Pages

Saturday, November 14, 2009

Buku Inspirasi Contest


Bismillah,

Saya selalu menjengah ke blog Puan Masayu. Di blognya ada banyak perkara yang boleh diketahui untuk seseorang yang mahu bekerja dari rumah. Tidak setakat tips, penulis juga gemar mencadangkan dekorasi yang sesuai untuk rumah WAHM dan lain2. Baru2 ini, Puan Masayu buat pula satu contest. Satu daripada hadiahnya menarik hati saya.


Soalan yang diberikan oleh Puan Masayu adalah :

1.Apakah status anda kini?
Saya adalah Working At Home Mom. Syukur saya memiliki kedai dimana kami tinggal di atasnya. Saya hanya turun sekali sekala atas permintaan.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?
Saya mahu meluangkan lebih masa kepada anak2 dan suami dan saya berharap saya hanya perlu memantau perniagaan kini tanpa mengurusnya sepenuh masa seperti kini. Jadi saya boleh beri tumpuan kepada cabang lain juga. Ini akan menjadikan anak2 saya lebih kreatif dalam membentuk kehidupan masa hadapan mereka kelak. Kehidupan ini punya ciri yang pelbagai, saya bimbang anak2 terkongkong dalam dunia optikal dan dunia penternakan kami berdua. Lalu saya perlu berusaha gigih dari sekarang untuk memastikan anak2 saya tidak terkongkong dalam lingkungan pemikiran kami sahaja. Buku ini insya ALLAH dapat membantu saya mencorak lebih banyak cara mencari sumber kewangan walaupun berada di dalam rumah sahaja.

Contest ini masih belum ditetapkan tarikh tamatnya. Jadi kepada sesiapa yang ingin melangkah ke alam baru, duduk di rumah tetapi masih boleh menjana kewangan, mungkin ini adalah satu caranya. Banyakkan mengunjungi blog Puan Masayu supaya anda tahu nikmatnya berada di dalam rumah.

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!