Thursday, December 15, 2011

Kerja Yang Tidak Patut Ditangguhkan Oleh Surirumah

Bismillah,

Kalau tanya saya, jawapan saya adalah :

  • Basuh baju
  • Basuh pinggan
Dan...ramai yang bersetuju dengan saya ngeh ngeh....



Dalam banyak2 kerja dalam rumah, kerja apakah yang tidak akan anda tangguhkan??
Ahad pada pukul 2.55 ptg ·  ·  · 

    • Lia de Vega clean up after meals, bcos i hate to come in to messy kitchen...
      Ahad pada pukul 3.17 ptg melalui Facebook Mudah Alih ·  ·  3 orang

    • Noor Hidawati laundry.. kalau tangguh kejap jer dah cecah ceiling..
      Ahad pada pukul 3.46 ptg · 

    • Norhafizah Madzlan ‎Lia de Vega, setuju... kalau bertangguh yg ni alamatnya nak masak pun malas
      Ahad pada pukul 3.58 ptg ·  ·  2 orang

    • Norhafizah Madzlan ‎Noor Hidawati, hehe... cecah ceiling la best...lg syok buat cabutan bertuah :) sama gak.. yg ni pun takleh tangguh juga...kalau tangguh kalu sama ada nnt takde baju nak pakai, nk cari bahan kecil2an pun sampai peluh2 even lepas mandi :P
      Ahad pada pukul 4.00 ptg ·  ·  Seorang

    • Wan Anie disebabkan 2 mende ni tak boleh ditangguh jadi kerja lain tu semua bertangguh-tangguh... hehe (saya lar tu)
      Ahad pada pukul 4.11 ptg · 

    • Norhafizah Madzlan rasanya mcm dua2 benda tu patut ada dalam top list to do setiap hari kan...kalau tak yg lain tu berantakan abis
      Ahad pada pukul 4.12 ptg · 

    • Noor Irdawati Bt Hassan emmm...apa ye..yg ditangguh byk le...he..he...oh..kemas meja lepas makan..dan cuci pinggan mangkuk la..
      Ahad pada pukul 4.15 ptg ·  ·  Seorang

    • Tengku Nahdatul Azlin Same with lia de vega
      Ahad pada pukul 4.21 ptg · 

    • Azrilla Ahmad yg tak suka ditangguh cuci pinggan mangkuk dgn kemas tempat mkn and also laundry.. tp yg selalu delay buat, lipat baju.. alamat masa nak lipat tu, plg kurang 3 bakul la kena hadap... hehehe...
      Ahad pada pukul 4.28 ptg ·  ·  3 orang

    • Zaleha Hassan Kemas meja n pinggan mangkuk lepas makan n kemas katil lepas bangun tido!
      Ahad pada pukul 4.55 ptg melalui Facebook Mudah Alih · 

    • Zaleha Hassan Laundry done by my mr suami every weekend...so lega..
      Ahad pada pukul 4.56 ptg melalui Facebook Mudah Alih · 

    • Farika Arbak laundry dgn kemas2 lps mkn ler..lipat bj kalo rajin.. kalo x mmg bila nk pakai.. cr le dlm longgokan gunung tu :)
      Ahad pada pukul 5.05 ptg · 

    • Norhafizah Madzlan ‎Farika Arbak, ala2 cabutan bertuah atau cari harta karun gitew...huhu..nnt saya dlm pantang ntah2 kena amalkan konsep tu lah jugak...

Anda bagaimana???


Wednesday, December 14, 2011

Menjaga Pemakanan Anak : Pandangan Orang Pada Kami

Bismillah,

Mula-mula sekali, saya minta maaf seandainya dengan tulisan ini ramai yang akan terasa. Saya akui barangkali selepas menulis tulisan ini, maka akan ternampaklah bahawa saya 'cakap tak serupa bikin'. Tetapi, jika seandainya tulisan saya ini benar, matlamat kami benar dan sasarannya adalah benar, maka doakanlah kami supaya terus istiqamah dengan pegangan kami ni.

Pernah semasa Aidilfitri baru-baru ini, ketika kami berziarah ke rumah cikgu suami saya, mereka menghidangkan air berperisa (saya dah tak ingat air oren atau sirap). Air itu tidak salah sebenarnya seandainya ia dibuat dengan oren sebenar. Cikgu itu pun tidak salah menghidangkan kami kerana mereka meraikan kami sebagai tetamu mereka.

Apabila melihat air yang tidak bersentuh itu, anak cikgu mula bertanya, "Kenapa tak minum?" dan saya akan memberi jawapan standard yang tidak menyentuh sensitiviti mereka seperti, "Diorang dah kenyang", "Diorang batuk, tak minum ais" dan lain-lain. Tetapi ntah bagaimana perbualan kami menyasar kepada pemakanan anak-anak.

Lalu bertanyalah semula anak remaja tadi dan sebenarnya soalan itu ditujukan kepada suami saya...
Anak Cikgu : Macam mana sebenarnya maksud jaga pemakanan tu
Suami : Tanya dia... *menunjuk kepada saya..huahua..dah lah dia mencetus, nasib baik saya mendengar sama, kalau fikiran menerawang mmg buat malu je*
Isteri : Erk.. mcm mana ek? Bermula dengan menyusukan anak dengan susu sendiri, mula memasak untuk keluarga, tak beli perencah ajaib, tak beli jajan, tak beli kordial bla bla bla
Anak Cikgu : Sos? Biskut? Itu ini....??
Isteri : Mmmm.... kalau untuk memasak memang guna rempah2 yang biasa orang dulu buat *saya pun mula bercerita yang saya mengambil masa 7-8 tahun untuk mengelakkan diri dari guna kicap, sos dan semua tu saya dapatkan dari belajar dengan buku resepi*. Untuk minum, kami beli susu segar dan bukan susu formula dari pejabat haiwan dan juga kami buat air markisa dan air roselle untuk anak2 dan tetamu. Untuk kudap2, kami selalu beli kurma dan kismis.
Anak Cikgu : Akak tak kerja la ek?
Isteri : Dekat sini memang tak kerja. *Di P.Putih, kalau ada yang bertanya tentang kerja maka itu adalah jawapan saya. Jika mereka bertanya lebih panjang, saya akan jujur menjawab saya akan bekerja bila di Pt Buntar.*
Anak Cikgu : Ooo...padanlah boleh memasak..

