Sunday, April 29, 2012

Cerita Panjang Kereta Polis Rempuh Orang Ramai : Satu Pemerhatian

Bismillah,

Saya tak pasti apa yang saya nak tulis ini. Ada satu persoalan yang tak terjawab iaitu, kenapa polis berkenaan menyerah diri dengan membawa kereta polis itu ke kawasan berkenaan. Jika persoalan ini terjawab, rasa macam syok la sikit. Tak pasai2 pagi ni jadi penyiasat :P muehehehe... Eh, ketawa plak.

Update : Punca kenapa kereta polis ni tersesat masuk ke sini :

 Kereta polis tu dipandu oleh polis dari terengganu. Dia diarahkan bertugas di kl. Dia dah salh masuk jln, yela bkn warga kl kan. Tak dan nk cari jln kuar, terjadinya insiden tsbt. Tu menjawab soklan kenapa kereta itu melalui jln tersebut.

OK, tadi terbaca di Harakahdaily. OK...korang kena baca link ini dulu :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9936-bagaimana-kereta-peronda-polis-diterbalik

Jangan percaya cepat sangat. Tengok video ni :



Ini adalah video secara slow motion. Sapa ntah kata yang drive tu yang pakai helmet. Sebenarnya yang pakai helmet itu adalah seseorang yang tidak mahu polis itu dibelasah. Lantak la dia SB pun. Kat Malaysia ni asal eksiden je kita belasah orang yang melanggar. Dah jadi budaya dah bukan kat BERSIH ni je. OK, saya nak habaq, pegang sudah la yang nak kasi bantai pasaipa????

Serius, setelah tgk video di atas, saya rasa polis ni dah cedera tau barangkali kaca cermin depan dah masuk mata dia. Ini salah siapa?? Abaikan niat dia pi rempuh orang ramai tu tapi rasanya kalau pakat elak ke tepi memasing saya rasa takkan sampai terlanggar orang lah kot. OK skang tengok yang bawah ni :



Memang ada seorang yang pakai helmet tu kan? Yes dia dibelasah but still yang selamatkan dia adalah yang pakai baju kuning jugakkan?? Yang polis pun ada keluar dari situ dan diselamatkan juga oleh orang berbaju kuning kan??? OK, maka ada orang yang masih waras di tengah2 yang ramai2 ini. Tahukah pula kalian siapa yang berhelmet itu?

Dia adalah wartawan yang juga berhati mulia yang tidak mahu sesiapa teraniaya di sana. Malangnya tidak diberi kesempatan berbicara sehingga keluarlah entry ini. WAjib baca juga okeh untuk tahu cerita panjang..

http://mynewshub.my/2012/04/28/apa-dosa-azri/

Apa Dosa Azri?

Sekarang ni, tahulah kita bahawa kereta itu diterbalikkan saja-saja. Ada mereka yang terperosok di bawahnya. Saya tidak kata polis itu salah tetapi andai saja dia tidak memandu di kawasan 'lawan' berseorangan begitu pasti keadaan lebih aman. Kesian saya kepada semua yang terlibat tapi alhamdulillah juga tiada kemalangan jiwa berlaku.

Nah, sekarang... saya nak bgtau saya PRO BERSIH but I'm against all this nonsense... Tiada provokasi, tiadalah serangan balas. Sekalipun di provoke, tolonglah letakkan iman di depan kalau dah takleh guna akal sangat... *sigh*

*entry ini tidak refer kepada lain-lain video kekejaman polis, ianya eksklusif dalam hal perlanggaran kereta polis ini sahaja*

~kalau saya ada banyak masa dan anak2 boleh berkompromi, saya akan selidik hal lain yang turut menjadi isu~

Wednesday, April 18, 2012

Anak Jatuh Katil

Bismillah,

Tetiba je terkorek email lama. Cerita Januari 2011 nu hah... Tapi bila dibaca balik terasa bahangnya lagi. Alkisah, ada seseorang yang menceritakan tentang anaknya yang jatuh dari katil ~ saya pastekan di bawah ni lah senang.


