Friday, September 30, 2011

Pengalaman Menyusu Ketika Mengandung

Bismillah,

Entry ini sebenarnya saya gunakan untuk masuk contest. Diletakkan di blog ini kerana isinya ingin dikongsi dengan rakan pembaca...

Rujuk link ini untuk tengok penyertaan saya

6.3. Entri / Keterangan (berdasarkan kategori yang dipilih):
Menyusu semasa mengandung adalah satu pengalaman baru bagi saya. Dalam masa 10 minggu lagi insya ALLAH saya akan melahirkan dan semasa itu Ahmadi akan berusia setahun 7 bulan dan insya ALLAH saya akan cuba tandem nursing pula. Saya melakukan ini tanpa sedikit pun menyimpan EBM seperti sahabat-sahabat menyusu yang lain.

Semenjak bercampur gaul dengan ibu-ibu menyusu (hanya secara online) saya sangat bertekad untuk menyusukan anak saya semaksima mungkin. Kononnya saya nak menebus kesalahan saya dahulu namun hakikatnya kesalahan itu bagaikan tidak tertebus. Namun alhamdulillah, saya tidak memanjangkan lagi kesalahan saya itu.

Ini adalah kerana saya telah mengambil langkah untuk memulakan perniagaan saya di Parit Buntar yang mana niat utama saya adalah untuk memberi fokus yang lebih kepada keluarga terutamanya dalam hal penjagaan anak-anak dan hubungan kami suami dan isteri. 

6.3.1. Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)
Menyusu semasa mengandung tidaklah semudah yang dikata orang. Terdapat pelbagai masalah jika kita menyusukan anak semasa hamil dan diantara masalah yang saya alami adalah :
  • Apabila kepenatan sementelah berbadan dua, keinginan Ahmadi untuk menyusu bagaikan satu gangguan - Ini adalah seperti yang saya kongsikan dalam entry ini. Pada masa itu, saya telah meninggalkan Ahmadi sehari suntuk untuk menghadiri program. Sesampainya saya di rumah, Ahmadi melihat saya macam dia melihat botol susu yang sungguh menyelerakan. Dicampur dengan rasa sakit, sudahnya hari itu menjadi hari paling sedih dalam sejarah penyusuan susu ibu saya. 
  • Sakit pada puting semasa Ahmadi menyusu - Semasa hamil, puting akan menjadi super sensitif. Sakitnya masya ALLAH, Tuhan sahajalah yang tahu. Ada yang mencadangkan supaya ibu menyusu memastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan. Tapi saya bukan setakat bernafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesakitan ini, malah sehingga saya menggelupur, menghentak-hentakkan kaki dan macam-macam lagi untuk mengalihkan rasa sakit digigit. 
  • Bleeding - sebenarnya, pada awal kehamilan, saya tidak tahu yang saya sedang mengandung. Ini adalah kerana bleeding yang saya alami itu adalah mengikut jadual period saya bezanya darah yang keluar adalah darah yang cair tidak seperti kebiasaannya. Saya hanya sedar dengan kehamilan ini selepas doktor menyarankan saya melakukan ujian kehamilan selepas saya mengalami sakit kepala yang berpanjangan sebelum saya berjalan jauh ke luar negara
  • Susu berkurangan - Punca utama penghasilan susu berkurang ketika ibu mengandung adalah kerana kadar hormon progesterone dalam darah kita meningkat. Hormon ini penting bagi mempertahankan kehamilan, tetapi pada masa yang sama kadar yang tinggi ini menyekat kerja hormon prolaktin, hormon yang membantu penghasilan susu. Kerana kadar hormone progesterone (ketika ibu hamil) ini jugalah konsep “supply and demand” kurang berkesan dalam meningkatkan supply susu jika dibandingkan ketika ibu tidak hamil. Selain itu, pengambilan galactagogues seperti herba dan ubat-ubatan (untuk meningkatkan supply susu) adalah tidak digalakkan ketika ibu hamil. Namun alhamdulillah, selera anak yang menyusu ibu ini sebenarnya tidak tersekat. Arwa dan Ahmadi sangat berselera makan dan mudah adapt makanan yang kami makan. Sekalipun mereka perlukan susu, kami tidak membekalkan mereka dengan susu formula melainkan susu segar yang kami beli dari Pejabat Haiwan. 
6.3.2. Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah
Sebenarnya tidak ada fatwa yang mengharamkan penyusuan susu ibu semasa kehamilan. Andai ada, pastilah perkara ini mendapat tentangan ramai. Seandainya tidak ada masalah seperti yang dinyatakan di bawah, bermakna kita boleh terus menyusukan bayi kita :
  • berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • pernah keguguran
  • mengalami pendarahan semasa hamil
  • positif GBS carrier
  • dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi

Berikut adalah cara saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi di atas :

Masalah 1 - Apabila kepenatan sementelah berbadan dua, keinginan Ahmadi untuk menyusu bagaikan satu gangguan

  • Mengawal tekanan - saya mengawal tekanan dengan tidak banyak berfikir. Sebagai contoh rumah berselerak, saya cuba berfikiran bahawa selagi takde tetamu nak datang rumah maka tak payah nak serabut sangat. 
  • Mengurus kerja rumah - saya buat jadual dan checklist. Dalam link ini ada saya tulis sebab2 saya mesti ada jadual dan checklist. Dalam link ini pula contoh jadual  yg pernah saya ikut. Saya juga menguruskan hari saya dengan apa yang saya tulis di dalam link ini
  • Mengalih perhatian Ahmadi kepada makanan lain atau susu segar
  • Mendapatkan kerjasama suami dan anak dalam melakukan kerja rumah

Masalah 2 - Sakit pada puting semasa Ahmadi menyusu
Saya pernah kongsikan hal ini di dalam link ini. Apa boleh buat, sebagai ibu, kita akan merasakan pelbagai perubahan pada payudara semasa hamil. Namun secara ringkasnya, saya pernah bertanya dari Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan dan mereka memberi saya dengan nasihat di bawah :

  • Jangan marah-marah anak, ini membawa kepada kemungkinan bayi tidak mahu menyusu langsung kelak
  • Beritahu anak bahawa kita sakit kerana digigit dengan baik. Beritahu juga supaya dia jangan menggigit ketika menyusu.
  • Cuba ngangakan mulutnya dengan jari setiap kali dia menggigit.
  • Cuba jauhkan dia dari kita dengan cara meletakkannya atau memberi kepada orang lain setiap kali dia menggigit. Lama-kelamaan dia akan belajar jika dia menggigit dia tidak akan dapat susu.
  • Cuba lemaskan dia sekejap dengan PD namun berhati-hatilah dengan kaedah ini.

