Tuesday, July 30, 2013

Tol Akhirat : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Ustaz Halim Din
Ali Imran : 14-17

- Ada ibadah yang kena bayar sebelum ke akhirat
- ulama kelaskan golongan di akhirat iaitu golongan untung, selamat dan rugi
- 4 perkara yg akan disoal di hari akhirat iaitu kemana umur dihabiskan, ilmu kemanakah dia beramal, hartanya kemanakah dibelanjakan dan dari mana dapat, pancaindera apakah yg dibuat

Soalan : Terangkan maksud alBaqarah 110
- dlm quran sll ada tulis solat dan zakat berturutan sebanyak 27 kali
- solat sgt berat melainkan org yg cinta Allah dan Rasul
- zakat bertujuan utk menyucikan
- zakat fitrah utk bersihkan diri org yg berpuasa dr lafaz keji dan mungkir dan menolong org miskin
- at Taubah : 103 -- ambik sebahagian (1/40) dr harta
- Isra' : 100 -- manusia dijadikan dlm keadaan bakhil. Hanya iman yg menyelamatkan
- Abu Bakar hanya tinggal Allah dan Rasul utk bajet perang

Soalan : Apa nak buat jika terlupa atau waswas utk bayar zakat?
- wajib qadha

Soalan : Jika arwah meninggal dlm keadaan blm bayar zakat?
- guna harta yg ditinggalkan simati utk urusan jenazah > bayar hutang >bayar zakat sebanyak 2.5% > kemudian difaraidkan.
- waris tlg bayarkan bg pihak arwah

Soalan : Bolehkah seseorg xbayar zakat pd amil tp bayar direct pd org miskin?
- afdhal bayar pd amil sbb ikut ayat Quran yg mana pemerintah punya kerja utk menguruskan duit zakat
- sah jika bayar sendiri menurut hukum feqah

Rukun zakat
1. Niat
2. Duit

Soalan : wanita perempuan bekerja sendiri, zakat dia atau bapa yang bayar?
- kalau ada pendapatan, keluarkan zakat sendiri dan bgtau ayah
- bole bayar zakat pg pihak maid

Soalan : Bagaimana pengiraan zakat emas?
- utk emas yg disimpan lebih 85g kena bayar
- utk emas yg dipakai lebih 800g kena bayar
* cara pengiraan refer pej zakat

Alhamdulillah : Nota Muqaddimah

Oleh Dato Abu Hasan Din

- Alhamdulillah adlh perkataan pertama yang diucapkan oleh org pertama di muka bumi.
- bila bersin, kuman akan keluar dr rongga hidung
- org yg mendengar org bersin kena lafaz yarhamukallah atau yarhamukillah
- bangun dr tidur baca alhamdulillah kerana bangun dr mati kecil

- awal Quran bermula dgn kalimah alhamdulillah
- macam2 cara mensyukuri nikmat Allah iaitu dgn mengucapkan alhamdulillah, syukur dgn perbuatan (sujud syukur, kerjakan ibadah), syukur dgn hati
- An Nahl : 18 -- kita xmampu hitung nikmat Allah
- Ibrahim : 8 -- kalau syukur, nikmat akan ditambah
- perkataan yg ringan tp berat timbangannya

- ulama kata seeloknya guna perkataan alhamdulillah dari berkata dlm bahasa lain spt 'thanks God', 'terima kasih Tuhan' dll
- dalam semua pergerakan jgn lupakan perkataan alhamdulillah sekalipun pada benda2 kecil sbg tanda berterima kasih kepada Allah
- menurut ulama, perkataan lawan bagi alhamdulillah iaitu ketika ditimpa musibah iaitu innalillahi wa inna ilaihi roji'un
- alBaqarah : 156 --bila ditimpa musibah katalah innalillah. Xsemestinya hanya sewaktu dgr org meninggal

Monday, July 29, 2013

Isteri Untuk Suami : Nota Semanis Kurma

Ustaz Shahrin
Surah An Nisa :

Kenapa wanita dicipta dari rusuk suami?
- wa khalaqa minha zaujaha
- ada hadis ckp jgn sakiti jiran tetangga dan isteri
- jgn luruskan tulang rusuk, nanti patah
- rusuk berada di bawah kepala bermakna dia bukan pemimpin
- rusuk bengkok jika nak betulkan kena cara yg terbaik
- rusuk melindungi organ --bersifat melindungi dan menjaga

Pesanan kepada suami yang kasar dengan isteri?
- bila suami tau isteri sifat rusuk, dia xboleh berkasar

Hadis : Apabila seorang suami menatap isteri dan isteri menatap suami maka Allah pandang suami isteri dengan pandangan kasih sayang

Apa keistimewaan isteri pada pandangan Islam?
- zaman jahiliah martabat wanita rendah sehingga dibunuh
- martabat wanita diangkat slps kedatangan Islam
- syurga di bawah kaki ibu
- jika wanita solat lima waktu, puasa dan taat suami masuk syurga
- in every successfull man, there is a woman

Kenapa kepincangan masih berlaku?
- masing2 utamakan hak dari peranan
- pentingkan peranan berbanding hak

Dah Solat Belum? : Nota Muqaddimah

Dato Abu Hasan Din

Barangsiapa tinggalkan solat dengan sengaja maka terhapuslah pahala2 lain. - hadis

Yg pertama akan dihisab adalah solat - hadis

Suruhlah anak solat sejak 7 tahun - hadis

Al Ankabut : 45
- suruh anak solat kerana solat cegah perkara keji dan mungkar

Yang membezakan orang Islam dengan org kafir adalah solat - hadis

Al Baqarah : 45
- sesungguhnya solat tu susah

3 perkara jgn tangguh
- solat bila masuk waktu
-
-

Org xsolat buat 2 kesalahan
- salah dgn Allah
- mengabaikan hak waktu

Saturday, July 27, 2013

Hakikat Kejadian Manusia : Nota Muqaddimah

Al Alaq : 1-5
- baby hya tau menangis slps lahir, kemudian diazankan dan anak itu diam
- Yg ajar diam adalah Allah

At-tiin : 4-7
- manusia adalah ciptaan yg sempurna
- kemudian Allah boleh campak manusia di tpt plg hina kecuali org yg beriman kpd Allah, beramal soleh

Al Mulk : 2 allazi khalaqal mauta wal haya
- Allah cipta mati dan hidup utk uji kita siapa yg plg baik amalannya

Az Dzariyat: 56 wa ma khalaqtul jinni wal insa illa liya'budun
- tidak dijadikan manusia dan jin melainkan utk menyembah Allah

Hadis Rasulullah :
- ada 4 period dalam kehidupan
1. Saat sentiasa bermunajat dgn Allah
2. Saat bermuhasabah ttg dirinya
3. Saat memikirkan ttg ciptaan Allah
4. Saat mencari rezeki

Friday, July 26, 2013

Merancang Anak dengan Oksitosin, Kenapa Isteri Perlu Klimaks

Bismillah,

Terasa tebal sikit muka nak menulis tentang bab ni. Sebab ada isi di dalamnya yang perlu kepada ayat yang tidak nampak selekeh untuk sesetengah orang huhu. Rasanya saya nak menulis tentang ni dari sebelum bulan puasa lagi tapi tak jumpa the best words nak guna. Jadi hari ni saya nak open je lah. Fikir panjang-panjang nanti sudahnya tidak terkongsi.

Berkait dengan persoalan merancang yang lalu (kena selak entry sebelum ini), saya berjanji untuk berkongsi tentang merancang yang dibolehkan. Sebenarnya bukan merancang ayat yang sesuai untuk digunakan. Bagi saya ayat Quran di bawah inilah yang hendak dipenuhi tuntutan di dalamnya.

Al-Baqarah:233 - Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama yg dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Baca ayat itu berulang kali ye? Kalau boleh sila ambil nota penting tentangnya. Ada disebutkan dipermulaan ayat tentang menyusukan anak selama dua tahun tetapi tiada paksaan kepada ibubapa. Kalau kalian lebih rajin, sila google pula huraian maksud ayat ini.

Cuma apa yang saya dapat simpulkan tempoh penyusuan paling sempurna adalah dua tahun. Maka tidak salah kalau kita mahu mensasarkan untuk menyusukan anak selama dua tahun itu. Bagi mencapai hasrat ini maka adalah tersangkut rasanya hasrat itu sekiranya termengandung. Jadi bagaimana nak menyempurnakan penyusuan?

Haaaaa.. Inilah point yg saya nak bawa. Cara yang boleh digunakan untuk menyempurnakan penyusuan adalah dengan : 1. Mencari ibu susuan - ia dinyatakan dengan terang dalam ayat yang sama. Ini dibolehkan sekiranya ibu tersebut tidak mampu untuk menyusukan anaknya dengan baik atas alasan tertentu.
2. Berusaha membanyakkan susu sendiri - kita mesti rangsang diri supaya hormon prolaktin dapat dihasilkan dalam diri. Bagaimana nak rangsang penghasilan prolaktin? Adalah dengan membanyakkan oksitosin. Kenapa? Sebab prolaktin lah yang akan merencat penghasilan telur sepanjang proses penyusuan.

