Pages

Monday, July 06, 2009

Saya Sayang Uwaiys Optometrist


Bismillah,


Keadaan kesihatan saya yang agak mengada2 sejak akhir ini (akibat kawalan emosi yang menurun, kalau saya control emosi saya lebih saya, should be ok), saya telah memaksa seorang kawan saya untuk menggantikan saya memeriksa mata di kedai ini. Saya sebenarnya teringin sekali terbang jauh dari hanya memikirkan tentang kedai ini tetapi saya hanya nampak kedai ini sahaja yang boleh membantu saya melunaskan hutang dan meneruskan kehidupan (uikk, mana prioriti dalam penulisan ini atau adakah melunaskan hutang perkara utama bagi saya?).

Saya cuma perlukan rehat. Serasanya penat setelah setahun sebulan membangunkannya, saya kira saya boleh tersenyum sedikit sekarang. Kenapa sedikit? Kerana banyak lagi perkara yang perlu saya lakukan sebelum mencapai kepuasan antaranya adalah dengan menghabiskan semua hutang yang perlu dibayar kepada pihak-pihak tertentu.

Kini saya berniaga dengan tidak menggunakan jenama sendiri, namun itu bukan alasan untuk saya berasa mudah kerana nilai jenama ini di kawasan Utara tidak seperti di Pantai Timur. Bukanlah pula saya mahu memperlekehkan tetapi sungguh benar apa yang saya kata. Andai saya sendiri tidak berinisiatif dan hanya menunggu pelanggan datang ke kedai, maka yang ada hanyalah cukup makan sahaja.

Bermacam sudah dugaan yang telah saya lalui dalam kedai ini. Namun syukurlah saya mempunyai staff yang tahu dengan kerja mereka malah boleh pula beralah dengan kepayahan saya. Siapa yang sanggup tahan di kedai yang majikannya asyik menumpahkan air sana-sini? Saya sangat terhutang budi kepada mereka.

Baru-baru ini kawan yang menggantikan saya memberitahu saya menjual cermin dengan harga murah. Saya tiba2 tertumbuh tanduk mahu menaikkan semula harga cermin yang bezanya mencecah ratusan di tempat lain. Ini bermaksud di tempat lain mereka mungkin mendapatkan harga yang berlainan dengan di tempat saya.

Saya hanya terfikir, dunia ini tidak untuk selamanya. Memang tidak salah bagi sesetengah kanta saya mark up harga setanding dengan khidmat profesional yang saya berikan namun saya yakin dengan janji Tuhan. Saya tidak ada banyak yang boleh saya bantu tetapi dengan menjual harga cermin mata dengan margin keuntungan yang lebih rendah, saya rasa puas dan senang hati.

Risiko? Pastilah ada terutamanya jika saya tidak fokus dengan pemeriksaan mata itu. Tetapi saya selalu beruntung kerana peratusan pelanggan yang datang semula kerana tidak berpuas hati itu amatlah kecil dan dengan itu saya rasa memadai jual dengan harga murah. Saya yakin dengan pemeriksaan mata yang saya jalankan walaupun di UKM dulu saya bukanlah pelajar terbaik. Malah saya tidak ralat dengan ketiadaan auto ref mahupun retinoskop.

Saya juga telah mencari staf yang saya rasa boleh bantu saya jalankan aktiviti pemasaran. Ini adalah kerana saya hanya ada idea namun masih sukar untuk keluar melakukan pemasaran sendiri. Namun, kerjasama mereka (ada dua orang sekarang dan dua terdahulu) sangat saya hargai malah saya akui setiap dari mereka ada kelebihan yang susah saya teui dalam diri yang lain.

Saya rasa sayang dengan kedai ini. Kedai yang bermula dengan tiada apa2. Kini, walaupun saya rungsing dengan stok yang menyusut, sepatutnya saya bersyukur akhirnya bingkai2 itu berjaya juga dijual malah semasa pelanggan pulang dari kedai saya mereka melambai2 saya di muka pintu. Saya rasa saya cukup dekat dengan mata penduduk Parit Buntar ini.

Namun perasaan jemu itu kadangkala timbul juga. Saya rasa lemas jika saya mahu menghadiri sesuatu majlis tetapi terpaksa tercari2 optometris untuk menggantikan saya. Mungkin saya perlu mulakan langkah baru dengan melatih staff saya untuk memeriksa mata. Pastilah kerja mereka bertambah selepas ini dengan tambahan tugasan baru ini.

Uhh...saya benci dengan perasaan naik turun yang saya alami ini. Tolonglah doakan saya...


No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!