Suami saya pula membantu saya dengan menyebut perkataan ' la' ' yang bermakna jangan dalam bahasa Arab. Setiap kali suami saya menyebut la' Ahmadi akan faham dia tidak boleh buat benda itu. Kemudian, dia akan pegang Ahmadi dan bila sahaja dia nampak Ahmadi melepaskan puting untuk menggigit bahagian hujung puting, suami saya tolak semula supaya kedudukan saya dan Ahmadi rapat. Dia melakukan ini berulang kali. Hasilnya hanya dalam kurang satu jam Ahmadi tidak menggigit lagi.

Ia bagaikan satu kejayaan besar. Bermula malam itu, saya enjoy semula sesi penyusuan langsung saya. Alhamdulillah... sekarang, saya mahu katakan kepada suami-suami, siapa kata anda tiada apa yang boleh disumbangkan dalam penyusuan susu ibu?

Masalah 3 - Bleeding
Saya telah mendapatkan pemeriksaan doktor dan doktor mengatakan keadaan bayi dan rahim saya adalah dalam keadaan yang baik. Semasa mengandungkan Ahmadi dulu pun, saya mengalami pendarahan dan masih menyusu Arwa ketika itu dan doktor itu memberi saya ubat menguatkan rahim yang saya tidak ingat namanya. Sementara itu, saya telah memperlahankan bilangan penyusuan dengan memberi Ahmadi makan dan minum minuman lain terutamanya susu segar.

Jika kita terjumpa doktor yang tidak berapa pro kepada penyusuan susu ibu ini, maka selalunya nasihat mereka adalah sebaliknya. Alhamdulillah so far saya terjumpa doktor yang tidak berkeras sangat tentang penyusuan susu ibu sekalipun semasa kami demam campak berjemaah dulu pun saya tetap menyusukan Ahmadi.

Masalah 4 - Susu berkurangan
Ini adalah masalah alami yang tidak dapat dielakkan. Sama seperti masalah di atas, saya mengurangkan penyusuan dan mengalihkan perhatian Ahmadi kepada perkara lain. Walaupun begitu saya tidak menolak untuk menyusukan jika dia benar-benar mahukannya.

6.3.3. Sokongan yang diperolehi
Saya cukup beruntung bilamana suami saya turut menunjukkan peranannya sebagai seorang abah ketika kami dalam proses penyusuan ini. Bermula dari awal lagi, dia memang terlampau menjaga anak2 dari makan makanan yang mengandungi bahan tambahan dan penyusuan susu ibu adalah satu daripada sasaran kami. Dengan memberikan anak susu ibu maka lebih lengkaplah lagi matlamat yang ingin kami capai.

Seperti yang saya ceritakan dalam link ini, jika tidak kerana suami saya itu, pastilah Ahmadi sudah tidak disusukan dengan susu ibu. Itu satu, saya tidak boleh lupa bagaimana dia menyiang ikan pari dan menyimpan hati ikan pari itu kerana dia tahu sebelum ini hati ikan yu telah menyebabkan susu saya menjadi banyak secara mengejut. Dia juga akan sentiasa menyua segelas besar susu jika dia perasan saya dah lama tak minum susu dan katanya, "Itu bukan untuk umi, itu untuk Ahmadi/baby."

Mak saya juga, telah memberi banyak petua berkenaan susu badan. Sementelah dia adalah seorang 'sister' di Klinik Kesihatan maka no wonderlah banyak ilmu yang dia ada. Semasa dalam pantang juga, dia masakkan saya banyak makanan yang boleh meningkatkan susu badan. Tidak dilupakan mertua saya yang telah berjaya menyusukan 11 anaknya secara eksklusif semuanya. Masing2 punya petua dan cadangan untuk membantu saya.

Tidak dilupakan, anak2 saya yang ramai itu. Mereka juga memahami dan selalu bagitau, "Umi, Ahmadi nak susu ni...." hehehe...bila uminya ralit ngadap komputer. Yang paling best sekali memberi sokongan ini adalah teman2 blogger. Andai saja saya tidak terbakar melihat mereka kumpul bergelen2 EBM, agaknya saya juga tidak kemana.

6.3.4. Gambar berkaitan penyusuan
Saya hanya ada buku yang berkenaan dengan cara penyusuan, itupun telah diberikan oleh k.Nieza semasa dia melawat saya untuk membakar semangat saya dalam menyusu secara eksklusif. Sejujurnya, sumber ilmu rujukan saya yang paling banyak adalah dari rakan2 blogger dan di situlah saya menimba ilmu.
Ini adalah koleksi majalah saya. Kebanyakannya saya beli bila ada isu penyusuan susu ibu atau barangkali kerana ada rakan blogger yang masuk majalah tu. Nak beli setiap bulan tak terbeli sebab buat masa ni takde tempat lagi untuk letak koleksi ni. 

Ini pula koleksi novel dan parenting book yang saya beli dan ada juga yang dapat. Antara rujukan paling mantap saya adalah buku hijau ini!

Oh ye...saya tidak mempunyai sebarang peralatan khusus untuk menyusu seperti pam, cumanya saya dah tukar semua botol susu anak saya kepada yang free BPA. Ini adalah kerana ketidakmampuan saya untuk membeli produk2 berkenaan. Saya juga tidak mengambil sebarang suplemen untuk menambah jumlah susu namun saya cuba untuk mengambil makanan yang dikatakan akan menambah jumlah susu saya. Itu lebih baik dan lebih alami bagi saya :))

Saya ingin mengatakan bahawasanya susu ibu juga adalah penyelesaian kewangan kepada ibu dan bapa. Jangan fikirkan tentang pam, alatan penyusuan, kursus berbayar, suplemen dan lain-lain jika tidak mampu. Tanpa pam, kita boleh perah dengan tangan asal tahu teknik yang betul. Tanpa kursus, kita boleh pergi ke hospital yang ada team kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Tanpa suplemen, kita boleh banyakkan makanan yang boleh meningkatkan susu badan. Semuanya boleh jika minda kita telah berkata YA!!!

