Waduh ya..tajuk contest ini adalah satu cabaran buat saya. Sebenarnya contest seperti ini pada hemat saya adalah contest yang membina. Ia membina ilmu, membina idea dan macam2 lagi. Tapi tak la pulak bermaksud contest lain itu tidak membina, at least kita boleh share bermacam2 benda dengan teman blogger yang lain.
Jujurnya, kini mungkin saya lebih rapat dengan teman2 blogger. Bak kata Ros MBP, teman baik dia pun dah missing in action. At least teman baik saya masih lah contact each other lagi tapi idakla sampai tiap hari kan? Tapi teman blogger ini, kita dapat update mereka tiap ari. Macam saya la kot, kalau teman2 baik saya dulu nak lebih rapat dengan saya semula, caranya adalah follow saya di blog ini atau di Facebook saya sebab di sana juga mereka terima apa yang saya update dalam blog saya ini.
"Ramadhan, Syawal & Anak2"
Saya mula merasakan cabarannya pada tahun ini. Termalu2 juga saya bila kawan2 ramai yang tanya adakah Asmaa' telah memulakan berpuasa pada tahun ini? Manakan tidak anak dara saya ini adalah 5 tahun. Tahun hadapan adalah umurnya adalah 6 tahun dan ketika dia 7 tahun, eloklah dia memulakan puasa penuhnya berserta dengan solat.
Jadi, pada tahun ini, kami hanya beritahu mereka ini adalah bulan puasa dan orang2 Islam tidak akan makan dan minum di siang hari. Asal sahaja mereka meminta makanan, kami akan bertanya, "Kakak tak puasa ke?" dan seterusnya adalah sesi penerangan bagaimana untuk beritahu mereka bagaimana berpuasa.
Selalunya saya beri juga mereka makan di pagi hari. Ada beberapa hari Asmaa', Usamah dan Uwaiys terjaga ketika kami bersahur malah pada hari pertama berpuasa Usamah ikut abahnya berjemaah Subuh selepas sahur bersama. Selalunya pukul 4-5ptg, saya akan tahan mereka makan supaya mereka tahu rasa menunggu waktu Maghrib itu.
Bagi menyambut Syawal, kami akan memberitahu mereka tentang Aidilfitri hanya boleh dirayakan oleh orang yang berpuasa dalam bulan Ramadhan. Walaupun begitu, tidaklah kami bermaksud untuk mengurangkan kemeriahan mereka berhari raya nanti. Kami sediakan mereka baju raya (Oww..mestila sedondon :P) dan kami katakan mereka akan dapat banyak lagi baju yang cantik2 di akhirat jika mereka berpuasa.
Apabila menyebut tentang pemberian ALLAH, alhamdulillah selalunya mereka akan excited. Adalah menjadi doa kami semoga kebergantungan mereka akan terus mencanak naik kepada ALLAH. Juga tentang duit raya. Kami akan beritahu mereka bahawa itu juga adalah nikmat sementara yang ALLAH pinjamkan supaya kita dapat laburkannya dengan penuh hemah.
Selain itu, aktiviti bermaafan di pagi raya juga adalah satu perkara yang baru bagi saya. Sejujurnya keluarga saya sendiri tidak mengamalkannya tetapi suami saya telah mengajar saya untuk melakukannya. Wah, 'better late than never' kan? Lalu saya tidak mahu anak2 saya kerugian bertahun2 seperti saya sebab mulut kita sesungguhnya susah sekali untuk berkata maaf jadi biarlah sekurang2nya setahun sekali kita melakukannya.
Selain itu, aktiviti bermaafan di pagi raya juga adalah satu perkara yang baru bagi saya. Sejujurnya keluarga saya sendiri tidak mengamalkannya tetapi suami saya telah mengajar saya untuk melakukannya. Wah, 'better late than never' kan? Lalu saya tidak mahu anak2 saya kerugian bertahun2 seperti saya sebab mulut kita sesungguhnya susah sekali untuk berkata maaf jadi biarlah sekurang2nya setahun sekali kita melakukannya.
Apalah yang dapat diharapkan sangat perkara2 mcm ni dapat difahami oleh 4 si comel saya itu buat masa ni tapi proses pengukuhan seperti ini menjadi sandaran kami supaya mereka akan mendapat asas kukuh dalam menjalankan ibadat mereka kepada ALLAH nanti. Pemahaman kanak2 tidak seperti fahaman orang dewasa tetapi adalah lebih baik kita mewarnakannya dengan warna yang tulus supaya tidak ada mata yang sakit dengan warna yang tidak menarik.
Saya suka dengan apa yang ada dalam blog dua sahabat saya iaitu blog anakku sayang. Di dalamnya terdapat pelbagai tips yang mendedahkan saya tentang bagaimana kita memberi tunjuk ajar yang simple tetapi berkesan buat anak-anak kita. Begitu juga dengan perasaan keibuan yang saya rasakan ketika membaca blog 'Catatan Ibu' kerap membuatkan saya rasa bersalah dengan diri saya.
Apabila melihat kepada nama contest ini sejujurnya saya tidak memandangnya sebagai contest kerana kedua2 penganjur mahu menekankan tentang 'perkongsian ilmu' yang akan dirasai oleh para pembaca entry contest nanti. Saya baru terpandangkan hadiahnya tapi insya ALLAH ilmu yang kita kongsi bersama jauh memberi manfaat dari hadiah itu. Tapi kalau dapat best jugak ek bertungku lepas bersalin nanti...ahahaha....dan CD itu, memang saya sedang mengumpul2kannya. Hihi....
OKlah kalian, jika kalian mahu share lebih tentang topik di atas sila berkunjung ke dua link entry ini ya iaitu di Anakkusayang dan Catatan Ibu.
OKlah kalian, jika kalian mahu share lebih tentang topik di atas sila berkunjung ke dua link entry ini ya iaitu di Anakkusayang dan Catatan Ibu.
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!