Pages

Thursday, November 12, 2009

Memori Di Taayah - Episod 3

Bismillah,

He he...saje nak tunggu orang tanya bila episod ketiga nak kluar. Bila Amy tanya tadi, barulah terasa nak menulis. Sebenonya, korang terlampau banyak sangat komen sampai yang belum masuk tajuk pun korang dah cerita ahaha....so, aku mcm sentaplah pulak, nak tulis ke dah korang tulis dah??

Okeh, memula arini nak cerita pasal cikgulah sebab antara orang pertama yang kita ramai2 kenal adalah cikgu2lah. Masa tu, aku ingat lagi Ustazah Fatimah kata, merekalah yang akan gantikan mak ayah kita di sana. Woohh...ngeri? Ingat kita aje ke ngeri? Ustazah2 dengan cikgu2 tak ngeri ke bila kita ramai2 jadik anak dia....uhuhuhu..

Sebelum melanjutkan cerita, korang skang dah boleh addkan cikgu2 kita mcm Ustazah Fatima, Cg Saniah Dona, Ustazah Amanah... sebahagiannya aku dah add dan korang boleh jumpa kat my fren list. Ustazah Fatimah siap hantar mesej pada aku (tolong jangan jeles), Ustazah Amanah plak kami pernah chat dan dia ada bgtau betapa dia seronok bila anak2 didik dia datang melawat diorang kembali. Cikgu Saniah...err...skang aku nk anta mesej atau tulis kat wall dia tapi cam konpius nak tulis in English ke in BM. Ahahaha...

Korang, antara guru pertama yang membuatkan aku rasa cikgu2 kat Taayah adalah best2 adalah cikgu Zaiton. Percayakah?? Sebabnya...masa musim orientasi lagi aku nak cari toilet. Dari kelas 1T tu aku cam gamble aje tetiba nampak cikgu Zaiton senyum meleret kat aku depan 2S. Mcm biasa aku yang peramah pun tanya, "Cikgu, tandas di mana??"

Korang tau cikgu Zaiton jawab mcm mana?? Dia siap pegang bahu aku dua2 belah dan tunjuk toilet depan mata aku kat bangunan 3 tingkat tu. Lepas tu aku ucap terima kasih kat dia....dan selepas itu aku tak pernah percaya yang Cg Zaiton garang dengan student sehinggalah aku masuk 2P. Semasa di 2P, macam senior atau junior semua kena buat jotter. Korang, aku nk tya apa implikasi jotter ini kepada kehidupan korang?? Takde??

Bagi aku ada..Sebabkan tabiat inilah aku sentiasa selesaikan buku2 latihan aku dari mukasurat 1 sampai habis. Kalau ada yang takleh aku jawab, aku terpaksala tanya kanak2 yg pandai....atau aku memandai2 sendiri. Semacam ada rasa tak puas hati kalau ada soklan yang dalam ms tertentu tak dapat aku buat. Tapi alhamdulillah, walaupun Cikgu Zaiton garang, aku takdela kes kena marah berat2 dengan dia. Walaupun aku bukan pandai English mcm Siti Nurhayati...ehehehe....

Cikgu lain masa di 1T adalah cikgu Suhaimi. Time ni dia ajar Sejarah kelas aku. Dia tulis nota atas papan hitam, aku salin...dia tulis, aku salin...dia tulis lagi, Amy salin, aku tido...ahahaha... ntah apalah badi ek duduk kat Taayah, asyik ngantuk aje. Tapi satu memori dgn dia masa form 1 adalah semasa exam, Ustazah Halimah tiba2 panggil aku.

Masa tu, org datang bgtau kat cikgu Suhaimi. Cikgu pun cakap baik2 kat aku, suruh aku bertenang, bawak banyak bersabar. Tak ke panik tengah exam ni kawan2... rupanya wan aku meninggal. Tapi ada yang memandai buat spekulasi kata ayah akulah, mak aku lah...aku balik juga time tu tapi sbb time xm, esoknya diorang anta aku semula ke sekolah...demi masa depan aku la kununnya...tengok2 anak dia dapat no 30 lebih dalam kelas (time tu)...ketawa guling2 abah aku sbb kat sekolah rendah aku dapat top 3...ahahahaha....

Kisah aku yang lain dengan cikgu Suhaimi adalah masa 3R. Dia kalau nak spot aku, mesti sebut nama 'Faizah Madzlan' dan tiap kali tu jugaklah Faizah dengan baik hati bangun jawab soklan walaupun aku tau sebenarnya mata cg Suhaimi memang dah pandang aku dah. Aku memang selalu selamat sbb dia konpius padahal masa F1 dia still ingat nama aku. Tapi bila skang singgah2 kat Taayah pun dia masih gunakan nama tu untuk panggil aku...ahahaha...cute kan??