Hasilkan oksitosin >> untuk hasilkan prolaktin >> untuk rencat penghasilan telur >> makanya tidak mengandung.

Jadi, fokus penting kita adalah oksitosin! Ada banyak cara untuk menambahkan oksitosin. Tapi keyword yang hendak digunakan adalah 'berakhlak dengan akhlak Muslim berlandaskan alQuran dan hadis'. Saya akan cuba huraikan dengan bahasa mudah dan entry ni akan menjadi sangat panjang. Tapi, insya Allah ia akan ada manfaat buat yang mahu merancang dan mahu memiliki jiwa yang bahagia.

Terdapat tiga situasi fisiologi yang boleh merangsang oksitosin iaitu :
1. Proses bersalin/labour
2. Proses penyusuan/breastfeeding
3. Aktiviti seks antara suami dan isteri

Dalam ketiga-tiga situasi diatas juga oksitosin tidak akan dirembeskan sekiranya aktiviti itu tidak dibuat atas sebab kasih sayang. Sebagai contohnya :
1. Wanita yang menghadapi labour dalam keadaan ketakutan, malu dan tak fokus pada kegembiraan mendapatkan anak, maka labournya akan obstructed. Memang dengan mudah akan menghilangkan fokus jika kita serabut memikirkan untuk membesarkan anak yang selalunya bermula dengan nakal sedangkan itulah fitrah kita semua bermula. Bayangkan bagaimana mahsyurnya kisah cucu Rasulullah memanjat belakang baginda ketika sedang sujud? Sedangkan cucu Rasulullah pun penuh dengan aksi comel mereka, maka kita mentafsirkan anak kita sekarang sebagai nakal? Kemudian kita serabutkan pula minda kita tentang bagaimana mahu mencari nafkah bagi keperluannya pula sedang Allah telah menjanjikan rezeki buat mereka. Betul memang kena ada usaha tapi usaha yang kita lakukan selalunya overshoot dimana anak hanya perlu dilayan dengan baik, diberi makan dengan tangan kita dan lain-lain tugas ibubapa yang fitrah tapi kita berusaha mencari sekolah terbaik untuk melakukan tugas yang fitrahnya kita yang buat sendiri.
2. Penyusuan yang dilakukan dengan tiada kasih sayang kepada bayi akan menghasilkan kesakitan pada buah dada semasa ejection reflex. Contohnya memilih untuk membaca majalah atau menonton tv dan tidak menumpukan pada wajah bayi semasa proses penyusuan. Selalukan kedengaran advice dari kaunselor penyusuan untuk melihat gambar anak ketika mengepam susu di pejabat?
3. Sex yang dilakukan dengan nafsu semata tanpa rasa sayang tidak akan menghasilkan oksitosin. Sex yang dimulai dengan kasih sayang akan menghasilkan kepuasan dan ketenangan yang lebih dan tidak menyakitkan bagi wanita. 

Ok, sekarang kita dah cakap tentang 3 perkara berkaitan penghasilan oksitosin. Berkenaan proses melahirkan dan proses penyusuan rasanya dah ramai yang buat ulasan mengenainya. Tetapi, bab seks uhuhuhuk, malu kot nak cakap. Hehehe.. Tapi saya bersemangat nak bercakap tentang hal ini.

Untuk para suami, anda boleh bantu isteri kalian menambah susu badan dengan memberi nikmat klimaks kepada mereka. Tanpa klimaks, maka tubuh isteri anda tidak dapat menghasilkan oksitosin. Tanpa oksitosin pula, tidak akan wujud kasih sayang diantara suami dan isteri. Tanpa kasih sayang, isteri akan rasa dia tidak perlu suami. Tanpa suami, wanita akan jadi bebas sehingga tercetusnya feminisme yang kononnya memperjuangkan hak. Nampak kan sekarang perkaitannya jika tidak mengikut hadis dan al Quran. Rujuk hadis berikut :

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”. (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

Ok, jadi sekarang kenalah kalian berbincang suami isteri bagaimana mahu membantu isteri mencapai klimaks sebenar. Bukan klimaks yang dibuat-buat. Kaji semula kenapa isteri kurang selera dan cari cara untuk mengatasi ketidakselesaan isteri semasa berhubungan itu. (Ini memerlukan perincian fakta lagi tapi tak larat mak nak tulis panjang-panjang kot, karang muntah korang nak hadam. In case berminat nak tau, sila request dan saya akan cari masa utk buat entry berlainan).

Ok tamatlah bab merancang dengan oksitosin. Hehehe.. Bab oksitosin kali ni saya cerita pasal orang perempuan saja. Orang laki takde eh oksitosin? Ade la uols. Tapi uols kene tunggu di lain kali.

Jadi kesimpulannya sekarang bab buat projek bincang laki bini elok-elok. Nanti saya sambung pasal lelaki. Print dua entry ni, baca sama-sama in the dim light *wink wink*.

Pesanan penaja :- sila sedar diri, sekarang bulan Ramadhan. Tima kasih

Kuasa Al Quran : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Dr Danial

Al Bayyinah : 1-5
- org kafir dr kalangan musyrik xkan tinggalkan agama sehingga dtg bukti yg jelas iaitu Rasulullah dan lembaran suci
- umat masakini lemah utk menguasai bukti apatah lagi nak manfaatkan bukti
- kita mesti kenal Nabi dan kenal Quran
- Pope benedict kata Muhammad xbawa dua benda melainkan keji dan xxxx

Ar Ra'du : 31
- Allah mengatakan jika ada kitab yg mampu sbbkan gunung bergerak ia adalah alQuran
- dan jika ada kitab yg bumi terbelah, manusia mati ia adalah alQuran
- menunjukkan itu kuasa alQuran
- Hamka tafsirkan alQuran mampu buat ubahan besar di dunia, spt org arab Badwi boleh ubah Mekah dr negara termundur menjadi termaju
- Hamka kata dua empayar rom dan Parsi bersatu
- dari hamba sahaya jadi pemimpin dunia
- jahiliah dipecahkan
- jika kita berinteraksi dgn alQuran, umat akan jadi hebat

Soalan : Bagaimana kuasa alQuran ubah Islam jadi hebat?
- the New World Of Islam - pemikir nonMuslim mengatakan kebangkitan Islam paling agung yg pernah berlaku di dunia
- sahabat jd hebat bukan sbb mereka mmg hebat tp sbb Allah yg bg hebat
- al Fathir : 10 -- kita kena rujuk kpd Allah dalam semua hal. Al Quran adalah acuan hidup
- an Nahl : 30 -- ketika ditanya org yg dihatinya ada taqwa, apa yg Tuhan mu turunkan dan dia jawab 'ia adalah kebaikan'. Nak berjaya kena jadi manusia mulia spt yg dimahukan oleh Allah
- al Hujurat : 13 -- yg plg mulia dikalangan kamu adalah org yg plg bertaqwa. Bila kita ikut Allah, Allah akan bg kemuliaan. Mulia bukan cara Allah tidak berkekalan.

Soalan : Adakah kejayaan umat Islam menunjukkan alQuran mempunyai mukjizat?
- an Nur : 55 -- janji Allah apa yg bakal berlaku. Janji ttg masa depan ( xberlaku pd zaman Nabi) iaitu umat akan dtg akan Jadi pemimpin dunia, agama akan kukuh didunia dan umat Islam ketakutan dan kemudian akan digantikan dengan keamanan
- ini dsbbkan kita sembah Allah

Soalan : AlQuran mampu mengubah dunia. Adakah AlQuran yg mengubah Barat?
- Barat maju kerana Islam dan umat Islam
- sblm abad 13 masihi -- barat dikenali sbg era kegelapan. Sms tu Islam berada di era keemasan. Mereka hantar wakil utk kaji kebangkitan Islam. Jabir bin Hayaan buat mcm2 asid. Alkhawarizmi adlh peledak ilmu maths spt algebra. Albattani adlh peledak ilmu trigonometri. Ibnu haizam peledak ilmu optik moden. Albiruni org pertama bgtau bumi berpusing atas paksinya 600 thn sblm galileo bercakap ttgnya. Muhd al idrisi buat peta berabad sblm marco polo buat.
- org luar kenal Islam utk maju, bukan utk kenal Islam. Abbas ibnu sirnas - mencipta mesin terbang.

