Friday, October 05, 2012

Berkorban Kerjaya

Bismillah,

Berkorban kerjaya bagi saya adalah meninggalkan kerjaya sedia ada untuk mengejar cita-cita atau sasaran tertentu.Bagi saya sendiri, saya telah meninggalkan kerjaya asal saya untuk membina perniagaan sendiri. Sesungguhnya kita tidak pernah dapat mengetahui untung nasib kita jika membuat keputusan seperti ini.

Namun jika difikirkan kini, sekalipun saya tidak semewah sebelum ini tetapi dari segi menjaga keluarga, saya cukup berpuas hati. Saya dapat mengatur masa dengan lebih selesa kerana jadual hidup saya tiada yang mengawal. Saya dapat menyusukan anak saya sendiri walaupun 3 anak saya yang sebelum ini saya rasakan mustahil untuk menyusu sendiri. Saya juga dapat mengawal anak saya sentiasa memandangkan mereka sentiasa di depan mata saya kecuali mereka telah mula bersekolah.

Jika dapat dibezakan antara 3 anak yang terawal dengan 3 anak yang kemudian ini, sesungguhnya besar beza antara mereka terutamanya dari segi perkembangan dan kesihatan. Jika sebelum ini bangun malam untuk membancuh susu, menyalin lampin dan mungkin melayan anak muntah adalah agenda biasa tetapi kini alhamdulillah tiada lagi semua itu.

Jika dahulu ubat demam, batuk dan selsema sentiasa ada di dalam peti dan stok vitamin juga menjadi koleksi, kini kami cuba mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum susu segar dan menanam kebanyakan sayuran seperti kangkung dan buah-buahan seperti betik dan markisa untuk keperluan harian.

Saya juga dapat masak sepenuhnya untuk keperluan di rumah dan sehingga ke sekolah di mana anak-anak akan membawa bekal air tangan kami sahaja. Dengan cara ini kami dapat menjaga sistem pemakanan mereka dan mengelakkan sebarang perasa, pewarna dan pengawet. 

Setelah anak-anak sihat, perkembangan minda mereka juga lebih memberangsangkan. Maka pada ketika ini tiada ibubapa yang akan mengeluh kerana anak-anak sihat dan cergas.

Semua ini tidak dapat kami lakukan sekiranya masih makan gaji. Sekalipun ada yang melihat tindakan kami sebagai terkebelakang tetapi bagi kami tidak. Selepas dari keputusan nekad itulah hubungan saya dan suami menjadi semakin akrab dan kami menjadi lebih gembira. Setiap hari yang dilalui adalah hari yang indah kerana melihat senyuman mereka.


Thursday, October 04, 2012

Pesan Buat Suami Bila Outstation

Bismillah,

Sejak dua menjak ni, ramai kawan-kawan yang terpaksa mengharungi alam PJJ dengan suami. Oh, saya pernah melalui saat itu dan terasa tidak mahu mengulanginya lagi. Bukan nak bermanja sangat dengan suami tetapi rasanya segalanya menjadi lebih licin bila umi dan abah ada bersama.

Jadi, kepada para suami, bila anda mahu outstation atau kerja atau mungkin keluar minum kopi saja, berikut adalah perkara yang perlu anda pertimbangkan kerana anda akan meninggalkan isteri anda :

1. Ucapkan selamat tinggal ~ say la bye bye sikit. Ni sedar-sedar dah takde dah suaminya.

2. Beri nasihat yang baik kepada isteri ~ as easy as 'jaga diri baik2 ya sayang' sambil selak rambut depan bini (wah... kang ade yang tak jadi outstation hahaha)

3. Baca doa musafir :


4. Pesan kepada isteri untuk doakan kesejahteraan anda pergi dan pulang

5. Duit poket jangan dilupa ya ~ kang ada yang mati kering kat rumah haha..

6. Selesai urusan, segera pulang ~ jangan singgah sana singgah sini, apetah lagi joli sana joli sini. Sesungguhnya seksa jiwa orang yang menunggu ni sebenarnya.

7. Bawa pulang ole-ole ~ tak perlu besar, beli untuk anak2 saja isteri tumpang bahagia sebab tak ramai bapak2 yang ingat anak bini masa di luar rumah.

8. Target masa tiba ke rumah ~ jangan balik tengah2 malam time bini tengah lena ke.. Nanti takde sape yang sambut, awak juga yang sentap. Hihi...

9. Erkk.. cuba usahakan bawak juga bini keluar bersama ~ Kan berdua lebih baik?? Hehehe

Okeh... Kesian Pijah dah lama tak menulis dalam blog kans? Arini biar dia tulis biarla dia meroyan pun kehkeh... :P