Wednesday, November 05, 2014

Doa Mencari Ilham

Sori gambo gelap tangkap dlm kelambu..

Harini minta anak2 hafal doa minta ilham yang baik beserta maknanya..

Tujuannya :
- direct : hafal doa semoga mereka tahu doa itu
- indirect : supaya mereka kenal makna kalimah demi kalimah..

Kaedahnya :
Suruh mereka sebut doa penuh dahulu dan kemudia sebut satu perkataan demi satu perkataan dan maknanya sekali.
Allahumma : Ya Allah Ya Tuhanku
Alhimni : ilhamkan daku
Rusydi : petunjuk kecerdasan
Wa : dan
A'izhni : lindungilah aku
Min : daripada
Syarri : kejahatan
Nafsi : nafsuku

Manfaat :
- anak2 tahu lagi satu doa.. (erk lupa plak nk bgtau diorg doa ni bole baca kalau takde idea ke pape - ok to do list masa tasmi' esok insya Allah)
- anak2 dapat mufradat serba sedikit oleh ostajah umi huahua.. bukan anak je dapat hafal makna.. uminya juga tumpang sama ;)

Sbnrnya ni adalah bahagian zauji utk ajar. Sbb ai ambil subjek akademik dan zauji ambil bab agama dan arab. Tapi sbb kami baru start nak #homeschool so ai tolong cover je mana yang terdaya.

Oh ye.. anak2 ada buat nota sikit based on this doa.. kalau teringat later insya Allah will share btk nota diorg buat tu eh ♡♡

Alfatihah Buat Tokki

Alhamdulillah hari ni berlalu dengan baik. Kalau ada huru hara pun sedikit sahaja. Hari pertama semuanya masih semangat mempraktikkan apa yang baru diperkatakan semalam.

Selepas maghrib tadi kami dah bahagi2kan sticker. Panjang lagu Ahmadi dengan Iman sebab mereka xdapat sticker sebanyak abang dan kakak mereka huhu..

Uwaiys hanya menulis tiga kebaikan. Umi yang lebih2 sedih. Dia relax aje. Selepas yang lain bersurai saya mendekati Uwaiys. Saya menyapu2 belakang badan Uwaiys dan ajak dia bersembang.

Umi : Umi tau je Uwaiys buat banyak benda baik hari ni. Kenapa Uwaiys tak tulis?
Uwaiys : (dia senyum je, xnampak dia terkilan pun) Hehe.. Uwaiys tak sempat. Tapi banyak je yang Uwaiys dah buat.
Umi : Takpe.. tak tulis pun xpe. Uwaiys tahu tak kiri kanan Uwaiys ni ada malaikat yang jaga Uwaiys yang sentiasa catit kebaikan yang Uwaiys. Umi bagi sticker nanti sticker tu boleh hilang, boleh rosak tapi kalau Allah bagi pahala, pahala tu boleh tolong Uwaiys masuk syurga. Uwaiys lebih ikhlas buat sesuatu kebaikan kalau tak tulis..
Uwaiys : (sengih lagi.... umi berair mata sebab anak yang seorang ini memang special sikit cara dia)
Umi : Nanti Uwaiys cubalah tulis apa yang Uwaiys buat ye.. nanti umi belanja Uwaiys sticker lagi..

Kelihatannya dia memang buat kebaikan tanpa berharap nak dapat sticker. Satu kualiti yang kami dapat kesan dan boleh dikembangkan nanti. Insya Allah Uwaiys akan membesar menjadi hamba Allah yang humble merendah diri.

Di sini saya sertakan tulisan Usamah yang paling menyentuh hati. Terus bergenang airmata selepas mengintai no 14 pada buku catatan Usamah. Saya bertanya kepada zauji sama ada dia ada menyuruh anak2 berbuat demikian hari ini, zauji kata tak.

Semoga arwah abah tenang dialam sana. Insya Allah zuriat abah akan selalu mendoakan abah tenang dan bahagia di alam sana.

#homeschool

Wujudkan Keakraban Dengan Pasangan

Bismillah,

Ntah kenapa sehari dua ini bila tangan saya secara random mengambil buku mesti ia adalah berkaitan cinta. Buku pertama yang saya terpegang adalah Gejolak Cinta. Yang horrornya saya baca bermuka-mukasurat pun tak juga faham. Haih..

Zauji siap sound, "Apsal ni umi buku gini baca dek anak kang?".. lalu saya tunjuk mukasurat2 di dalamnya yang penuh dengan madah pujangga ahli falsafah arab dan ayat Quran serta hadis dan dia pun respon, "Oh.. ingatkan novel merapu".. haha..

Letih baca tapi tak faham maka saya tarik buku lain. Boleh pulak yang keluarnya adalah '77 Tip Melembutkan Hati Lelaki'. Jenuh pula berfikir masa mana la beli buku gini ni haha.. lalu belek nota2 tertulis dalam tu macam bukan tulisan sendiri.

