Bismillah,
Blogger2 kita yang ramai meninggalkan komen kat sini selalunya perempuan dan dari bacaan saya masing2 mempunyai rasa hormat kepada suami masing2. Walaupun suami kentut bucuk ade gak buat hal, tapi takle sampai memburukkan suami memasing dalam blog kan??
Entry ini tidak juga ditujukan kepada mana2 pihak. Ia hanya terlintas kerana teringatkan drama 'Takbir Rindu' lakonan Azhar Sulaiman, Jasmine dan suaminya Lisdawati..ntah ape nama malas nak gugle... Dalam cerita itu, Jasmine curang kepada suami Lisda tu. Konflik itu berterusan sehingga ke gerbang penceraian. Di sana anak menjadi mangsa, dia tahu ayah itu berperibadi baik tapi diburuk2kan oleh maknya sedangkan maknye yg curang.
So, apekah yang sepatutnya seorang lelaki yang dicurangi patut buat?
- Kalau itu hanya masih khabar2 angin, jangan balik umah dan terus lempang bini anda. Dibuatnya org yg sampaikan khabar angin tu bohong atau rabun silap orang mcm mana? Jangan juga tanya dia, "Hey, awak kluar dgn si anuha ye tadi???" Sebabnya nnt dia akan cari cara untuk cover kecurangannya. Tapi jadilah James Bond siasat dulu apa betul atau tidak dia curang.
- Kalau didapati kes curang itu betul terjadi, rilek dulu...tarik nafas pepanjang dan bersiap sedia sebelum berlagak seperti seorang peguam yang dah yakin menang dalam kes kendaliannya. Tanyalah dia kenapa dia buat begitu kepada anda. Tanyakan juga, kat manalah salah anda hingga dia tergamak mencurangi...Pastu kalau dah tau salah kat mana no use la kalau tak ubah diri sendiri kan? kan?
- Tapi mcm mana plak kalu si suami dah berubah tapi isterinya masih curang (ih melampau betul ekkk??) tapi kalau boleh encik suami tu teta sabarlah. Sebab kalau dalam keadaan awak sendiri out of control pun susah jugak kan?
- Cuba balik bercakap heart to heart. Kalau dia nak berubah dia akan berubah apatah pula dia lihat anda turut berubah. Tapi kalau dah nampak berpisah sebagai jalan terbaik, apa daya kita kan?? Ikutkan tu memang tak manis beno kalau ada curang curang ni...tak kira la encik laki ke, puan pempuan ke...asal dah nikah saja, jagalah diri masing2 dari dihasut syaitan...
*sambil2 mengajar Asmaa' & Usamah membaca...kalau ada fact yang fenin2 tolong maklumkan ye
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!