Bismillah,
CD (Cloth Diapers), BF (Breastfeed), Baby Sling, HS (Homeschool), co-sleeping, masak sendiri... apa lagi??
Saya seorang bonda yang berusia 29 sudah tua rupanya aku dan mempunyai 4 orang anak berusia 5, 4, 3 dan 1 tahun.
Akan memulakan CDying anak2 ku menjelang hujung bulan ini. Betapa banyaknya pelaburan saya kepada company NTPM dan patutlah saya jumpa seorang pegawai HR dia pun selalu dalam keadaan bergesa2 macam mengejar sesuatu. Jenama Diapex mungkin akan saya gunakan kala kecemasan iaitu semasa aku malas nak cuci CD tapi harapnya saya tidak akan menggunakan duit utk beli dispo diapers nanti.
BF pulak. Anak saya yang tiga atas itu saya BF mereka hanya sehingga 6 bulan di atas sebab kurang ilmu dan mungkin juga kerana bekerja dengan orang. Itu pun tidak eksklusif. Anak ke4 saya telah berjaya Exclusively BF sehingga sekurang2nya 8 bulan (saya tak pasti bulan ke berapa Arwa pandai menghabiskan susu abang dan kakak nya). Sekarang dia setahun 3 bulan dan saya berbangga masih dapat menyusukannya lagi. Alhamdulillah...
Baby Sling. Saya tidak beli baby sling. Saya juga tak ada stroller sebab tak ada bajet utk stroller . Makanya kami dukung sendiri semua anak2 kami yang mana perlu didukung je la kan. Tapi sejujurnya, kami jarang membawa mereka serentak utk membeli belah. Kalau berjalan jauh2 insya ALLAH semua akan ada bersama. Jadi memang rasanya kami tak perlukan stroller.
Homeschool. Saya buat tapi ikut syllabus saya sendiri. Saya tak mampu ikut macam Mamafiza dan perjalanan saya untuk menjadi macam coachsha juga masih jauh. Nak tau syllabus saya? Nantilah saya akan tulis juga sbb HS ni saya dah lakar cuma belum taip aje lagi. Pure dari fikiran kami laki bini sahaja.
Co-sleeping, Farah Sarakids bgtau saya maknanya adalah tidur dengan anak. He he... kami tidak ada katil maka kami tidur secara berjemaah. Kadang2 kesepakatan kami melampau2 pula di mana di hari2 malas, kami tidur berjemaah di siang hari dengan memasang kipas dengan laju. Ya...air cond pun tak ada untuk memanja2kan anak2 kami.
Masak Sendiri. He he...sejujurnya saya tak pandai memasak. Kalau tak percaya tolonglah tanya mak atau mertua saya, atau ipar2 duai saya. Tetapi saya cuba juga memasak untuk anak2 saya. Saya kumpul koleksi resepi dan saya lekatkan dalam buku. Hari ini, saya masak apa yang ada di page 1, esoknya page 2 dan seterusnya. Untuk masakan yang saya dah masak, saya tulis DONE!! besar2 dan saya berbangga saya pernah masak masakan itu sekalipun itu adalah resepi masak kicap sahaja. Suami saya juga tak pernah komplen tak sedap ke hapa. Dia tahu sukatan saya setakat mana janji umi boleh memasak kan abah?? Runsing masakan tak sedap? Senang aje, kalau tawar, tambahlah garam. Itu je cara saya....
So, sekarang, pada pendapat anda adakah saya mengamalkan Natural Parenting? Anda pula adakah anda mengamalkan Natural Parenting?
Eh, korang cuba picit bawah ni...he he... <-- ayat orang teringin hadiah percuma
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!