putih. Now, the kids has a big container of toys. That wasn't a new toy but we bought them at bundle shop. All of these toys cost about +/- RM 50 only :)






Before this we put all of them in a container but my husband ask me, why didn't we sort them by categories? So, we can put them in a plastic bag (I'll try to sew a bag later). I put all of the toys in 6 plastic. So, every day they can ask me to play one bag per day only.

Now I can conclude that :
  • Our house won't be tongkang karam anymore
  • The kids now have to plan what to play
  • The kids can search their toys easier
  • Guest won't have chances to 'lambak' all of the toys anymore
At first, Asmaa' said : Umi, tu gantung tinggi2 mainan tu mesti taknak kasi kakak main :P
Owh, you don't understand Asmaa'. Umi is a bit disappointed looking at our small house full of your small toys. But it is good when she said that. Now, every time they ask me one of the bag, straight away I'll remember what Asmaa' said. I don't want to be a 'kedekut' umi even most of the time I really want to say NO :p 

*Thanx to ALLAH my dear kids. Even we only have the bundle toys, but we still can afford it while some of your friends don't have any toys in their house. 

Saya Adalah Sangat Kerek Semasa Berusia 7 Tahun

Bismillah,
Ini adalah entry pendedahan eksklusif. Saya memang menurun abah saya yang suka simpan barang lama. Tapi dalam banyak2 barang lama saya itu, ini adalah antara koleksi yang paling lawak pernah saya simpan.


Norhafizah Bt Madzlan
Siapa terambil buku ini harap
kembalikan kepada saya. Siapapun
tidak boleh tiru dia. Abah dia yang
tulis ini :P

Waaa........apsal aku kerek sangat nehhhhhh

Ini adalah buku Pendidikan Islam saya semasa saya Darjah 1. Masa tu sebenarnya saya ingat saya dapat no last2 dalam kelas sebab saya kan tak comel. Kawan pun dengan budak2 yang biasa2 aje. Alih2 hujung tahun dapat no 2 la pulak. Tiba2 je masa darjah 2, saya dapat ramai kawan. Tapi saya tetap tak tinggalkan kawan2 saya yang saya kawan seblom ni cuma geng saya dah makin bertambah :D

**Haaa....kawan2 sekolah rendah aku, sapa nak bertanggungjawab ni?? Aku kecik hati sebab masa darjah 1 Kuning SRK Methodist Parit Buntar 1987 tu hangpa sombong nak mampuih dengan aku!!! 

Saturday, July 24, 2010

Kreativiti, Keingintahuan & Kesopanan : Sama Penting dari Membaca, Menulis & Mengira

Bismillah,

Sepanjang 6 tahun lebih usia Asmaa' ni saya dah mula menemukan pelbagai lagi perkara baru dalam dunia keibubapaan ni. Macam kata Erra Fazira dalam TV semalam, "Semasa seorang anak dilahirkan, ketika itulah seorang ibu lahir."

Serasa penuh setiap masa saya berikan kepada anak-anak. Nyata ruang waktu yang lebih di rumah sekarang membuatkan saya banyak duduk dan berfikir lopak2 kesalahan yang telah saya buat selama ni. Kesalahan no satu yang saya buat adalah KERAP BERTANGGUH! Sekarang ni bila saya menyedari saya sedang menangguhkan sesuatu, saya rasa sangat marah pada diri saya atau pada sesiapa yang menghalang saya untuk buat sesuatu kerja dengan cepat.

Tentang tajuk itu, pada saya kreativiti, keingintahuan & kesopanan atau adab tatasusila sebenarnya lebih penting daripada membaca, menulis & mengira.

Kreativiti
Kita wajar memberi mereka lebih peluang untuk menerokai dunia yang luas ini. Galakkan mereka dengan perkara-perkara baru setiap hari, jika terlihat mereka buat kesalahan jangan dimarahi tetapi tunjukkan cara atau kaedah yang betul. Untuk mengusahakan sesuatu sehingga berjaya pula kita perlu mengajar mereka nilai kesabaran. Galakkan mereka berfikir secara kreatif supaya mereka akhirnya dapat menjadikan imaginasi mereka untuk menyelesaikan masalah.