Soalan : Manusia xfaham terjemahan alQuran. Apa pendapat ustaz?
- an Nisa : 82 -- Allah berfirman adakah kita xnak taddabur Quran ke? Bermaksud Allah nak kita faham dan dalami alQuran
- bila kita faham baru boleh kita fahamkan orang

Soalan : Apakah dia roh AlQuran dan bagaimana metod Rasulullah menghidupkan alQuran utk menghebatkan Rasulullah?
- Nabi dtg rumah Arqam bin Abi Arqam ajar 10 demi 10 ayat.
- roh alquran ubah sehingga gelap menjadi cerah, wanita tidak dianiaya lagi dll

Soalan : Apa maksud Quran itu mukjizat?
- mukjizat adlh sesuatu utk melemahkan
- imam suyuthi mengatakan mukjizat adlh perkara luar biasa
- penemuan Dr. Mores (pakar bedah Perancis) diberitahu perkataan Hamman diulang sebanyak 6 kali. Dunia xtau Hamman org kanan Firaun yg pakar bidang batu bata hidup ribuan tahun. Firaun suruh Hamman buat bangunan tinggi utk lihat Tuhan Musa.
- Dr Garry miller (the amazing quran writer) berkata dlm surah Al Fajr yg menyebut ttg satu tpt nama Iram (iramazatil imad). 1975 dijumpai kota abla, abla buat perniagaan dgn satu kota yg dinamakan Iram
- lain perasaan kalau kita betul2 kaji alQuran

Soalan : Bagaimana mahu berinteraksi dengan alQuran utk cemerlang?
- an Nahl : 30 -- bagaimana kita bersikap dgn alQuran.
- warattilil qurana tartila --baca quran dengan tartil, berusaha betulkan bacaan disamping terus membaca walaupun tidak lancar
- an Nisa : 85 tadabbur
- al baqarah : 121 -- org yg baca quran dengan sebenar2 pembacaan. Abdullah bin Mas'ud berkata baca dengan sebenar pembacaan adalah dengan menghalalkan apa yg dikata dlm alQuran, mengharamkan apa yg diharamkan alQuran, baca spt mana dia diturunkan, jgn ubah kalam Allah dr tptnya, tafsirannya mesti ikut cara yang betul.

Soalan : Atheis menolak hujah alQuran ttg perkara ghaib. Bagaimana menangkis hujah mereka?
- Dr priya darshan tokoh atheis india satu masa dulu sekarang peluk Islam. AlQuran tetap authentic tanpa ditokok tambah dr dahulu
- Dr jerfy lens (avil angle art) asal kristian kemudian atheis mengkaji alquran utk cari kesalahan tp xjumpa

Soalan : Penerangan doktor ttg kejuruteraan dlm alQuran?
- alQuran bukan buku sains tapi adalah kitab petunjuk dalam semua bidang.
- alBaqarah -- buat apapun jgn lempar diri dlm kebinasaan. Nk buat bangunan jgn guna bahan xberkualiti. Zulkarnain buat bangunan utk elak yakjuj dan makjuj
- bahtera Nabi Nuh cerita ttg paku

Soalan : Rasulullah pernah bgtau natijah org baca Quran dlm bbrp keadaan. Bagaimana Quran boleh transform seorg manusia menjadi baik?
- hadis kata RUMAh bercahaya kalau ada penghuni mengaji Quran

Saturday, July 20, 2013

Persoalan Perlukah Merancang, Anak Lasak, Suami Isteri Tidur Berasingan dan Anak Sering Memegang Kemaluan

Selepas saya update status tentang merancang tempohari, ada beberapa dari kalangan sahabat di fb memberi soalan kepada saya. Sesungguhnya saya bukanlah ahli dalam hal ehwal tetapi jika mahukan pandangan dari seorang sahabat maka saya cuba juga untuk memberi jawapan.

Berikut adalah soalan dari seorang ibu dan isteri yang sangat prihatin. Saya cuba untuk meletakkan diri saya di tempatnya ketika memberikan jawapan. Jika yang membaca ada pandangan lain, bolehlah berkongsi di ruangan komen.

Soalan :

Salam k.pija, sory ganggu. Saya ada baca status k.pija kat fb. Ada beberapa perkara yg saya nak minta pandangan dan nasihat dr k.pija. sebelum ni saya x pernah ceritakan apa yg terbuku dlm hati pd sesiapa terutama dlm soal rumahtangga. Tp mungkin sekarang sudah sampai masanya utk mencari jawapan kpd segala persoalan.

Yg pertama, tentang perancang. Utk pengetahuan k.pija, anak kami 3 org lelaki. Yg sulung 4 thn, yg kedua 2 thn lebih dan yg ketiga 11 bulan. Anak saya yg pertama full vaksin. Bukan saya nak menyalahkan vaksin, tp amat ketara perbezaan sikapnya. Ramai saya dengar komen2 negatif dr org yg tak faham tentangnya. Ada yg kata dia nakal, hyper. Memang betul apa yg mereka kata, tp saya yg jaga dia 24 jam sehari, mereka hanya baru melihat anak saya beberapa minit terus label mcm2. Itulah masalahnya, ramai yg tidak tahan dg kelakuannya termasuk atuk dan neneknya belah saya dan opahnya belah abinya. Mungkin mereka rimas dg keletah anak2 kecil yg berkerimun dg ummi mcm anak kucing.

Tp k.pija, kami balik kampung paling banyak cuma 2 kali setahun. Biasanya kami balik setahun sekali. Sbb k.pija pun tahu kami duk sabah. Jd pointnya di sini, org2 tua yg nak sangat saya ambil perancang. Dg anak rapat2 ni saya rasa kami jadi bahan gurauan dan perlian mereka ja. Buktinya, balik ngundi hari tu opahnya kirim baju utk budak2 ni dia kirim 4 helai padahal anak kami cuma 3. Dan minggu lepas dia tanya pd suami, 'bila nak beranak lg?'...

9 bulan lalu saya tak dtg haid. Tambahan pula dlm tempoh tu saya ebf anak ketiga. Tp bulan lepas masa dtg haid saya tak bersedia dg perancang yg saya nak gunakan sbb kebanyakan pil kena ambil masa haid. Bila tanya pada farmasi, dia syorkan pil hormon tinggi utk kes2 kecemasan namanya postinor. Saya ambil seperti yg disuruh, tp seperti biasa berlaku kesan sampingan sbb dosnya yg tinggi tu. Keluar darah lepas 7 hari suci. Dan sampai sekarang haid saya belum datang pd tempoh yg sepatutnya. Kemungkinan mengandung lg tu ada tp saya blm chek lg.

Jd pada pendapat k.pija mcm mana? Perlu ka saya merancang krn ingin menjaga hati org tua, sedangkan kami hanya jumpa setahun tak lebih 2 kali..? Apa nasihat k.pija sekiranya ditakdirkan saya mengandung lg, dlm keadaan mama ayah dan mak mertua suruh sgt saya merancang? Maksudnya mereka tak setuju klu saya mengandung lg...

Yg kedua, saya nak tanya tentang masalah tpt tidur. Utk pengetahuan k.pija saya dah lama tak tidur dg suami. Saya tidur dg anak2. Suami tidur di bilik asing. Cuma ketika melayannya sahaja kami bering bersama. Itu pun lepas selesai, saya akan tidur dg anak2 semula. Suami takde pulak merungut, cuma saya kasihan dia tidur bersendian tak berteman. Walaupun dia tak cakap. Asalnya jd tidur berasingan tu sebab anak sulung selalu meragam waktu malam. Menangis sampai mengganggu tidur abinya. Jd utk memberikan ruang kepada abi dpt rehat yg cukup, maka saya bawa dia tidur asing. Perkara ni berlarutan sampailah anak kedua dan ketiga lahir. Lama kami tak tidur bersama sampai saya jd tak biasa tidur dg dia. Klu baring sekatil, saya tak boleh tidur. Terkelip2 tengok dia tidur.

Jadi sekarang ni saya nak cuba ambil semula posisi saya di katil tu. Tp saya tak tahu mcm mana nak lakukannya. Sbb anak2 x boleh tidur tanpa saya. Bila dah tidurkan mereka, saya tertidur sekali. Tak ingat dah kat suami. Dan anak kecil yg menyusu badan kerap jaga minta susu.

Tolong bagi pandangan dan nasihat. Selama ini saya hanya berdoa, mengadu dan memendam rasa. Sekarang saya mesti bertanya kpd arg yg ahli sebab saya tak tahu. Tolong k.pija bimbing saya dlm soal rumahtangga.

Semoga Allah memberi ilham kpd k.pija utk jawab soalan saya. Semoga Allah merahmati k.pija sekeluarga. Ameen

Jawapan :

Assalamualaikum dik,

Bila diperhati ada bbrp isu jugak dlm isi cerita adik ni.
1. Isu merancang
2. Isu anak
3. Isu suami isteri

K.pija jawab satu persatu dulu ok :)

1. Isu merancang

Jika ibubapa itu alasan utk merancang, kalau k.pija rasanya alasan tu xcukup kuat. Sbnrnya ibubapa mana yang sanggup melihat kita keletihan sedang mereka membesarkan kita dengan tidak membebankan kita.

Bukan niat mereka barangkali hendak mengusik. Mereka mungkin telah melupakan bagaimana rasanya menjaga anak kecil. Melainkan mereka bersalin lebih kurang kita ;). Cumanya kita saja yang cepat terasa.

Bukan mudah nak puaskan hati org. Seandainya kita xmengandung pun adakah anak kita akan kurang hipernya? Sama jugak kan? Plus dia sedang membesar sekarang. Adalah normal kalau budak bersikap mcm tu.