Kemudian barulah teringat barangkali ini buku yang dikidnep dari rumah mak. Kiranya bukan saya yang beli tapi memang berniat nak baca pun hehe.. sebab tu kidnep kuikui..

Dan kejadian yg sama menimpa lagi. Lepas 2 bab baca boleh pulak xdapat tangkap any points. Hamboi dasat sangat pemahaman kamu Pijah. Ni fail BM ke fail bab cinta hahaha... tapi gigih la baca sampai bab 3 dan YES (genggam tangan sambil menghunjam siku ke bawah) baru dapat satu point kuikui... hazab bebeno ye nak memaham bab ni hahaaha...

Ok sikit je la nak share ape penulis cakap. Dia suruh recall balik macam mana cara kita dan pasangan tertarik antara satu sama lain suatu masa dulu dan ulang lakukannya. Lalu saya pun trylah recall ape yang buat saya tertarik sama zauji ku. Hikhik...

Recall punya recall pun blurr jugak. Sebabnya dia tetiba je call tanya nak mintak saya (sblm tu ekceli dah kenal tp xde la rapat dan xde bunga2 ngorat pun). Saya tersenyap kemudian dengan machonya cakap kalau nak mintak saya, kena mintak dari mak abah saya. Maka proses itu pun bermula.

Pun tiada komunikasi antara kami. Tapi abah adalah cerita pihak lelaki call abah. Malah, ada pulak pihak lelaki hantar wakil skodeng saya di tempat kerja dalam keadaan saya tak tau mereka siapa. Sabo je la.. apa aku merepek time tu pun xtau la huhu..

Sampai seminggu sebelum nikah pun tak ada komunikasi. Zauji contact saya masa betul2 nak tanya nak minta saya tu je la. Ada juga beberapa mesej dan email tapi nadanya flat. Takde nampak macam nak mengorat pun gayanya.

Sampai kawan saya yang temankan saya beberapa hari sebelum nikah naik geram sebab semua soalan dia saya jawab dengan jawapan 'tak tahu'. Bila dah kena marah baru la tau 'oi parahnya diriku yang selamba buat derk je buat tak kisah perihal calon'.

Lalu apa yang buat rasa tertarik tu? Daripada takde langsung maka saya rasa sebab email dan chit chat yang flat tu je lah kot daya penarik yang ada. Maka saya dan zauji kena suburkanlah semula main balas2 mesej tapi volumenya kena lagi kuat dari sebelum kawin.

Cuma ada halanganlah sikit. Zauji dia bukan lekat sangat dengan telefon. Sebab dia kerja keliling rumah aje. Dia gi potong rumput ke bagi makan lembu ke telefon ada kat rumah. So kalau saya hantar mesej ek eleh bunyi telefon dia sebelah kita je huhu.. xsaspen langsung rasanya.

Dan kalau la dia angkut telefon dia kesana kesini sampai ke kandang lembu, nanti saya plak yang jadi syak yang bukan2 apsal yang sampai tak boleh berenggang dengan telefon. Adoi... apa pun tak boleh! Hahaha...

So cara lain yang boleh buat adalah hantar mesej time dia xde dirumah. Haha.. tapi adoihai.. part ni lagi la lawak. Dah dia keluar rumah tu sebab kalau ada urusan yang mendesak sangat barula dia keluar. Maka responnya pun lambat lah.

Bila respon lambat, kita yang kat rumah beria menanti mesej masuk ni mula la nak fikir bukan2. Nak pulak anak tolong masukkan pakej mengamuk ke buat hal.. hoho.. hangin boleh naik dengan mudah hewhew..

Mula la hantar mesej berbau sindiran tajam, "Abg ni.. tak balas mesej orang macam ada orang perempuan sebelah abang yang abang nak jaga sangat hati dia!" Hoho.. lepas hantar mesej tu baru tertelan air liur sbb terfikir, alamak.. kalau betul huaaaa boleh berdarah airmataku wuwuuu...

Cepat2 istighfar, selawat dan zikir balik... zauji bukan xtau yang saya naik hangin tu pasal tgk kebun ku tunggang langgang selepas berbulan2 xde sape uruskan dek kesihatan ku yang tidak mengizinkan. Mujurlah dia tidak tenggelam dalam emosi yang sama huhu..

Dah dia balik rumah, dengar suara dia terus saya tersengih2 seorang diri di dapur fikir apela aku nk buat ni dah tadi gatai sangat melaser secukup rasa. Elok pulak tengah tersengih tu dia datang duduk depan kita betul2.

Huaaa.. takkan tengah sengih tiba2 nak masamkan balik muka? Hadoilah.. maka terus la sembang buat macam xde pape berlaku. Siap sound la nape yang tak balas mesej balik cepat2. Kan tak pasal2 kena serang?