6.4 Tag seberapa ramai kawan untuk mempromosi penyertaan anda dan menyebarkan ilmu anda pada kawan-kawan.
Saya ingin mengajak semua kawan saya yang mengamalkan penyusuan susu badan untuk cerita momen anda kerana setiap kisah kita pasti ada yang boleh membantu mereka yang lain untuk menyusu sama.

Saya tag :
Ummu Muhammad
Arryrozy 



Thursday, September 29, 2011

Pengalaman Sakit Bersalin Iman

Bismillah,

Kali ini saya mengandung tanpa mengambil sebarang suplemen. Jika tidak sebelum ini saya mengambil Salindah untuk 5 kali mengandung. Sehinggalah pada kelahiran Ahmadi, saya tak sakit walaupun misi kata dah boleh teran. Saya bimbang barangkali Salindah sudah tidak memberi kesan baik kepada saya lagi.

Jadi, pada kelahiran kali ini, saya cuba usahakan pemakanan seimbang dan memperbanyakkan makanan2 yang ada di sebut dalam alQuran seperti kurma, madu dan elakkan makanan merapu. Alhamdulillah kesihatan saya OK dan seperti selalu saya memang tak ada alahan mengandung.

Cuma kali ini, saya overdue 6 hari tapi hasil dari scan, doktor kata air ketuban saya masih mencukupi. Saya ada tanya doktor, macam mana air ketuban tu boleh jadi tak cukup, katanya sebab uri (placenta) dah cukup tua dan tak dapat produce persekitaran seimbang lagi jadi air ketuban menjadi kurang. Saya dapat surat untuk dirujuk ke HUSM jika tidak beranak pada Jumaat itu jam 2 petang.

Alhamdulillah, pada 20 September, telah ada tanda keluar semasa saya bangun dari tidur tapi sakit yang saya alami adalah sakit main-main macam semasa kelahiran Ahmadi juga. Sehingga ke malamnya, sakit tidak menjadi kuat. Jadi, saya ajak suami keluar malam itu untuk beli beberapa kelengkapan yang belum ada malah kami sempat dating sekejap berdua makan nasi kerabu di kedai. Anak2 mertua saya tolong jaga tapi diorang dah lena masa kami keluar tu.

Akhirnya pada 21hb tu, jam 3.00 pagi,saya rasa sakit makin kuat dan semakin jelas. Saya kejutkan  suami dan kami ke hospital. Sampai di situ saya masih sempat sengih2 dan siap menolak untuk masuk sebab sakit yang saya alami masih boleh dditahan. Tapi sebab tak ada patient lain maka misi ajak saya masuk. Saya pas buku merah saya dan dia suruh saya berbaring.

Bukaan diperiksa dan katanya baru 4cm dilation. Sempat pula seorang misi cam saya sebagai seorang optometris dan rasanya sambil buat CTG saya consult dia pasall hal ehwal mata anaknya. Sebenarnya di sini saya mengaku surirumah saja tapi sebab saya pernah tegur bbrp misi dalam wad tu yg nampak mcm tak cukup power spek so diorang boleh cam saya. Macam mana lah saya tak tegur kalau kerja mereka adalah menjahit bahagian bawah tu tapi nampak sangat tak cukup powernya.

Semasa nak solat Subuh, saya minta dari misi nak solat tapi katanya macam dah susah nak lepaskan saya berdiri. Kalau saya nak buang air pun dia akan pasang tiub aje. Kebetulannya, sebelum saya naik katil tu, saya dah ambil wudhu jadi saya solat sekadar mana yang saya boleh sahaja. Beberapa kali juga terlena semasa menantikan saat melahirkan sampai misi pun dah bertukar shift.

Akhirnya bila dah dekat pukul 8 pagi, misi datang dan periksa jalan dan katanya dah 8 cm dan saya masih boleh terlena masa tu. Tapi misi tu baik, dia bantu saya minum minyak selusuh dan dia sapukan atas perut walhal saya boleh melakukannya sendiri. Teringat semasa pertama kali melahirkan Asmaa' dulu, saya minta nak pegang tangan seorang misi tapi dia menolak huhuhu...

Saya tanya misi tu, sama ada suami saya sudah boleh dipanggil masuk ke belum dan dia bgtau mereka akan panggil jika kepala anak sudah nampak. Saya pun mula melawak, "Kene teran ek, kalau tak teran dia memang tak nampak ek?". Saya bukan apa, kalau teran, mesti sakitnya ALLAH jelah yang tahu.Dia pun senyum dan jawab, "Mana boleh..takpelah, nak suruh panggil suami jugak ek?".

Bila dah nampak suami, saya dah mula buat pandangan 'abang-terankan-bole?' pada dia. Disebabkan saya keliru masa mana saya patut teran, jadi saya tunggu arahan misi untuk suruh saya teran. Kali ni suami saya tak banyak pegang saya. Saya pun dah pesan siap2 supaya larikan tangan dia yang patah tu dan jgn duduk dekat dengan saya. Dia cuma tolong sedarkan saya yang macam mamai dan tolong tolakkan baby masa saya meneran.

Alhamdulillah, elok2 aje 8.30 pagi, hujan baru reda, Iman telah dilahirkan. Kali ni kami memang tidak tahu dari awal yang ini anak perempuan atau lelaki. Asal scan je dia nyorok. Sama macam Ahmadi, Iman adalah satu2nya baby yang lahir di P.Putih di hospital pada hari itu. Wad lengang dan kami sangat tenang di situ walaupun ada sedikit kejadian berlaku di sana. Cerita tentang penyusuan saya akan sambung nanti.Orang dalam pantang takleh duduk lama2 kan...hehehe...

Semoga Iman menjadi anak soleh solehah bersama abang dan kakaknya. Sangat tidak sangka suda 6 anak saya!
 

Wednesday, September 28, 2011

Saya Sudah Beranak Anak Ke Enam!!

Bismillah,

Sesungguhnya tak mudah nak blogging sekarang. Tapi hati saya libang libu sekarang ni. Jadi, saya cuba menulis nak meluahkan rasa hati. Saya banyak berleter di Facebook. Sapa yang rajin dengar saya merepek, addlah saya di Facebook nun.

Berita gembiranya saya dah beranak dah (uik...tadak mukadimah). Alhamdulillah baby perempuan dan kini berusia 8 hari pada hari ini. Semalam dah cukur dan dah dinamakan dengan nama Iman Binti Mohd Sabri. Gambarnya ada di Facebook... hampir setiap hari saya upload guna enpon. Ada sedikit kontroversi, ada yang kata itu nama lelaki tetapi bukan tak ada org perempuan dengan nama ni.