Salam to all,

just nak share n tanya pendapat sahabat SIM ttg kejadian pelik yang menimpa anak sy yang baru berusia 1 tahun 2 bulan. Malam tadi sy tido dgn anak dalam kul 10.30 mlm. husband sy keje mlm n normally balik dlm kul 12. kebetulan semalam, sy rase agak sunyi, sy pun buka la surah2 yang ade dan dengar sampai tertido.

disebabkan ank sy ni agak lasak mase tido, sy pun kepung la tmpt yg sepatutnya hubby tido dgn bantal, takut ank jatuh. tgh syok tido tiba2 sy terjaga sbb dengar ade sesuatu yg jatuh. mase tu dlm kul 11.30. bukak mata tgk2 anak takde kat sebelah sy. pucat sy dibuatnya. sy tengok keliling, takde pulak nampak kelibat budak berjalan. sy g ujung katil n tgk bwh tu, nampak ank sy tgh terbaring..mmg mengucap panjang..sy ingat dia pengsan ke, luka ke..sy angkat dia, tgk tak de pape. siap bole tido dgn nyenyak sgt smpai sy angkat pon tak sedar..surah yang dibuka td masih lagi kedengaran.

yang saya musykil..kemungkinan besar ank sy jatuh katil tp pelik nya..kenapa dia tak menangis?tak sakit ke jatuh atas lantai? untuk makluman, lantai bilik sy berjubin dan takde carpet. atau dia menangis tapi sy yang tak dengar smpai dia tertido balik kat lantai. (katil tu agak tinggi dan dia tak boleh panjat balik). tapi mustahil sy tak dengar. budak kalau sakit mesti tangisan dia kuat kan? atau ade makhluk yang cuba berdamping dgn ank sy? ade sesiapa yang arif atau mungkin bole bagi pendapat ttg perkara yang sy alami ni. sy risaukan keselamatan anak sy..


Sebagai orang yang pernah mengalami kejadian yang sama, maka saya dengan sukarelanya berkongsi pengalaman saya :

Assalamualaikum,
Kejadian yg sama pernah kena pada anak sulung saya. Tp yg m'jaga adlh suami saya.. Sy balik kerja je dia cpt2 srh makan dulu.. Habis je makan dia bgtau Asmaa' ada di bawah tp dia xsedar mcm mana Asmaa' boleh ada di bawah.. Nasib baik dah makan,kalau tak mmg tak lalulah jawabnya
Apa yg kami buat, saya bg minum air atau susu dan perhatikan adakah dia muntah. Keesokannya saya bawa dia ke klinik utk cek kot2 ada bleeding dlm hidung atau telinga yg kita tak nampak. Selbhnya perhatikan juga kesan2 lebam atau bengkak yg b'kaitan.
Alhamdulillah dulu2 Asmaa' tak ada sebarang kecederaan tp kena waspada juga kerana anak jatuh ni kadangkala ia ada kesan jangka panjang. Sehingga kini, kami dah tak ada katil apatah lagi perabit yg boleh dipanjat oleh anak2..

Sehingga tiba-tiba ada orang yang berkata begini :

agk terperranjat gak baca info dari sitisifir .suaminya tak terus g tau pasal anak, sebaliknya sruh bini makn dulu baru cerita.betul ke mental suami si sitisifir ni?

sepatutnya terus g tau pasal anak, dn settle pasal anak baru la pikir pasal makan.
"few seconds can make a diffrent .either alive or death"

Sentap mak taww... Saya pun apa lagik, buat serang balas la..

Assalamualaikum,
Mmm..kalau tya pasal mental suami saya ni maka wajiblah saya jawab ye.. :)
Suami saya alhamdulillah tidaklah m'punyai masalah mental dan dia dah lakukan tindakan yg wajar pd anak saya slps dia jatuh. Sbb itu dia xsempat call saya sms saya di tpt kerja. Dia taknak menunggu saya balik baru nk buat sesuatu pada anak..tempat keje saya masa tu adlh jauh..
Bila semuanya ok dan kebetulan sy pun blk dr kerja..dia suruh saya makan dulu sbb dia bimbang saya tak lalu nk makan.. 
Mmg ada parents yg mental tp alhamdulillah suami saya tak begitu dan anak2 sll rasa selamat b'samanya.. Harap maklum..
*oh alangkah indahnya jika 'mental' itu tidak keluar.. Ia kelihatan spt merendah2kan seseorg sdg kita juga tidak mahu dikata begitu.. Peace!!

Nasib jugalah ada yang backing. Antaranya :

Bagus cara suami sitisifir tu,kalau tak tentu sitisifir lagi tak daya nak fikir dan bertindak,apatah lagi penat-penat balik kerja. Cumanya kalau ada anak kecil tu berhati-hatilah dengan peralatan rumah yang agak merbahaya.

