Bismillah,
Kalau saya kisahkan hal ini, mesti ramai perempuan2 mengamuk sama seperti saya mengamuk dulu...hihi... Adalah seorang lelaki ni, semasa nak mencari jodoh, dia boleh tanya, "Adakah tumit kamu merekah??" Bila ditanya kenapa tanya mcm tu, dia kata "Orang tumit pecah selalunya pengotor"....
Apa pendapat anda? Saya hanginlah juga dengan 'anggapan' dia. Mcm mana kalau anak orang susah, yang dari kecik lagi ke bendang ke, tak ke senang2 tumit dia merekah? Plus tumit yang bertanya itu tidak merekahkah?
Pada pandangan saya, tumit merekah ini adalah satu masalah klasik. Semua kita akan mempunyai risiko yang sama cuma cepat atau lambat je. Jika anda tidak mahu tumit isteri anda pecah kerana takut dianggap pengotor, rajin2 la amik batu apung gosokkan tumitnya malam2...hihi...
Tapi ada je petua kalau nak diamalkan...guna bawang putih dan madu. Caranya adalah seperti berikut :
- Ambil 3 ulas bawang putih, kupas kulitnya
- Tumbuk sampai halus dan bubuh sikit air (sikit je...nk bg dia lembut)
- Oleskan pada tumit dan biar semalaman
- Bangun pagi2 tu, basuh dengan air sejuk
- Then, sapu madu kat kawasan bermasalah
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!