Cadangan lain utk menamakan Iman adalah Asiah dan Aminah tetapi bunyinya sedikit 'kekampungan' dan takut nnt jadi mcm Usamah, disebabkan namanya 3 suku kata maka kadang2 dia menggelarkan diri dengan 'Samah' dan kadang2 tinggal 'Sa' saja. Jadi bimbang nnt bertukar jadi Minah dan Siah aje. Nak panjangkan sikit Iman supaya kelihatan perempuan tiada pilihan lain melainkan menambah jadi Imani tapi bimbang tinggal...erk, korang fikir sendiri lah.

Walau apapun, nama itu, kami beri dengan penuh kasih sayang, dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menamakan anak dengan nama yang sangat baik. Dengan lafaz Bismillah, setelah dicukurkan kami namakan dengan nama yang bagi kami sangat indah itu. Semoga roh nama itu benar-benar menjadikan Iman seorang mukminah solehah.

Itu berita gembira, ade ke berita sedih? Huaaa... Saya ada 2 orang adik kandung. Sikit kan? Walaupun kami adalah kuat gaduh hehehe... tapi adatlah, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jua. Kata lain pula, air dicincang mana boleh putus. Saya rasa sangat sedih kerana pada Jumaat ini, Epit akan nikah tetapi saya perlu merehatkan diri di Jerteh.

Saya dah mula berfikir tentangnya. Kalau di rumah saya, sah2 saya akan menangis tak kira tempat. Tapi sekarang saya di rumah mertua. Asal mandi je nangis, asal nangis je buat-buat mandi. Seksa tau jiwa dan raga ai. Nak nangis secara terang-terang kang takut mertua saya ingat dia buat salah kat saya pulak. Mertua saya baik tau...kalau anak nangis sebab dia larang buat apa2, dia mesti datang explain. Risau betul dia takut saya terasa dia marah anak saya padahal saya tak kisah pun.

Kalau tanak nangis, ia akan jadi satu beban kat kepala. Nanti anak-anak yg jadi mangsa. Kat rumah mertua ni jenuhla saya kontrol keTarzanan saya. Nantikang kalau tahan2 tiba2 terus tukar jadi hijau mcm Hulk ke lagi parah. Jadi, saya nangis je lah, insya ALLAH takde bateri habis, takde karan terbuang hahaha... Cara lain saya nak melarikan duka adalah dengan bermesej2 dengan kawan2 dan buka fesbuk guna enpon serta main game. Tak lupa juga bertungku. Best rupanya bertungku ni hehehe...

Satu lagi hal yang buat saya agak sedih adalah melihat mata Ahmadi. Masya ALLAH, walupun bunyi Angry Bird dia berkumandang selalu tapi dia adalah sangat baik dengan adiknya. Dia mengalah je kalau saya pegang Iman. Manola den tak sedih (waaa...kan dah nangis pulak). Padahal anak depan mata je kan? Hampeh sungguh la jiwa kacau ni..

Dah le ek... saya nak cerita pasal saya bersalin, kali ni ceritanya tak touching sangat heheh.. nnt saya cerita bila saya nak menulis lagi. Kang cerita banyak2 kang tak sempat korang nak blogwalking ke tempat lain. Eh, sori ek saya mmg tak boleh nak blogwalking selagi saya berada di rumah mertua saya. Ntah2 sampai hujung thn ni.,.. ampun...

Sunday, September 25, 2011

Makanan Untuk Meningkatkan Hb

Bismillah,



Selaku orang yang dah dapat cap mohor atas dahi pasal hb low setiap kali bersalin, inginlah saya share dengan kalian ilmu yang telah puan2 misi ajar dan tidak ketinggalan encik google juga. Cumanya saya bersyukur juga kerana sepanjang 6 kali mengandung itu, tidak sekalipun sampai ke tahap kena cucuk 5 kali kat montot yang dengar khabarnya sakitnya itu melarat sehinggalah ke selepas bersalin.

Oh ye, teringin juga saya nak cerita, ada satu ketika saya pergi cek seperti biasa. Tiba2 selepas saja test hb, pegawai farmasi tu ambil pen biru untuk isi kad merah saya. Excited lah wei sebab selalu kaler merah pennya. Naik mencanak-canak kerana sepanjang sebelum minggu itu saya minum Kopi Radix. Kemudian sehari sebelum ke klinik saya masak peria + ikan bilis goreng dgn telur dan makan sebiji pil Iberet Folic yang adik ipar saya bagi. Tapi amalan nak rawat hb sehari sebelum gi check up ni jgn ikut tau.. :P

Takmo panjang cerita, maklum saja orang dalam kepantangan ni :P

Makanan :

  • Daging merah yang lembut (bahagian batang pinang)
  • Daging burung unta (ostrich)
  • Cornflake yg ditambah zat besi (baca pada label) atau bijirin lain
  • Kerang (sambal, sup, etc) - saya suka rendang
  • Roti gandum
  • Telur, tauhu, hasil soya
  • Buah-buahan kering - kurma merah cina atau buah jujube
  • Sayuran berdaun warna hijau
  • Hati, limpa, paru

Minuman :
  • Air jenama 100Plus - jika cepat letih (org kurang darah selalu letih)
  • Jus buah-buahan seperti jus mangga manis (pauh siku raja) yang diblend dgn susu pekat, tambah sedikit air, minum sejuk dgn ais

Tingkatkan juga makanan di bawah yang mempunyai vitamin C yang tinggi sebab kalau vit C dalam badan cukup, maka akan lebih terseraplah zat besi anda :

  • Buah-buahan citrus seperti oren
  • Sayur-sayuran mentah
  • Betik
  • Mangga
  • Jambu

Awas, makanan diatas hendaklah ambil secara berwaspada dan berpada-pada :

Walaupun hati haiwan(lembu, ayam dan ikan cod) tinggi kandungan zat besi, namun hati haiwan mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai Retinol. Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang mengambilan retinol yang berlebihan selama kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi memiliki bayi dengan cacat lahir seperti kelainan dari wajah, kepala, jantung dan sistem saraf.

