Bismillah,
Selalunya lepas Subuh macam ni, Asmaa' dan Usamah dah dibangunkan untuk mandi dan siap2 ke sekolah. Tapi Usamah masih selsema dan nampaknya Asmaa' dah mula ikut selsema tapi mereka tidak demam. Jadi, kami masih simpan mereka di dalam rumah lagi. Nampaknya kejap2 lagi mesti diorang minta nak pergi rumah tokku mereka di jerteh lagilah jawabnya.
En abah pun nampak ngantuk sangat. Td dia terlena sekejap atas riba selepas kami solat Subuh. Selalunya dia akan ke Sg Kechil (tempat ayam piru dan kuda kami berkampung). Atau tidak dia akan duduk bersandar di dinding sambil membaca alQuran. Sebut tentang ini, teringat Uwaiys beberapa hari lepas. Dia ambil sebiji bantal dan letakkan di dinding untuk dibuat alas sandar dan sebiji lagi diletakkan atas paha dan dia mula ambil buku dan baca Bismillah....ha ha..sebijikk macam yang abah dia selalu buat.
Mmm..diorang semua masih tido, saya pun tak tau nak masak apa. 2-3 hari ni rasa masak pun tak menjadi mana. Ha ha..dah lah masak ayam tua. Memasak ni, kalau asyik masak yang sama aje, makan pun rasa malas... So, saya ikut buku resepi. tapi ada juga part yang tak bestnya, kadang2 resipi tu jadi tak lah sesedap mata memandang (wakakaka...salahkan resepi ha ha...)
Pagi ni, seorang staf saya, As, decide nak hantar pamplet di sekitar pasar Kemboja di sini. Kalau ada yang nak jagakan anak2, saya sanggup je pegi hantar sama. Sebelum ni pun kami pernah buat sama2 juga. As nampak macam risau melihat trend sale yang agak menurun kebelakangan ni. Dua bulan ni pasti orang bajet lebih kepada barang2 raya dan bukan untuk spek..huhu..
Alhamdulillah, saya dapat staff yang boleh buat kerja. Macam Timah juga, dia dah boleh potong spek tanpa disuruh2. Sepanjang mempunyai staf setakat pembukaan dulu, semuanya memuaskan hati saya secara keseluruhannya. Malah selepas mereka berhenti (2 sambung belajar, seorang dah jadi guru GSTT dan seorang lagi optometrist di Hospital Adventist, Penang), kami masih berhubungan macam adik beradik.
Apabila bekerja, kita mesti bekerja dalam keadaan yang seronok. Kalau kita tak seronok, kita akan menjadi seperti kera sumbang dan prestasi pun tidak menyerlah. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin membantu anda mencapai kepuasan dalam pekerjaan :
- Jika anda buat over time, tunjukkan hasilnya
- Jgn bercerita tentang keburukan orang lain
- Jika mahu memuji, puji yang patut2 dan layak sahaja
- Jgn bersetuju dalam keadaan yang tidak sesuai
- Jangan biar orang bergosip tentang kita terlalu lama, nanti ia akan merosakkan reputasi kita
- Pertahankan prestasi dan integriti anda. Jangan merosot
- Sediakan jadual perancangan peribadi
- Patuhi peraturan yang ditetapkan
- Pandai berhumor
- Berbaiklah dengan semua orang
- Dapatkan ganjaran yang patut anda peroleh
Mmm...As dgn Timah, korang nak apa untuk raya nanti??
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!