Ustazah Rozita korang ingat? Ustazah yang pernah merajuk, aku tak ingat kenapa tapi yang aku ingat Sri pergi la pujuk dia time tu. Dia ajar subjek apa ek... tapi ada satu yang akuhafal sampai hari ini iaitu bab bersuci 'al-maa' akbaru alah litthaharah yuthathohharu bihi aninnajasi walhadath' yang bermaksud Air adalah alat terbesar untuk bersuci, daripadanya ia menyucikan najis dan hadas.

Cikgu kelas masa F1 cikgu Hanna Sophia. Anak cikgu Zaliha, kakak kepada k.Hennie Suraya (senior prefect) dgn Hani Kamilah(junior). Dimanakah cikgu sekarang ya...dan apa khabar pula adik2 dan maknye??

Cikgu Wan Hassan, cikgu pertama dalam sekolah tu berjaya tarik telinga aku sbb ngantok. Masa tu 1T. Dia selalu sound jangan guna perkataan 'para-para'. Para pelajar bukan para-para pelajar. Masa mengajar dia selalu pandang dinding belakang. Kalau kita mengantuk, dia akan kata 'lalang-lalang layu....'

Masa F3 projek Sejarah tu, cikgu Wan Hassan adalah tokoh bagi kumpulan aku. Bila kami tanya dia punya sijil untuk kami letak di bahagian lampiran dia kata dia tak simpan. Time tu, semua ahli grup kami dah siap menaip tinggal nak sudahkan lampiran aje dan akhirnya aku amik sijil ntah sapa2 dan tepek nama dia atas sijil tu sebelum fotostat dan letak dalam lampiran. Kepada cikgu Suhaimi, mesti cikgu tak perasankan?? Ehehehe... Oh ye, korang boleh lihat wajah terkini cikgu Wan Hassan di link ini. Bila korang tengok aku yakin, korang akan ada rasa, bilalah nak pergi jumpa cikgu...huhuhuhu

Ustazah Mariam, ajar Bahasa Arab. Rasanya memng betul2 banyak sangat perkataan baru (mufrodat kan??) belajar bermula dengan kelas dia. Yang lebih best lagi adalah bila apa yang dia ajar, itulah yang masuk xm. Alhamdulillah, berkat dari ilmu permulaan itulah sekarang at least bolehlah faham sikit2 bila baca alQuran.

Naik 2P, first yang aku ingat Cikgu Norwati. Hari 1st day taaruf tu dia masuk dan duduk atas meja. Dia cerita macam2 aritu termasuklah dia tak makan malam especially kalau dia dah gosok gigi. Sekarang aku pun sama...kalau tergosok gigi malam awal, lepas pada tu memang aku tak makan dah punya.

Lagi satu Ustaz Musanif. Ahahahaha...... takleh lupa ustaz yang kelakar ini. Semua yang dia buat mesti kelakar sampai kita asyik ketawa aje. Sehinggalah di satu hari, dia marah tapi kita tak faham dia tengah marah. Ohh...time itu sangat menakutkan dan aku sangatlah takut kalau cikgu2 kita merajuk. Juga ada satu masa kaki aku bengkak dan ustaz suruh aku ke depan tapi sbb aku sakit, ustaz kata nak tgk kaki sampailah budak2 kelas aku cakap 'aurat ustazzz...'. Fuh nasib baiklah korang backing...he he...sebenarnya nak jalan tu boleh ustaz tapi saya tatau jawab soklannya...huhuhu

Ustazah Sairah yang cool. Ntah nape aku rasa mcm suka dengar dia punya telo percakapan..ada ala2 jawa sikit. Ntah nape la aku mula minat dengan orang Jawa masa kita kat Taayah dulu. Masa taaruf dia eja nama dia dan suruh kita sebut betul2. Ustazah di mana ya sekarang??

Mmm...Teringat juga Cikgu Fauziah ajar Sains yang jual kaset2 nasyid, sayangnya kaset2 itu skang dah tak boleh digunakan sbb dah takde player dah...juga cikgu Umi Kalsom yang jual jam2...aku ada beli satu tapi hilang masa kita gi kelah kat Chepor masa F3...huhuhu..

Naik 3R Cikgu Wan Zaharah. Oh, sangat tidak boleh lupa bila cikgu bengang dengan aku. Time tu Ustaz Tahir tersilap kira markah Arab aku. Aku pun silap sebab tak cek awal2. Kan tulisan jawi nombor lima bulat dan ustaz Tahir kira itu sebagai kosong. Ada banyak pulak tu tau yang dia tersilap. Markah banyak tapi tak dikira.