Contoh-contoh resipi untuk menaikkan Hb rendah:

  • Teh Cina Kurma Merah, Longan dan Halia:
    • BAHAN-BAHAN
      • 10 Biji Kurma Merah (rendam selama 10 minit. Berus menghilangkan kotoran terperangkap dalam lipatan kulit)
      • 16 Buah Longan Kering (Basuh)
      • Kupas dan titik 2 "x 2" halia tua (halia tua sesuai untuk buang angin ~ kalau tak suka tak payah letak)
      • Gula Batu (kalau tak nak pun boleh)
      • Daun Pandan
    • KAEDAH:
      • Bawa 5 cawan air mendidih.
      • Tambah semua bahan dan didihkan air dalam panas sedang selama sekitar 15 minit.
      • Hidangkan selagi panas. Boleh di minum ketika sejuk

Wednesday, September 21, 2011

Cara Mandikan Bayi

Bismillah,



*entry ini ditulis sebelum saya melahirkan anak ke enam :)

Selalunya di hospital, nurse yang baik hati akan mandikan anak kita. Sekejap je diorang mandikan baby kan? Saya paling gabra kalau dengar anak menangis semasa dimandikan. Sebab bila tengok diorang terlampau expert macam mandiakan anak patung tak bernyawa pulak jirus-jirus gitu. Tapi sebab itu pekerjaan mereka tiap-tiap hari maka insya ALLAH kita boleh letak kepercayaan kepada mereka. Sambil itu, berdoa sajalah semoga semuanya OK.

Selalunya setiap kali melahirkan saya akan berada sama ada di rumah mertua atau rumah ibu saya. Selalunya saya berada di rumah mertua memandangkan ibu saya masih bekerja. Tetapi saya pernah memandikan Asmaa' semasa ibu saya pergi bekerja cuma bukan di bilik air. Merasalah Asmaa' dimandikan di atas tikar getah dan hanya dilap sahaja.

Pada awal-awal melahirkan, biasanya mertua sayalah yang akan mandikan anak-anak. Dia lebih cermat dalam menangani bayi yang masih bertali pusat. Cuma, ada sekali ketika memandikan sama ada Usamah atau Uwaiys, jari kakinya mengalami kekejangan sehingga bengkok dan ia kekal sehingga ke hari ini. Kesian cek... Saya berazam pada kelahiran kali ini, saya mahu buat semuanya sendiri. Rasanya jika anak ke enam ini saya masih tiada keyakinan, ia bagaikan kelahiran terdahulu tidak memberi sebarang pengalaman buat saya.

Saya akan ceritakan bagaimana mertua saya mandikan bayi :


  • Bancuh air suam-suam kuku. Tidak terlalu panas dan jangan terlalu sejuk. 
  • Mula-mula dia lunjurkan kedua2 kaki dan baringkan bayi atas celah-celah kaki dengan sebelah tangan memegang dada bayi manakala sebelah lagi digunakan untuk membasuh najis anak. Saya menganjurkan seandainya kita ingin memandikan anak kita di dalam bekas sekalipun, seeloknya basuhlah najis anak ini terlebih dahulu. Gosok dengan tangan yang memegang dada bayi tadi dan tindih sedikit dada bayi dengan lengan kita supaya tidak tergelincir. 
  • Kemudian, mertua saya ajar untuk mendudukkan bayi atas kaki dengan muka bayi seeloknya menghadap ke bawah atau tidak mendongak. Mula menjirus bahagian belakang bayi.
  • Jika ingin membasuh kepala, kecekapan adalah sangat perlu iaitu selepas sahaja air dicurah keatas kepala bayi, terus raupkan mukanya supaya dia tidak tertelan atau terhidu air. 
  • Untuk menyabun kesemua bahagian badan bayi, kita boleh melakukannya dengan cara memegang dengan menundukkan bayi itu atau letakkan di antara dua betis kita. 
  • Pastikan jangan terlalu banyak sabun digunakan kerana bimbang licin
  • Pastikan semasa membilas, semua sabun telah hilang licinnya
Atau anda boleh mengikut seperti cara di bawah cuma, seeloknya basuh dulu najisnya. Supaya yang najis akan pergi dan anak kita akan menjadi lebih bersih dan suci insya ALLAH. 



Atau anda boleh sahaja ke link ini untuk melihat panduan satu demi satu cara memandiakan bayi :)

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa Hb Tidak Meningkat?

Bismillah,



Semasa dalam proses kehamilan anak bongsu saya setakat ni, Hb tidak naik2 sedangkan kali ini saya telah cuba makan Obimin. Sebelum ini saya tidak pernah lagi makan Obimin tapi kali ni saya makan Obimin dan saya tambah dengan Mega3. Kandungan kali ini saya tidak mengambil Salindah set sebelum bersalin untuk merasai apa beza dengan dan tanpa Salindah.

Keunggulan produk ini :
1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi
2. Mengandungi protin yang berkualiti
3. Lebih mudah diserap oleh badan
4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung
5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan
6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan
7. Mengatasi masalah kardiovaskular
Walaubagaimanapun, didapati rupa2nya Hb saya tidak meningkat sedangkan saya telah cuba mengambil pemakanan sihat juga (konon :P). Rupanya perkara berikut telah menyebabkan kadar penyerapan zat besi ini kurang dalam badan saya :
  • Minum Ferous dengan susu - ini akan menjadikan Obimin yang saya makan tadi seperti hampas.
  • Makan Ferous selepas makan - cara yang betul adalah dengan makan ubat itu sebelum makan.
  • Minum teh/kopi dan minuman berkafein lain juga menyebabkan kadar penyerapan ferous berkurang.

Paling cun, makan ubat ini dengan jus atau air kosong pada waktu pagi selepas bangun tidur... sekian


Thursday, September 15, 2011

Selepas Nuffnang & ChurpChurp, Says.my Pulak

Bismillah,

Sementelah belum beranak lagi, dan pagi tadi saya cek tiba2 BE saya melantun dari 2 menjadi 6 dan alhamdulillah di kalangan 6 tu, 2 dari BE saya berada di blog ini dan jumlah uwangnya lebih besar dari 4 BE di blog Uwaiys Optometrist, maka saya nak update sikitlah. Satu lagi yang semangat saya tiba2 saja naik, adelah kerana kawan2 telah dengan baik hati meninggalkan komen sekalipun saya tak sempat singgah ke blog kalian. Terima kasih kalian atas doa kalian.

Oh ye.. Sbb nak kasi yang ringkas punya entry jadi saya make it short lah kot ye. Sebelum cerita saya menjadi panjang, ni saya nak tunjuk hasil tuaian saya di Says.my



Sikit? Memanglah sebab yang ni saya mula menggatal menggunakannya pada tarikh 9 September dan dalam hari tu saja saya dapat sebanyak tu. Itu pun saya letak sekali saja dekat FB. Acu kalau saya linkkan sejam sekali?? Kuikuikuii...