Keingintahuan
Dari sinilah bermulanya pula rasa ingin tahu tercetus secara tidak langsung. Maka sepanjang proses yang berlaku akan terlahir pula soalan-soalan. Seperti diri saya sendiri, walaupun saya garang macam Tarzan (apakah??) tapi jika mereka mengajukan soalan, saya akan mengusahakan jawapan kepada mereka supaya mereka faham benar dengan apa saja permasalahan yang mungkin timbul. Kita tidak perlu menjadi bijak pandai untuk memberi jawapan kerana sudah namanya budak, mereka hanya perlu jawapan yang ringkas yang sesuai dengan usia mereka

Kesopanan
Ibubapalah modelnya. Sekiranya tidak ada model yang cemerlang, maka anak kita mungkin menjadi seorang yang berpura2. Berpura2 baik adalah sesuatu yang juga tidak baik. Justeru itu, janganlah bertindak bodoh depan anak2 supaya mereka tidak menjadi seorang yang tidak ada nilai akhlak Islami dalam diri.

Setelah perkara2 yang diatas kita semaikan ke jiwa anak, insya ALLAH proses untuk memperkenalkan mereka dengan huruf dan nombor malah apa sahaja akan lebih mudah. Tapi sebelum itu, yakinlah bahawa kitalah orangnya yang akan mencorak anak kita di masa datang.

Friday, July 23, 2010

Pernah Tak Korang Trace Family Tree Korang??

Bismillah,

Malaysia ni kecik je sebenarnya. Dah jelas2 98% ahli keluarga saya adalah orang yang ada Mykad Malaysia. Eh, ade ke yang kawin dengan foreigner ek? Rasa2 nya macam tak ada jek. Sebelah saya punya family semuanya sikit2, setiap mak sedara ada 3-4 orang anak. Ada seorang je yang ada anak tunggal, dan seorang lagi anak 2.

Adik beradik mak dengan abah saya insya ALLAH suami saya dah kenal. Bukan ramai pun. Tapi adik beradik datuk dan nenek sebelah mak dan abah saya, hanya tinggal beberapa orang sahaja. Saya pun tak pasti mereka ada berapa adik beradik sebenarnya.

Sepupu abah dengan mak saya juga ada saya kenal cuma sayangnya anak2 mereka (dua pupu saya) belum sepenuhnya saya kenal. Tambah pulak skang ni saya dah duduk di kampung sebelah suami saya maka terbantutlah jugak nak kenal sedara mara sebelah saya kecuali time kebetulan saya balik sana dan diorang ziarah sana jugak.

Kalau nak follow yang sebelah suami saya memang boleh pitam :P Sbb keluarga dia adelah menjangkau angka riban2 sebab satu induk je dah ada koman2 7-8 orang anak. Kalau buat reunion 4 tahun sekali tu, satu resort tu penuh dengan family diorang saja. Siap boleh buat sukaneka, forum dan lain-lain. Rasa macam pergi kem motivasi lagik. Walaupun kumpul 4 tahun sekali tu, still tak dapat nak beramah mesra.

Kalau Malaysia ada cuti nan panjang mcm summer holiday kat tempat 4 musim, boleh kot kalau ajak suami ronda satu Malaysia cari balik sedara mara. Tu pun kalau bajet sesuai dengan acara ni lah kan. Kalau nak harapkan tepon still tak jumpa face to face, maka jadik kurang rancaklah pula sesi ni. Seronok sebenarnya kan dapat berkumpul dan kenal saudara2 sendiri. Manalah tahu, time mereka susah kita tolong dan time kita susah mereka ada bersama.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).



