Pages

Friday, September 11, 2009

Air Kunyit & Bojah

Bismillah,

Uhh..sebenarnya banyak kerja nak dikerjakan ni. Kebetulan pulak, customer tak berapa ramai di kala raya ni. Time raya ni, saya jeling2 kawan2 yang jual baju kanak2 atau baju orang tua sekali pun, mcm Sarakids dll musti tgh sibuk sakan ek. Tak ada istilah 'spek raya' so, saya pasrah ajelah ek cuma harapnya keadaan ni segera pulih satu hari insya ALLAH.

Dek mati kutu, maka keluarlah tajuk di atas. Bojah itu adalah pertama kali saya dengar dan bunyinya macam bunyi orang Jawa ye? Dua perkara yang saya nyatakan di atas adalah untuk orang selepas bersalin. Lepas bersalin, kita akan menghadapi tempoh pantang dan ada sesetengah orang suka time pantang sebab dia banyak relax.

Yes!! Saya suka relax itu tapi yang saya tak berapa minatnya adalah makanan yang saya nak kene hadap ketika itu...Ke ke ke.... Saya memang susah nak berpantang dengan makanan tapi satu je, saya cepat kenyang. So, saya makan hanya beberapa kali sehari. Tapi ini tidak menjawab kenapa badan saya tidak naik2. Amaun saya makan adalah sangat banyak hokeh...

Air kunyit & bojah ini adalah ramuan yang bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka. OK, saya share ye cara penyediaannya dulu :

Air kunyit
  • gunakan kunyit hidup dan garam kasar
  • Buang kulit dan diparut
  • Tapis airnya dan masukkan sedikit garam kasar
  • minum hanya sekali sehari selama 5 hari
(Owh..bagi saya ini adalah horror!!!)

Bojah
  • 2 ketul kunyit
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sebungkus kecil lada hitam
  • 2 keping asam keping
Tumbukkan semua di atas bermula dengan lada hitam dituruti dengan yang lain. Campurkan dengan air panas kemudian bubuh gula dan gram secukup rasa.

Haa...saya rasa bojah boleh menjadi peneman ikan bakar atau ikan kukus saya nanti kan?? Ini baru namanya nyamnyammmm....

*Eh aku ni mcm esok lusa je nak beranak... :P

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!