Saya ingatkan kalau kawan2 nak daftar, jangan letak sebarang logo ni dekat dalam blog. Boleh itu boleh tapi kalau kalian adalah Nuffnangers, saya rasa status Gliterrati boleh hilang. Kecualilah kalau korang tak guna Nuffnang. Macam saya ni di blog ni saya letak iklan ChurpChurp di sidebar saya.





Apa yang saya suka dengan says.my ni adalah kerana ia melancarkan kempen-kempen kemanusiaan. Selain itu, kita akan mendapat habuan tidak hanya dengan RM semata-mata tapi dalam bentuk tebusan point dan hadiah juga. Sama kaedahnya macam ChurpChurp, kebanyakan promosi adalah boleh dilakukan secara terus dengan Facebook dan Twitter. Daftarlah di sini ek :



Wednesday, September 14, 2011

Pengumuman ~ Saya Sedang Mengandung & Sedang Menunggu Masa

Bismillah,

Maafkan saya kawan-kawan. Saya sebenarnya dah lama sangat tak menulis dalam blog ni. Selama bulan puasa aritu pun saya hanya buat scheduled entry. Tapi saya layan facebook juga sebab saya tak rasa sunyi sangat kalau membebel di situ.

Lilypie Pregnancy tickers

Saya nak buat pengumuman sebab ramai yang tak tahu lagi. Sengaja selama ni saya rahsiakan kerana kadang2 ke 'excited' an orang lain atas kelahiran ke 6 nanti agak menakutkan bagi saya. Saya dah mula membayang2kan tiba2 nak announce saya sdg nak melahirkan tapi bila dah dekat nak melahirkan ni saya rasa saya perlu kata semangat dan doa dari kalian.

Janganlah pulak ada yang kecik hati atas lambatnya pengumuman ini. Sebenarnya kalau semua yang membaca blog saya dengan penghayatan yang penuh, dia akan tahu saya mengandung. Kebanyakan entry saya sepanjang kehamilan ini juga adalah untuk ibu mengandung, menyusu dan melahirkan. Ia melambangkan mood saya. Sebenarnya susah saya nak menulis tanpa memberitahu keadaan diri saya yang sebenar.

Entry berunsur peribadi tentang kisah anak saya pula saya banyak tulis di blog baru saya. Di sana, ia menjadi diari. Di sini saya akan kongsi benda yang banyak faedah sahaja. Jadi, rajin-rajinlah melihat sidebar saya ek.

Add saya di Facebook : 
<center><!-- Facebook Badge START --><a href="http://ms-my.facebook.com/sitisifir10" target="_TOP" style="font-family: &quot;lucida grande&quot;,tahoma,verdana,arial,sans-serif; font-size: 11px; font-variant: normal; font-style: normal; font-weight: normal; color: #3B5998; text-decoration: none;" title="Norhafizah Madzlan">Norhafizah Madzlan</a><br /><a href="http://ms-my.facebook.com/sitisifir10" target="_TOP" title="Norhafizah Madzlan"><img src="http://badge.facebook.com/badge/571088554.2766.1617596760.png" width="120" height="280" style="border: 0px;" /></a><br /><a href="http://ms-my.facebook.com/badges/" target="_TOP" style="font-family: &quot;lucida grande&quot;,tahoma,verdana,arial,sans-serif; font-size: 11px; font-variant: normal; font-style: normal; font-weight: normal; color: #3B5998; text-decoration: none;" title="mencipta lencana anda sendiri.">Reka Lencana Anda</a><!-- Facebook Badge END --></center>

Maafkan saya atas kesalahan yang mungkin saya lakukan yang mungkin melukakan kalian semua. Doakan saya agar dimudahkan bersalin, kali ini saya tidak mengambil sebarang suplemen atau ubat sebagaimana biasa atas pelbagai faktor. Jadi sekalipun ia kelahiran ke 6 tetapi ia adalah pertama kali saya akan melaluinya tanpa sebarang suplemen...jadi, doakan saya ek.


Tuesday, September 06, 2011

Banyak Cara Belajar Bahasa Cina

Bismillah,



Agak banyak kali juga saya dah cerita di dalam blog ini yang dua anak saya berada di sekolah Cina. Susah rupanya menghantar anak ke sekolah Cina dalam keadaan kita tidak mempunyai sebarang basic tentangnya. Saya yakin persaingannya pastilah sengit jadi sebagai ibu bapa saya perlu mengkayakan diri dengan sumber mana yang sesuai untuk digunakan oleh anak2 supaya mereka menjadi seorang yang boleh berdiri sama tinggi dengan pelajar Cina di sekolah Cina malah pelajar lain di sekolah kebangsaan.

Meletakkan anak di sekolah Cina bukanlah sekadar mahu mempunyai anak yang tahu pelbagai bahasa. Ia bukan sekadar di situ. Sebenarnya ia adalah pemanjangan kepada hasrat suami saya yang mahu menjadi orang yang mudah berdakwah. Berada dalam kelompok Cina dan membawa masyarakat Cina berada dalam naungan Islam adalah matlamat utama kami tatkala menghantar anak ke sekolah Cina.

Rupanya, silibus SJKC dan SK adalah tidak sama. Level untuk pelbagai subjek lain juga sebenarnya adalah tidak sama dimana level SJKC adalah lebih rendah sedikit. Jadi, bagi menjadikan anak2 saya sebagai anak yang boleh berbahasa Cina tetapi level pemahamannya adalah sama dengan pelajar sekolah lain memerlukan usaha yang lebih.



Saya terjumpa dengan beberapa kaedah di bawah yang barangkali boleh membantu, jika kalian ada penambahan atau mahu betulkan apa yang saya tahu, sila maklumkan di kotak komen :)

  • VCD - ini menjadi main source dalam rumah kami. Itu adalah kaedah paling senang bagi saya mengajar kesemua anak kami berbahasa Cina. Asal ada sahaja set pengajaran bahasa Mandarin, jika ada peruntukan insya ALLAH saya akan beli. 
  • Tuisyen - selain dari VCD, so far saya menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Cikgu Lim itu mengajar semua subjek dan setahu saya semuanya dalam bahasa Cina. 
  • Tutor.com.my 


eChinese4Kids merupakan laman web yang pertama untuk kanak-kanak mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Kumpulan sasaran laman ini adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur empat hingga tiga belas tahun. Matlamat laman web ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak belajar bahasa Cina mengikuti cara yang mereka sukai.

