Pages

Wednesday, November 11, 2009

Part Time Homeschooling??



Bismillah,

Saya terima satu komen di kotak komen saya. Cumanya dia tidak meletakkan link semula ke tempatnya...Komennya begini :

"Konsep homeschool ni bukan ke untuk yang tak pi sekolah terus.. Bukan apa, nanti silap term..oarng paham lagu lain"

Saya telah membangkitkan satu isu lama di sini iaitu kisah homeschool yang agak lama saya tak dapati di blog ibu2 kecuali di blog K.Hanz :) Sebenarnya apa yang saya nak ketengahkan di sini adalah sama seperti pendidikan awal kanak2 di rumah. Bukan seperti yang diamalkan oleh mak2 di negara2 lain yang memberikan pendidikan formal di rumah.

Sebelum meneruskan apa yang saya ingin katakan, silalah baca dua artikel atau coretan dari dua mak omputeh di link bawah ini dan anda akan fahami apa yang saya maksudkan dengan part time homeschool :
Saya sebenarnya sangat kagum dengan isteri seorang pensyarah di USM Transkrian ini. Sebenarnya ibu ini berpelajaran tinggi tetapi dia memilih untuk menjadi ibu dan guru serentak kepada anak2nya. Ketika saya sampai ke rumah mereka, benda pertama yang saya dapat lihat adalah mainan!!

Mainannya bukan sekotak sahaja, tetapi 3-4 kotak juga dan pastilah anak2 saya mula memasang angan2 tinggi melangit untuk tolong sepahkannya. Tetapi ibu ini tidak melarang malah dia tersenyum-senyum saje (takkan nak marah anak orang lak kan??). Lalu saya beritahu dia, di rumah kami tak ada mainan seperti ini, apatah pula sebanyak ini.

Jika boleh saya bagi jenama kepada mainan anak2nya, mungkin ia berasal dari jenama Playskool atau yang setaraf dengannya. Pun begitu, dia bukan beli yang fresh, dia beli yang sekenhand semasa menetap di luar negara dulu. Dia sangat hairan kenapa saya tak belikan mainan yang banyak untuk anak2 :P

Saya memberi alasan dengan cepat, "Akak, saya tak larat nak kemas lepas diorang main." Lalu dia pun kata, "Bg akak lak, baik kalau diorang main depan mata dari diorang main benda yang kita tak tau di luar sana." Yaaa...alasan dia logik dan ini menjawab kenapa anak2nya tidak jemu berada di dalam rumah sendiri. Mainan ini akan menjadi pelengkap kepada keinginan kanak2 yang ada dalam diri mereka.

Sehingga satu hari, ketika berjalan2 mencari diari tahun hadapan dengan adik saya, saya mula merewang2 di bahagian permainan kanak2 yang mana sebelum ini jarang saya lakukannya. Saya juga turut membayangkan anak2 saya bermain dengan alat medik olok2 itu, juga memancing ikan magnet, juga menekan2 komputer riba khas untuk kanak2 itu... Saya akan mula memikirkan mainan yang sesuai untuk mereka insya ALLAH.

OK, itu cerita mainan. Di ketika yang lain, saya singgah lagi ke rumahnya dan ketika itu, dia sedang mengajar anak2nya secara bergilir2. Selepas seorang demi seorang yang membawa buku kepada ibu mereka dan mereka buat kerja sekolah atau ulangkaji. Jika ada soalan yang mereka sama2 tidak pasti, mereka turut bertanya kepada saya.

Saya sangat kagum dengan apa yang dia lakukan itu lalu saya fikir kenapa selama ni saya banyak sia2kan peluang bersama2 anak2 saya. Saya mungkin agak terlewat untuk mendidik Asmaa' & Usamah dari awalnya tetapi saya harap saya tidak terlalu terlewat untuk memberi input kepada Uwaiys, Arwa & adik mereka nanti...

Saya terpaksa menghantar Asmaa' & Usamah untuk belajar membaca dari seorang guru di P.Buntar ini dimana dia menerima budak 5-6 tahun sepanjang cuti sekolah ini. Mmm..jika dia mahu budak 4 tahun pasti saya akan turut menghantar Uwaiys juga. Lihat, saya mahu mengamalkan homeschool tetapi saya faham tidak semua saya dapat lakukan seorang diri.

Disebabkan saya tidak mahir mengajar anak2 membaca, saya cuba tekankan dalam bentuk lain seperti Matematik, IQ, Sains dan pelbagai aspek lain lagi. Jangan tanya adakah saya tidak serabut dengan semua ini. Jawapannya saya sangat serabut tetapi keserabutan itu selalu ada ubatnya. Ubatnya adalah tatkala melihat mereka memahami apa yang kami cuba sampaikan.



Raya sudah habis..malah nak masuk Raya Haji pulak. Umi baru je masukkan duit raya diorang. Semoga anak2 umi ada rezeki melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dan ini adalah untuk menanggung masa depan kalian....

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!