Bismillah,
Di suatu hari yang hening, Asmaa' bangun terkulat2 sambil menggosokkan matanya. Seperti kebiasaannya dia akan mandi dan selepas itu mula mengemaskan beg sekolahnya. Tiba2....
Asmaa' : Umi kakak nak buat yang mcm ni??
Umi : Silalah kakak, umi nak masak makan pagi ni...
Lalu dia pun amik sabun dan campur kan dengan air dan inilah hasilnya. Tidaklah umi sempat memerhati berapakah kepekatan yang kakak gunakan untuk menghasilkan sesuatu yang seperti ini...
Asmaa' : Ni dah siap. Macam mana kakak nak tiup?
Umi : Cuba kakak cari sendiri..umi tak abis masak lagi ni. Nanti kakak lambat pegi sekolah pulak.
Asmaa' : OK!!
Lalu tempat puting botol susu diorang yang dah lama menjadi mangsa. Mungkin diambil dari kelompok mainan mereka.
Umi : Mana boleh kakak guna benda tu. Kakak cuba cari benda lain...
Asmaa' : OK!!
Tiba2 dia datang dengan membawa dua benda alah ni....pensil dan rangka bekas kompas yang telah menjadi mangsa buli...
Abah : Lah apalah yang susah2 kan dawai ada...buat aje mcm ni...
Umi : Tulah abah kalau datang dari tadi kan senang keje kakak!!!
Tapi sebab kesuntukan masa, pagi tu, belon tetap tidak sempat ditiup...sabun yang Asmaa' bancuh mempunyai kepekatan yang tidak tepat untuk menghasilkan buih...tapi kefahaman Asmaa' atas gambar dalam buku English darjah dua kepunyaan maksu tetap menjadi kebanggaan umi..Next time we will try again insya ALLAH :)
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!