**Teruja sebenarnya berjumpa dengan 2 pupu dalam FB :)

Thursday, July 22, 2010

Saya Queen Control

Bismillah,

Semalam, suami saya ada hal sikit keluar... Saya tak kisah pun tapi memang selalu saya suka call kul 5 petang dan tanya ada kat mana? Motif tanya adalah, saya nak lepaskan anak2 main di luar rumah dalam kul 6 ptg. So, kalau Nejad balik awal sikit maka taklah saya terkocoh kacah nak handle anakku yang ramai itu.

Bila Nejad kata dia nak balik dah, saya pun siap2 dalam kul 6 ptg saya bukak pintu. Mula2 suruh diorang kutip kain dulu, lepas tu siram2 pokok bunga dan basuh lantai bekas taik ayam (bukan ayam kami yang buat hal tu)...barulah saya bagi diorang main dalam erti kata yang sebenar.

Kalau ikut bajet masa, kul 6 tu, Nejad saya dah patut tiba rumah maka saya dengan kereknya tepon sekali lagi tanya dia ada kat mana. Katanya tengah beli makanan kuda dan bila saya tanya lama lagi ke? Dia kata nak balik dah.

Ralit2 dengan kanak2 tu..tengok2 dah nak pukul 7 dan Nejad saya tak sampai lagi. Haihhh... sepatutnya dari tempat beli makanan kuda tu ke rumah tak sampai pun 5 minit. So, dengan double kerek saya call lagi tanya dok mana.

Abah : Ala umi ni..abah nak balik dah la ni.
Umi : Huhu...dari pukul 5 lagi abah kata nak balik
Abah : Abah singgah tengok kuda kejap la umi...Malu la abah umi asyik tepon, ni pun lari jauh dari orang satgi orang ingat ape plak asyik tepon..

Hehehe...ni bukan kejadian pertama. Saje je nak psiko Nejad saya suruh balik rumah :P Masa suami ke Manjong buat incubator aritu saya kerap tepon jugak sbb tepon suami kene blok, sambil tu saya kata, "Mesti ustaz tu boring ek tepon abang asyik bunyik je?"..Suami saya kata, "Tu la pasal"

Mmm...kepoh sangat ke pulak saya ni. Agaknya ter over dose vitamin caring kot tak????

*Caring ke kerek Pijah??

My Nejad in Sinar Harian

Bismillah,

Sebagai seorang bini yang kepoh, haruslah saya buat entry ni kan.. Encik Nejad jangan marah ye, yu memang cutelah... dalam paper cute, dalam umah cute, dengan anak2 pun yu cute :P (Ntah ape motif haku puji laki aku aaa??)

Mana dia Nejad saya??? Ngeh hehehehehe.....

Entry ini tidak lain hanyalah untuk tujuan rekod. Bukan untuk promosi ye...so, kepada gadis cantek di luar sana, yang encem2 dalam tu dah ada 5 anak :P

Berita selanjutnya di link ini

Wednesday, July 21, 2010

Takkan Umi Nak Beranak Lagi Kalau Kakak Umur 30??

Bismillah,


Saya terus buat entry baru bila Asmaa' datang tegur saya ni...

Asmaa' : Umi kenapa dinding dapur kaler putih, dinding depan kaler oren?
Umi : Tuan rumah ni kaler macam tu, umi taktau kenapa.

Asmaa' : Nanti kakak umur 30 tahun, kakak cat lawa2 rumah kita ye?
Umi : OK
Asmaa' : Lepas tu kalau adik2 sepah, kakak marah... nanti kakak suruh diorang kemas balik rumah ye?
Umi : Err....

Kalau kakak umur 30, umi dah 54 tahun... time tu umur anak2 umi :
Asmaa' : 30 thn
Usamah : 29 thn
Uwaiys : 28 thn
Arwa : 26 thn
Ahmadi : 24 thn

Takkanlah diorang nak sepah rumah lagi umur tu?? Atau.... kakak ingat umi belum monopos umur 54 thn tu?????

