Bismillah,
Saje je buat entry ni lewat sikit. Motif buat lewat adelah saja2 hehehe... Mungkin sekadar nak tau kot2 la ada yang sedar tentang pentingnya tarikh ni buat saya. Ia penting buat saya, tak penting buat orang lain.
6 April 7 tahun lepas
Genap 23 tahun. Saya bersama seorang kawan balik kampung
7 April 7 tahun lepas
Semasa dalam bas dalam perjalanan ke KL dari kampung saya, abah telefon dan mengeluarkan kenyataan saspen, "12 hb ni hang balik. Hangpa nikah hari tu". Saya tak ingat saya jawab apa tapi selepas tu sampailah tiba ke rumah sewa kami saya diam. Tak pasti nak excited atau mcm mana. Tak sangka orang yang ngorat saya dengan kata2 tak romantik, "Boleh saya mintak awak?" rupanya bersungguh2 dan tidak main2.
Sampai kt umah sewa kawan2 serumah dah siap nk kejutkan saya dgn sebijik blueberry cheese cake. Saya pulak kejutkan diorg semula dgn berkata, "Aku nikah 5 hari lagi!". Malamnya saya demam dan ia melarat 3 hari.
8 April 7 tahun lepas
Terpaksa mula fikir baju nikah tp nk tepon org tu. So, sy tempah baju kain songket sari 25 hengget dari seorang rakan sekerja dan kos jahitnya percuma.
10 April 7 tahun lepas
Drive pulang ke kampung dgn seorang kawan. Dlm perjalanan kawan saya itu potpet2 kerana sy tak contact langsung dan tak dicontact oleh bakal suami semenjak tarikh nikah ditetapkan. Barulah saya konfius adekah daku ditipu atau apa.
11 April 7 tahun lepas
Gara2 nk buat fesyen sikit pada rambut saya potong rambut depan dan hasilnya adalah hampeh :P Terasa nk tunda nikah je...
12 April 7 tahun lepas
Sehingga tengahari tepon saya tak terima telefon dr bakal suami. Inai mlm tadi pun family saya suruh tepek sekali lg sbb xmerah.Mana nk merah, sy takleh nk lena dgn inai basah dijari. Dahle asyik nk ke toilet sbb takut.
Alhamdulillah slps Zohor kompem mmg diorg sampai. Cuma sbb diorang tak tepon saya, saya dgn tak semenggahnya sedang tido ketika rombongan sampai depan rumah. Menjerit2 mak sedara saya bila dia masuk bilik tgk saya tgh tidur. (Sila maklum, saya suka tidur bila ada masalah dan masalah saya masa tu adelah takut pengantin laki tak datang)
Rombongan laki diajak ke masjid, dah la masjid depan umah aje. Saya siap langkah 2-3 bijik anak tangga nak pergi mandi dan tak sangka sekali punya ramai orang kat tingkat bawah terkejut tengok saya lompat tangga macam tu. Lepas siap ala kadar, saya turun kene pulak pot pet dengan mak sedara sbb tak pakai bedak dgn gincu. Kecoh pulak satu rumah cari gincu. Nasib la ada orang yang bawak.
Sampai dalam masjid (naik keta okeh walaupun masjid depan umah) abah saya datang dekat dan dengan linangan air mata dia bertanya, "Hang OK ka kalau abah nikahkan hang dengan itu orang??". Waaaaa......... Sangat sedih OK. Kata orang diam tande setuju tapi time tu terlupa nak diam tapi saya angguk (nampak beno gelojohnya kan??).
Lepas tu salam2 dgn semua org dan saya tersilap mak mertua. Saya ingat tok dia adalah mak mertua saya. Sampai time tangkap gambo baru tau saya salah org. Malunyaaa... Tapi yg manisnya adalah bila perasan baju saya dengan suami adalah sama kaler. Sama2 kelabu walaupun kami tak plan.
Tak bolehlah nak diungkapkan dengan kata2, nak menulis pun rasanya sehabis tenaga masih belum puas nak menyatakan betapa besar sayang saya buat suami saya. Biarlah reput telinga saya mendengar kata itu ini tapi saya tetap percaya bahawa saya lebih memahami isi hati suami saya dan semoga suami saya juga memahami saya lebih dari mereka.
happy anniversary!!!
ReplyDeleteappy annersary
ReplyDeleteinstint kuat tueee ...
walaupun tak janji, tp baju sama .hihihi
wah.. espress jugak nikah kawin hang yek pija.. semoga perkahwinan hang terus kekal & bahagia dunia & akhirat... AMIN!!
ReplyDeletehapi anniversary!!
ReplyDeleteMoga kebahagian sentiasa mengiringi mu AMIN
erkkk sudah 7 tahun ya...
ReplyDeleteche abe dah balik PB ker?
tu lah hari2 dok plan nak sembang kat FB..
semoga terus berbahagia...
sgt suka mbaca kesah nikah yg simple mcm ni..
happy anniversary kak pija! mmg sehati sejiwa la..walaupun tak rancang, warna baju sama je. so sweet :)
ReplyDeleteHappy Anniversary! Semoga kekal bahagia ke akhir hayat....
ReplyDeleteSweet la cerita ni (kelakar seram pun ado!)
az, tenkiu bebeh :d
ReplyDeletek.nieza, kami pakai gelombang minda...hehehe
k.aisyah hani, saye kalu tak setuju ritu terus dia nk cari lain...huhuhu..so tibai kata nak aa..kang terlepas dapat suami cumil :P
linda, tenkiu member!!
kakyong, kanda beta masih di sana..ni udah demam pulak...tak sangka sudah 7 tahun...rasa mcm baru2 je lagi nikah
nadiah, huhuhu..mujur sama, kalau sorang pakai biru sorang pakai pink mcm mana
yatiejay, kalu buat filem dia masuk dalam kategori seram romantik komedi
mmg sempoi..tapi disitulah terletak manisnya berumahtanga dan cinta selepas nikah..chewahhh....selamat ulangtahun perkahwinan.lambat pulak wish..
ReplyDeletemoga panas hingga kepetang,
ReplyDeletesalamm n tahniahnyer,
sangat suwittttt okehhhh/...smoga trus bhagiaaaa
ReplyDeletewaahhhh sangat la suweett ngan proses tersebut!!!!
ReplyDelete