Namun anda sebagai orang dewasa atau ibu bapa juga boleh turut mempelajari eChinese4Kids bersama anak-anak anda. Anda tak perlu berasa segan dan malu untuk belajar bersama anak-anak anda. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan anda juga mampu memantau dan memahami sendiri proses pembelajaran anak anda semasa belajar bersama.

  

  • Brillkids

The Little Reader Chinese Curriculum will help you teach your young child to recognize thousands of Simplified or Traditional Chinese characters, understand their meanings, and to learn to speak Mandarin.

Fully customizable lessons progress from single characters all the way up to complete stories. Using Little Reader's Pattern Phonics™ system, the Chinese Curriculum will also familiarize your child with the pinyin system (Mandarin phonetics), setting the foundations for further learning of Mandarin in the future.

Untuk menggunakan kit yang ini, kita terlebih dahulu perlu memiliki kit basic kerana kata Watie GBOB, kit basic itu adalah jantungnya. Kalau tak faham boleh call Watie yang bercakap macam peluru... tertelan air liur saya dengar kelajuan dia bercerita macam dialog ada kat depan mata suda :P *ngusik je Watie cumil*

Saya sedang dalam proses mengumpulkan duit untuk membeli set ni. Dah bayar kepada Watie separuh dari jumlah penuh. Baik saya bagi pada Watie dari saya terbelanja. Mujur juga dah bagi pada Watie sbb raya ni duit jalan mcm air je... wuwuuuu


  • Ni Hao Kai Lan  ~ klik sini. Anak-anak saya jarang explore dekat komputer tapi kalau ada dalam TV saya kasi je diorang tengok. Tak banyak sangat pun tapi semoga boleh lah sikit-sikit kan mcm diorang belajar bahasa apa ntah dalam Little Einstein tu :)
  • Kamus banyak bahasa ~ adik saya (maksu diorang) ada belikan satu kamus yang ada tulisan rumi, jawi, bahasa Inggeris dan bahasa Cina bersama cara sebutannya. Memang bestlah kamus tu dan saya dah ajar mereka menggunakan bahagian indeks kamus dan setakat ni Asmaa' dan Usamah dah boleh mencari apa yang mereka nak sama ada bahasa Arab, Melayu, English dan Cina di dalamnya. 

Asal kita rajin explore untuk anak-anak, memang ada banyak sangat kemudahan untuk belajar sama ada secara percuma atau berbayar. Ia terpulang kepada kemampuan masing-masing. Apa yang kami usahakan ni adalah sekadar apa yang termampu. Doakan semoga mereka dimudahkan dalam pembelajaran :). 


 

Monday, September 05, 2011

Mitos Penyusuan : Bayi MESTI Menyusu 20 (10, 15) Minit Setiap Payudara

Bismillah,

Kalau betul lah setiap ibu faham yang dia kena menyusu 20 minit untuk setiap PD, memang tak hairan kalau penyusuan susu ibu mereka tidak berlangsung begitu lama. Mana tak nya, mau sakit belakanglah kalau 20 minit kene duduk dan itu baru sebelah! Kalau dua2 belah tak 40 minit dah? Jadi kat mana yang akan jadi satu enjoyment buat si ibu??

Jadi perkara yang mandatori untuk ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan rasa seronok adalah dengan bayi melekap dengan sempurna pada payudaranya. OK, kalau kalian nak tau beza melekap elok dengan tak elok berkaitan dengan penghasilan susu ibu :


Saya tegaskan supaya ibu-ibu saja yang melihat sebab walaupun ini adalah gambar omputeh tapi ia tetap melibatkan kawasan aurat tau. Tak baik apak2 tumpang mengintai sama. Kalau nak tengok sangat apa bezanya, erkk... suruh bini korang tengok pastu suruh diorang demo. Tapi apa yang berlaku seterusnya saya takmo bertanggung jawab.. :P

<iframe width="420" height="345" src="http://www.youtube.com/embed/Vf82C1s-o6g" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Eh, baru jumpa yang dalam bentuk animasi :P

Kalau lekapan dah betul, insya ALLAH baby kalau minum dia akan kenyang dan kadangkala tak perlu sampai 15-20 minit pun untuk sebelah. Lepas tu siap lena kekenyangan lagi. So, yang sebelah lagi tu bolehlah dipam dan disimpan sebagai stok susu.

Untuk lebih rujukan boleh juga buka laman web ini :

Dr Jack Newman - Breastfeeding Help and Lactaion Consultant Training

So, lepas ni semoga tak ada lagi alasan "Tak cukup masa untuk menyusu :)"

Sunday, September 04, 2011

Resepi : Mi Udang

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Bahan-bahan :
Mi HPA

0.5 kg udang
- kulit rebus
- isi masuk dalam kuah

Sayur :
kangkung kutip tepi rumah
tomato
daun saderi

Kisar :
Kulit udang (saya rebus dulu kemudian blend dengan 3 kali air baru saya masukkan semua hampas dalam kuah)
bawang putih 4-5 biji
bawang merah 3-4 biji
cili kering 5-6 keping (celur jugak dulu)
lengkuas besar ruas ibujari

Hiasan :
Daun bawang

Cara :
Tumis benda yang hiris2 itu semuanya kecuali kulit udang
Sudah naik bau tambah air blender kulit udangnya
Masukkan sayur dan udang
Mi tu celur asing

Tak menggiurkan?? Memang!! Tujuan saya masak adalah rasanya, bukan rupanya :)

*Abang ipar saya datang malam tu sorang-sorang. Saya tatau nak jamu apa kat dia sbb dia masuk lepak kejap sambil tgk bola dgn suami. Bila dia balik baru teringat dia ada resdung...
*Ini adalah first time saya blender dan makan kulit udang....huhuhuhu...

Saturday, September 03, 2011

Penyebab Dan Cara Mengatasi Kaki Berbau

Bismillah,

Masa hari-hari terakhir bulan puasa haritu, kami ada ke rumah ibu susunya Ahmadi untuk ambil stok seminggu. Minggu sebelum tu punya pun belum habis lagi dah tambah lagi. Banyak betul hasil perahan dia...huhuhu... Sambil2 tu, kami berbuka puasa di rumah dia. Lantai rumah dia punyalah sejuk sampai meremang rasanya bulu roma sebab sejuk. Sebab tu dia kata dia kena pakai selipar dalam rumah.