**yang penting, masa umi 54 tahun, abah adelah 56 tahun....lagi tua wekk wekk... :P

Memupuk Semangat Bersosial Pada Anak

Bismillah,



Ada anak 5 ini, macam2 ragam saya perhatikan. Semalam, petang dalam kul 530 petang, saya bagi mesej kepada suami, "BUNDLE, BUNDLE, BUNDLE" siap tulis huruf besar... Bila tiba kul 6 petang, saya mesej lagi, "Dah dok luar rumah ni" hehehe...so, dia macam takde pilihan kene balik dan ambil kami keluar. Yang keluar perkataan bundle tu sbnrnya saya nak ajak dia ke kedai bundle, padahal saya tak kisah nak gi mana pun takpe...janji keluar rumah :P

Sebab langit nampak sangat mendung dan mungkin hujan lebat, maka suami saya mengarah ke rumah kawan dia. Keluarga yang sangat peramah bila sambut kami dan akibat dari peramahnya tuan rumah tu, anak2 saya pun jadi peramah semacam. Bukan semacam OK, ada 5 macam!! Asmaa' buat gaya 'malu2 tapi mahu', Usamah pulak main kucing satu rumah, Uwaiys potpetpotpet habis dengan orang, Arwa senyap sampai jatuh terhantuk pun tak menangis mcm dia sll nangis kat umah dan Ahmadi dok bawah tudung umi macam selalu.

Seronok juga bawak anak2 pergi ziarah sana sini. At least boleh ajar mereka social skills. Social skills ni penting untuk memberi keyakinan dan menggalakkan mereka beradaptasi dengan cepat dengan persekitaran. Kalau saya buat ranking anak2 saya ni dari segi skill sosial mereka, memang Uwaiys dapat lebih banyak bintang. Mana dia dapat skill tu pun tatau la... :P



Cadangan 1 : Menggalakkan Emosi
Emosi ni sebenarnya permainan kita dan anak2 dalam kehidupan seharian. Tapi buat anak2 kecil, bukan semua emosi mereka tunjukkan dengan mudah. Mereka mudah gembira dan excited tapi kalau time diorang marah, mereka mengamuk tak tentu pasal sehingga kita terus menganggap budak2 ni sebagai kuat mengamuk atau mengada2. Sedangkan mereka sebenarnya tak pandai untuk mengekspresikan perasaan itu. Jika kita mengajar mereka untuk handle perasaan marah, benci, disakiti mereka itu, insya ALLAH semuanya akan OK.

Cadangan 2 : Practice & Perform
Selalu budak2 ni kalau kita bagi dia task apa2, kemudian dia buat dan kita ucap terima kasih je pun dia dah sengih sampai telinga. Mertua saya kata, sebagai contoh kalau dia nak pergi rumah orang, pesan siap2 jangan nakal2 pada anak2 dia.Saya pernah cuba juga dengan anak2 tapi kita tambahlah dengan ucapan terima kasih atau hadiah2 lain yang termampu. Semoga dengan galakan sebegini, dia akan lebih yakin untuk bersosial.

Cadangan 3 : Beritahu dia apa yang kita suka tentang dia.
Sebagai contoh, bila terlihat Asmaa' share barang dengan adik2 dia, saya akan cuba bgtau... "Waa...macam tu lah kakak, boleh kongsi barang dengan adik." So, di lain kali, dia akan cuba buat lagi perkara yang baik itu. Makin banyak kita buat begini, insya ALLAH makin banyak benda dia tahu yang apa yang dia lakukan itu adalah betul dan baik.

Cadangan 4 : Kita kenalah jadi contoh yang mantap
Hahaaa...kalau kita kuat jadi Tarzan, mana lak anak tak memekik kan? Huhu...baiklah2, saya akan cuba men'slow'kan volum suara saya di masa akan datang. Haih...suami saya dah banyak kali cerita orang itu orang ini yang jarang marah2 anak mereka... itu bahasa indirect kah nak suruh saya jangan marah2??

