Gambar di bawah adalah dua kertas mahjong yang di selotep di tengah. Itu le jadual saya...hik hik..macam jadual sekolah saja. Taktau orang lain, saya menyusun jadual tu selama dua minggu.
Tiap2 hari, saya bentang tilam kat situ, supaya kalau saya baring, saya akan tau banyak lagi mende yang nak dikerjakan. Tapi kalau dah kuat tido tu, bentang la mahjong 4 deret pun terlena mcm tu jugak. Huhuhu...
Baru2 ni masa suami saya ada dia tanya, "Apa dah jadi dengan jadual umi ni?" dan saya jujur jawab, hanya yang berhuruf H je yang saya follow malah beberapa hari pertama tu saya dah hafal dah agenda H saya itu. Agenda H saya adalah ajar subjek tertentu kepada anak.
Sayang kan saya tak memasak sebab tinggal seorang, sekarang hanya ada Asmaa', Arwa dan Ahmadi saja. Lagilah saya berat nak masak. Semenjak Usamah balik duduk di Jerteh lagi saya dah liat masak. Serius, saya rasa saya lebih baik semasa semua anak2 saya ada dengan saya. Bukan hampeh seperti sekarang.
Korang jangan jadi macam saya ya. Tu pasal saya takmo orang ingat saya bagus sangat. Sebab saya insan yang penuh dengan kelemahan. :( Bulan ni nak sambut hari ibu kan? Kalau saya masakkan untuk mak saya, agak2 abah saya lalu tak nak makan sama. Dia tu pantang betul kalau saya yang masak....huhuhu...
Mata Ahmadi sedang menyusu :)
**Untuk melihat Cloth Diaper atau Kain Lampin Moden dengan harga murah ~ klik sini!
** Untuk booking telekung kanak2 berusia di bawah 8 tahun ~ klik sini!
** Untuk melihat cermin mata terkini ~ klik sini!
pija,
ReplyDeleteat least ade gak jadual yg leh dipandang hari2... ;)
bukan senang menjadi seorang IBU, apatah lagi yang ber-anak 5, saya yang 3 ni pun 2 x 5..hehe.takpe, adanya jadual tu menunjukkan effort dah ada, tinggal nak laksanakan jer....go pija go!
ReplyDeletebetul cam kak yong ckap, ok gak pijah ada jadual harian, cam su ni, main redah ja, ikut suka hati nak masak ke, ikut suka hati nak basuh kain, nak lipat kain, nak kemas umah, tp yg penting bila anak2 sleep sudah semestinya kena ngadap pc jap...hehehe
ReplyDeleterasanya kalau ibu memang camnie, ada naik turun tapi ada jadual pun dah bagus, saya nak buat jadual tapi kadang tak sempat nak ikut, jadual masak tu kadang tak terikut last2 hubby kata, kalau tak sempat beli saje..
ReplyDelete