Sengaja jamu kalian dengan video ni. Saya dapat dari blog Bicara Lembar Maya tadi. Suami saya & abah saya juga seperti itu, mengambil lebihan makanan dari restoran dan kantin sekolah. Apa yang berbeza, makanan yang diambil itu, direbut oleh itik, angsa, ayam dan lain-lain.
Sekarang saya juga sudah cuba semula masak cukup2 sahaja supaya keluarga saya tidak jemu dengan makanan lauk yang sama 2-3 hari. Suami saya tak pernah kisah pun, tapi sengajalah buat begini supaya anak2 selalu tertanya2 "Umi masak apa?" Tapi beza sekali dengan anak2 di dalam itu.
Selepas raya ni, saya terpaksa menyusun semula rutin hidup saya memandangkan sebulan di bulan puasa lalu, kami tinggal di rumah mak. Sekarang dalam proses menilik almari anak. Baju Asmaa' yang tidak muat, saya pas ke rak Arwa. Baju Usamah takde gaya lagi yang nak di pas ke Uwaiys. Baju Uwaiys yang tidak muat, yang mana logik saya letakkan di tempat Arwa. Juga saya sediakan dia seluar yang tidak dipasangkan dengan baju memandangkan dia asyik tertiris dalam seluar aje. . Baju Arwa pulak, saya turunkan ke rak baby.
Setelah ditilik2, saya kira baju Asmaa' tadi dan jumlahnya adalah 4 dozen. Banyaknya.... Itupun ada yang belum diambil dari Cek Mah lagi..banyak pasang juga...Ini semua gara2 saya menghabiskan sisa2 stok kain ela yang tidak laku masa saya bisnes online dulu. Sebab kain tu pun semuanya lawa2 lagi, maka saya buatlah baju Asmaa' & Arwa. So, kalau nak beli baju pun untuk dua hero itu sahajalah.
Insya ALLAH, saya akan menyusun penjimatan hebat untuk keluarga ini supaya apa yang kami makan dan kami pakai tidak jatuh ke tahap membazir. Semoga ALLAH mudahkan niat kami ini...membesarkan anak2 dengan rasa cukup2 bukan lebih dari cukup.
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!