Cadangan 5 : Belajar Untuk Mendengar
Haa...yang ni, walaupun saya bekeng orangnya, tapi saya selalu jugak cuba dengar apa  mereka nak kata. Saya nak mereka selesa bercerita apa2 dengan saya, bukan dengan orang lain. Jadi, demi untuk menambahkan keselesaan bercerita itu, saya kena kurangkan bekeng saya... go Pija, tarik nafas..... hembus...... Saya pernah dengar satu game yang boleh kita buat main dengan anak2 kita. Mula2 kita ajak diorang duduk bersama, kemudian kita kata kita akan cerita sesuatu. Lepas tu diorang kena ulang. Kemudian, mereka pulak yang kena buka cerita dan kita akan ulang cerita tu. Ini akan menjadikan mereka bukan sahaja pandai bersosial, tetapi sebagai a good listener juga!

Cadangan 6 : Mengajar Anak Menolong
Apabila melakukan kebaikan, kebiasaannya anak kecil akan dihargai dengan pujian sama ada dari kita atau orang lain. Jadi, kita hendaklah mengajar mereka untuk memberi pertolongan dan menjelaskan kenapa pertolongan itu penting tidak hanya untuk memperolehi pahala kepada anak tetapi kepada orang yang ditolong itu sendiri.

Cadangan 7 : Ajar anak mengalah
Yepp...terbaru cerita anak jiran saya yang datang melempap di rumah dari tghari sampai ke petang dan pengaruh yang serong saya dapat lihat. Ketika Usamah mengadu disepak oleh budak tu, saya keliru sama ada untuk menyuruh anak saya membalasnya atau yang lebih baik, suruh dia masuk dalam rumah dan duduk diam2. Di kebanyakan masa anak2 saya bergaduh juga, saya selalu mengajar yang lebih tua untuk mengalah. Sebenarnya mengalah tidak semestinya kalah, tetapi sebenarnya mereka membina harga diri yang lebih tinggi lagi.

Satu cabaran yang hebat sebenarnya hendak membesarkan anak untuk menjadi seorang insan yang benar2 baik. Kadangkala kita telah memberi acuan terbaik tetapi di luar rumah, seseorang yang lain dengan mudah merosakkan bentuk yang kita buat itu... semoga ALLAH melorongkan kita ke jalan terbaik.

Tuesday, July 20, 2010

Tidak Membantu Maka Tidak Dibantu

Bismillah,

Menjelang Maghrib semalam saya terima mesej dari seseorang. Mesej yang memaksa, tapi saya nak buat macam mana, itu dah kerja dia. Maksudnya, dia dibayar untuk memberi mesej tu. Saya rasa bagaikan nak terduduk mengenangkan saya tiada upaya untuk memberi apa yang dia mintak. Tiba2 kepala saya serabut. Tapi tidaklah sehingga serabut itu memakan diri saya.

Rasa itu saya lepaskan dalam FB :


Norhafizah Madzlan Mungkin tidak cukup aku membantu, maka aku tidak dibantu :|

11 jam yang lalu ·  · 
Noor Saadah Dahalan
Noor Saadah Dahalan
bantu diri sendiri dengan daya sendiri,bila dah tak berupaya mintalah bantuan
11 jam yang lalu ·  · 
Ummu Muhib
Ummu Muhib
apakah maksud tersembunyi dari ayat ini? jeng.. jeng..
9 jam yang lalu ·  · 


Saya rasa saya kurang memberi. Maka saya tidak boleh menyalahkan jika saya tidak menerima. Dalam keserabutan semalam, suami mengajak saya ke program di KB. Sekadar mengisi lopak di hati yang dah lama tidak diisi dengan benih ilmu. Sekali lagi, di sana ketika mendengar pengisian saya terasa bagai dipanggang dengan kata2 penyampai.

Kemudian ternampak quote ni dalam FB seorang yang baru menambah saya semalam :
Selemah-lemah manusia ialah org yang gagal mencari sahabat,dan org yang lebih lemah dari itu ialah org yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.