Tapi ini semua terpulang kepada perbincangan antara suami isteri juga. Sejauh mana kalian bertahan dgn bunyi2an ahli keluarga yg lain. Cuma jika bole k.pija nasihatkan, xperlu rasanya merancang sementelah kita berjumpa dgn parents pun jarang sekali. Seboleh daya, kawal anak kita dengan bersungguh-sungguh bila balik ke rumah ibu bapa kita.

Mintalah pertolongan dgn jalan sabar dan solat. Insya Allah semuanya akan baik. Nanti dlm isu suami isteri k.pija akan bgtau cara merancang yg boleh diusahakan ok :)

2. Isu anak hiper

Vaksin mmg bole memberi kesan kpd prilaku. Ayu tau kan, bbrp hari lps dlm Tanyalah Ustaz (rujuk nota menu kita di blog k.pija) ada bincang ttg hal ni. Ustaz jakim dgn terang menyebut tiada vaksin yang benar2 bebas dr unsur babi. Allahuakbar.

Itu setakat vaksin, belum cerita dalam hal ehwal pemakanan. Pengawet, perisa, pewarna, penstabil dll. Adakah makanan kita bebas dari unsur babi tu tadi? Sekalipun kita makan salad tanpa campuran unsur td pun, masih risau takut sayur yg kita makan mengandungi unsur gmo.

Jadi apa yg awak boleh buat adalah dgn mula menjaga pemakanan. Kurangkanlah memberi gula kpd anak2 sbb gula bole trigger hiper anak td.

Dan tv juga. Kita mesti kena kawal memandangkan pengaruh tv tidak sedikit dik. Biarlah anak kita ketinggalan dlm bab rancangan tv tp akhlaknya dan aqidahnya lebih maju kehadapan.

Cara pendidikan juga. Awak ada rotan di rumah? Sori kalau k.pija xfollow cerita ayu. Nak advice pun diri k.pija banyak yg xkena lagi huhu..

Anak ni kita xbole bg one kind of learning saja. Have to choose variable way in parenting. Bykkan sebut nama Allah, Nabi, dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, akhirat dll.

Yg penting juga adalah doa. Byk nk elaborate bab anak ni dik. Terpulang nanti kalau ada soalan lagi ye. Nnt kita sama2 bincang.

3. Isu suami isteri

Tpt isteri adalah disisi suaminya. K.pija ni mujur jugak la suami k.pija akan dtg menyelit sebelah xkira dkt mana k.pija tido. Kalau dkt tpt tido anak, situlah dia pegi tido jugak hehe. Kalau tak, pun sama dgn awak. Xtertido le jawabnya dengan suami.

Bawaklah anak yg still bf tidur sebilik. Yang lain tu diorg akan belajar juga utk tidur asing one day. Sblm diorg tidur, selesakan diorg. Biar perut kenyang elok (bebudak xpe), diapers ganti baru, bilik jgn sejuk dan jgn panas sgt, cahaya pun bg dim sikit. Kita bole juga temankan diorg sampai lena dan sekiranya terlena, berusahalah utk pergi ke sebelah suami semula.

Kawan k.pija ada yg buat pillow talk dgn anak. K.pija dah xsempat nak buat huhu. Dan kalau bole maksimakan siang dgn xtvt. Kalau diorg nk tido siang pun jgn berlama2 sgt.

Awak kene belajar semula tidur dgn suami. Itu akan menstabilkan suami awak. Minta maaf dgn dia sbb selama ni tinggalkan tpt tidur. Tp kita kena peka, bila anak meragam, pegi la attend sekejap.

Soalan tambahan :
Rumah xde tv... kami dah stop astro. Tp internet ni masalah jg. Dia asyik tengok power rangers dan seumpanya. Ada jg dia tengok mickey moyse clubhouse, super why tp yg jenis robot2 ni lebih dia suka. Saya fikir suatu hari nanti kena stop jg internet.

Ada satu lg kisah sedih ttg anak sulung ni, yg xde pd adik2 dia yg tak divaksin. Satu tabiat pelik. Dia suka gesel2 'anu' dia. Perbuatan ni dia selalu buat awal pagi biasa lepas tidur. Rasanya bermula sejak dia umur dua tahun. Tak tahu sebab apa. Bila tanya, dia kata gatal. Klu gatal kan lebih puas digaru pakai tangan. Kdg2 bila saya sibuk dan x perasan, dia buat benda tu sampai berpeluh2. Mugkin dia rasa syok barangkali. Anak2 k.pija ada tak mcm tu?

Masa mula2 dulu, bila saya tegur dia berhenti buat. Tp sekarang dia dah pandai protes. Dia masuk bilik depan dan kunci pintu. Bila saya tahan pintu bilik dan paksa dia keluar, dia akan mengamuk dan pukul saya. Tp dia marah cepat reda. Kesian dia, mungkin ini takdir hidup dia. Kecil2 dah ada gangguan seksual dlm diri dia. Dia kena banyak mujahadah.

Jawapan :
Bab anak, xbole juga nak kata sbb vaksin dik. Dia dah terbiasa buat dan kita xcegah dr awal. Anak k.pija sll pegang juga loceng diorg tp k.pija sll sound jgn pegang hahaha jd dia stop. K.pija rimas kot tgk diorg pegang loceng sendiri sbb tu terus sound.

Utk level mereka, rasanya kita bole dah kerap2 slow talk dgn dia. Kalau xnak bg dia kunci pintu, letak kain sejemput dkt pintu, so kalau dia tutup jd xbole rapat (ni taktik mertua k.pija).

Awak dah tau trend dia dok main tu slps bangun tidur, jd awak kena peka masa mana dia bangun. Once dia bangun, bimbing dia baca doa tidur dan lps tu layan dia jgn sampai dia sempat buat tabiat dia. Bila anak mengamuk, pegang tangan dia kuat2 dan cakap dgn dia mata ke mata. Buat dgn sabar ye dik.

Lama kelamaan tabiat dia akan hilang tp plis keep repeat the same words selagi tabiat tu msh ada. Oh ye, maaf ye. Bila diperhati ayat awak, seolahnya  mcm dah ada satu label pd anak tu. Ni dr pemerhatian k.pija aje. Kita cuba positif dan baik sangka dia akan membesar sebagai seorang anak yang soleh.

Persoalan vaksin menyebabkan dia mcm tu, sbnrnya ia terjadi atas izin Allah. Sama ada divaksin atau tidak, itu ikhtiar kita dlm menjaga mereka. Mudharat atau manfaat sekalipun datang semuanya adalah atas izin Allah.

Andai awak rasa memberi vaksin sebagai satu kesilapan maka pohonlah perlindungan dari Allah pd perkara yang tidak kita ketahui. Bawa anak berbekam semoga itu membantu.

Dik, dunia tidak dijanjikan mudah dan indah. Allah janji akan beri kita dgn ujian dan syaitan juga berjanji membawa kita menjadi peneman dia di neraka. Jom kita positif dalam kehidupan jom!

***ini jawapan dari saya yang banyak sekali kelemahan. Jika kalian ada cadangan jawapan lain, harap dapat juga dikongsikan.

Ada banyak lagi hutang pm yang tidak saya lunaskan. Sabarkah yang bertanya itu menanti jawapan? Huhuhu

Thursday, July 18, 2013

Kisah Suami Isteri Ramadhan : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Us Mohd Izhar
AlFurqan : 1-3
- Allah turunkan Quran yang xde keragian di dalamnya
- AlQuran menjadi pengingat kita
- Akhlak Nabi akhlak Quran - org beriman akan baca dan berakhlak alquran
- jika suami isteri xbaca quran akan menyebabkan keluarga bermasalah

Soalan : Suami mengongkong isteri utk menuntut ilmu dan berterawih. Bagaimana ustaz nak nasihat isteri?
- Semua amalan itu sunat utk isteri
- menurut Ramadhan al buty
   - kalau suami izin ia jd harus
   - kalau suami wajibkan ia jd wajib
   - kalau suami larang maka jadi haram
- Nabi bersabda apabila perempuan jaga solat 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat pada suami maka akan masuk syurga
- imam ghazali sebut perempuan bole msk syurga bila jaga perut dan nafsu suami
- jgn taat pd perkara haram

Soalan : Apakah hukum suami x izin isteri qadha puasa?
- puasa ganti adalah wajib qadha sekalipun suami x izin
- wajib minta izin jika nak puasa sunat aje
- bincang elok2 dgn suami
- tapi jika suami berhajat, bole berbuka dan gantikan puasa dilain hari

Soalan : Apa pendapat ustaz ttg suami isteri berebut nak balik beraya?
- kita kena buat baik kpd ibubapa wa bil walidaini ihsana
- Imam Ahmad kata
   - bila berlaku pertembungan antara arahan suai dgn ibubapa sendiri, isteri wajib taat arahan suami
   - bertembung arahan isteri dengan ibubapa sendiri, suami wajib ikut cakap ibubapa dia
- utk suami jgn ambil kesempatan atas kuasa, bincang baik2 dgn isteri
- ulama suruh cari bakal suami yg adil dr awal, sekufu
- mertua bole tya siap2 perancangan menantu ttg blk raya

Soalan : Perlukah isteri minta izin suami utk beribadat malam?
- selesai hajat suami dulu utk elak laknat Allah dan malaikat
- kecuali solat fardhu, xperlu izin suami

Tuesday, July 16, 2013

Nota Al Quran Menjawab

Kenapa manusia suka berbalah?
Al hujurat : 13
- Berdasarkan ayat, kita diciptakan perlu antara satu sama lain. Utk meminta pertolongan lain, kena berkenalan.