Pada tapak kaki kan ada banyak saraf refleksologi. Jadi kalau kawasan ni kita tak jaga sebaiknya, memang senang kene sakit urat. Kami ni ada cita-cita satu hari nanti kalau nak buat rumah, nak buat rumah kayu macam Masjid Kayu Jerteh.



Bukanlah nak ukiran2nya sangat sbb itu akan makan kos yang mahal tapi konsepnya mcm inilah. Rumah yang tinggi dan lantainya kayu. Jadi sedaplah sikit agaknya nak menapak dan harapnya dari segi kesihatan ini lebih baiklah kot kan??

Berbalik kepada tajuk kaki berbau. Sebenarnya pada kaki kita ni ada sangat banyak kelenjar kalau nak dibandingkan dengan bahagian tubuh yang lain. Sudahlah begitu, kelenjar tu akan sentiasa beroperasi walaupun kita tidak aktif dan tidak panas. Tapi selalu orang perasan ketiak busuk tapi tak perasan kakinya busuk juga.. huhuhu... Di rumah saya sewa ni kalau hujan, lantai simennya basah so lepas hujan memang sangatlah tak selesa kaki walaupun memang di dapur saya pakai selipar.

Tujuan ALLAH ciptakan banyak kelenjar di kaki adalah kerana nak memberi kelembapan kepada kulit supaya tetap selesa. Kalau ia berada dalam keadaan yang kering, pastilah mudah pecah dan sakit akibat kering. So, sekarang faham dah kenapa perlunya banyak kelenjar di kaki?? Masalahnya adalah apabila kita tidak menjaga kebersihan kaki. Ia akan menjadi tempat bakteria membiak. Makin banyak bakteria makin busuklah akibatnya.

Jadi, cara mengatasi kaki berbau ni adalah :

  • Kurangkan peluh ~ if possible la... janganlah ngelat buat keje sbb tanak kasi kaki berbau plak. 
  • Jika menggunakan kasut, carilah yang selesa, sesuai dengan aktiviti ~ saya suka kasut yang open air. Tapi kalau di luar rumah, saya pakai stokin. Saya rasa stokin ni turut membantu kita mengurangkan bau kaki sbb ia membantu menyerap peluh. Tapi dengan syaratlah jangan pakai stokin tu sampai seminggu. Saya tiap kali guna memang saya basuh. Jadi kalau sehari tu saya keluar rumah 4-5 kali mmg 4-5 stokinlah saya guna. 
  • Banyakkan buka kasut ~ ada setengah orang suka letak selipar dalam kereta. Saya semenjak jadik co-driver ni memang dalam kereta tanggal kasut. Dulu masa belajar pun, dalam kelas memang selesa buka kasut. 
  • Pilih pakai sandal lebih dari pakai kasut ~ untuk pengudaraan yang lebih
  • Kalau nak pakai kasut pun, pilih kasut kulit. Ia lebih elok dari material lain. Saya rasa sebab kasut kulit ni juga ada liang2 udara yang membolehkan udara masuk dan keluar. 
  • Stokin yang kita gunakan pastikan dari jenis kain kapas dan benang bulu
  • Gunakan penyegar atau bedak selepas mandi ~ saya tak pernah amalkan yang ini so saya tatau macam mana rasanya pakai bedak apatah lagi penyegar pada kaki. 
Kot2 mana pun, saya rasa dengan menutup aurat bagi perempuan iaitu dengan memakai stokin adalah cara terbaik untuk mengawal bau kaki. Bagi yang lelaki pula (perempuan juga), wudhu yang kita ambil 5 kali sehari itu pun akan membuatkan kaki kita selesa. Kemudian bila kita jaga kebersihan, maka insya ALLAH tak ada bau2 ni semua. Indahnya Islam tu sebenarnya sehingga kita akan dapat banyak sekali manfaat tanpa kita sedari :). 




Susu Kambing

Bismillah,

Sebenarnya untuk entry ni saya ada gambar tp gambar tu ntah sesat ke mana. Malas saya nak tangkap gambar semula. Gambar tu adalah gambar sepapan susu yang saya beli dari kedai runcit berdekatan. Sebelum ni saya minum susu kambing HPA. Ada setengah orang dia minum HiGoat. Tapi saya tak minat jenama2 tu sbb harganyalah huhuhu... Ai kan kedukut :P

Pertama kali beli susu kambing HPA tu adalah kerana anakanda Asmaa' tidak sihat sampai masuk hospital. Untuk bagi sedap sikit saya tambahkan Radix Koko tu. Tu pun katanya tak sedap sampai nak habiskan segelas pun kena paksa. Lainpulak dengan Ahmadi, dia prefer susu tu lebih dari susu segar yang kami belikan kat Pejabat Haiwan tu dulu.

Tapi sekarang Ahmadi sudah ada susu dari ibu susuan (nanti saya cerita kemudian) so no more susu segar dan susu kambing serbuk untuk Ahmadi. Susu segar yang kami biasa beli tu pun dah tak 'segar' mcm dulu. Dah rasa macam dicairkan dan berpakej rasa klorin. Kami complain pada k.Ha yang menjual tu tapi katanya susu tu dari ladang so tatau apa penternak tu buat kat ladang.

Walau apapun, kini susu kambing dah jadi alternatif untuk anak-anak yang masih menyusu. Suami saya ada sedikit tak puas hati sbb susu tu tetap ada 'gula halus'. Ada satu jenama yang guna 'krimer tanpa tenusu' pun suami saya tak syok juga. Sebab tu dia teringin nak bela kambing susu so that asal nak je boleh gi petik perah :P.

Oh ye... skang kuda kami dah beranak anak betina so sesiapa yang teringin nak rasa susu kuda datanglah rumah ye. Bunyi kata susu kuda ni banyak khasiatnya. Suami saya tu semenjak dapat cucu baru tu, giat betul bagi mak kuda tu makan sbb dia nak kasi susu kuda tu banyak. Sbb tu aritu selepas melahirkan Ahmadi, dia tak bagi saya beria2 pantang (kecuali kepada makanan yang gatal dan bisa). Kalau ikut rule my MIL, mmg 40 harilah makan ikan bakar dgn nasik je...air pun tak kasi minum banyak...ehehehe...