Pages

Sunday, August 02, 2009

Sawan Beranak


Bismillah,

Pernah dengar tentang sawan beranak? Saya pernah ada seorang kawan yang isterinya terkena penyakit ini namun alhamdulillah dia telah OK pada kali terakhir kami berjumpa. Ini adalah kerana semasa selepas melahirkan, dia tidak sedarkan diri malah mukanya beralih ke satu muka yang tidak dikenali. Jiran yang masuk mahu berziarah keluar semula kerana tidak berjumpa padahal dia tidak cam wajah baru isteri kawan saya ini.

Sebenarnya punca penyakit ini tidak diketahui tetapi ia tetap ada tanda-tanda kejadian, ada faktor2 yang berkaitan dan mungkin juga cara2 untuk menjauhkannya. Perlulah diingatkan, seperti kes kawan saya itu, doktor mengatakan penyakit ini bakal meragut nyawa. Hanya sedikit peratusan yang hidup jika mula terkena dengan penyakit ini. (Ajal maut adalah ketentuan ALLAH namun penyakit ini adalah penyebabnya)

Punca
Sawan berlaku apabila salur darah di dalam otak pecah dan menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak. Pendarahan yang banyak juga akan menyebabkan organ lain spt jantung dan paru2 terjejas. Hanya dalam kes ringan, pendarahan berlaku sedikit sahaja atau setakat otaknya sahaja bengkak.

Tidak boleh dipandang ringan
Let say seorang ibu itu dah pernah kena sawan dan dia selamat, dia masih perlu berjaga-jaga kerana ia boleh menyebabkan maut jika ia berlaku berulang kali. Oleh itu, sebaik-baiknya ibu ini dimasukkan ke hospital sebelum terjadinya sawan atau dengan kadar segera jika sawan telah berlaku. Orang yang berada bersama dengan pesakit sawan beranak juga perlu berjaga-jaga kerana biasanya mereka yang mengalami penyakit ini tidak akan sedarkan diri.

Biasanya, semasa kejadian, mereka akan tertelan lidah dan ia akan menutup kerongkong angin. Jadi kita perlu pastikan dia tidak menggigit lidahnya dan lidahnya pula tidak menyekat saluran udara dengan menarik keluar dan meletakkan sesuatu untuk dia gigit. Kawan saya pernah meletakkan jarinya sebelum mereka jumpa benda yang sesuai dalam mulut isterinya dan ini tindakan yang bahaya kerana jarinya mungkin putus.

Tanda2 Awal
Keadaan ini selalu berlaku kepada :
  • Kelahiran sulung (kebetulan kawan saya itu memang pada kelahiran sulung dan seingat saya kelahiran keduanya mereka sudah mula berwaspada)
  • Berlebihan berat badan
  • Ada darah tinggi
Tanda awal penyakit ini adalah :
  • Naik berat badan berlebihan semasa mengandung - Sebaik-baiknya 1/2 kg seminggu. Jadi jika berat badan anda naik mendadak dalam 6 bulan kandungan, ia adalah tanda kepada penyakit ini dan anda perlu mengimbangkan semula pemakanan dengan mengurangkan karbohidrat, gula dan lemak dan melebihkan protein dann sayur.
  • Bengkak kaki - jika kandungan normal ia menandakan pertumbuhan bayi yang baik tapi awas kalau ia disertai dengan ada darah tinggi dan albumin tinggi dalam air kencing (kencing kotor) kenalah berwaspada. Itu sebab penting untuk ikuti pemeriksaan buku merah anda jika anda mengandung.
  • Pening kepala
  • Sakit ulu hati
  • Terasa hendak pitam
  • Gangguan penglihatan
Jadi, saya nasihatkan diri saya, pergilah buka buku merah nun.. (ni kes malas dengar misi berleter beranak ramai...muahahahaha)

1 comment:

  1. sampai xkenal muka ye ? xpernah dgr gitu ... thanx 4 sharing .. meroyan lak lain kan ...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!