Saya share itu, bukan saja-saja pun. Saya memahami betapa kecutnya perut seorang mak bila anak jatuh katil begitu. Seriknya tu sehingga sampai sekarang pun tak berkatil. Saya tidak berani kata malaikat jaga atau apa saja alasan berkaitan. Memang sudah takdir ALLAH Asmaa' tidak apa-apa. Sebagai ibu, kita harus mengambil langkah selamat seperti yang telah saya nyatakan.

Untuk apa dicari kenapa anak itu selamat. Yang penting anak itu selamat! Jika pun malaikat menjaga, ia adalah takdir dari ALLAH SWT. Maka bersyukurlah ALLAH atur sedemikian rupa. Terkenang saya rupa bilik semasa suami saya beritahu Asmaa' jatuh katil. Memang lantai dipenuhi dengan bantal-bantal dan tilam dimerata tempat. Itu juga aturan ALLAH.

Saya pernah juga menulis tetang garis panduan berkenaan kecederaan di kepala ditulis di link ini. Untuk bacaan yang lebih ilmiah tentang keadaan anak jika terjatuh katil, boleh baca link ini ya!


Monday, April 16, 2012

Great Cloth Diaper Change Malaysia 2012

Bismillah,


Link : https://www.facebook.com/GreatClothDiaperChangeMalaysia2012

Beruntunglah buat mereka yang duduk di sekitar KL sana. Seronok sangat tengok aktiviti macam ni tapi apakan daya, jarak memisahkan. Bukan mustahil kalau saya yang duduk di Kelantan untuk hadir tetapi dapat peluang untuk balik kampung pun agak sukar inikan pula ke KL :). Tidak mengapalah, mungkin ada hikmahnya.

Walaubagaimanapun, saya ingin juga berkongsi tentang program ini. Aktiviti adalah seperti yang dinyatakan di dalam poster di atas. Untuk keterangan lanjut, boleh juga like page yang telah saya pastekan di bawah poster tersebut. Freebies pun banyak di sponsor oleh mereka yang berikut :



Kalaulah saya boleh bersama dengan rakan-rakan seperjuangan ni. Seronok bila kembali kepada keibubapaan alami seperti breastfeeding, cloth diapering, babywearing, homeschooling dan lain-lain. Jika kalian yang masih baru tentangnya, bolehlah add saya di Facebook (https://www.facebook.com/sitisifir10). Insya ALLAH saya akan sedikit demi sedikit memperkatakan tentangnya setiap hari.


Thursday, April 05, 2012

Keutamaan Berbuat Baik Kepada Keluarga Sendiri

Bismillah,

Beberapa hari lepas, dalam mailing list yang saya terima, ada seseorang yang mengadu dia menjaga anak saudaranya yang yatim piatu. Abang dan kakaknya meninggal dunia akibat kemalangan. Mereka ada adik beradik yang lain dan baru-baru ini dia rasa ralat kerana terdengar adik beradiknya yang lain itu memberi bantuan kewangan kepada rumah anak yatim sedangkan anak saudara sendiri tidak ditolong.

Tiba-tiba saya teringat kepada satu hadis Rasulullah SAW :
Rasulullah SAW berpesan: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya". (riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Kenapa kita kena utamakan keluarga dan orang terdekat semasa memberi pertolongan? Cuba bayangkan bila kita di dalam kesusahan, siapa orang terdekat untuk kita minta pertolongan. Ya-ya... saya tidak menafikan ALLAH tempat pergantungan paling utama, paling class! Tapi bukankah terdetik kenapa orang sekian-sekian yang ada banyak kemampuan, tidak menolong kita?

Mengakulah dikala mendapat kesenangan kita selalu lupakan mereka yang kesusahan. Manusia tidak tahu dikala kesenangan juga mereka sedang diuji terutamanya dalam hal ehwal kewangan. Tambah menakutkan, kita tidak pernah merasa bagaimana rasanya susah jadi memang kita tak akan tahu apa yang orang susah itu rasa kecuali kita menghampiri mereka dan bertanya khabar.

Sekalipun kita menghulur duit, saya rasa itu pun belum memadai. Kita patut dengar kisah mereka. Bukan menggalakkan mereka mengeluh tentang keadaan mereka tetapi kita mestilah rasa apa yang mereka rasa barulah kita tahu sebenarnya nilai yang kita beri itu sebenarnya adalah sangat kecil untuk dibangga-banggakan.

Andai pula kita berada di tempat susah, sudah-sudahlah berharap kepada manusia. Mereka tidak ada apa-apa kerana pemilik kekayaan adalah ALLAH SWT. Terasa hendak mengeluh, jangan cari manusia dahulu. Insya ALLAH, ALLAH akan menghantar bantuan dengan cara yang kita tidak sangkakan malah mungkin dari orang yang tidak kita kenali.

