Bismillah,
Semasa saya beranakkan Ahmadi, saya bagaikan terlupa bagaimana rasanya sakit nak beranak. Sakit itu datang dan pergi sehingga saya betul2 keliru ketika manakah perlu ke hospital. False alarm bukan berlaku sekali saja dan untuk melahirkan anak ke 5 saya tak patut main2. Kelahiran2 yang terdahulu, bila saja datang rasa sakit, tidak sampai 3-4 jam maka lahirlah mereka.
Sebenarnya bukan masa nak beranakkan Ahmadi saja, masa nak melahirkan Uwaiys pun mengambil masa lama dan semasa beranakkan Usamah pula, hanya dengan sedikit tanda saya pergi ke hospital dengan tergesa-gesa. Lalu dengan tu, saya patut akui yang saya tak pandai nak menjangka masa yang tepat untuk melahirkan.
Jika menurut bacaan saya, masa yang sesuai untuk serah diri adalah :
- Perkara pertama kena ikut cakap doktor - let say kita ada sejarah perubatan yang ada diabetis, high blood pressure and so forth, mungkin ada baiknya dengar kata doktor.
- Jangan pergi terlalu awal sebab kalau dah sampai awal ke hospital, itu selalu dikaitkan dengan kejadian induce especially kalau kita ke hospital besar.
- 411 method - selang 4 minit, kita akan merasakan kontraksi selama hampir 1 minit selama 1 jam dan ini adalah masa yang tepat untuk ke hospital
Untuk kelahiran Asmaa' & Arwa, mungkin saya pergi pada masa yang betul. Untuk kelahiran Usamah, saya rasa seperti leaking tapi bila ke HUSM, diorang amik CTG dan didapati ada kontraksi maka saya ditahan sedangkan saya tak sakit pun dengan benda yang dikatakan kontraksi. Saya ke hospital selepas Subuh dan bersalin sebelum azan Zohor.
Untuk kelahiran Uwaiys, saya rasa seperti kedudukan baby tiba2 rendah dan peluh keluar tiba2, ada kontraksi tapi saya boleh tahan dengannya. Sakit ketika saya di Port Dickson, bersalin di Parit Buntar. Masuk hospital selepas Maghrib dan Uwaiys dilahirkan sebelum pukul 10 malam. Dan kelahiran Ahmadi pulak saya berada di hospital selama hampir 3 malam sebelum melahirkan dia.
Wahh....rupanya setelah dianalisa, susah juga saya nak lahirkan anak2 teruna saya. Mereka dilahirkan 2 minggu awal dari tarikh jangka kecuali Ahmadi. Mungkin adalah hikmahnya di sebalik semua ini kan? Seronok mengingat2 kelahiran mereka, ia bagai mimpi ngeri tetapi indah. Ceritakanlah pulak masa yang tepat pada pandangan korang??
yan tengah preggy yg kedua.. dah 7 bulan ++
ReplyDeleteboleh kata dah terlupa jugakla rase sakit nak bersalinkn yg sulong dulu.. wlupun ade sekelumit rase takut..
even prepare barang2 yg perlu dibawa ke hospital pn da tak igt.. hahaha...
masa 1st baby, ada blood stain so terus g hospital..but 2nd baby, terus tk sempat nk g spital, beranak kat rumah je :)
ReplyDeleteMs bersalin anak pertama dulu, contraction dtg tiba2, dan teramat sakit, sakit yg tk pernah rs sblm ni..it's prolong sampai la sy bersalin..sy tak mcm org lain yg contraction dtg sekejap2..sampai kena jap pain killer 2 kali sbb x thn sgt..ms buat CTG diaorg ckp contraction tinggi sgt, tp bukaan br 1 cm..apapun time tu lg 3 hr nk due, so Dr terus tahan..admitted kul 2.30 ptg sabtu..kul 1.30 ptg ahad br bersalin..24 jam menahan sakit..so mmg x de false alarm..tp ye lah, sbb bukaan tu lambat sgt, kena gak drip(induce)...skrg dah 8 months 2nd baby..x tahu la plk cam mn yg ni...tawakkal je la..
ReplyDeleteYan...moga dimudahkan ekk...
ReplyDeleteaidie...haih, ngerinya terberanak di rumah!!
ros, ya ALLAH sakitnya 24 jaammm.... takpe mudah2an dimudahkan memeliharanya
for me anak pertama g hospital bila air ketuban pecah & rasa nk terBerak... samapai hospital dah bukak 4 cm. dlm 1/2jam dah bukak 10cm & bersalin normal.
ReplyDeletetp lain dgn anak ke-2. after weekly check-up doctor seluk dah bukak 2 cm. balik umah mlm terus demam. Then g check doktor sbb takut bb demam.. tup tup kene tahan. esoknya doktor pecahkan air ketuban & induce since masa 1st baby cepat 3 week. contraction agak kuat tp bukaan lambat. 12 jam baru 9 cm & since baby tak turun2 takut terbelit ngan tali pusat... kene la c-sect. pasrah...