Huhuhu.. sebbaik la boleh gelak2 balik mengenangkan kebodohan yang berlaku sebelum itu. Kalau kena boikot sebulan tak ke naya? Bukan laki bini je naya, pasti anak2 pun akan menjadi mangsa huhuhu..

Maka saya rasa komunikasi dalam talian memang boleh digunakan bagi menghubungkan rasa kasih antara suami dan isteri. Tapi kena carilah ayat2 ala2 nak mengorat antara satu sama lain tu. Jangan sampai komunikasi antara kita dan pasangan kita ni hilang sehingga kemudiannya kita dan pasangan kita mencari orang lain untuk menggantikan peranan kita.

Daripada orang lain yang mesej suami kita, lebih baiklah kita yang memenuhi kekosongan itu. Bukan orang lainpun nak bermanja2 kan? Dan yang penting kita boleh mengelakkan daripada maksiat seandainya komunikasi berlaku dengan bukan mahram.

Cumanya, andai berlaku kelewatan respon daripada pihak pasangan maka jangan cepat panas hati. Waktu macam tu lah nak praktikkan sabar dan baik sangka sesama kita. Kalau tersilap serang dan buat pasangan kita tu tak boleh cool juga memang boleh jadi gaduh xpepasal.

Malah pihak yang kena serang pun kena kawal emosi. Kena cepat2 kawtim dengan api yang sedang terbakar tu. Jangan la pergi simbah minyak pula kalau dah jadi gitu. Nanti dua2 rentung tak ke naya?

Juga, kalau boleh la.. silalah respon pasangan kita punya mesej dengan segera. Kalau bizi sangat balaslah sepatah dua kata bgtau kita sedang bizi. Barulah pasangan yang menunggu tu tak keluarkan hipotesis yang bukan2. Huhuhu..

Begitulah proses komunikasi suami isteri. Ini kami yang memang selalu bersama. Kalau yang kerja di pejabat berasingan pun boleh saling hantar mesej sembang2 ringan. Update bgtau sedang buat apa. Apatah pula pasangan PJJ. Seorang Utara seorang Selatan. Maka silalah berkomunikasi dengan rancak.

Sebab masa awal2 kenal dulu rajin berbalas mesej, rajin tulis surat, rajin hantar email. Alih2 dah kawin hilang habis semua tu. Maka rasa tertarik menarik antara pasangan tu akan berkuranglah jawabnya.

Alah zaman sekarang bukan payah pun nak cari bahan nak mesej. Guna je google nak cari gambar dengan madah romantik2, atau cari kisah Rasulullah dengan isteri baginda atau cari artikel yang menarik untuk dikongsi bersama.

Banyak benda boleh dijadikan bahan diskusi suami isteri. Jangan pernah rasa kekok untuk mengajak pasangan berbincang tentang sesuatu. Kita dan dia adalah saling melengkapi maka manfaatkanlah si dia untuk mendapat semangat, ilham atau idea baru.

Oit.. tunggu ape lagi? Meh mesej pasangan memasing meh.. :p

*eh pastikan yang dah nikah ye.

Idris Islamic International School

Beberapa hari lepas ada slot ini di TV1. Tajuknya Homeschool : Benarkah Alternatif Bagi Ibu Bapa

Huaa.. dah agak lama juga saya off wayar tv maka memang xalert lah rancangan apa yang ada di sana. Dapat tahu ada slot ini pun sebab ada sebaran di grup whatsapp homeschool kami. Maka saya tidak tengok dengan mata kepala saya sendiri apa ceritanya..

Cuma jika boleh saya ceritakan sedikit apa yang menjadi perbincangan disitu..

Host tanya kepada datin tak mengapakah anak2 hs ni tak bergaul dengan orang?
Datin itu menjawab mereka akan bergaul dengan orang dengan membawa mereka ke masjid dan surau, pergi ke tempat seperti zoo dan pantai, menyertai aktiviti rehlah anjuran badan2 tertentu, ziarah dan pertemuan ahli keluarga  dan banyak lagi.
Malah anak yang hs akan mempunyai social skill yang lebih luas sebab mereka tidak hanya berinteraksi dengan manusia tetapi juga dengan haiwan dan alam persekitaran.

Kemudian sahabat kami Dr Siti menyambung bahawa yg kecil, belum mencapai umur sekolah, kita sebut early education at home jika di rumah. Bila dah umur sekolah, baru dinamakan homeschool. Malah dia tak tahu macam mana sekolah boleh adapt homeschool system, sebab x boleh sama.

Barangkali konsep sekolah datin itu private school with different syllabus sahaja kerana we are not sure about this school, kalau ada classroom dan penuh budak, kemudian cikgu depan ajar -is not homeschool. Ramai yg x faham apa itu homeschool. Private school is not a homeschool.