Tuesday, April 03, 2012

Terlupa Ambil Anak Di Sekolah

Bismillah,

Saya menulis entry ini di hari Ahad :) Hari di mana jantung saya bagaikan berhenti. Petang tadi, seperti biasa suami saya akan berehat seketika (tidur) antara 3-5 petang sebelum mula mengerjakan itik-itiknya semula. Usamah akan ke tuisyen 3.30-4.30 petang dan selepas ambil Usamah, kena ambil kakaknya pula yang ada kelas KAFA. Selalunya bila suami berehat, saya akan menghantar dan mengambil anak-anak.

Kebetulan 4.15 petang seorang sahabat suami datang untuk bertanya khabar. Dia pulang bila jam hampir 4.30 petang. Jadi, saya minta suami ambilkan anak-anak. Semasa hendak keluar, dia minta ambilkan kopiahnya. Ntah kenapa saya rasa semacam masa dia minta kopiah tu tapi tak tau apa yang tak sedap sangat di hati ni sedangkan selalunya dia pasti ke masjid. Sambil menunggu Asar, saya pun berbaring sekejap sambil menyusukan Iman dan macam biasa terlena.

Selepas tersedar, saya terus teringat Asmaa'. Saya dengar suara Usamah tetapi tak dengar suara Asmaa'. Terus rasa jantung berhenti. Bila saya kecoh mencari Asmaa', barulah ternampak suami saya terkocoh-kacah berlari ke kereta semula. Masa tu, tak boleh diceritakan betapa seramnya rasa sebab jam pun dah hampir 5.30 petang.

Saya terus berdiri depan pintu. Uwaiys menegur, "Umi, kenapa muka umi macam muka orang kesian?". Anak-anak yang lain ketawa-ketawa kakak mereka tertinggal dan saya marah. Saya betul-betul bimbang masa tu.Tak pernah lagi rasanya risaukan mereka ketahap itu. Kalau boleh, saya tak mahu dengar apa saja bunyi.

Masa berlalu, serasa lambat sekali suami saya tiba sedangkan tadi dia memecut sehingga terpancut pasir kerana lonjakan tayar kereta. Saya pun mengambil wudhu dan kemudian menelefon suami dan makcik voicemail yang angkat. Makin bertambah saspen dibuatnya. Rasa bersalah sangat merebahkan diri jam itu tadi.

Tak lama selepas tu, suami menelefon semula dan bila saya tanya Asmaa' macam mana, katanya ada dan alhamdulillah ada latihan nasyid di sekolahnya. ALLAH... saya terus menuju sejadah dan bersyukur dengan rahmat kasih sayang ALLAH yang telah memelihara Asmaa' bila dia jauh di mata saya. Betapa ALLAH memberi peluang supaya saya dapat memperbaiki lagi kesilapan saya.

Seeloknya Asmaa' sampai, saya tengok Asmaa' atas ke bawah. No words can describe. Saya soal apa kakak buat semasa menunggu dan dia pun mula bercerita. Alhamdulillah, ada baiknya juga bersekolah di sekolah perempuan semua. Selamat untuk Asmaa'.

Saya sangat percaya naluri yang ALLAH berikan. Silapnya, semasa saya rasa tidak sedap tadi, saya tidak berfikir apa yang tidak saya sedapkan. Sepatutnya saya terfikir, kalau abah mereka nak ke masjid, dimana pula Asmaa' hendak menunggu. Kesian incik suami terkejut-kejut rehatnya hari ini dengan kejutan tadi. Ampun yepp kandeku yang cantik!

Monday, April 02, 2012

Ibu Mengandung Tidak Boleh Angkat Barang Berat

Bismillah,

Ye ke bahaya untuk baby kalau kita angkat barang berat time ngandung? Sebenarnya tak.. insya ALLAH tidak akan terkoyak placenta tu dari rahim kita jika kita angkat barang berat. Cuma, bahagian belakang kita yang akan sakit. Almaklum sahaja, semakin dekat dengan proses kelahiran, bahagian pelvis yang selalunya stabil akan menjadi lebih longgar untuk beri laluan kepada baby semasa proses kelahiran itu nanti. Tambah pula bila perut semakin membesar, apabila kita cuba mengangkat barang berat, kita akan terdorong untuk melengkungkan badan kita ke belakang dan kesannya, otot belakang akan lebih sakit.