Dang! Terus adik tu masuk ke satu kesimpulan. Bahawasanya memasak hanya boleh dilakukan dengan tidak bekerja. Ya.. kesimpulan itu hampir tepat sebenarnya. Saya sendiri mula memasak adalah selepas saya dibawa oleh suami saya ke P.Putih. Tetapi jika difikirkan semula, sebenarnya memasak sendiri adalah tidak mustahil cumanya kita kena betul dalam pengurusan masa.

Sebelum cuti sekolah bermula, suami isteri cikgu itu datang ziarah kami semula di rumah. Ustazah itu berkata lebih kurang begini kepada saya, "Ana suka kehidupan anti sekeluarga. Anti dapat jaga anak-anak. Hubungan anti dengan suami pun ana nampak seronok. Hati anti tenang. Anak-anak anti cukup makan, sihat-sihat......".

Dalam diam sebenarnya ustazah itu memandang kehidupan kami adalah kehidupan yang ideal. Hakikatnya, kami suami isteri bukanlah pasangan yang sempurna. Masih banyak dugaan yang kami hadapi. Seperti ustazah itu, kami juga memandang kehidupan orang lain sebagai ideal tanpa kami sedari, ada orang yang ingin menjadi seperti kami.

Anak2 kami telah terbiasa menjaga pemakanan. Mereka sudah boleh diharapkan untuk menolak jajan, menolak air berwarna, menolak aiskrim dan itu berlaku dalam keadaan susah payah. Sekalipun ada cop halal pada semua perkara itu, tetapi terdapat 'pewarna', 'perasa' dan lain-lain benda tambahan yang nyata tidak baik untuk kesihatan.

Ada ketika, saudara mara bertanya atau barangkali mengusik anak-anak kenapa sesuatu makanan itu tidak boleh dimakan. Anak-anak saya akan jawab 'makanan tu tak sihat'. Saya cuma bimbang, apabila mereka bertanya, pemahaman mereka menjadi lebih keliru apabila ada yang mempertikaikan berkenaan hal ini. Ye lah, dah sah2 ada cop halal, kenapa tak benarkan mereka makan?? Bila ada pertikaian maka anak2 kami akan kembali memberi jawapan 'umi abah pun makan yang ni'.

Cikgu2 Uwaiys dan Usamah pun pernah bercerita satu beg yang penuh dengan jajan ditolak oleh mereka. Lalu kepada mereka saya ceritakan bahawa makanan itu ada yang menyebabkan mereka muntah, lelah dan sebagainya. Ya....itu adalah sasaran sampingan kami. Sasaran utama kami adalah membina diri dan hati yang bersih. Supaya dengannya mereka tidak menolak ilmu ALLAH, menilai yang baik dan yang benar dengan lebih tepat, menjadi hamba ALLAH yang tidak melupakan penciptaNya.

Saya adalah insan kecil yang tidak pandai tentang ilmu agama tetapi dari majlis2 ilmu yang saya pernah pergi, menjaga pemakanan seringkali diperkatakan. Kerana dari makanan inilah, tubuh2 kecil anak kita akan membesar dan seandainya pemakanan tidak dijaga maka ia akan sebati didalam diri. Dari situ, jangan ditanya kenapa anak suka sakit? kenapa boleh dapat kanser? Kenapa anak degil, hiperaktif dll? Ia bermula dari makanan!

Cubalah bawa bertanya kepada yang lebih tahu, sejauh mana pemakanan akan mempengaruhi perilaku? Sejauh mana pemakanan akan menjauhkan penyakit atau menyebabkan penyakit? Kerana saya tidak dapat menerangkan tentangnya dengan baik. Jika saya terangkan juga maka akan terlihatlah sisi 'nak tunjuk baik konon' saya. Sungguh, saya tidak berniat nak menyempitkan rezeki anak-anak saya. Rezeki ALLAH sangat luas. Kami sedang berusaha untuk menambahkan lagi variasi makanan mereka dengan menanam pokok2 buah2an dan lain-lain untuk mereka.

Jadi apa yang saya katakan cakap tak serupa bikin di atas? Saya akui, tidak seperti anak2 saya, saya masih lagi makan makanan tak berkhasiat itu. Cuma saya, suami saya tidak. Antara yang saya masih lagi makan adalah kek, roti, biskut dan lain-lain yang tidak mendatangkan keraguan dalam diri saya. Tetapi saya sama sekali tidak akan kelirukan fikiran anak-anak saya. Jika saya makan pun perkara2 itu, saya tidak akan lakukannya depan anak2 saya. Hakikatnya, semakin lama saya menjaga pemakanan mereka, indirectly saya turut menjaga pemakanan saya sendiri dan itu berlaku sedikit demi sedikit. Kesannya lebih terasa bila tubuh terasa sihat, hati terasa tenang dan jiwa terasa lapang. Wallahua'lam..