Pages

Saturday, June 27, 2009

Homeschool dan Saya







Bismillah,

Dulu pernah berborak tentang hal ini dengan Mamamencah
Kelmarin dulu berborak dengan *** dan *** (saya taknak sebut atas alasan keselamatan tapi kami sembang dalam conference)
Semalam baca di blog kakyong72
Hari ini menjengah ke blog Rizza dan puan Fid di link ini dan ini

OK. Dimana saya jumpa perkataan homeschool?
Saya jumpa perkataan homeschool di dalam sebuah majalah bahasa Inggeris dan ampun, saya takleh recall apa nama majalahnya. Majalah itu saya beli zaman saya duduk di KB lagi kerana kedai buku adalah sebelah tempat saya bekerja. Time tu, pantang saya menguap saya akan pergi ke sana (tapi kebanyakan masa saya menguap, saya akan masuk bilik cek mata dan tido...muahahaha)

Namun buku itu saya baca hanya setelah saya berada di Parit Buntar. Hihi...itu bermakna saya membacanya selepas 3 tahun dan itu pun kerana saya rasa nak buang majalah itu sebab gambarnya yang seksi. Rasanya tajuknya Woman's Weekly. Jadi saya lihat satu persatu ms mana tahu ada topik yang saya berkenan untuk sedut isinya.

Antara ms yang saya koyak selain resepi adalah berkenaan memberi pendidikan kepada anak2 di rumah. Home is a better school for children. Di dalamnya tidak banyak mengupas tentang homeschool tetapi perkataan itu ada dinyatakan didalamnya.

Kemudian saya mula membuat carian di dalam google dan telah terjumpa komuniti ini di Malaysia dan saya merasakan ini adalah sesuatu yang menarik dan pastilah berkepentingan buat anak2 saya. Namun, secara rawaknya saya tidak pasti berapa kanak2 kah secara statistik yang mengikuti homeschool ini secara serius. Kebanyakan mereka di Malaysia yang tidak bersekolah di sekolah, turut tidak mendapat pendidikan serius di rumah.

Semakin hari saya melayari internet dan berlanggan dengan buletin dari satu dua laman web luar negara yang mengamalkan homeschool ini, barulah saya sedar, saya mungkin tidak duduk sepenuhnya dalam aliran itu. Mana mungkin saya tidak menghantar anak2 saya ke sekolah sedangkan bak kata ****, kami sendiri enjoy ke sekolah pastilah kami mahu anak2 kami ke sekolah sama. Hihi...

Jadi saya mengambil keputusan, hanya mahu menjadikan rumah kami sebagai sekolah utama. Bermaksud sekolah yang mereka akan pergi nanti adalah sekolah kedua. Tinggi sangatkan cita2 saya? Mungkin suami saya terjelir2 membaca artikel yang saya tulis ini kerana dalam jarak waktu ini saya sedang mengalami satu fasa yang sesiapa pun susah nak faham melainkan mereka yang faham aje. Hihi...

Lalu saya menyusun jadual buat diri saya. Jadual itu adalah supaya saya dapat menjadikan cita2 saya itu sesuatu yang kenyataan. Juga untuk menjadikan saya sebagai seorang yang lebih berjadual (sila baca berdisiplin). Apa yang saya masukkan ke dalam jadual itu memang suci murni dari kepala saya yang tak berapa nak rajin sangat berfikir. Saya tidak mengambil syllabus dari mana2 institusi atau laman web. Saya memutuskan apa yang penting buat anak2 saya sahaja.



Saya mahu nyatakan di sini bahawa saya tidak bermaksud melakukan homeschool seperti yang dilaung2 oleh laman2 web di sidebar kanan saya itu. Saya hanya menitik berat tentang pendidikan awal anak-anak sahaja. Jadi jika saya menyebut perkataan homeschool itu, janganlah memandang saya macam saya mengamalkan benda yang standard sangat (actually sekarang saya dah segan nak guna perkataan homeschool akibat dari salah faham orang)




Mmm...jadual saya akan saya share dalam entry akan datang. Sudah ada dalam draf cuma takut orang termenung2 nak baca banyak entry dalam sehari. Nanti tak ada penghayatan pulak tambah kalau orang yang mcm kakyong yang gemar bloghopping neh. Saya juga sejak akhir2 ini hanya menjenguk blog orang dan tak reti nak letak komen sebab ntah, mcm blurr je sehari dua ni.

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!