Dia dpt idea bila dia tgk anak2 dia buat benda yg dia suka n minat. Yes hs bkn nk implement kat school wpun private school. Plus primary school dia baru nak start. Datin ckp tadi, kalau budak2 mai sekolah, depa rasa homely gitu. Hehehe..

Sebenarnya, homeschool is all about love, connections and nuturing ones potential. Homely without mom, we dont know how homely it would be. Maybe she just have diff ways to convey the love. Mungkin founder tu nk promote school dia yg eco friendly bila dtg school x mcm g school tp mcm di rumah sndiri.

Homeschool is special..unique to every family...siapa yg buat fulltime..akan faham..x boleh nk banding pun kita punya homeschool dgn member punya..its just amazing :-)...
**************

Bermakna pendekatan #homeschool kini bukan lagi pergerakan underground. Malah dah masuk dalam media2 dah berkenaan pendekatan ini. Cuma sahaja masyarakat boleh terima sistem ini atau tidak dan sama ada ibubapa boleh membawa sistem ini atau tidak sahaja.

Sekalipun kita tak fully homeschool anak2 kita.. janganlah kita hilangkan peranan asal kita ibu bapa untuk sekolahkan anak2. Jom!!

Bedtime Story : Kisah Nabi Zakaria

Bedtime story semalam

Alkisah umi ngantuk. Siangnya jenuh melipat kain yang dah berzaman tak dilipat. Sampai lembik2 rasa badan huhu.. dah terlelap pun seminit dua sementara anak2 solat isya. Tapi terjaga semula bila anak2 tanya, 'umi arini nak cerita apa?'.

Huhu.. ikutkan tu maleh nak segarkan mata sbb dah ngantuk sangat.. tapi mengenangkan simpulan bahasa hangat2 tahi ayam maka gigih juga lah bangun sebab taknak tergolong dalam golongan tahi ayam. Awal2 je buat lps tu peh... huhu.. dah la xplan so selak je apa yang boleh..

Sebesar-besar harapan

Ia adalah berkenaan kisah Nabi Zakaria yang giat berdakwah namun tidak mendapat sambutan dari kaumnya. Lebih menyedihkan, Nabi Zakaria tidak mempunyai anak.

Lalu Nabi Zakaria berdoa dengan doa 'la tazarni fardan wa anta khairul warisin' (Al Anbiya : 89-90) dan tidak lama selepas tu Allah menurunkan tanda Nabi Zakaria tidak dapat bercakap selama 3 hari (Ali Imran 40-41).

Maha suci Allah. Sekalipun Nabi Zakaria sudah tua dan isterinya mandul tetapi ikhtiar berdoa itu dikabulkan Allah. Maka apakah yang mustahil bagi Allah? Hanya mental block kita sahaja.

Sebenarnya doa Nabi Zakaria ni menjadi amalan saya sari bujang lagi. Lalu saya cerita kepada anak2 yang saya berdoa dengan doa ini dari umur remaja. Dan alhamdulillah sekalipun kurus keding tapi 7 anak syurga dah dapat dilahirkan.

Maka excitedlah anak2 nak hafal dan amal doa yang sama.. kihkih.. umi umur remaja baru mula baca sampai sekarang dah dapat 7 anak. Kalau anak2 dari sekolah rendah baca huhuiii berapa tu agaknya cucu umi nanti kekeke...

Bila disebut nama2 surah al Anbiya dan Ali Imran maka mereka sibuk nak buka tafsir. Lalu baca dari situ bersama2. Anak2 suka bila baca tafsir perkata. Mereka boleh faham makna setiap perkataan.

Ada beberapa persoalan yang anak timbulkan seperti 'macam mana Nabi Zakaria tak boleh bercakap tu?'.. alahai.. ilmu umi rendah.. bab ni patut abah yg cover. Jadi suruh anak2 tanya abah aje nanti..

Dan bila melihat senarai nama surah, anak2 juga tanya bagaimana nak hafal nama surah tu? Umi pun try la pasang suara nak nyanyi tapi fail haha.. so anak2 request makcik Safinaz Yusuf nyanyikan nanti diorg nk ikut kikiki... dah ade peminat macik kita sorg ni haha..

