Pages

Wednesday, December 02, 2009

Usamah Terima Hadiah, Asmaa' Menangis Dibawah



Bismillah,

Ini bukan sahaja cerita gembira, tetapi juga satu kisah duka. Bukan apa, ibu mana yang tidak teruja dengan anaknya yang terima hadiah di atas pentas? Walaupun Usamah dapat no4 dalam ujian di PASTI di kalangan kanak2 4 tahun, ia tetap satu kenangan manis buat saya dan keluarga. Usamah, walaupun dia tidak kelihatan menekun mengadap buku, dia masih dapat tempat ke4 dalam kelasnya.


Ini gambar mreka ketika beratur

Kata abahnya, ntah2 cikgu dia yg bagikan jawapan...hehehe...itu saya tak pasti. Bagaimana sistem peperiksaan untuk kanak2 sebesar itu. Saya melihat kepada jawapan Usamah dalam kertas periksanya dan saya perasan latihan2 seperti itu sebenarnya selalu Asmaa' buat. Ye, Asmaa' yang buat dan Usamah hanya melihat. Dia selalu juga mengendeng buku minta diajarkan tapi saya masih terasa dia masih kecil.

Walaupun di rumah, Usamah sll usik adik2 dgn kakak dia tapi di celah org ramai, dia sangat diam. Saya mcm tak percaya tgk anak saya sesenyap itu...

Lalu saya mengabaikan dia. Masih memberi dia pensil dan kaler untuk menulis yang basic2 dan mewarna dan sekarang dia mengejutkan saya bila umur 4 tahun itu dia dah mula lukis robot pertamanya. Cuma ada satu yang buat spoilt, tepi robot itu ada bentuk 'love'....ahaaha.. Lalu saya menyimpulkan bahawa :
  • Saya dah tersalah judge level pemikiran Asmaa' & Usamah. Terlalu lewat untuk Asmaa' dan melengah2 untuk Usamah. Sehingga Usamah terpaksa belajar di pinggir buku dan alhamdulillah, to me he is a fast learner kid...
Ketika Usamah naik ke pentas, saya terlalu teruja untuk mengambil gambar sehingga saya meninggalkan Asmaa di tempat duduknya. Terkejar2lah Asmaa' ke arah saya. Mmm..saya silap betul masa tu. Patutnya saya pimpin Asmaa'. Manakan tidak, Usamah adalah org ke4 pada hari tu yang menerima hadiah. Saya mana mau ketinggalan tangkap gambarnya.

Sudahlah Usamah buat lawak ketika menerima hadiah. Orang lain berenti kat penyampai hadiah tapi usamah naik dan terus turun. Sampai tergagau2 orang lain suruh dia patah balik. Huhuhu..udahlah sesi penyampaian hadiah baru je mula maka semua orang perasan Usamah ter wrong number...huhuhu...

Turun saje dia dari pentas, saya dan Asmaa' ke tempat asal kami. Asmaa' mula tertanya2 kenapa Usamah seorang saja yang amik hadiah. Saya jelaskan dengan sebaiknya yang Usamah dapat no 4 dan cikgunya bagi semua pelajar yang dapat dari no 1-5 hadiah. Dia tanyakan saya dia dapat no berapa dan saya bgtau dia dapat no 15.

Bila Usamah datang, saya mula ambil gambar Usamah. kemudin saya minta Asmaa' pakai jubah tu. tapi waktu tu Asmaa' tak sporting. Dia kata, "Kakak mana boleh pakai, kakak tak amik hadiah" tapi dia belek2 baju Usamah. Owh, sepatutnya abah diorang ada tapi ada tukang elektrik yang datang ke kedai untuk pasang lampu baru.

Kemudian Asmaa' mula menangis...dia nampak sangat kecewa. Sebelum ke majlis itu tadi, memang mak saya ada pesan, kena beli pulak hadiah kat Asmaa' tapi saya pulak rasa biarlah Asmaa' berhadapan dengan kenyataan. Dia akan belajar sesuatu dari kejadian hari itu. Saya ajak dia minum pun dia tak mau.

Lihat muncung Asmaa' itu muncung dia...muncung umi dia, korang mesti tak lalu tengok...
Sudahnya saya menangis sama dengan Asmaa' dan saya dah tak hiraukan isteri YB Khalil Idham Lim di sebelah saya. Sampai dia terpaksa tenangkan saya dengan Asmaa' sekali...ahahaha...Oh ya, isteri YB itu pilih duduk di sebelah saya sebab saya comel saja yang dia kenal dalam majlis itu. Kami turut bersembang macam2 hari itu.

Sehingga ke rumah Asmaa' menangis dan saya nak bgtau bahawa dia bukan jenis merajuk budaknya. Tapi saya yakin ini kejadian merajuk pertama dalam hidupnya. Saya agak runsing dengan keadaan dia. Tapi Usamah juga prihatin. Dia asyik mengulang2 ayat, "Kakak, kita kongsi la kaler ni"...huhuhu

Dirumah, ketika Usamah membuka hadiahnya, Usamah pun bgtau, "Yang gambar perempuan ni kakak kaler, yang lelaki Usamah kaler," Selepas itu mereka mewarna bersama2...saya pun drama sorang diri lagi. Hihi..tgh menaip ini juga air mata saya tergenang2 mengingatkannya.

Dalam majlis itu saya memahami kenapa PASTI berada di bawah kelolaan Dewan Pemuda sedangkan kanak2 selalu dalam jagaan muslimat. Rupanya, halangan untuk membawa PASTI kepada pendaftaran di jabatan2 kerajaan sangat sukar sehingga kerja ini terpaksa dipikul oleh pemuda. Jika tidak, kepentingan kita meletakkan ilmu agama di dalam umur begini mungkin akan terkubur begitu sahaja.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada guru2 mereka...anak saya banyak hadam ilmu yang tidak sempat saya salurkan kepada mereka. Hanya ALLAH jua yang akan membalas jasa baik kalian :)

2 comments:

  1. kak pija,di manakah PASTI itu??
    anak2 sy Hafizah,6 thn dan Ukasyah,4 thn sy masukkan di Taski ABIM di surau Tmn sempadan tu..psst..mak akk dok situ kan?? :)
    hurmm..Asmaa will learn the lesson soon..anak dara sy pun resultnya agak emngecewakan plak ini tahun..dah tak top 5 plak..huhuhuuu..tp dia mcm x tau apa2..

    ReplyDelete
  2. Kami anta PASTI AL-Munir Tmn Murni..thn ni best student PASTI P.Buntar adalah dari pasti ni...

    Asmaa' is much better in reading dalam cuti sekolah ni tapi tu aaa...umi dia asyik bising aje...sometime, paksaan tu kene ada..harini btl2 hari memaksa...huhu

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!