Yunus : 19
- manusia pada mulanya umat yg satu dan kemudiannya berselisih. Jika berselisih kembalilah kepada Allah.

Ali Imran : 103
- Allah suruh kita berpegang teguh dgn tali Allah, jgn bercerai berai

Kenapa manusia sering mengeluh dan merungut?
Ma'arij : 19-22
- hilang rasa kesyukuran kpd Allah

Al-Fajr :
- bila diberi rezeki
(adoi xdpt point anak mengamak)

Kenapa ada orang jahat? Dengki? Irihati?
Al a'raf : 16-17
- iblis kata akan ganggu kita dr semua arah utk menyesatkan kita
- hidup kita semua dr Allah

Al : Hasyar : 16
- sbnrnya syaitan pun takut kpd Allah. Walaupun dia menyesatkan kita tp dia berlepas diri dr amalan jahat kita
- kalau hati kita jahat, buat apa pun Allah xterima

Umat islam kelihatan ditindas, kenapa?
Al Anbiya : 35
- setiap manusia akan merasai mati
- Allah uji kita dgn kesenangan dan kesusahan. Hanya kpd Allah kita kembali

Al Imran : 140
- Allah boleh buat apa sahaja yg Allah suka
- jika dpt cedera dlm perang badar, tentera musuh pun cedera juga tp kita untung kerana kita ada keimanan yg akan menyelamatkan kita di hari akhirat
- pegang teguh pd Allah dan Rasul, supaya apa saja yg kita buat dan rasa adalah dlm ketetapan Islam

Kenapa manusia selalu beri alasan tiada masa?
Al-Insyirah : 7
- apabila engkau selesai amal solehmu, bersungguh2 lah menyegerakan amal soleh yg lain

Kenapa manusia ramai manusia mungkir janji?
Al Isra : 34
- hidup mati mestilah kerana Allah
- setiap yg kita buat dan Allah redha adalah ibadah

An Nahl : 91
- Allah suruh sempurnakan pesanan apabila kamu tlh berjanji dengan nama Allah
- muhasabah ibadah kita dengan Allah

Kenapa ada mayat xreput ribuan tahun?
Yunus : 92
- sbg peringatan kepada manusia
- nabi, wali Allah juga xreput

Kenapa rezeki xdpt berpanjangan dan terputus2?
Al-Zukhruf : 32
- rezeki dr Allah bukan hanya kebendaan semata2

Manusia dicipta berpasangan tp ada yg xkawin kenapa?
AnNur : 33
- mana mungkin manusia xnak kahwin kerana itu adalah fitrah
- kalau xnak kawin, bukan dr kalangan umat nabi

Dosa banyak, adakah Allah akan ampunkan?
Ali Imran : 135-136
- Allah maha Pengampun
- setiap penyakit ada ubat dan ubat dosa adalah istighfar

Kepada siapa aku perlu berharap?
At Taubah : 129
- jika org engkar, serahkanlah kepada Allah
- tawakkal pd Allah, jgn risau lagi sbb Allah akan bg rezeki spt burung
- igt Allah ketika senang, Allah igt kita ketika susah

Apa bahagia itu sebenarnya?
An Nahl : 97
- sesiapa yg beramal soleh dan mukmin, Allah akan bahagiakan mereka

Saba' : 15
- makan dan berterima kasih pd Allah akan bahagia

Kenapa apa yang aku lakukan, tiada sesiapa pun yg menghargai?
Ali Imran : 139
- jgn merasa lemah, dukacita jika kamu org yg beriman

Kenapa kehidupan ada di planet bumi, tidak di planet lain?
Al Baqarah : 30

Kenapa ada malam dan ada siang?
Annaba 9-11

Kenapa manusia jadi lebih kejam dr binatang?
Ibrahim : 34
AlBaqarah : 208

Kenapa ikan dilaut tidak pernah habis2?
Fathir : 12
Maaidah : 96

Menu Kita : Nota Tanyalah Ustaz

Albaqarah : 168
- Allah seru semua manusia supaya mencari makanan yang halal lagi baik

Soalan : Apa hukum makan makanan syubhah (xtau halal atau haram)?
- ada hadis menyatakan haram itu jelas, halal itu jelas.
- harini teknologi makanan sangat tinggi
- jauhkan yg was2, ambil yg halal saja
- sape yg jauhkan perkara syubhah akan menyelamatkan diri
- risau apa yg kita makan akan pergi ke hati
- utk melahirkan generasi yg hebat, bergantung pada makanan yg kita makan. Spt baja dan tanah yg elok utk mendapatkan hasil yg baik
- u r what u eat
- kesan pengambilan makanan yg xelok, bukan setakat kesan pada diri kita tapi kesan pada keturunan kita

Soalan : Kenapa logo halal Jakim ada bermacam2? Adakah prosedur lambat?
- logo halal jakim bulat
- xboleh guna logo halal lain
- kalau buat

Soalan : Apakah hukum makan daging import dr luar negara?
- semua daging yg msk Malaysia dah disahkan halal oleh Jakim
- hati2 takut ada yg diseludup
- kalau was2 jauhkan
- kalau haiwan tu makan najis xbole makan

Soalan : Adakah pahala kurang bila kita berangan2 nak berbuka dengan apa?
- niat utk mengorat suami dgn air tangan kita x apa
- jgn plan nk masak berlebihan
- kalau suami ada kencing manis, jgn buat masakan manis
- isteri saidina Ali xmasak lebih dr dua menu
- lagi banyak masak, lagi banyak mengadap makanan
- jgn masak terlalu sedap sampai jadi kuat makan
- jgn buat stok byk dlm peti ais. Secara psikologi kalau xbanyak, cpt sikit buat pilihan nak masak apa.

Soalan : Menu terbaik utk kita berbuka?
- asalkan halalan toyyiba
- ikut sunnah Rasulullah saw
- mulakan dengan buah kurma basah/kering/air
- kurma adalah buah yang tak expired, banyak khasiat
- pastikan sentiasa ada buah kurma dlm rumah
- jgn membazir

Soalan : Majlis fatwa dah haramkan rokok, tapi ramai lagi yang jual dan beli?
- diharamkan sbb membawa mudharat
- dlm puntung rokok ada hb hemoglobin yg diambil dr babi

Soalan : Apakah pendapat ustaz ttg gmo food dan haiwan kacukan?
- bila berlaku proses kacukan antara binatang halal dengan halal x apa, tp dgn binatang haram xboleh
- pokok pun sama, jika dimasukkan sumber haram jd haram spt soya, jagung
- jagung biasanya sebiji dua je jagung. Jadi dia ambik gen babi yg beranak banyak supaya tumbuhan berbuah banyak
- sebabkan banyak penyakit sehingga nak berfikir pun susah
- orang yahudi sangat menjaga makan spt kurma dan susu kambing tp suruh org lain makan soya

Soalan :
- alkohol pertama : buah yg direndam dalam air yg dicampur yis akan menjadikannya arak dan ini haram. Bila disimpan lebih lama ia akan bertukar jd cuka dan hukumnya juga haram spt vinegar
- alkohol kedua : budu dll
- alkohol industri spt minyak wangi hukumnya harus diguna tapi haram minum
- alkohol sbg flavour yg melebihi 0.05% haram
- kalau menyerupai arak (tapi bukan arak), pun haram sbb yahudi akan sentiasa membawa muslim mendekati arak tanpa disedari

Soalan : Boleh percayake khabar angin benda tu haram padahal ada halal jakim?
- kalau xde pengesahan dr jakim, maka xbetul
- jgn percaya khabar angin
- Albaqarah : 172 wahai org beriman makanlah perkara yg baik2 sahaja

Soalan : Apakah hukum menggunakan pewarna di dalam makanan?
- Salman Al Farisi tya hukum makan keju, maka Rasulullah SAW jawab, yg halal tu adalah yg dihalalkan dlm quran dan sebaliknya. Apa yg xada dlm quran maka dimaafkan.
- ada dua kaedah iaitu dr bahan kimia sahaja. Satu lg jika dibuat dr haiwan, maka kena cek sama ada disembelih atau dr binatang haram.
- ada yg guna kaler dye baju utk buat kuih tp kita xtau
- jika warna ni bawa mudharat maka haram
- plg mudah, guna yg ada logo halal

Soalan : Berkaitan dgn restoran yg diiklan dlm media masa tapi tiada halal jakim, adakah ianya halal?
- xsemestinya yg xde logo halal tu adalah haram kerana logo tu adalah sukarela tp xbole letak label haram
- perhati elok bulu alat solek mungkin bulu babi
- kalau asal rasa yakin kemudian dtg was2 - pilih yakin
- kalau asal rasa was was tp kemudian tgk org makan sedap rasa yakin - kena pilih waswas
- kalau kedai org bukan islam tp yg masak adalah org islam, boleh makan kalau kita yakin kerana rasulullah terima masakan dr org yahudi