Kiranya seblom tu aku dapat nombor belas2 tapi bila dah sedar markah Arab tu, aku dok dalam top ten jugak la lebih kurang no 7-8 gitu. Selain terkejut dengan perkataan 'bodoh' cikgu Wan Zaharah kepada aku, tapi tempat dalam kelas aku masa tu lebih mengujakan. Aku jadi excited sampai cikgu Wan Zaharah akhirnya memahami kenapa markah2 tu penting untuk aku. Time tu cikgu Wan Zaharah suruh kita beratur cari kedudukan masing2 dalam kelas.

Benda yang paling aku ingat Ustaz Khir yang steady ajar aku adalah dalam solat, kita takleh menyenggeng sebelah kaki. Juga Ustaz Ramli yang cute dan baik hati. OK, benda yang aku nk ingatkan korang ingat tak masa form 3 ada geng2 kita yang rela pergi toilet kalau terdengar suara Ustaz Zamri kat keliling2 tu...uhuhuhu....sungguh gedik sekali ketika itu!!

Okehlah, meh cerita masa kita 4Sc lak. Cikgu Supiah/Safiah yang sempat ajar BM kelas kita satu semester. Itu cikgu kelas dan dia sempat kira markah untuk kita masa tu cumanya dia tak bgtau masing2 dapat no berapa kan? Ke dia bgtau aku tak ingat...tapi masa seblom dia nak gi dia ada bagi aku kata2 yang menunjukkan aku akan dapat lebih lagi kalau aku usaha lebih.

Cikgu Umi Kalsom yang kita panggil cikgu Com juga sempat ajar sekejap. Selepas tu diganti dengan Cikgu Rohani. Cikgu Norhaini ingat tak?? Kita ada buat projek Kimia dengan dia. Time tu nak tanam pokok dalam kapas diapers tu dan dia punya anak punya diapers lah yang kita hantam. Campur bila nak buat kertas dari pokok keladi bunting, suami dia sampai terjun lombong punya nak cari keladi tu. Huhuhu...

Cikgu UmiMaznum juga...hihi....masih terngiang2 "Kamu faham ke tak?? Faham...bagus" Dia tanya dan dia jawab. Sampai skang masih berhubungan dengan Cikgu Umi Maznum lagi dan juga Ustazah Fatimah. Cikgu Ramlah yang cerita pasal mcm mana ayah dia ikat bodi dia masa zaman Jepun dulu...ahahaha...teringatnya weihhh...

Cikgu Saniah Dona, ada satu peristiwa yang aku ingat, ada satu hari tu cikgu Nazri panggil aku suruh jumpa dia waktu sekian2, kebetulannya time tu kelas cikgu Saniah. Aku nk try minta izin dari dia nak kluar kelas. May I go out tu OK lagi sekali dia tanya, nak buat apa jumpa cikgu Nazri...huhuhu, aku rasa masa tu aku gi cakap "I want to wash picture" sampai Yatie lak yang lebih2 ketawa.

Sebut pasal Yatie, ingatkah kalian masa kita 4Sc ada ustaz Faizal ke apa namanya ajar P.Islam. Kan ada masa satu kelas dia tiba2 langit jadik gelap dan dia pun sedap je kata, "Ish..nak kiamat ke??" huhu...dah la ari tu ari Jumaat. Pastu bila bincang pasal tabung bayi tu yang kata kalau ada bayi luar nikah apa kita nak buat. Time tu dia tanya Yatie dan Yatie sampai ke sudah jawab, "Tak boleh ustaz....saya tak boleh bayangkan saya ada anak luar nikah...mcm mana saya nak bayngkan....." Ahahaha...

Mmm..lupalak nk mention Sir Tajudin. Cikgu BI kita..mm, ramai lagi ni cikgu kalau ikut tapi inilh yang banyak memberi kesan dalam hidup aku di Taayah dulu... Tidak kiralah kenangan bersama cikgu2 ni sepahit mana pun, ia tetap adalah satu kesan terbaik dalam hidup aku. Kalau bukan digonyoh2 di sekolah dulu, tidaklah kita semua jadi mcm hari ni. Memasing ada kerjaya masing2.....

Bila ek boleh kita kumpul2 ramai2 sambil serbu cikgu2 kita yang masih di sana?? Mesti cikgu2 nak sekeh kepala kita sbb tak gi jumpa diorang ek....hihi...

*buat kawan2 yang kelas lain dari aku, boleh cerita kenangan manis dengan cikgu2 kat kotak komen ek...episod kali ni nk cerita bab cikgu aje...lenkali aku sambung lagi...

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!