Pages

Monday, August 17, 2009

Kakyong di Parit Buntar


Bismillah,

Semalam buat pertama kali, kakyong datang ke Parit Buntar untuk bertemu mata dengan saya. Seblom ni saya pernah ke Ulu Chepor tapi ada halangan sehingga kami tidak dapat berjumpa di sana. Saya pernah baca kakyong tulis di blognya yang dia kecil molek cuma saya tak sangka dia semolek itu dan dia pun agaknya tak sangka yang saya sekurus ini.

Mula2 kakyong turun dengan Anis. Disebabkan baru bangun tidur, maka dia moncong aje tapi rambut dia maintain mcm dalam gambar. Owh anak saya kalau diikat rambut dan dibawa tidur halamatnya berterabur lah rambut mereka. Masa tu Aliya tak bangun lagik... Bila Aliya bangun lagi best bila tengok rambutnya. Memang terpacak!!! Ahahahak...bukan mcm jambul Arwa yang macam pokok kelapa itu. Ke keke....

Selepas cek mata kakyong dan sementara menunggu spek kakyong siap dipotong, saya decide nak bawa mereka ke rumah parents saya sebab anak2 saya ada di situ. Masa bawa diorang ke rumah parents saya, saya bawa Aliya naik kereta dengan saya. Dia betul2 mcm teddy bear!!! Ahahahak....korang tau tak mcm mana tangan teddy bear? Sepanjang perjalanan tu Aliya sikit pun tak nangis dan tangan dia tegang mcm tangan teddy bear. Ada la sikit dia gosok2 mata tapi saya cepat2 tunjuk bas yang kebetulan lalu depan kami.

Owh, saya memang dah biasa drive dengan anak diatas riba. Cuma skang saya dah malas nak riba Arwa semasa drive sbb dia dah berat dan besar. Lagipun, Arwa dah pandai duduk diam2 di sebelah driver. Sampai kat umah mak saya, mesti kakyong terkejut bila saya usung anak dia bawah tudung saya sebab nak lindung Aliya dari hujan. Apa la ek agaknya reaksi kakyong? Sllnya tudung sayalah yang jadi payung anak2...hihi...

Banyak tu gambar yang kakyong amik, kalau boleh bg la saya satu copynya ek kakyong...takdan nak borak lama sbb kakyong tak bawa Fikri bersama so takut nnt Fikri nangis lak kan...tapi sempatlah Anis dengan Aliya ternganga terkejut tgk adik beradik kitorang buat mcm2 aksi. Anak2 saya skang mmg tak kluar rumah, bila diorang tak kluar rumah, mereka bosan, bila mereka bosan, mereka senang mengamuk...hihi. Anyway kakyong terima kasih atas kunjungan ya...jangan serik tau..

Arwa nampaknya jeles bila saya dukung Aliya...mcm mana ek dengan adik dia nnt??huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!