Kalau korang skroll ke bawah, gambo ni mmg tak synchronize dengan cerita...bantai ajelah ek. Mula2 saya nak mulakan edisi dengan tajuk di atas dengan menepek perkara ni...
cepat la citer nape kamu menangis sungguh2..biasala~ nak menggosip memang laju..haha..
See, betapa Mami the Jarum nya sepupu saya. Dasar ter over dose Charkoeyteow sungguh!! Alkisah, petang hari Nejadku mau pulang semula ke Jerteh beberapa hari lalu, semasa itu belum diputuskan lagi nak lepaskan Uwaiys ke sana dengan abahnya. Sebenarnya, saya cukup sedih sebab suami saya hanya ada sikit masa aje dengan saya dan anak2.
Jadi bila hati cukup sedih dan tak tenang, mula la saya jadi garang. Nak jadi cerita, Uwaiys sentap kaki dia lalu terkena muka Arwa. Masa tu Uwaiys duduk di atas kerusi, dan Arwa duduk di bawah. Saya memang terperasan semenjak dua menjak ni, Uwaiys sudah pandai cepuk Arwa dengan Asmaa' dan apa yang saya bimbangkan adalah dia dapat perangai tu dari sekolah.
Bila saya garang tu, saya pun hantar mesej suami saya yang masa tu takde kat umah, "Uwaiys ni buat Arwa...saya baru lepas marah dia". Saya cukup berang hari tu dan saya marah sampai saya tak ingat yang Uwaiys tu baru umur 3 tahun. Uwaiys menangis tersedu2 masa tu. Saya mesej lagi pada suami, "Nak bawak ke Uwaiys?" dan itu la yang suami saya tunggu sangat sebenarnya.
It is not easy to let them go. Bila saya tanya soklan tu, suami saya terus balas, "Bawaklah..kesian kat umi". Maksud suami saya, dia kesian kalau saya tak larat nak jaga Uwaiys. Sebelum ni pun, kalau suami saya cakap nak balik Jerteh saya selalu mintak dia bawak Uwaiys. Tapi tu bukan bermakna saya tak sayang anak saya.
Saya suruh bawak Uwaiys sebab dia sangat banyak bertanya. Selain banyak bertanya, dia juga perlukan perhatian dan saya rasa susah nak handle anak usia ini seorang diri. Bila suami saya kata nak bawak dia, saya pun masukkan baju2 Uwaiys dalam beg. Mula dari situlah saya menangis semahu2nya. Sebab saya rasa bersalah pada Uwaiys.
Lalu dengan air mata yang berlinang saya tanya Uwaiys, "Uwaiys nak duduk dengan umi ke nak duduk dengan abah??" dan Uwaiys jawab sambil tersengih2, "Uwaiys nak duduk dengan umi dengan abah!". Sape yang tak nangis kalau dengar jawapan ni? Makin kuat saya nangis bila dengar betapa anak tu nak duduk dekat dengan dua ibubapanya sendiri.
Setiap kali pun, kalau ditanya anak2 ni, "Sayang umi ke sayang abah?" mereka akan bg jawapan yang selamat, iaitu "Sayang umi dengan abah". Saya pun mengaku, saya hanya lebih baik bila suami saya ada bersama. Saya tak pasti suami saya macam mana tapi dia pernah hantar mesej, yang dia rasa hidup dia sangat tak lengkap tanpa saya dan anak2 bersama.
Petang tu, walaupun saya cakap pada suami saya, "Abah, tak payahla bawak Uwaiys," dia tetap bawak juga. Bukan dia berkeras sangat pun tapi dia betul2 taknak saya terbeban nak mengajar Uwaiys supaya mengawal sifat2 negatif. Sampai di satu tempat dalam perjalanan, suami saya call dan cerita, betapa kuatnya Arwa menangis masa dia tinggalkan Arwa tadi, saya pun kata..itu nangis yang kita dengar, mcm mana nangis yang kita tak dengar bunyinya.
Suami saya pun kata, "Nangis yang tak bunyi tu kita simpan sama2 dalam hati, insya ALLAH satu hari nanti kita akan sama2 dapat hasilnya." Mmm...panjang lagi nk cerita pasal gelagat Uwaiys ni. Cumanya nantilah saya cerita kemudian sikit. Makin panjang cerita pasal anak2 teruna saya itu, makin bengkak mata saya menangis.
Gambar ni adalah gambar kenangan masa saya sambut besday Usamah dan Asmaa' serentak. Tarikh lahir diorang ni dekat2 sangat. Kalau nak sambut setiap orang sekali tak rasalah keseronokannya. Nampaknya kene beranak lagi nak dapatkan seorang anak lahir hujung tahun supaya boleh celebrate sekali dengan Uwaiys.
Tarikh lahir anakanda saya :
Asmaa' - 4 Mac
Usamah - 27 Feb
Uwaiys - 11 Nov
Arwa - 6 Feb
Huhu..ana yg bacer ni pun rs cam nak nangis la plak..terasa macam ana semasa pregnant yg no3, yg no 2 hantar balik kg,itu lah 1st time berpisah dgn dia.Sedih sungguh,bukan x sayang tp x larat nak kawal kenakalannya.Ana pun akan temper bagai x hengat yg dia tu masih kecil lg
ReplyDelete