Bismillah,
Ini gambar lama sudah. Saje nak bgtau korang especially kepada penggemar perubatan homeopathy bahawa kita boleh berubat jarak jauh. Dulu masa bujang2 aritu, baru saya berjinak2 dengan ubat homeopathy ni. Time tu duduk di Selayang dekat apartment Sri Murni ke hape ntah yang dekat area Pasar Borong itu.
Bertentangan dengan pasar borong tu ade satu bangunan dan dekat area situ la tempat saya selalu berubat. Sampai satu hari, saya takde sakit pape pun tapi sebab member pergi dan saya teringin nak test sama mesin dia tu. Saya cuma kata kat Dr Sabri tu (kebetulan okeh dia punya nama sama dengan suami ku) kenapa saya kurus??
Dia pun suruh saya pegang satu tombol kayu sambil mouse dia menunjuk ke beberapa organ badan saya dalam skrin sambil satu tangan dia menggesek pada satu papan lain dan bila ada organ saya yang bermasalah, mesin tu akan berbunyi... so, something to do with my tiroid lah. So, sbb minat sangat saya pun cadangkan kepada org yg saya kenal dan skang ipar biras saya jadi pelanggan tetap dekat situ malah mereka turut cadangkan kawan2 mereka ke sana.
Satu hari tu ipar biras saya datang dan tengok Uwais tak sihat beberapa minggu lepas. Diorang cadang nak tolong bawakkan rambut Uwaiys ke klinik tu. Dan saya dah bg rambut anak encem saya tu. Skang ubat tu dah ada di Jerteh dan insya ALLAH Uwaiys akan dapat makan ubat tu bila abah diorang gi ambil ubat tu due to problem pada paru2 kata doktor tu.
OK tu satu cerita, another cerita adalah pasal ubat homeopathy juga. Doktor ini namanya Dr Jamalul dan dia mengubat dengan dengar suara. Lokasinya adalah di Perak dan yang ni saya still tak try powernya lagi. Tapi biras saya yang di Johor sudah cuba. Dia call dan bgtau yang telinga dia sakit, doktor pun kata lebih kurang yang dia ada kandungan asid urik yang tinggi dalam badan plus kencing kotor.
Bila biras saya mintak ubat utk anak lelakinya, doktor tu minta nak dengar suaranya dan doktor dapat kesan masalah yang sama dengan apa yang doktor di hospital bgtau. Kemudian dia minta ubat untuk anak perempuannya dan sbb baby biras saya tu belum boleh cakap dan kebetulan dia menangis time tu, maka doktor tu kata otak belakangnya mengecut dan terkejutlah biras saya bila dia kata, memang nampak kepala di belakangnya kepek sikit tapi dia tak pernah sangka itu adalah masalahnya.
OK, ni mungkin satu usaha jugaklah dalam berubat. Kalau dah serius takkan still nak hadap ni, contohnya kalau Uwaiys semput takkan saya nak tunggu ubat sampai dari KL. Tapi untuk jangka panjang, saya amiklah juga. Saya pun nak try juga Dr Jamalul ni tapi skang tgh kumpul kekuatan nak tepon..ahahaha...ai kan pemalu..
Homeopathy so far OK dengan saya. Saya beranak mengandung pun banyak dengan ubat ni lah. Cuma satu hal aje...kene pantang kafein dan air gas. Kalau anda addict to dua jenis minuman ni ampun lah tak payah makan homeopathy, buat bazir duit aja. Mmm...yang Dr Jamalul tu, kata biras saya, dah ubat sampai baru bayar..wah percayanya mereka ek yang patient akan bayar??
So, apa pendapat korang tentang ni??
tak pernah dengar lagi plak.. tapi bagusla untuk org yg tak bole datang mcm org tua atau duduk jauh dari tempat tu...
ReplyDeleteUwaiys camne, ok dah? ker nama Uwais jea ada semput ?macam anak eden jugak
Salam Kak Siti..
ReplyDeletekebetulan anak saya yang sulong mengalami masalah sukar berkomunikasi dengan baik (Autism), kekadang tak paham pun ape yg dia cakap..sosial interaction ok..
kalau tak keberatan saya nak minta laa no telefon Dr Jamalul tu..
n my 3rd hero pun belakang kepalanya kepek sikit, saja nak tanya..
TQ
alamak..cannot minum kopi la forever yek?
ReplyDeleteingat nk cuba juga laa..sbb anak dah 3 thn pun tk ckp lagi nih
Kalau Kak Siti keberatan nak letakkan no Fon Doc tu kat sini, email la pada saya yer.
ReplyDeleteIni Email saya..
akulahct@gmail.com
Dah mcm2 usaha kami buat supaya anak kami tu boleh bercakap..
mudah-mudahan kak siti sudi bantu kami..