Bismillah,
Kebetulannya saya menyinggah ke blog Puan Gayah tadi. Terpampang jelas wajah si gadis yang kini menjadi Mrs to somebody. Melihatkan ini, teringat saya kepada kisah kami (saya & suami) dulu. Sebenarnya, ramai si gadis2 yang mengeluarkan soalan seperti yang terpampang pada tajuk entry ini. Tajuk ini, bagi saya dan Puan Gayah, kami telah punyai jawapannya dan jawapannya pastilah suami kami.
"K.Pija, macam mana nak tau seseorang itu benar jodoh kita atau tidak sedangkan kita tidak berkawan dengannya?"
Owh, adik2ku yang bujang lagi...soalan ini terlampau ganas dan kadang kala k.Pija rasa tercungap2 untuk memberi jawapannya. Sungguh saya pernah melalui zaman keliru ini, bukan sekali ye...tetapi tiga kali dan kali ketiga itulah saya rupanya kenal dengan perkataan 'yakin & nekad' tentang jodoh.
Tidaklah bermaksud untuk memberitahu bahawa saya menjaga batas perhubungan kerana mungkin saya tidak berada dalam kategori itu. Namun, saya yakin saya pernah berusaha dahulu untuk membatasi perasaan di dalam hati saya sehingga masanya benar2 tiba untuk menghamburkan rasa cinta buat jodoh saya. Malah saya akui amatlah payahnya untuk menjaga pergaulan ini.
Manakan tidak, dunia sekarang terlalu
Apa yang ingin saya katakan adalah, ikutlah naluri. Solat istikharah dan doa2 kita seusai solat pasti akan ada petunjuknya andai kita juga 'benar2' berharap ALLAH memberi petunjuk. Seperti dalam hal saya, saya tidak merasa apa2 bila lelaki pertama memutuskan untuk lepas dari pandangan dan hidup saya malah saya rasa lega kerana tidak lagi rasa terpaksa untuk membalas mesejnya dan berkali2 menolak untuk berjumpa.
Saya di reject? Betul...di reject seperti ini tidak melukakan dan ia tidak menambah sejarah hitam dalam hidup saya. Saya yakin lelaki itu terkejut bila melihat saya memakai jubah kelabu dan tudung labuh hitam. Seminggu lamanya dia dengan tiba2 tidak menghubungi saya dan tiba2 dia menghantar mesej seperti yang saya maksudkan ke atas. Saya tidak bertanya apa2. Mungkin selesa membuat kesimpulan sendiri. Tapi saya OK. Pernah berselisih pula dengan lelaki ini (selepas saya menjadi seorang isteri) sedang berjogging dengan seorang perempuan.
Kali keduanya, walaupun dia mempunyai watak seorang lelaki Muslim sejati, saya masih tidak mampu membuat jiwa saya rasa selesa. Sungguh saya tidak selesa sehingga terpaksa meminta supaya lelaki itu jangan menghubungi saya sebulan di bulan puasa. Malang sekali, dengan gelojohnya dia menelefon dia di pagi raya dan saya memberikannya satu berita buruk buat dia (baik bagi saya).
Walaupun diugut, tidak akan berkahwin selain dengan saya, saya tidak peduli. Malah andai dia mahu mengugut untuk bunuh diri, saya masih tidak akan peduli. Saya tidak mahu korbankan hidup saya dengan pura2 rasa selesa pada satu hal yang saya tidak selesa. Namun, saya rasa lelaki itu telah ada seseorang dalam hidupnya juga. Saya tidak pula rasa dikhianati kerana kini saya mempunyai seorang suami yang benar2 memimpin saya.
Secara asasnya, panduan berikut telah diberi oleh Dr HM Tuah Iskandar untuk memilih bakal suami :
- Melihat agamanya
- Melihat bagaimana dia melayan ibubapanya
- Melihat bagaimana dia bila bersama anda
- Melihat bagaimana keluarganya melayaninya
- Siapa sahabatnya
- Apakah kegiatan hidupnya
- Lihatlah diri anda sendiri
Berdasarkan hal di atas, jika anda seperti saya dahulu yang tidak tahu menahu langsung perihalnya suami saya sebelum kahwin dahulu, maka apa yang ada pada anda hanyalah naluri anda. Saya yakin ramai di kalangan yang membaca selalunya mengenali calon suami anda namun masih ada rasa ragu2 yang menghantui anda.
Maka, fikirkan hal2 yang Dr HM Tuah cadangkan itu. Mungkin anda tidak dapat gambaran sepenuhnya namun sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sandaran. Paling penting adalah 'melihat kepada diri sendiri'. Ia membawa maksud, siapa yang anda pilih itu adalah diri anda yang sebenarnya. Seperti firman ALLAH yang membawa maksud :
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Perinciannya boleh dibaca dari link ini. Harapan saya agar adik2 yang masih mencari2 itu segera bertemu jawapannya dan cepat pula penyatuannya. Salam di angin lalu ya...
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!