So ibu2 atau bapa2.. seeloknya biar ada tafsir per kata dalam rumah masing2. Kalau xtau nak cari mana no worry.. saya ada jual Tafsir Al Fateh kikiki

Sms/whatsapp sahaja je 0199515058 atau 01992350558

Biskut walnut chia seed

Biskut walnut chia seed

Bahan
Bahan asal 》bahan derhaka

6oz gula halus 》200g gula perang sihat2u
8 oz mentega 》250g butter Beqa
12 oz tepung naik sendiri 》400g tepung atta
3 biji kuning telur 》2 biji telur itik
1/2 cawan serbuk kacang walnut (saya beli kacang walnut organik dan tumbuk jadi serbuk)
》》 saya tambah chia seed sesudu besar

Cara membuat :
1. Kacau Beqa, telur dengan gula perang sehingga kembang (saya guna food processor yang piring ketak2 tu)
2. Kemudian masukkan chia seed tepung atta dan serbuk kacang walnut dan diuli sehingga sebati.
3. Tekap dengan acuan. Boleh letak hiasan ikut suka. Kismis, kurma, walnut, cip coklat atau apa sahaja yang kalian suka.

Masa buat dalam setengah jam
Masa makan takdan 5 minit kakaka..
Maklumlah 7 anak plus 2 makpak
Berebut2 weols makan haha..

Susah nak cari serbuk walnut. Sepuluh kali pergi Mydin takde jugak so bila jumpa walnut organic Himalaya saya beli terus. Tumbuk plak dalam lesung bekas tumbuk kunyit maka kuninglah serbuk walnut ku. Lupa nak tangkap gambar walnut yang fail tu hahaha..

Ai bakar dalam pemanggang ajaib separuh dan separuh lagi dalam oven. Pemanggang ajaib api slow dalam 10-15 minit dan guna oven guna suhu 200° dalam 15 minit.

Bedtime Story : Nabi Muhammad Insan Mulia

Bedtime story for today
Sekalipun bedtime story, ai buat lps Maghrib sbb nak suruh anak2 tidur very soon after solat isya hehe.. tangkap satu majalah dan baca.

Nabi Muhammad insan mulia

Kaedah :
Umi baca perenggan demi perenggan dan setiap kali habis satu perenggan atau ayat tertentu umi akan elaborate more atau tambah isi yang patut. Habis baca minta anak buat kesimpulan dan ini antara yg mereka ingat :
- gelaran Rasulullah s.a.w adalah al Amin
- Rasulullah sentiasa senyum walau diuji dengan macam2
- Rasulullah sll mendahulukan yang kanan dalam perbuatan
- jika sayang Rasulullah kena ikut dan baca alQuran (al Luqman : 31)
- nama ibu, ayah dan ibu susuan Rasulullah s.a.w

Menyentuh mengenai ibu susuan, maka dapatlah pula umi ceritakan kepada anak2 betapa pentingnya beri seseorang bayi itu dengan susu ibu. Jika tak cukup susu sendiri maka ada baiknya cari ibu susuan untuk memenuhi keperluan seorang bayi.

Lalu terjadi sedikit persoalan :
Usamah : Habis tak boleh ke bagi susu tepung tu je?
Umi : Susu tu banyak mudharat dari manfaat la Usamah (lalu terpaksa buka cerita dulu Asmaa', Usamah dan Uwaiys umi tak berjaya beri susu eksklusif  6 bln pertama dan anak2 jadi kuat nangis, kencing banyak, kuat nangis dan kuat muntah juga - kemudian cerita pula minta mereka fikir betapa dahsyatnya dr susu yg berbetuk cecair boleh jadi serbuk pula)
Usamah : Tapi susu tu sedap
Umi : (mula buka ceramah pasal keburukan gula putih yang ada dalam susu formula tu)

Wah tak sangka rupanya dalam kita bercerita tentang sirah Nabi pun rupanya kita boleh bercerita tentang kesihatan (bab susu), psikologi dan akhlak (sifat Nabi yang sangat baik walaupun disakiti) dan macam2 benda lagi.

Bila tiba part mengenai apa yang kita perlu buat untuk membuktikan sayang kepada Nabi, Asmaa' juga teringat ustazah di sekolahnya ajar berkenaan taat Rasul bereti taat Allah seperti dalam surah Luqman ayat 31. Menariknya rupanya keratan yang saya baca memang mention ayat yang sama..

Maka insya Allah, esok bolehlah ajar anak hafal dalil ayat Quran ini pula.. kita cuba je lah.. semoga anak2 dapat buat pegangan dan amalan dalam kehidupan mereka. Ameen..

#homeschool

Resepi Dondang Daging

Dondang daging (bahahaha...)

Ni lagi satu resepi sesat barat kikiki..

Nak buat dendeng end up jadi dondang hoho..

Bahan :
Daging

Kisar :
Bawang merah
Halia
Asam jawa
Ketumbar
Serbuk kari daging

Cara :
1. Potong daging
2. Perap dalam bahan yang telah dikisar dalam sejam
3. (Sepatutnya elok dijemur biar kering dan kemudian goreng) - tapi ai xdan..
4. So ai letak minyak sikit dalam pemanggang ajaib dan kemudian masukkan daging dan bahan perap sekali. Tutup pemanggang ajaib dan pergi lepak sekejap.
Bila dah agak dah empuk masukkan garam dan habbatussauda...

