Bismillah,
Mmm..sebenarnya, saya adalah sangat menyebok. Hihi..saya terbuat contest supaya ibu2 dapat letakkan gambar anak2 dara masing2 dengan antena masing2. Mujurlah Uwaiys atau Usamah tidak cakap, "Umi, nanti dah besar kami nak kawen dgn yang ini atau yang itu!!" Jadi saya berulangkali tarik telinga sendiri supaya saya 'mementingkan yang lebih penting'!!!
Apa yang lebih penting buat saya adalah mengajar Asmaa' membaca. Dia baru2 ini amat kecewa apabila Usamah naik pentas dan dia tidak. Sangat susah memujuk dia di hari itu sehingga akhirnya saya menangis bersama dengan dia di tengah sesak2 hari anugerah PASTI mereka. Nantilah saya ceritakan detel kemudiannya.
Lalu saya cuba menimbulkan isu bahawa 'adalah penting kakak pandai membaca di umur kakak ini'. Asmaa' selepas itu, kerap membawa kepada saya buku 'Bacalah Anakku' dan minta saya ajarkannya. Ya...dia membawa buku kepada saya lebih banyak dari saya menyuruh dia membawa buku itu untuk saya ajar.
Permulaannya, saya sangat garang. Saya kurang sabar apabila saya telah hantarkan dia ke kelas tetapi balik di rumah dia masih di takuk itu juga. Saya sangat geram dan marah adakah kerana anak saya ini terlalu leka, atau dia buat2 aje tak tau sedangkan dia tau atau last sekali tersalahkan cikgu dia plak tak pandai nak ajar. See...betapa kurang sopannya saya!!!
Walaupun begitu, itu hanyalah satu perasaan seorang ibu yang sedang marah. Terasa melabur tetapi hasilnya tidak terjumpa :(. Tapi...saya bawakkan tidur masalah ini. Ahahaha...selepas saya bangun pada esok hari saya selalu berazam untuk jadi guru paling bagus untuk anak2 saya. Lalu esoknya saya ajar Asmaa' lagi. Saya tidak mahu kadar dia membawakan buku kepada saya berkurang kerana garangnya saya melayani kemahuan dia belajar.
Ternyata, episod selepas itu lebih menyenangkan... Asmaa' bangun dan tidak mahu dimarahi saya. Dia cuba mengejar untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan. Saya pula bangun untuk tidak memarahinya lagi kerana saya mahu dia tidak takut untuk belajar. Akhirnya kami bergabung menjadi guru dan murid yang ideal (dari sisi mata saya).
Lalu saya mula memahami beberapa perkara :
- Sama ada kita menjadi pengajar, guru mereka menjadi pengukuhnya atau guru mengajar dan kita mengukuhkannya. Jika kita tidak mengajar, maka di rumah kita perlu mengukuhkannya dan begitulah sebaliknya.
- Tidak apa melakukan kesalahan. Kerana di situ kita mungkin bakal berjumpa formula terbaik dalam melayari kehidupan seterusnya. Namun jangan sekali apabila sedar yang kita di dalm kesalahan, tetapi tidak mahu pula membetulkannya.
- Kaedah fonetik adalah antara banyak2 kaedah mengajar membaca. Jika saya telah memilih kaedah ini, maka saya perlulah bekalkan diri saya dengan kaedah mengajarkannya pula.
- Tidak ada salahnya kaedah tradisional. Ia adalah untuk mengenalkan kanak2 kepada huruf sedangkan kaedah fonetik memperkenalkan kanak2 kepada bunyinya.
Saya memilih Bacalah Anakku dan rekomen ini kepada semua kerana :
- Yang susah adalah hanya pada buku satu sahaja. Setelah dia memahami buku satu itu, maka dia akan guna konsep vokal dengan mudah pada buku yang seterusnya. Asmaa' mengambil masa selama dua minggu untuk hadam dua buku. Semoga buku yang lain akan memakan masa yang lebih singkat lagi insya ALLAH.
- Sila tekan link ini untuk melihat video yang berkaitan dengan Bacalah Anakku. Percayalah anda rugi jika anda tidak melayarinya...
- Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman AhamadISBN: 983-867-139-8Harga:
- Semenanjung: RM36.90
- Sabah & Sarawak: RM41.90
- Pada link ini pula adalah alat bantu mengajar untuk anak anda lebih cepat membaca. Jika anda tidak mahu beli satu set, set dalam gambar di atas sahaja sudah memadai. Insya ALLAH jika ada rezeki lebih saya teringin juga memiliki semua yang ada dalam set ini.
*Saya tidak dibayar untuk mempromosi produk2 di atas. Ia adalah suka nyebok rela saya sahaja.
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!