Soalan : Apa pendapat ustaz ttg penggunaan alkohol dlm bidang perubatan?
- hukum dlm perubatan adalah luas.
- sbb sllnya sakit adalah keadaan darurat
- alkohol dlm perubatan dibuat dr keadaan kimia spt bahan pencuci, bius
- cuka buatan mmg jakim xbg halal
- vaksin dan insulin memang xada yg benar2 halal tp hukum harus dlm keadaan darurat spt pergi haji
- kapsul juga dibuat dr gelatin yg dibuat dr tulang dan kulit haiwan yg xtau bahan dr apa
- seekor babi beranak 185 ekor dan seluruh anggota badan bole digunakan dan ini cabaran kita
- kulit babi digunakan utk buat kapsul (porcine)
- seorg yg kusut masai sll berdoa akan dimaqbulkan tp org yg pakai lawa tp pakai baju yg dr sumber xtentu, makan xtentu akan menyebabkan doa tersekat. Allahurabbi
- dakyah org bukan islam mmg tlh berjaya, kita tau ttg dakyah mereka tp kita xmerancang utk melawan dakyah tu

Monday, July 15, 2013

Ibubapa Genius : Nota Semanis Kurma

Ust Syed Mohd Norhisyam

Siapakah Luqmanul Hakim dan keistimewaannya?
- seorang ayah yg hebat yang diiktiraf oleh Allah sehingga menjadi nama surah
- bapa yang sgt berhikmah (hikmah disebut 20 kali dlm quran)
- hati2 membaca kisah Luqman sbb byk kisah yang israiliyyat. Tapi bole je kita ambil iktibar pada perkara yang tidak melanggar syara
- ayah yg baik berkomunikasi dengan anak 'wa iz qola luqman' ~ bermakna luqman berkomunikasi dengan anaknya

Bagaimana mahu meningkatkan iq?
- dlm alQURAN ada byk kemahiran ditekankan. Bukan akademik semata2
- tekankan anak supaya mereka pandai berdikari

- perdengarkan ayat alQuran pd anak sejak dr hamil

Perlu marah bila anak buat salah?
- anak ada masa kena marah, pujuk, ada masa kena buat tawaran, pertandingan,
- kena gunakan hikmah

- Loqman guna perumpamaan biji sawi
- loqman tanamkan pd anak2 currency dosa pahala
- kena tanamkan aqidah sekuat2nya (antibodi sebenar)
- niatkan setiap yg ibubapa lakukan kerana Allah

Wednesday, July 10, 2013

Rahsia Ramadhan : Nota Tanyalah Ustaz

- ada lailatul qadar, yg mana kejadian lailatul qadar kerana Rasulullah bersedih umur umatnya xpanjang untuk beribadat
- Bila buat amalan sunat, akan dapat pahala amalan wajib.

Soalan : Rahsia paling besar dalam bulan ramadhan?
- turunnya alquran di dalam bln ramadhan

Soalan : Apakah rahsia disebalik sahur?
- sah puasa tanpa sahur, xbole ngelat
- supaya beza dgn org musyrikin
- biasakan diri bangun awal utk qiam di bln2 lain

Soalan :
- sesiapa beri makan org berpuasa, akan dpt  pengampunan dan bebas dr neraka dan dpt pahala puasa org tu

Soalan :
- tahlil
- baca bismillah
- surah Nuh ayat hujung, istighfar utk dapat -Allah akan turunkan hujan, harta, anak
- minta syurga dan jauh dr azab neraka

*haha kantoi banyak skip, soalan xtau ape, dpt isi je :p

Monday, July 08, 2013

Puasa Qada Atau Sunat : Nota Tanyalah Ustaz

Oleh Ustaz Raihan Abdul Aziz

Soalan : Apakah hukum mengqadakan puasa Ramadhan dan adakah wajib segera mengqadhakannya?
- ulama sepakat berpendapat wajib mengqadha puasa sama ada musafir atau sakit
- jika haid pun wajib qadha
- sunat disegerakan

Soalan : Apakah hukum puasa sunat selepas 15 syaaban? Bolehkah qadha puasa?
- boleh kalau dah mmg biasa puasa isnin khamis atau puasa selang sehari
- puasa qadha atau nazar pun boleh

Soalan : Bolehkah qadha puasa orang yg sdh meninggal?
- kalau uzur berterusan xperlu qadha
- kalau sengaja tinggalkan, waris kena qadha puasa atau bayarkan fidyah atau upah orang lain

Soalan : Siapa yang patut mengqadhakan puasa orang yang meninggal?
- waris yang terhampir
- kalau orang lain nak qadhakan, kena minta izin waris kecuali dah diwasiatkan oleh si mati

Soalan : Bolehkah seseorang membatalkan puasa sunat dan wajibkah ia diganti?
- orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada diri. Jika nak berbuka xde masalah.
- tidak perlu qadha puasa sunat

Soalan : Perlukah berbuka puasa jika tetamu datang rumah?
- sunat berbuka meraikan tetamu
- setiap tetamu ada haknya dan tuan rumah kena tunaikan

Soalan : Hukum seorang isteri yang berpuasa tanpa izin suami?
- wajib minta izin suami utk puasa sunat
- boleh puasa tanpa izin kalau suami tiada bersama atau suami berada dalam keadaan ihram atau beriktikaf di masjid
- seeloknya minta izin
- kalau puasa juga tanpa izin, puasa sah tapi xde pahala
- suami berhak suruh isteri berbuka puasa

Sunday, July 07, 2013

Selain Kita Ada Dia : Nota Tanyalah Ustaz

Ayat pendinding :
- ambil tangan kanan letak di dada
Bismillahirrahmanirrahim - Inna rabbi 'ala kulli shay'in hafiz 3x - surah Hud ayat 57

Saka ialah satu mou yang dibuat diantara nenek moyang dengan iblis dan jin laknatullah utk dpt kehebatan, kecantikan, penjagaan, persilatan yang tertentu dengan syarat tertentu yang biasanya akan diwarisi 7 keturunan.

Jin ada 3 golongan :
- ada sayap yang terbang atas udara
~yg msk dlm badan manusia sehingga boleh kawal akal manusia

- ular dan kala jengking yang menjelma di atas rumah
~Sabda Rasulullah jgn bunuh ular atau kalau jengking yg masuk rumah kecuali kompem itu ular atau kalau jengking
~ular warna hitam, sisik terbalik, mata berkelip
~suka duduk disutuh rumah manusia

- berpindah randah

Doa hindar jin
Quote from the Holy Quran (37 - 7)
وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَٰنٍ مَّارِدٍ
Wahifthan min kulli shaytanin maridin
And to guard against every rebellious devil.
Nabi sulaiman halau jin dari rumah

Wajib ke percaya wali songo, bunian, burung cenderawasih, rijalul ghaib?
~semuanya adalah pecahan jelmaan jin
~boleh bela burung cenderawasih tetapi xbole puja

Bagaimana caranya untuk mengatasi, memagari, mengelakkan gangguan benda khurafat?
- hebat manusia kerana ilmu, jadi tambahkan ilmu

Ayat elak sihir
~surah assaffat ayat 7 - letak tangan di dada
Wa hifzhan min kulli syaitanim maridh 3x

Kesimpulan
~ Kita wajib percaya benda ghaib
~ didik anak jgn tgk, taksub tgk cerita hantu
~ makhluk ghaib itu ada, tapi xbole memberi manfaat atau mudharat pada kita

Saturday, July 06, 2013

Perlukah Saya Merancang Keluarga?

Semua dari kita tercari-cari kaedah merancang yang selamat untuk diri masing-masing. Setiap bentuk perancang yang boleh didapati dari klinik dan farmasi selalunya mempunyai kesan sampingan. Jangan sangka saya skeptikal dengan kaedah perancang yang sering diamalkan. Jika bertanya lebih detail tentang setiap jenis pil, semuanya ada kesan sampingan.

Saya pula tidaklah merancang untuk menyekat kehamilan dan tidak pula merancang hendak beranak ramai. Hanya follow the flow sahaja. Saya pernah juga terfikir untuk mengambil Noriday. Hanya kerana saya perlukan sesuatu untuk menambah susu badan. Tapi sayang sekali saya tidak berjaya menambah susu badan dengan Noriday pun! Kesan yang saya dapat hanyalah tidak mengandung sahaja.