Resipi sesat pun layan weih haha.. ntah macam mana sebenarnya rasa dendeng eh? Kiki...

Cepat je masak daging pakai pemanggang ajaib hehe..

Uji Keaslian Madu Dengan Telur, Bolehkah??

Bismillah,

Selepas berhari2 bertungkus lumus botolkan madu sampai tak dan nak promote, arini saya nak share sikit lagi info berkenaan madu. Ada setengah orang pilih untuk test madu dengan telur mentah. Kalau jadi setengah masak maka itu telur asli.

So sekarang saya nak cerita. Masa saya sakit penghujung tahun lalu, selalu juga saya campurkan telur ayam kampung dalam madu yang suami kutip dari sarang. Hairannya tak jadi pun telur setengah masaknya. Kalau jadi pun sikit sangat aje. Huhu.. lalu saya konpius..
Then zauji kata memang nak tentukan asli atau tidak adalah dengan hantar lab sahaja. Atau kita sendiri pandai rasa di tekak kita ni. Itu sahaja cara yang ada. Jadi saya tanya macam mana boleh ada madu yang buat telur mentah menjadi setengah masak.

Dan ini jawapannya :

Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!

Letihkan kalau ada yang suka menipu. Sudahlah madu ada tercatat dalam Quran dan hadis. Kalau sampai mendatangkan mudharat ia boleh memberi fitnah kepada makanan sunnah ni. :(

Tuesday, November 04, 2014

Uwaiys diserang obor-obor : Cara Rawatan

Kejadian saspen telah berlaku masa kami ke pantai

Sebenarnya memula kena bukan teruk terus. Usamah kena dekat kaki dan perut. Then Ahmadan macam kena dihujung jari kaki. Tapi Usamah tak nangis. Ahmadan plak nangis kejap aje.. sekali bila Uwaiys kena huiiiii naik biru kepala umi kepanikan.

Kami memang nampak dah beberapa obor2 terdampar di gigi laut. Sudah pesan supaya anak2 hati2 sebab obor2 ada karan (ke ai bagi ajaran sesat? Huhu). Tapinya obor2 digigi laut senang nampak. Tak seperti obor2 yang di dalam air. Ia kelabu2 asap gitu..

Once Uwaiys meraung cepat2 lambai zauji dari kereta. Dia pun lari2 dtg kat kami dan akhirnya dia papah bawa Uwaiys ke kereta. Mula la menyesal tak bawa alat bekam, madu dan habbatussauda huaaaa...

Lepas tu call kawan2 yang doktor. Tak angkat!! Maka menggigil buka grup whatsapp geng Jelitawan Organik. Diorang suggest beberapa idea
1. Air kelapa
2. Air kencing (erk..) - zauji pun ada dengar nelayan bagitau kalau kena sengat ikan letak air kencing
3. Cuka

Disebabkan duduk tepi pantai takde cuka dan kelapa maka kekdahnya terpaksa kerah la yang ada untuk kencing. Huuhuhu dapatla sikit. Xleh fikir dah kaedah lain nak buat masa kecemasan.

Uwaiys meraung tak hingat masa tu. Memang jantung berdebar gila. Suruh anak2 naik bonet tak sempat dah nak tukar baju basah. Zauji bawa je kereta cari rumah yang rasanya munasabah nak singgah nak minta air kelapa.

So singgah satu rumah, tuan dia sedang bersihkan diri agaknya baru balik berkebun. Dia kata sakit tu budak kena. Suruh gi klinik cepat2. Dan tiba2 datang seorang penduduk kampung lagi dia kata, "Ni kalau orang sini tak sapu apa dah kalau kena.. pakai lok (abai) gitu aje.. tp org luar kena kot comor minyak gamat ke gapo".

Then zauji tanya kot tuan rumah ada madu dan alhamdulillah ada! So sapu la madu keliling kaki dia yang sakit. Eh sebelum tu mandikan dia dulu. Maklumlah tadi dah kena air najis kan wuwuuu..

Sapu madu dan kemudian suruh Uwaiys zikir minta ampun dari Allah. Macam selalu dia ikut aje.. sementara tu anak2 yang lain pun tumpang mandi siap tuan rumah jamu air bila dia tengok kaki Uwaiys takde naik merah2 -menandakan tak teruk. Dia ada naik macam kelopak garam tu aje masa tu. Tapi dah sapu madu terus nampak surut dah.

Bunyi tangisan Uwaiys pun berkurang. Dia ada menangis lagi lepas tu tapi nangis sebab tak nak dibawa ke klinik bimbang doktor potong kaki. Hahaha.. sabo je la. Dan kemudian dia ikut terlena dengan yang lain.

