Pages

Saturday, December 19, 2009

Memilih Pasangan Ideal


Bismillah,

Entry ini ditujukan kepada orang bujang. Saya tidak berhasrat menujukan entry ini kepada suami2 orang apatah lagi suami saya sendiri...harap maklum :P

Dahulu, ramai juga yang minat nak tanya soalan ini kepada saya. Macam mana nak tau dia itu ideal untuk diri kita kah atau dia macam susu Ideal dalam tin saja? Sebenarnya, my mega answer will be, 'follow ur instinct'. Sila perhatikan beberapa tips yang diturunkan di bawah ye...

  • Tidak perlu berkawan lama2 - ada tips yang menyarankan tempoh 2 tahun adalah minimum bagi menentukan kebahagiaan dalam rumahtangga. Bagi saya pula itu adalah menyusahkan. yang penting adalah masing2 taaruf, kemudian pulang dan buat istikharah. Kalau sebok nak kawan sampai 2 tahun, alamatnya sempatlah nak touch n go. Yang tu nanti sapo nak tanggung??
  • Ikut pilihan keluarga OK kah? - Ok jika orang itu memberi instinct yang nyaman. Jika anda ada pilihan sendiri dan tamau keluarga carikan, eloklah diperkenalkan. Kalau tak mungkin akan terjadilah perkahwinan paksa. Kalau kena paksa dengan orang yang baik, kira oraitlah tapi kalau tidak mcm mana. Jadi, sila bertindak dengan bijaksana ye.
  • Jangan bermimpi seorang diri - anda adalah seorang yang suka buat drama dalam kepala. Maka mulalah anda set bermacam2 episod yang manis2 di alam rumahtangga sedangkan realitinya tidak mungkin selalu begitu. Ingatlah bahawa rumahtangga yang bahagia memerlukan usaha yang tinggi dan kesabaran tahap 8.
  • Selesaikan masalah keperibadian dan tingkah laku sebelum berkahwin - saya bg contoh, jika seseorang pasangan dulunya adalah seorang penagih, maka rawatlah cepat2 ketagihan itu. Merokok pun...cuba2lah hilangkan ketagihan tu. Contoh lain, kalau ada sikap panas baran..cubalah dengan cara apa yang ada untuk menghilangkan masalah ini. Bukan apa, nanti anda senang2 aje nak tangan2kan pasangan dan anak2 pula dan ini mungkin akan menjadi suatu penganiayaan sedangkan rumahtangga adalah satu alam untuk kita merasakan kerahmatan ALLAH di dalamnya.
  • Jika anda sedang menjalani proses taaruf dengan bakal pasangan, telitilah penampilan, kepintaran, pendidikan dan kerohaniannya serta mungkin faktor lain. Jika dari awal anda rasa tidak enak dalam pemerhatian anda, mungkinlah tiada jodoh anda dengan orang itu.
  • Jika kalian perasan kalian ada banyak persamaan maka mungkin itu satu kelebihan buat anda. Maka tidak banyak pula nanti anda bergaduh2 nak cari penyelesaian kan
  • Kongsi cita2 - supaya masing2 tahu, owh dia ini bercita2 tinggi, takkan lak aku nak terus makan gaji aje?? Dari situ nilailah sama ada padankah diri kita dengan orang itu.
  • Tak sibuk brgaduh seblom berkahwin - ai..takkan belum apa2 lagi dah gadoh kot??
  • Kalaupun terbergaduh, bolehkah diselesaikan? Kalau tak boleh selesai rasanya anda pun tahu jawaan untuk diri anda sendiri kan??
Moga ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada anda supaya dapatlah dibezakan pasangan ideal dan susu Ideal okeh??

Juga di bawah adalah petikan dari filem Syurga Cinta yang mana kita dapat jadikan sedikit panduan untuk kenalpasti jenis cinta anda....

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!