Memandang anak yang sedia ada yang tidaklah ramaipun sebenarnya, tetapi tetap lebih ramai dengan kawan2 saya itu, membuatkan saya rasa malu sendiri mahu beranak lagi. Ditambah dengan kehidupan yang cukup-muat sahaja menambahkan keinginan saya untuk menjarakkan anak. Namun setelah melihat ayat2 Quran dan hadis seperti di bawah :

*"“Dan tidak ada suatu binatang melata (yang hidup) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya (rahim). semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)”. (Hud: 6)"*

Sabda nabi saw:
*"“Kalau kamu berserah kepada Allah dengan tawakal yang sebenarnya tentulah Allah akan mengurniakan rezeki kepada kamu sama seperti Allah yang memberikan rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut yang kosong dan pulang ketika perut yang penuh”."*

Sabda nabi saw:
*"“Sesungguhnya malaikat (Jibril) pernah menyatakan kepadaku bahwa seseorang tidak akan sekali-kali mati melainkan telah sempurna rezeki dan ajalnya. Oleh itu bertakwalah kepada Allah dan elokkanlah dalam doa kamu. Janganlah kamu melakukan kejahatan kepada Allah lantaran rezeki yang lambat dipenuhi dari doamu. Rezeki Allah tidak akan dapat tercapai melainkan dengan melakukan ketaatan kepadaNya”."*

Tiba-tiba saya terkeliru dengan aqidah saya dimana. Sebenarnya apakah yang saya bimbangkan?

- kesihatan? Bukanlah hendak kata saya sihat sangat, tetapi sepanjang sejarah saya mengandung tidaklah pula saya mengalami alahan yang dahsyat, tiada rekod darah tinggi, kencing manis dan hanya satu iaitu hb low. Sekalipun hb low, saya masih boleh meneruskan kehamilan dan tiada rekod pitam, pening kepala berpanjangan dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah juga, semua anak saya dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

- masalah tidak sempat menjaga? Adakah saya sedang mengada-adakan alasan dengan mengatakan saya tidak sempat menjaga mereka? Seingat saya dalam seharian saya masih boleh duduk-duduk berehat. Masih ada banyak masa untuk beramah mesra dengan suami. Maksudnya saya masih ada masa untuk bersenang lenang. Jadi, betulkah saya tidak sempat menjaga? Malah Allah telah meringankan tugas saya dengan memberi anak-anak yang tidak cerewet dalam hal ehwal pemakanan, tidak pula sakit, tidak pula ketinggalan dalam pelajaran dan alhamdulillah tidak ada perangai juga. Jadi, betulkah saya tidak sempat menjaga mereka? Betulkah?

- risau tak ada rezeki? Allahuakbar. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dari rasa takut tidak mendapat rezeki darimu sepanjang hayatku ini. Suatu hari, saya duduk mengadap tab (yang juga diberi oleh seorang sahabat kepada saya - rezeki dari Allah juga kan?), terlintas untuk membuat carian perkataan 'rezeki' dalam apps AlQuran dan semenjak itu, saya menanam lebih keyakinan bahawasanya rezeki itu adalah dari Allah dan kita akan selalu mendapatkannya selama mana masih bernyawa. Sungguh, sepanjang perkahwinan dan aktiviti mengandung dan beranak yang bagaikan tidak berpenghujung ini, belum lagi ada antara kami yang mengikat perut kerana lapar. Sekalipun tiada duit di dalam tangan masih lagi dapat menjamah makanan sekadarnya. Asalkan masih ada kudrat untuk berusaha maka saya yakin rezeki itu selalu ada. Percaya dengan tidak, hanya dengan lebih kurang RM 1500-1800 sebulan, cukup untuk kami suami isteri dan 7 anak) menampung keperluan kami dan peliharaan di belakang rumah, malah boleh juga bayar hutang sedikit dari jumlah itu.

- bimbang tidak sempat melayan suami? Saya telah berbicara dengan suami, mata ke mata dan hati ke hati. Katanya, dia amat memahami seandainya saya memberi tumpuan kepada anak di kala mereka memerlukan. Sebenarnya dikebanyakan masa jika sekalipun anak merengek, mereka tidak akan merengek dengan umi, sebab umi garang x macam abah! Huhu.. Alhamdulillah mereka tak banyak ragam. Malah, mereka tidur sendiri dan sangat memahami kenapa umi dan abah tidur berasingan dengan mereka. Selebihnya, kami selalu menyusun masa tidur mereka supaya tidak tidur lewat. Kebiasaannya mereka akan tidur awal. Jadi, sebenarnya pun tiada alasan tidak sempat melayan suami itu melainkan memang malas nak layan.

- bimbang tidak sempat beribadah? Ini juga harus saya insafi diri. Sebenarnya pada kerja seharian yang dilakukan, semuanya adalah pahala. Pahala, pahala dan pahala. Selama mana saya cuba untuk ikhlas, selama mana niat saya betul dan selama mana tidak bertentangan pula dengan kehendak agama maka Allah telah berjanji untuk mengganjarkan pahala. Rugilah saya jika melupakan anak-anak hanya kerana mahu berteleku di atas sejadah sepanjang hari. Menjadi seorang ibu ini adalah lebih baik. Membaca Quran terasa lebih seronok kerana anak yang sedang disusukan juga mendengar. Mengajar alQuran pada anak yang lebih besar juga terasa lebih seronok apabila anak yang kecil tiba-tiba sahaja turut pandai mengaji. Semua kerja yang dilakukan di dalam rumah juga pasti lebih seronok jika pada masa yang sama bibir dibasahi zikir. Ya Allah, berikanlah aku lebih kesabaran.

Lalu apa lagi alasan yang boleh saya fikir untuk mengharuskan saya mengambil perancang? Ada sesetengah orang tidak risau memilih kaedah berkenaan tetapi tidak bagi saya. Allah telah berjanji akan memberi rezeki pada setiap anak yang dilahirkan malah suami saya dengan halus memberitahu bahawa Rasulullah SAW berbangga dengan umatnya yang ramai.

Saya keliru bila suami saya mengatakan, dia memilih saya kerana keturunan itu. Saya lalu bertanya, "Umi tiga beradik je?". Lalu dia beritahu, "Eh umi x ingat mak 7 beradik (dua ibu), abah 6 beradik?".

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda: 
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.

" Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam. Lagipula saya sangat risau jika tersalah mengambil pil, sudahnya susah pula lekat selepas berhenti menggunakannya. Bukan seorang dua mengalami masalah ini. Pil tidak memberi janji sebagaimana janji Allah.

Ya, saya faham ada satu lagi alasan iaitu menyusukan anak selama dua tahun. Memang saya akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh. Selepas mendapat ilmu tentang penyusuan susu ibu, sudah empat anak saya mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif pada enam bulan pertama mereka alhamdulillah. Seandainya ada cara untuk menambah susu, memang saya akan usahakan. Persoalan rezeki anak, itu saya serahkan kepada Allah.

Saya tidak mahu sama sekali mempertikai orang lain dengan tulisan ini. Terpulang pada cara fikir masing-masing. Cuma tanyalah pada diri sama ada alasan itu dibuat-buat atau memang ia adalah alasan yang dibenarkan syara. Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah.

Ini adalah cara fikir saya. Cara fikir kita mugkin tidak sama. Di dunia ini, kita sebenarnya tidak tahu sama ada timbangan amal kita lebih berat atau tidak dari kejahatan kita. Jom kita berfikir dari segenap segi untuk memberatkan timbangan amal kita.

Thursday, July 04, 2013

Kehidupan Dunia Hanyalah Sedikit

Saya menyelak buku nota saya. Ayat seterusnya untuk saya fahami adalah yg berikut :

At-Tawbah:38 - Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Sepagi tadi, sambil menggosok uniform sekolah anak, saya mendapat khabaran tentang Presiden Mesir. Lalu saya merasa lemah sendiri. Baca pula coretan isteri Presiden, dan itu menambah rusuh dihati ini.

Selepas itu memandang coretan Sheikh Yusuf AlQardawi bahawa selama 30 tahun Mesir boleh bersabar dengan Mubarak, kenapakah rakyatnya tidak boleh bersabar dengan Mursy yang baru setahun memerintah.

Dikhabarkan oleh adik seorang sahabat di UKM, rakyat tak sabar kerana tidak ada pembangunan fizikal mendadak setahun ini di Mesir. Ya, barangkali banyak masalah lain, tetapi alasan inilah yang disebut disana disini.

Seperti ubat yang masuk ke dalam badan. Pertamanya ia akan memberikan kesan krisis penyembuhan. Itu lumrah sebenarnya. Apabila kerajaan baru memerintah, pertama yang perlu dilakukan mereka adalah membetulkan kesilapan pemimpin terdahulu. Negara akan sakit seketika. Jika tidak sabar, boleh jadi kita akan fed up dengan ubat itu.

Ditambah pula, jiwa yang dahaga dengan kemewahan dan kesenangan dunia. Cuba bacalah tafsiran ayat yang saya beri itu. Allah dah beritahu kita, bahawa KESENANGAN DUNIA HANYA SEDIKIT. Ya SEDIKIT!!! Tapi kita masih terila-gilakan kesenangan yang sedikit.

Saya menangisi rasa cinta saya kepada dunia. Saya masih teringin singki yang selesa untuk bekerja di dapur. Saya masih mahu peti ais di rumah kami penuh dengan stok. Saya juga tidak sabar2 mahu menghabiskan hutang kereta Kelisa sekarang supaya dapat membeli kereta baru yang selesa untuk membawa anakanda bertujuh. Saya masih teringin mendapatkan pakaian baru sedangkan saya hanya duduk di rumah dan hanya akan memakai pakaian itu sekali sekala. Itupun masih banyak pilihan sebenarnya.