Masa di rumah orang tu saya google sikit dan ada yang suruh cek kot ada nampak nematosit pada kulit kawasan kena obor2 tu. Zauji cek tengok alhamdulillah nampak macam tak ada. Dan yang paling lawak adalah air kencing tu kiki.. huahua.. lenkali jgn diletak air kencing kikiki.. haih memang pengalaman sungguh la..

Kes Uwaiys ni kami yakin tak teruk cuma sebab aksi Uwaiys yang selalu propa maka memang kita makpak ni bole diserang panik. Sebenarnya apa2 hal kecemasan pun the first thing we must settle is control panic tu la.

Sampai je rumah dia dah boleh jalan macam biasa alhamdulillah. Siap boleh sembang..

Uwaiys : Abah lain kali kita gi pantai lainlah. Pantai ni banyak obor2
Abah : Eh lain kali Uwaiys tak payah la turun mandi pantai
Uwaiys : Alaaaa... Uwaiys nak jugak mandi pantai

Hadoi, tak serik tu hahaha.. sabo je la..

Kepada kalian, lain kali nak kepantai kena prepare benda yang dinyatakan dalam artikel yang saya copy dr google dibawah. Tapi yang pentingnya elok kena ada alat bekam, habbatussauda dan madu untuk kegunaan masa kecemasan. Ni yang paling penting mesti ada dalam emergency box.

Cuka boleh bantu reda kesakitan
August 24, 2013

KUALA LUMPUR - "Satu ketika anda ketawa gembira bermain dalam air dan seketika kemudian anda kemungkinan menjerit kesakitan seperti ada bara api di kaki anda.
  
"Hakikatnya anda telah disengat obor-obor," jelas seorang penyelam skuba veteran Steven Martyn yang ditemui di sebuah hospital di sini.
  
Apa yang anda perlu buat?
  
Menurut Martyn, terdapat beberapa perkara penting mangsa sengatan obor-obor boleh lakukan tetapi yang paling utama ialah individu berkenaan tidak panik.
 
Merawat Sengatan

Bagi seseorang yang menjadi mangsa, setelah menyedari terkena sengat, reaksi pertama si mangsa adalah 'menepis dan menolak' sesungut obor-obor yang melekat itu dan menggosok-gosok tempat sengatan.
  
"Ini hanya boleh mencetuskan nematocysts yang melekat di kulit daripada menambahkan sengatan serta mengeluarkan racun," jelas Martyn.
  
Menurut satu artikel dari eMedicine yang terdapat di Internet, racun daripada sengatan obor-obor adalah kompleks kandungannya dan kebanyakannya tidak diketahui.
  
Pakar-pakar mengatakan ada tiga tindakbalas yang boleh muncul daripada sengatan obor-obor.
  
"Satu ialah reaksi alergi yang spontan, keduanya adalah reaksi alergi yang lambat dan ketiga, reaksi toksik," jelas mereka.
 
Lindung Daripada Kecederaan Lanjut
 
Martyn, yang berkelulusan sarjana dalam biologi marin, menjelaskan bahawa mereka yamg memberi bantuan kecemasan mestilah melindungi diri mereka dan mangsa daripada kecederaan lanjut dengan tidak mengaktifkan saki-baki sesungut yang melekat di kulit mangsa.

Ini boleh dilakukan dengan mengguna asid asetik yang mempunyai kekuatan 4-6 peratus atau lebih dikenali sebagai cuka makan bagi sekurang-kurangnya 30 saat.

"Sebanyak 30 minit disyorkan. Bagi larutan alternatif jika tiada cuka makan, minuman bergas seperti Coca-cola atau air panas boleh digunakan.
  
"Jangan guna alkohol, minuman keras atau air kencing seperti yang disyorkan oleh beberapa pihak," kata beliau.
  
Martyn menjelaskan bahawa cuka berupaya menghentikan tindakan aktif nematocysts dan hanya selepas itu barulah sesunggut boleh dicabut dengan mengguna penyepit (tweezers).
  
"Ada baiknya sesunggut dicabut menggunakan tweezers sebab ada nematocysts yang boleh menyengat menembusi pelapik pelindung seperti sarung tangan," kata beliau.
  
Adalah juga perlu diperiksa tanda-tanda anafilaksis (anaphylactic shock) seperti kesukaran bernafas dan menelan atau jika ada sakit teruk, mintalah bantuan perubatan dengan seberapa segera.

Ubat 'Anti-Venom'
 
Sengatan daripada obor-obor kotak boleh menyebabkan kesakitan yang amat hingga terpaksa diberi ubat 'anti-venom'.
  
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengurusan sakit hendaklah menjadi fokus utama dalam membantu mangsa sengatan obor-obor.
  
Racun atau toksin daripada sengatan obor-obor boleh membunuh sel-sel setempat dan mencetus 'pelepasan' toksin ke seluruh badan.
  
