Pages

Friday, April 09, 2010

Ketawalah & Bergumbira



Bismillah,

Janganlah kamu jadi macam saya. Sebab saya sedang dikuasai perasaan 'malas'. Malah saya 'malas' utk mengusir 'kemalasan' saya. Saya sebenarnya rasa macam hari2 saya tidak bergerak. Saya tidak masak, tidak menyapu dan tidak..tidak..tidak. Saya sekarang selalu susahkan mak saya dengan menumpang rumah mak saya.

Di rumah mak saya, saya menjadi seorang yang kuat tengok TV. Kalau di Jerteh, saya asyik pegang enpon, di rumah mak saya, saya pegang remote TV. Maklumlah ada Astro. Satu benda baik yang saya kenalpasti yang saya lakukan adalah tak berenti2 ajar Asmaa' mengeja dan itupun dengan nada marah2.

Saya rasa kronik ditinggalkan anak. Masa suami saya tinggalkan kelima2 mereka bersama saya, saya tidak rasa se horror ini. Saya pun tak pasti mcm mana nak naikkan lagi motivasi diri saya. Letih dengan kehidupan yang berubah2 ini. Saya faham yang suami saya jiwanya hanya di Pasir Putih sana. Satu hari nanti, pasti dia mahu berkampung (beli tanah dan rumah) di sana.

Okeh...sekarang saya dalam proses untuk memujuk diri supaya tinggal dengan suami saya. Sekalipun bisnes saya di sini tetapi staff2 saya telah menunjukkan potensi berdikari mereka. Saya juga tidak dipaksa oleh suami saya untuk balik duduk di sana tapi takkan saya tergamak biarkan suami saya seorang2 di sana.

Saya mahu melihat suami saya bebas buat keputusannya sendiri. Tak ada pun sesiapa menghalang dia buat kerja di sini tapi perasaan 'menumpang' tu sangat tidak selesa untuk dilalui. Bila terasa nak tambah induk ayam pun macam segan2 sebab ruang yang sempit. Jadi, mungkin nilah sebab yang menguatkan suami saya supaya 'mencari tempat sendiri'.

Berada dalam linkungan 30 an ini, kami mahu lebih berdikari. Tidak mahu menyusahkan lagi ibu bapa kami masing2. Keputusan kami beralih mungkin sekali lagi akan membuatkan keluarga besar kami menghadapi konflik. Tapi kami akan sedaya upayanya tidak akan menyusahkan sesiapa. Doakanlah kami supaya ada kekuatan itu ya.

Kedai spek ini, akan terus di sini. Saya hanya mahu lihat suami saya berpuas hati dengan usahanya sendiri. Selagi dia disini, dia berasa tiada prestasi dan mungkin kerana itu orang lain memandang dia tiada apa2. Keyakinan saya seorang sahaja tidak cukup meyakinkan dia. Semua orang juga mahu prestasi masing2 dilihat orang.

Huhu...ntah apa motif luahan perasaan di atas. Mungkin mahukan mereka yang membaca bantu saya membuatkan suami saya rasa dia berjaya melakukan sesuatu. Bukan dengan kata2 yang membuatkan suami saya lemah semangat. Dengan itu kehidupan suami saya akan lebih tenang. Saya telah mencapai cita2 saya dan saya mahu suami saya merasakan kepuasan yang telah saya rasa juga.

Okeh sekarang masanya mahu bergembira...menggembirakan hati sendiri tidak mudah you.. Mujurlah mak ada. Ade le jugak kawan nak gosip2 pasal drama, sama2 tgk TV, sama2 membebel pada kanak2 ni. Sekurang2nya rasa kesal dulu terima offer kerja sampai tak dan bercuti selepas habis belajar terhapus.

Suka suki dengan mak saya dan gelagat anak2 tanpa Usamah (sob sob srobbbbbbbb) juga adalah salah satu cara saya mengelakkan stress. Petang ni insya ALLAH kakak ipar saya datang... yeayyy.. happy saya diluar kawalan okeh. Saya suka sangat terima tetamu. Ahad ni actually Azee (please welcome her to blogging world) ajak gi main bowling tapi saya takut anak saya kena baling lak kat sana dan menyusahkan mereka. Tapi ia adalah satu cadangan yang baik, bukan semua orang berani ajak orang anak berjalan ramai okeh.

Have Friends More Often - ketika buat entry ini, saya perasan saya ni tandus kawan. Ok ok....tangan saya memang banyak menaip but i need somebody to talk to. Ada la sahabat baik tu kan tapi takpe lah...maleh nak fikir. Staff saya pun boleh dibawak borak hape, pastu ada Azee lagi kan sampai tiap pagi kami makan sampai tersilap pergi makan kat kedai berudu (hampeh!!!). Anyway, thanx guys....

Tell jokes - selalu je sebenarnya cerita gelagat anak2 ni kat FB dan kadang2 bila baca komen orang rasa nak ketawa sampai Asmaa' tanya nape umi tersengih2 aje. Siapa yang buat lawak??

Have a regular game night - aci main tgk TV aci tak?? Saya nak gi main kat mana kalau suami takde ni...

Be 'in the now' - lupakan aje yang lalu. Berada dalam keadaan sekarang. Yes Pija... kamu kene bina kegembiraan dan insya ALLAH kepulangan Usamah dengan abahnya akan lebih menggembirakan!!

Maintain a sense of humour - mmm...saya rindukan diri saya yang jauh dari kemalasan, malah jauh dari malas nak duduk dalam keadaan suka suki sbb teringat Usamah sokmo.

**Kamu ni Pijah, tak rindu kat laki ke, asyik cakap Usamah sikit. Lalu Pijah berkata, malu lah wei cakap kat dunia rindu kat suami...rindu Usamah itu ayat cover :P

4 comments:

  1. pija.. oh pija.... ahkak montel kamu ni mmg paham situasi kamu. tak apalah, mana2 pon kamu dan nejad berada... ahkak harap kamu orang sentiasa berjaya dan diberkati dan kasih sayang bertambah erat hendaknya. sudah anak 5 hokay.... habaq kat nejad, jgn dok gatai nk itu-itu yaaaaa. tambah induk ayam takpa... jgn tambah induk 'emak ayam' sudah laaa

    kalau kamu dah balik ikut nejad ke pantai timur, sekali sekala ahkak balik kampung tak dapek la nk singgah senggol-senggolan kat kedai kamu lagi dikk. dahla kassim nasik kandar tu asyik tak bukak saja!

    ReplyDelete
  2. apa2 pun keputusan kena dibuat sepakat. Knur faham pasal nak hidup berdikari ni dan pasal hidup menumpang. kami pun bila balik Msia hjg bln ni, kena menumpang dulu kat rumah mak mertua akk jugak.

    ReplyDelete
  3. siksa nya kalau duduk berjauhan kan? cubalah pikir cara yg terbaik untuk korang berdua. cian kat anak2...mybe kita leh berjauhan dgn suami. kalau anak2? dorang mesti dahagkan kasih syg seorang ayh.

    mesti ada cara...cuba la tanya pendapat dia.

    ReplyDelete
  4. mmg betul - betul serabut ler akak ni.
    ekeke.
    jiwa kacau..
    adei..
    adeii..
    poning daku tpi daku memahami.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!