Pages

Wednesday, March 24, 2010

Ke Klinik Dengan Tenang

Bismillah,

Gambar di bawah ni sebenarnya kalau ikut tarikh kejadiannya adalah sekitar January lalu. Time tu Uwaiys main tak hengat dunia akhirat dia ingat kot :P. Masa tu baru masuk sekolah dan dia melasak di sekolah saya taktau mcm mana. Sangat berbeza dengan Usamah yang lasak di rumah tetapi kontrol hensem di luar rumah.

Alkisah dia terbatuk2 dan nafas berbunyi. Dalam keadaan tu pun, stamina dia tidak menurun hokeh. Saya pun konpius adekah aku kene risau atau gimana. Paras stamina dia tidak berkadar langsung dengan kesihatan dia. Lalu, saya decide untuk bawa dia ke klinik. At first Dr Jammy tanya, "Agak2 dia OK tak kalau kene nebuliser?" dan saya jawab,"We try 1st...selalunya dia melalak dengan kuat."



Tapi adalah mengejutkan, Uwaiys diam tak menangis. Lalu doktor pun suruh tambah dos atau sukatan cecair yg dia gunakan tu. Saya terpaksa gunakan kamera utk tangkap gambar2 dia supaya dia tak menangis. Lepas tangkap, saya tunjuk kat dia dan akhirnya proses tu habis. Alhamdulillah, selepas itu dengan izin ALLAH nafasnya tidak nampak sesak lagi.


Owh Uwaiys, janganlah buat umi rasa bimbang lagi. Kalau nak lompat pun, lompat sikit2 sudahla...atau umi kene buat rumah yang bumbungnya rendah so that Uwaiys tak melompat tinggi (relevankah??) :P

Plus, jika bermain kene ingat dunia ye nak.... I'm quite sure that if this happened again, Uwaiys will not easily stay calm like this anymore.

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!