"Guna kompres sejuk di tempat sengatan manakala pek yang panas boleh membantu dalam keadaan kesakitan yang amat sangat," kata merea
 
Menurut laman web eMedicine, "ubat bius topikal serta korticosteroid boleh meredakan kesakitan.
  
Sakit sistemik yang disebabkan toksin boleh dirawat dengan menggunakan ubat penahan sakit acetaminophen dan Ibuprofen. Anti-histamine boleh juga digunakan.
  
Kecederaan yang disebabkan oleh sengatan hendaklah diawasi untuk beberapa minggu bagi menghindari jangkitan atau melambatkan tindakbalas alergik. Manakala kerosakan kulit dan parut mungkin berlaku.
 
Cuka

Kebanyakan persatuan penyelam skuba ada menyebut bahawa cuka makan sebagai bahan rawatan kecemasan bagi sengatan obor-obor.
  
Cuka boleh mengurangkan kesakitan serta merencat pergerakan bisa dari sengatan obor-obor.
  
Bila disengat oleh obot-obor kotak, cuka yang diguna secepat mungkin akan menghentikan bisa daripada memasuki tubuh mangsa dan itu mungkin sempadan antara hidup dan mati.
 
"Oleh itu cuka perlulah dibawa dalam kotak kecemasan setiap masa," jelas Martyn.
  
Kalau tiada cuka, pes 'baking soda' dan air garam (air laut) boleh digunakan sebagai pembersih luka.
  
"Harus diingat air kencing bukanlah ubat sengatan obor-obor," tambah beliau.
  
Doktor menyarankan penggunaan krim hidrokortison di tempat sengatan.
  
Dalam kes sengatan obor-obor, bila terdapat tanda alergi yang teruk, doktor mestilah dihubungi secepat mungkin bagi bantuan perubatan.  - Bernama

************************

Ok, doktor yang hensem tu cakap, sengatan obor-obor ni boleh buat First Aid sendiri. Kena standby je dalam picnic bucket benda2 nih, dan jugak dalam dompet anda. Apa benda yang dalam dompet? Kejap lagi aku gitau arr.

Cuka
Shaving cream
Apa-apa jenis kad (benda ni yang kena ada dalam dompet tu)

Cara nak rawat, cuma letak cuka untuk kurangkan rasa pedih tu, buka kaki obor2 tu. Guna apa2 benda laa yang boleh bantu untuk buka benda tu. Meskipun dah buka kaki obor2 yang korang nampak tu, sebenarnya masih ada lagi yang tersisa. So, lepas tu kena ambil shaving cream, letak kat tempat yang kena sengatan tu, ambik kredit kad mak korang, dan sapu krim tadi dengan kad kredit tu, kalau mak marah, cakap laa takkan nak guna shaver pulak? Kalau mak tanya siapa ajar, jangan cakap blog ni. *yang last part ni tak yah ikut. :p

Senang kan? Kalau bengkak tu masih belum kurang jugak, sila laa bawak ke hospital ye. Jangan biarkan camtu je. Ada tak yang pernah dengar kena sengat obor2, kena kencing kat atas tempat sengatan tu? Hahaha, seyes aku pun pernah dengar jugak pasal ni, dah tu takkan ko nak kencing pulak kan tengah2 pantai? Memang tak laa. :D
Ok, dah. Lepas ni tak yah kencing atas tempat sengatan obor2 dah. Bhahahaha.
Thanks for visiting.. ^_^v

**************************
Tips rawatan

Antara bahan yang lazimnya digunakan untuk rawatan awal sengatan obor-obor adalah seperti sodium bikarbonat (serbuk penaik yang digunakan untuk kek), asik borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis. Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa sakit.

Langkah bantuan kecemasan yang disyorkan selepas itu adalah seperti berikut :-

1) Basuh kawasan sengatan dengan air laut.

2) Jika sesungut obor-obor terdapat di atas kulit, gunakan alatan yang bersesuaian seperti garpu atau memakai sarung tangan bagi membuang sesungut tersebut.

3) Kawasan sengatan kemudiannya direndam dalam larutan cuka (50 peratus) selama 30 minit.

4) Selepas itu, tuangkan bancuhan tepung atau serbuk penaik (baking powder) ke atas tempat sengatan dan gunakan pisau untuk mengikis keluar nematosit yang tertanam dalam kulit kita.

5) Ulangi basuhan cuka ke atas tempat tersebut dan sapukan krim yang mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) pada kawasan sengatan. Jika perlu, gunakan air untuk menghilangkan rasa sakit.

********************

Disebalik semua cadangan diatas, saya tetap percaya madu adalah yang terbaik untuk digunakan. Jika ada habbatussauda maka buka kapsul dan mix dengan madu dan sapu dan selebihnya bagi makan. Juga jangan lupa meminta perlindungan dari Allah setiap kali panik menyerang. Itu akan sangat membantu insya Allah..