Itu hanya sedikit sebenarnya. Sedikit yang sangat sedikit. Tapi saya masih mahukannya. Beberapa hari yang lepas, saya bercerita kepada suami tentang seorang adik alhafiz yang masuk Halaqah Sentuhan Qalbu belajar di Turki.

Lalu suami bertanya, sama ada saya mahu menghantar Usamah ke Syria. Saya bertanya semula, adakah Usamah seorang? Dia menjawab mahu pergi bersama. Tiba2 jiwa perempuan saya berkata, 'nanti balik bukan seorang la tu? Maklumlah awek Syria segak2 tak macam umi'.

Lalu suami menjawab yang bila saya fahami bermaksud, sama ada dia akan balik dan tidak balik (syahid). Itu yang penting. Allah.. Seperti ditepuk dahi ini bilamana suami bercakap tentang perjuangan tetapi saya bercakap tentang dia mahu berpoligami. Keduniaan bukan? Masih bercakap tentang hak disaat perjuangan lebih diperlukan.

Lalu saya meminta untuk ikut sama. Kata suami tak boleh sebab anak2 perlukan saya disini. Lalu saya termenung. Bagaimana keadaannya kami jika benar suami saya berpeluang ke sana?

Jika selama ini saya hanya pandai mencabut bulu ayam, tugas memotong ayam adalah tugas suami. Maklum sahaja, jika yang memotong adalah saya, habis lumat tulang ayam. Itu baru bab ayam, banyak lagi bab yang saya tidak lulus.

Disini, masih sahaja pergantungan saya adalah pada suami. Bukan pada Allah sepenuhnya. Kerana cinta dunia inilah, saya menjadi malas dan lemah (kerana masih ada yang akan buat bila saya tidak buat), saya menjadi insan yang berlengah (kerana sibuk bekerja mengejar duit dan dunia sehingga lupa menunaikan ibadah untuk perbelanjaan dihari akhirat).

Allah, jika diteliti satu persatu, rasa cinta dunia yang keterlaluan ini telah membuatkan diri ini penuh dengan sifat mazmumah. Jadi, saya mengajak diri untuk cuba menjawab soalan di dalam ayat itu, adakah kita lebih suka kehidupan dunia berbanding akhirat?

Wednesday, July 03, 2013

Akhlak Dalam Bersosial : Nota Tanyalah Ustaz

Soalan : Apa kepentingan akhlak?
- Allah menilai kita dgn akhlak kita
- kita akan dibangkitkan dgn amal kita
- untuk membina hubungan dengan manusia
- akhlak adalah sendi kehidupan. Imam qurtubi kata akhlak adalah nadi dan jantung kpd kita.

Soalan : Bagaimana caranya menjadi manusia yang berakhlak?
- akhlak terbina dengan kita belajar. Susah jadi baik kalau kita xbelajar. Kita x menderma kalau kita xbelajar kebaikan menderma.
- seorang itu ikut agama kawannya. Kita akan berakhlak jika kawan berakhlak
- mengamalkan apa yang kita belajar. Manusia bermula dengan faham dan seterusnya perbuatan.

Soalan : Apa perkaitan antara akhlak, bersosial dan ajaran Islam?
- 3 tonggak besar dalam Islam iaitu aqidah, akhlak dan syariat
- kalau hidup dengan aqidah, takde akhlak maka aqidah pun akan gugur.
- xmungkin kita hidup berseorangan
- Nabi kata xsempurna jika kita xsayang orang sebagaimana kita sayang diri sendiri
- jadi xboleh biadab dgn org supaya org menghormati kita semula.

Soalan : Apakah adab di dalam majlis?
- cth majlis pertunangan dan perkahwinan sepatutnya Islamik sbb itu adalah majlis ibadah.
- kita mesti ikut agama, jgn pakai pakaian yg keterlaluan
- Nabi kata, sebaik majlis adalah majlis yang ada keluasan iaitu keluasan dgn agama spt asing lelaki perempuan
- jgn buat program yg langgar syara

Soalan : Ketika dalam majlis, bagaimana nilai yg patut dijaga dalam pakaian?
- pakaian yg menutup aurat WAJIB
- pemakaian yg logik dan sesuai
- janganlah tidak bergosok dan berbau
- cantik dlm syariat adalah memenuhi tuntutan agama dan tidak membawa masalah pd org.

Soalan : Apakah adab dalam pergaulan?
- Sabda Nabi barangsiapa yg beriman kpd Allah dan Akhirat hendaklah berkata yang baik
- kalau rasa nak marah, ngumpat, mencaci elok diam aje
- jgn cederakan orang lain dengan kata2
- kita jgn mematikan kata2 org (menyampuk)
- jgn ckp benda yg haram
- cakap benda yg memberi pahala
- gembira dengan kawan yg bercakap benda yang baik

Soalan : Kewajipan orang yang bercakap dan orang yang mendengar
- dengar betul2 orang cakap dulu
- jawab jika disoal, tunaikan permintaan

Bersederhana Dalam Berubat

Bismillah,

Maha suci Allah yang telah membangkitkan lagi kami hari ini. Sepagi-pagi ini terasa hendak menulis sepatah dua. Sekadar memberi ingatan buat diri sendiri.

Beberapa kontroversi berkenaan perubatan telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Ada pihak yang terlampau taksub dengan natural remedy dan menolak bulat-bulat perubatan moden. Ada pula yang taksub dengan perubatan moden sehingga terlupa kepada perubatan yang dianjurkan Nabi.

Saya? Saya memilih untuk bersederhana di sana dan bersederhana juga di sini. Saya terima keduanya (perubatan moden dan atural remedy) dan menerima sebulat-bulatnya perubatan yang dianjurkan Nabi tercinta.

Bulatnya dimana? Bulat nya adalah pada habbatus sauda, madu dan bekam. Hakikat kini, setiap ibu bapa hampir menghafal nama ubat yang sesuai jika anak demam, batuk dan selsema sekurang-kurangnya. Malah penyakit yang selain dari itu juga pasti ada yang menghafalnya. Sebut nama ubat, bagaikan doktir kita tahu nama ubatnya.

Buka peti ais, satu compartment akan terisi penuh ubat farmasi/klinik/hospital (peti ais saya) sebagai persediaan jika anak atau diri sendiri sakit. Saya sendiri ada menyimpan magnesium trisilicate bimbang gastrik mahu menyerang.

Lalu terlintas, eh... Serasanya ada yang lebih penting ditunjukkan Nabi kita yakni habbatus sauda dan madu. Mana letaknya bahan asas perubatan ini? Allah.. Terlalu banyak di dalam ayat alQuran dan hadis yang menyatakan faedah mengamalkannya.

Ditambah pula kajian manusia sendiri berkenaan superfood ini. Kita tahu, tapi dimana letaknya superfood itu didala rumah? Suplemen kita boleh beli bilamana sahabat kita mengusulkannya kepada kita tetapi apa yang Nabi promote/usulkan? Tidak terbeli!

Lalu dimana aqidah kita? Percaya pada kawan sanggup membeli by pos, by hand, dan bermacam cara. Tapi yang Nabi beritahu? Kita beralasan susah mencari yang asli. Owh, suplemen dan ubat yang tidak asli (ada bahan kimia, pengawet dan dadah) boleh pulak? Huhhh...

Malah, selain dari tidak menyipan stok perkara itu, kita juga tidak menjaga amanah tubuh yag diberikan Allah kepada kita. Sewenangnya kita melantak apa saja yang ada didepan mata. Sewenangnya kita mengabaikan masa rehat. Sewenangnya kita menjauhi ibadat. Allahu Allah! Cara hidup Islam itu sendiri sebenarnya boleh membawa kita jauh dari penyakit. Tapi kita sombong, mengamalkan Isla separuh sahaja.

Tidak, saya bukan berkata kepada orang lain. Ini buat diri saya juga. Tapi saya juga patut mengajak kawan2 yang saya sayangi yang berjawatan doktor dan berjawatan ibu dan bapa.

Pernahkah kita mengusulkan kepada pesakit dan anak kita berkenaan madu dan habbatus sauda? Pernahkah kita paksa pesakit kita berbekam lebih dari mengusulkan mereka menjalani pembedahan yang lukanya lebih makan dalam? Pernahkah pula kita menyebut kepada sahabat kita itu, yang merawat penyakit mereka itu adalah Allah, bukan saya?

Cakap memang senang Pijah, cakap memang senang, kamu hanya menulis tetapi sahabat mu perlu berkata empat mata pada pesakit mereka. Lalu saya berfikiran, semoga dengan saya memberitahu, mahulah mereka berusaha. Seandainya tidak, maka saya serahkan ini kepada Allah.

Apa yang mereka lakukan amat tepat sebenarnya, cuma mahu berkongsi cara perubatan yang lebih tepat lagi kerana Rasulullah sgt sayangkan kita dengan memberi petua ini. Kitalah sahaja yang tidak mahu memanjangkan hadis dari baginda.

Ash-Shūraá:48 - Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia bergembira dengannya; dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.

Yūsuf:103 - Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).