Ntah kenapa semua ni ibarat terkena pada batang hidung saya sendiri. Saya tiba2 terasa saya tidak menyumbang apa2 kepada sesiapa. Dan ketika saya menulis ini, saya sedang melihat 'Tanyalah Ustaz' di TV9, berkenaan dengan UKHUWWAH... sekali lagi saya rasa perkaitannya dengan perasaan saya ini. Ya ALLAH....terasa seperti saya ditegur oleh Pencipta saya tentang kealpaan saya ni...

Sedang dalam proses muhasabah diri, maka saya terbuka untuk menerima nasihat insya ALLAH...

*smlm saya ke KB dua kali, paginya sekali...on the way back, tangki air kering (padan muka :P)
*Burung merpati Lahore :( tapi pagi ni nampak si comel tu ada kat atas bumbung....jgn lari jauh ye comel :D


Friday, July 16, 2010

My Babbling List


Senarai ini telah di update sehingga entry bulan 1 Jun 2010 sahaja...Untuk bulan seterusnya, sila rujuk Blog Archive ye...

Senarai ini adalah senarai entry saya yang saya rasakan ada manfaatnya jika dihayati bersama :

36. Boikot
131. Zalim!!
139. Gila CD
157. Madu
183. H1N1
319. Jobs, Career & Callings
320. Resepi Nasi Ikan Masin
321. Mencari Kepuasan Dalam Pekerjaan
322. Strategi Untuk Orang Yang Sibuk
323. Senduduk Hilangkan Kepahitan
324. FAQ Dalam Dunia Optikal
325. Mengurus Stress Dengan Ketawa
326. Sejam Pertama Selepas Melahirkan
327. Kawan Yang Sebenar2nya Kawan
328. Bila Patut Ke Hospital Untuk Bersalin
329. Berdesing Telinga Dengan 'Kisah Rumah Tangga'
330. The Nanny 911 : The Finck Family
331. Merancang Anak Sihat, Pintar dan Soleh
332. Perubatan Homeopathy Jarak Jauh
333. Jangan Kata Begitu (Kepada Orang Yang Keguguran)
334. Roti Tisu & Roti Everest
335. Persediaan Awal Hadapi Krisis Rumahtangga
336.Tidur Berasingan / Bersama Anak
337. Paknil Pun Bersuara Juga
338. Membina Hubungan Kekeluargaan & Persahabatan Pada Anak
339. Bermalas-malasan Kesukaan Syaitan
340. Komen Semasa Blogwalking
341. Membina Keyakinan & Jatidiri Anak
342. Soya - Lebih Negatif Dari Yang Positif
343. Jika Soya Tidak Elok, Apa Alternatifnya??
344. Bagaimana Untuk Report Phishing Email (Maybank)
345. Ikan Yu : Menambah Susu Badan
346. Buffered Earning Saya Banyak Bila Saya Buat 4 Entry Sehari
347. Fun Activities To Help Build Relationships
348. How To Handle Orang Yang Susah Mengalah
349. Cekodok Kurma
350. Beri & Terima Peringatan
351. Soup - Quick Meal Ideas
352. Kenapa Uwaiys Muntah? : Kajian Kes
353. Anak Bernama Amin
354. Susah Tutup Aurat Di Hospital
355. How Can We Change Negative Self Talk
356. Kita Jarang Bersyukur
357. Fun Activities To Promote Optimism
358. Entry Bahasa Inggeris Kurang Komen
359. Perubahan PayuDara Pada Ibu Mengandung
360. Nukilan Khas Buat Awek Bertudung Labuh
361. Cloth Diapers Is Lampin Kain
362. Parenting Mistakes Made By Parents But Hurt The Whole Family
363. Personaliti Ibubapa Yang Cemerlang Part 4
364. 19 Kids And They Have Fans??
365. Best Kids Movie
366. Kenapa Ada Istilah Serious Buyer?
367. Your Job In One Funny Sentence
368. Gejala Pembuangan Bayi : Talking To Your Kids & Help Them To Understand
369. Susu Badan Is The Best Ever
370. Asmaa' : Umi, Kakak Tak Tau Macam Mana ALLAH Buat Kakak
371. Leopard Nurtures Baby Baboon After Killing It's Mother
372. Tidak Membantu Maka Tidak Dibantu
373.



