Macam mana ye saya nak mulakan. Mmm..mungkin ada yang kata, 'Uik, Pijah pun follow kisah Paknil jugak?'. Tak salahkan? Dia pun manusia jugak malah saya tengok Paknil tu makin hari makin bagus. Malah kali ni saya tengok dia buat kenyataan yang mana saya harapkan lebih berbekas di hati golongan sasaran iaitu artis atau orang lain juga.
Saya bukan nak kata yang deretan ulama, ustaz2 tak berkata tentang hal ini. Tapi saya percaya, kolum ustaz selalunya ada 'golongan pengikut tertentu' sahaja barangkali. Seperti contoh ingin saya bagi, kalau buat ceramah kat masjid, yang datangnya hanyalah makcik2 tua dan pakcik2 atau encik2 yang berkopiah. Sedangkan yang ditujukan dakwah2 mereka itu adalah Mat Rempit atau apa2 lah golongan yang digelar rosak akhlaknya.
Selalunya saya hanya baca sahaja apa tulisan Paknil tapi kali ni saya terpaku dengan kekuatan dia menulis perenggan ni :
Kenyataan mereka seolah-olah memberitahu yang rezeki mereka tersekat jika bertudung. Mereka akan hilang punca rezeki kerana kebanyakan watak yang ditawarkan kepada mereka adalah watak yang tidak menutup aurat. Kenyataan yang seumpama ini Paknil lihat seperti memerangkap mereka kembali dengan dua kesilapan. Pertama adalah membuka tudung dan yang kedua menyalahkan tuntutan agama kerana menutup periuk nasi mereka.
Subhanallah, kadangkala saya sendiri tidak terkeluar kata2 ni. Saya terasa lemah sekali iman saya berbanding dengan Paknil. Manakan tidak, kadangkala ada benda yang saya rasa nak tegur. Tapi ia tetap perkara yang salah dan perlu ditegur. Mmm...korang bacalah ek di link ini dan sebar2kan juga.
mujur ado artis supo Pak NIl..ado jugop ore nok tegur jenis artis2 gitu kan kak pija
ReplyDeletesalam sitisifir... saya dah follow awk..maila follow blog saya...:-)
ReplyDeletebila baca tajuk ruangan PakNil tu tak sangka yang dia nak tulih pasal pemakaian ni.bila dah habis baca, mmg salute la kan...kkdg benda2 ni kena dtg dari kalangan group tu sendiri kot,s bb kalau org lain yg masuk campur, maka mungkin tidak dilayan...mcm ustaz2 tegur , ada depa kisah.. tahla..saya rasa...
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeleteartis yg mcm ni kita nak kan...
ReplyDeleteYupp..tabik sama Paknil!!
ReplyDelete