Pages

Saturday, April 17, 2010

Strategi Untuk Orang Yang Sibuk


Bismillah,

Mmm...kamu orangnya bz tak? Saya adalah orang yang bzbody...Pagi tadi selepas solat Subuh, terus aje saya gosok baju. Kebetulan Uwaiys sudah bangun juga jadi saya gosok baju dia dulu. Lepas bg dia susu, suruh dia mandi dan lepas tu saya bangunkan Asmaa' dan kemudiannya Arwa. Lepas pakaikan diorang baju, pegilak campurkan air panas dan mandikan Ahmadi.

Semua ni kene buat cepat2, kiranya dari 6.30 pg tu, kene iron dua baju uniform pasti, baju dan tudung saya juga, kemudian kene mandikan 4 budak dan maknye juga dan tengok tadi kul 7.10 dah siap mandi dan setelah Asmaa' selesai mandi tu, saya minta tolong dia sapukan kaya pada roti. So, by 730 tu semua diorang dah makan dan siap2 nak pergi sekolah.

Saya masih tidur numpang kat umah mak saya. Ntah nape, rasa takde hati nak tido umah sendiri ni. Tengoklah kot2 malam ni saya nak tidur sini ke... sebab nya adalah seperti yang saya ulang2 seblom ni...saya rindu Usamah dan abahnya. At least ada Usamah, rasa berani sikit nak duduk umah yang takde jiran ni. Huhu...mcm la Usamah protect umi, bukan umi protect Usamah ek??

Kalau dok umah sendiri mesti lagi manyak nak kene buat termasuklah memasak, basuh kain bla2... Sementara dok umah mak ni, lepas anta diorang gi pasti, saya gi cari sarapan dgn Azee then balik kemas2 rumah. Tu kalau Ahmadi tak ajak tido memang lawa la sikit rumah ni. Kalau dia ajak tido akibatnya..sila faham sendiri (padahal maknye yang paksa diri sampai lena lagi mau salahkan anak).

Ini yang menyebabkan saya rasa list to do saya berkembang sehingga memenuhi sekajang kertas. Kalau takmo nampak penuh kertas A4, saya guna buku 555 supaya tugasan saya nampak pendek. Kadang2 tu yang penuh dalam kertas A4 tu adelah perkataan 'basuh kain'. Mana taknye, pagi dah tulis, kang dah malam 'basuh kain' masuk dalam senarai sekali lagi. Tak ke nampak bz (padahal picit butang mesin je kan)??

Tip # 1
Fokus yg benar2 penting
Mmm...OK, dalam senarai saya mungkin ada perkataan mcm 'buat selimut tampal' atau 'habiskan cross stich' yang mana itu mungkin tak penting as long as ada yang lebih penting dan mandatori utk dilakukan kan. So, list2 yang seperti itu, sama ada saya bubuh paling bawah atau saya letak dalam list lain yang saya namakan 'list nak-buat-selepas-benda-lain-dah-buat' :P

Tip #2
Visualize
Bab ni saya suka. Sebab saya suka berangan. Angan2 ni kita bayangkan biar nampak mcm real. Kadang2 mcm ada sesuatu yang saya cuma bayangkan dah buat, rupanya saya tak buat lagi tapi bila tiba masa nak buat, memang rasa mudah aje sebab kita rasa mende tu kita dah buat. Fahamkah? Mmm...bab visualisasi ni kene hayati sikit artikel2 yang berkaitan. Insya ALLAH ia sangat membantu. Saya selalu buat ini terutamanya ketika berdoa, dimana kita benar2 merasakan yang ALLAH benar2 akan kabulkan setiap permintaan.

Tip #3
Katakan Tidak Kepada Benda Yang Rasanya Mustahil
Kalau dlm contoh saya, misal kata nak pergi kursus sulaman reben tu nampak mustahil, maka katakanlah tidak. Jangan menyanggup aje semua benda sampai benda yang penting tak terbuat, serabut pulak dengan benda2 yang mustahil tapi sibuk2 nak buat.

Tip #4
Dua Kerja Dalam Satu Masa
Ada sesetgh kerja boleh dibuat dalam satu masa. Sy bagi contoh mcm saya, kalau customer CD nak tanya tentang cara penggunaan CD dan hal2 yang berkaitan, saya boleh buat sambil menyapu atau sidai kain. Itu lebih baik dari melayan call sambil menulis, yang tu memang terbantut. Kecualilah bila mereka nak buat tempahan, maka saya akan duduk dan ambil order.

Tip #5
Ringkaskan
Mmm...macam Macik Rehan kan, dia hiris siap2 bawang dan ntah apa2 lagi rencah so that nak masak tak perlu tiap kali kene kupas bawang dan lain2. Macam saya pulak, dah tau nak lipat kain makan masa, maka saya hangerkan semua baju so, lepas kering, saya hangkut gantung dalam lemari terus.

Tip #6
Tahu menguruskan stress
Kadang2 bila dah bizibody sangatkan, kita jadik stress. Lepas tu adalah yang sampai tergigit lidah sampai naik ulserlah...gastrik sebab tak sempat makanlah. So, menangani stress ni ada caranya. Kita kena belajar cara2 nak menguruskan stress supaya stress kita benar2 kurus :P

Huhu.....itu la caranya supaya kita tidak takut beranak ramai :P Oklah korang Arwa dah nangis kat tangga nak ajak keluar. Maklumlah kurang kasih sayang la ni :P **Abah - meh la balik lawat anak nehhhhh....

2 comments:

  1. ada satu lg tip: masak banyak2 sekaligus lps tu bekukan lauk tu. ambik mana yg nak mkn je dan panaskan. Knur selalu buat tu dulu masa duduk jaga anak sorang2 kat Penang

    ReplyDelete
  2. hihiii... utk org yg tak takut beranak ramai... ;)
    ni baru 3 pun dah kelam-kabut...

    buat masa ni 2 kerja dlm 1 masa tu --> bertenet sambil nenen aliya..
    --> basuh pinggan/kemas dapur sambil tgk anak2 berendam
    --> jemur kain sambil anak2 main kat laman (ehehh, ni 2 kerja dlm 1 masa kah..)
    --> masak sambil anak2 main masak2 @ punggah pinggan mangkuk... hihiii..

    la ni menjalankan misi buat a/c dgn cara dok diam2 dlm bilik & kawtim dgn en ayah supaya jaga anak.. tp leh dpt 1-2 jam jer sehari.. tp ok lah kan, drp x dpt buat langsung...

    stress... kdg2 rasa nak menjerit... sudahnya amik part nari2 dgn anak2... kdg2 anak2 pelik tgk ibu 'apa lah ibu ni...'...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!