My Product
1. Kini Tidak Perlu Tempah Sunglass Yang Ada Power
2. Colored Contact Lens Now Available
3. Anak-Anakku : Jadilah Seperti Ibn Sina

My Book

My Diary
158. Sambutlah Umi di Pintu Syurga
159. Shopping Dgn 5 Anak
160. Arwa Buat Lawak Kentut
161. Mereka Sudah Pandai Bergaduh
162. Uwaiys, The Moving Toy
163. 12 April 7 Tahun Lepas
164. Merak Yang Manja
165. Buang Tebiat Di Tepi Pantai
166. Mau Glamer? Pakai Baby Sling
167. Ahmadi Selepas 2 Bulan
168. Rindu
169. Jangan Pisahkan
170. Ahmadi Apa Khabar?
171. Unite Again
172. Awasi Bayi Dari Gangguan Anak Yang Lebih Senior
173. Apa Dah Jadi Dgn Jadual Umi?
174. Arwa - Aksi Feeling Pregnant
175. Geram Tapi Sayang
176. Baju Baru Pasti
177. Bangun Tidur Terus Posing
178. Saya Bekerja Dengan Anak-Anak Di Tangan Saya
179. Bukan Senang Nak Posing Dengan Anak Ramai
180. Apa Khabar Makcik2?
181. Baju Pasar Malam Pun Lawa
182. Jangan Lakukan Ni Dalam Kereta Anda
183. Berangan Tinggi Langit
184. Pendedahan Eksklusif Adik Badik & Sepupu Sepapat
185. Selamat Hari Ibu
186. Saya Ikut Muka Siapakah?
187. Saling Merindu
188. Selamat Hari Jadi Syuhairah
189. Meskipun Longkang, Tetap Dalam Kenangan
190. Angan-Angan Minah Jenat
191. Bila Asmaa' Melukis
192. Wajah Pengasih Tokki
193. Saya Suka Pesta Buku
194. Hujan Menguji Ketangkasan
195. Saya Kuat Merajuk Di Usia 30 :D
196. Apa Khabar Uwaiys & Usamah
197. Kami Ada Sekurang2nya 20 Pasang Gunting
198. Kucing, Apsal Asyik Teringat Kokucing
199. Selamat Hari Jadi Budak Manje!!
200. Abah Saya Kena Pancing!!
201. Perjalananku Tidak Semudah Itu
202. Buat Mak, Bondaku Tersayang
203. PEACE!!
204. Tekan Loceng : Kecelaruan Vocab
205. Isabelle, Ini Kamukah?
206. Iklan Oligo
207. Love Letter On Kerusi Kuda
208. Rindu Pada Sahabat Segenerasi
209. Hati Tidak Keruan
210. Why Makcik Pijah Didn't Join Any Contest Lately
211. Ralat Klinik Cas Mahal
212. No 2 Yang Menggugat Kesabaran
213. Sorry, Wrong Nombot :P
214. Tak Baik Jelir Lidah Walau Apa Pun Anda
215. Ya Sheikh Ahmadi
216. Usamah : Nak Jadi Baby Semula
217. Hoyyeehhhh
218. Wrong Time N Wrong Place
219. Sangat Tension
220. Sangat Tension Part 2




My Drama/Film/Novel/Song Review

Memori Di Taayah

Senarai ini pula bukan dari penulisan saya tetapi ia begitu mendatangkan kesan buat saya :
17. Feared

My Tag/Reward/Award/Contest/Giveaway List

Sekiranya ada cadangan tajuk lain, sila cadangkan di kotak komen...thanx in advance