Dengar anak speaking London skang ni bagaikan menjadi satu kebanggaan kepada mak ayah. Jujur saya seronok tgk anak Faraizura speaking dgn papa dia dalam FB dia. pss...Izue, aku suka neh tgk Adam & skang aku tgh dalam cubaan utk bgtau dunia tentangnya. Hihi...Terbaru K.yong juga sekali lagi terfikir2 bagaimanakah utk meningkatkan lagi kebolehan mengamalkan pelbagai bahasa kepada anak2.
Baru2 ini saya telah ke KL dan kebetulan di sana saya menyebut 'yamin' yang merujuk tangan kanan kepada anak saya di depan sahabat baik saya. Saya melihat wajah terkujat Syuhairah tapi sebelum dia salah faham, saya kata, kalau dalam B.Arab, anak saya hanya tahu 'yamin' dan 'syimal' iaitu kanan dan kiri. Saya rasa Syuhairah pastilah kagum saya berbahasa Arab so tu pasal saya bgtau dia sebegitu supaya dia tidak rasa kami bagus dalam mengamalkan multi language.
Saya sejujurnya malu untuk speaking London depan suami saya. Apatah lagi bila di depan sanak-saudara, juga malu jika berdepan dengan sahabat handai yang mungkin akan menangkap my broken language ini. Tapi bila saya bersama2 dgn budak2 ni saya akan sedaya upaya utk speaking jugaklah dan diorang yang peliknya mcm faham aje. Pelik kan?? Pelik la sbb diorang faham.
Sebenarnya benda mcm tu tak pelik pun. Sebab memang otak ni telah ALLAH jadikan dengan penuh keajaiban. Mungkin melampau kalau saya samakan kes kita dengan anak2 kita tapi let say kita sendiri baca atau dengar bahasa lain (kalau saya mungkin Bahasa Arab), jika saya tahu satu dua perkataan daripada 5 perkataan dalam satu ayat, maka saya mungkin boleh teka apa maksud baki 3 perkataan yang saya tak tau maksud jika tak dibacakan dalam bentuk ayat. (psss...korunk faham tak neh??)
PENGUMUMAN PENTING
Pihak SARA KIDS dengan berbesar hati menjemput anda semua menghadiri “English Playshop For Ladies” yang akan dikendalikan oleh English coach yang terkenal, Miss Rasheedah atau CoachSha dari Coachingzone. Berikut adalah maklumat lanjut:
Dalam Program Sehari bersama CoachSha & Coaching zone crew, para peserta akan:
- faham faktor yang membantu seseorang mahir menangkap bahasa kedua/asing
- mendalami konsep baru belajar bahasa - Wrestling With English (WWE)
- mendapat strategi yang SIMPLE & SPECIFIC untuk terus berinteraksi walaupun idea dan vocab ‘tersangkut’..err..mm..aaa..
- mendapat pendedahan bagaimana meningkatkan penguasaan vocab 4-5 kali lebih pantas
- tahu cara mendengar yang betul untuk fasih berbahasa Inggeris
- berlatih untuk SPEAK with STYLE…dan banyak lagi.
Para peserta akan membawa pulang:
- Modul lengkap EPL (English Playshop for Ladies)
- Percuma! Satu audio CD “English Sure Boleh!” bernilai RM19.90
- Bonus! Buku Saku Word Games & Puzzles
- Eksklusif! Tiket Percuma ke Annual Gathering of EPL Sisterhood
- Dan…peluang keemasan untuk menjalin networking bersama para pendidik, usahawan dan ibu-ibu dari pelbagai bidang dan kerjaya!
Tempat: Butik SARA KIDS, 42-1, 1st Floor, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, 40150, Shah Alam,
Selangor
tarikh: 31st May 2009
Masa:10.00 am - 12 pm
Bayaran: RM
60/individu
Kedatangan mama adalah dialu-alu kan. Marilah kita sama2 wrestle dgn English! Email penyertaan anda ke sarakidsboutique@gmail.com atau hubungi Cik Leeya (012-2742376). Inilah peluang nak bercakap dgn anak dengan ’simple english’ dan tak perlu rasa mcm “mama salah cakap la….” believe me!
Mmm...rasanya saya tak sempat untuk turut serta melainkan tiba2 saya muncul di sana. Sekadar berkongsi sahaja. MMmm...kakyong, takleh ke kita panggil coachsha datang buat EPL kat sini ek?? kiki...
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!