Bismillah,
Ngeri apabila saya membaca entry dalam blog Sya berkenaan dengan kisah lucah muridnya. Saya seakan dapat membayangkan betapa hancurnya hati seorang guru melihat anak muridnya menajdi begitu. Malah saya juga terasa sangat terdera bila cuba untuk menghayati perasaan kedua ibu bapa budak itu pula.
Semalam pula, saya tidak ingat kami membuka cerita apa tetapi jam 9.30 mlm adalah berita Mandarin di TV7 bukan? Usamah tiba2 berkata, "Umi tengok orang tu tak malu, dia pakai spender aje". Saya jadi terkejut kerana itu adalah berita tetapi ia sedang menunjukkan tentang pertandingan ratu cantik. Lalu, saya segera menutup TV. Ntah kenapa sebelum itu tidak tergerak hendak menukar channel sedangkan kami sah2 tak faham bahasa Mandarin itu.
Bukan apa sebab mereka mengambil sedutan dari ucapan PM kita dan beberapa pemimpin yang lain. Apa isunya, saya malas nak ajak borak di blog saya ini. itu sebab saya tidak tutupkan tetapi lain pula yang keluar. Itu berita, apatah pula jika rancangan mcm Top model dan ntah apa2 rancangan yang memandu jiwa anak2 ke arah yang tidak2 itu.
Bahkan iklan juga, saya hampir tersedak bila Usamah tanya, "Umi kalau angkat ketiak lama2, kereta berenti banyak ke?" Dia merujuk kepada iklan ketiak hitam itu...huhuhu..time dia angkat tangan sekejap2 kan teksi tak berenti? Tapi dia faham kot lain...dia bukan bezakan ketiak hitam dan putih tapi angkat tangan lama atau sekejap yang dia perhatikan.
Kata Ulama : Pendidikan semasa kecil ibarat menulis di atas batu. Pendidikan selepas baligh ibarat menulis di atas air.
Dari kata2 di atas, dapatlah kita fahami bahawa kanak2 adalah sangat mudah terpengaruh. Mereka bagaikan rebung dan ketika itulah kita mesti melentur mereka dengan baik. Jika kelihatan perkara yang tidak baik yang mereka lakukan maka hendaklah dihalang sejak dari mula lagi. Bagaimana pula mahu perasan apa yang mereka lakukan? Kita sendiri kena banyak bertanya.
Selain dari itu, akhlak dan kata2 diri kita sendiri juga hendaklah dijaga. Kerana kita adalah acuan paling mantap buat anak2. Jika kita sendiri suka mencarut atau memaki hamun tanpa batasan, maka jangan buat2 pelik bilamana anak2 melakukan sedemikian rupa. Kata2 kita juga ibarat doa, amka selalulah perhatikan apa yang mahu kita cakapkan.
Kasih sayang sesama adik beradik juga mesti diterapkan. Selain dari bersama dengan kita, biarlah mereka bersama dengan adik beradik mereka. Memandangkan di sekolah, mungkin mereka aan bersama dengan adik beradik maka, jika hubungan mereka tidak rapat, bagaimana pula mereka hendak saling melindungi di antara satu sama lain?
Ajarlah suapaya yang kecil menghormati yang tua dan yang tua beralah dengan yang muda. memang susah untuk melakukan ini apatah pula kita terpaksa melakukannya mungkin berpuluh2 kali setiap hari. Namun, apabila hasilnya keluar, anda akan berasa lega dengan melihat keakraban mereka.
Satu langkah yang paling mudah untuk mengikat kasih sayang sesama ahli keluarga adalah dengan mengajak mereka untuk solat berjemaah. Di sini, hati2 kita akan diikat. Anak2 sudah boleh diajak solat bersama seawal usia mereka 4 tahun. Mmm...mesti comel bila mereka ada bersama. Sungguh saya bimbang sekali dengan dunia yang akan diharungi oleh anak-anak ini. Semoga anak2 kita dilindungi dari perbuatan mungkar dan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat....
*jangan pernah merasa terlambat dalam mendidik anak. Sekalipun anak anda berusia 40 tahun, jangan pernah ada rasa terlewat untuk membetulkan mereka....
Anak lelaki sulung harapan Umi...
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!