Jadi, jika sedang di dalam kehamilan :

  • Jika ada anak kecil, dah bolehlah beli stroller yang sesuai. Haa... yang kat bawah ni adalah dengan harga bajet je :P (dan lagi tu promote)
  • Seebaby Stroller
    4 photos
  • Kalau shopping, tolaklah troli jika beli barang yang banyak.
  • Malam-malam, urut2 sikit suami supaya dia tolong urut kita balik :P
  • Seeloknya, incik2 suami sekelian, silalah prihatin dengan isteri mengandung. Bukan senang tau nak mengandung, beranak, berpantang. Serius..korang tak akan gamak biar bini sorang2 terkontang kanting buat keje sorang2 kalau korang tau sakitnya beranak itu. 
  • Jika terpaksa buat sendiri juga, semasa nak mengangkat barang berat, kangkangkan sedikit kaki dan bengkokkan lutut untuk ambil barang. Jangan bongkok untuk angkat barang berat dari bawah. Cubalah untuk kekal di posisi tegak sehinggakan berat tidak dibebankan pada bahagian belakang badan. 


Sunday, April 01, 2012

Cut The Noise : Tutup TV

Bismillah,

Pagi ini, saya terbaca di wall Irda tuan punya Little Astronaut. Dia share satu link testimoni seorang peserta kursus Mengajar AlQuran Kepada Bayi dan Kanak2. Saya sarankan kepada mereka yang mampu dari segi kewangan, masa dan apa sahaja untuk pergi. Pasti ada manfaat dengan menyertai kursus sebegitu kerana hasilnya boleh jadi begini...



Saya tidak mampu ke sana. Saya hanya sekadar sedut di sana sini ilmu yang ada secara online. Kebanyakan masa, saya rasa sangat teringin untuk hadir ke program seumpamanya cuma terpaksa beralah atas alasan-alasan lain. Pun begitu, saya tidak terkilan kerana ada banyak hikmah juga ketidakhadiran saya ke sana. ALLAH tetapkan segalanya pasti bilhikmah dan tidak sia2 kan??

Apa yang saya nak bincang hari ini adalah berkenaan perkara no 2 yang ditekankan oleh peserta ini iaitu 'cut the noise'. Saya quote sedikit :

2)     Cut the noise. Saya cuba nak kurangkan diorang ni tengok tv, main games, dan menonton vcd. Sebab semua ni banyak mempengaruhi especially Ammar dengan ultraman dia. Tapi tak boleh la buang terus..kena slow2..sesekali nak tengok apa salahnya.. Minda bawah sedar dia yang menyerap apa yang dia tengok dan lihat, cuba bayangkan jika saya dedahkan dengan AlQuran, mesti yang ada dalam fikiran dia adalah AlQuran. Melihat anak-anak Puan Lina walaupun bermain tapi mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat AlQuran yang dihafaz nya..Subhanallah..sejuk telinga mendengarnya…

Oh..sungguh tidak mudah untuk tutup TV. Walau kita tutup sekejap, anak ramai seperti saya ini pasti ada yang membukanya semula. Kadangkala saya tutup supaya mereka siapkan kerja yang sepatutnya mereka siapkan tetapi setelah saya terleka, mereka akan membukanya semula. Wahh... minat mereka kepada TV adalah luarbiasa sekali.

Satu hari, ntah bagaimana, suami saya terus potong wayar TV. Tidak hanya anak, uminya pun telan air liur. Manakan tidak, banyak drama yang sedang diikuti. Pelik bukan? Tidak mengaji tidak apa tetapi tidak dapat tengok TV rasa terancam pula? Astaghfirullah.. Saya mula lebih teliti atas iman diri sendiri. Adakah benar TV itu boleh menaikkan iman saya dan anak2 juga?

Rupanya tidak, saya menjadikan TV itu sebagai alat ganti kepada diri saya. Saya mahu buat kerja lain lalu saya suruh TV jagakan anak saya. Saya aman buat kerja sehinggalah tiba2 no mother in their heart. Kalau saya bercakap sekalipun, suara saya telah tenggelam dalam keseronokan mereka menonton TV. Sedih sekali....

Semenjak TV itu dipotong wayarnya, suasana berubah sama sekali. Suara kami sama-sama kedengaran. Pelbagai eksplorasi dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan salah satu yang penting adalah hafazan Al-Quran. Apa yang diperlukan untuk anak-anak meneroka sesuatu adalah fokus dan mereka akan gagal fokus dengan adanya TV.

Jadi, apa kata anda??