Pages

Friday, June 25, 2010

Nukilan Khas Buat Awek Bertudung Labuh

Bismillah,

Sebenarnya susahnya lah nak tulis apa yang saya nak tulis ini. Ini adalah kerana saya adalah bukan cukup baik untuk tulis apa yang saya nak tulis ni. Tapi kerana orang yang baik dari saya yang lebih patut tulis tentang ni tak pulak menulis atau barangkali saya tidak nampak, maka baiklah saya tulis supaya orang yang membaca akan faham dan mengambil iktibar darinya.
Ntah dari mana ek nak mula? Mungkin saya patut tanya, antara kalian yang membaca ni, apa pendapat anda tentang orang yang bertudung labuh??

A. Adakah anda rasa orang tudung labuh itu tidak cukup rock untuk berkawan dengan anda?
B. Adakah anda waswas dengan kebaikan orang yang bertudung labuh sehingga apa yang anda nampak pada dia adalah lakonan semata2?
C. Adakah anda rasa orang yang bertudung labuh ada niat lain di sebalik tudung labuhnya tu??
Wah...skang blog saya dah ada soklan berformat :P Macam soklan masa duduk kat UKM plak..hihi.. Saya bertanya ni bukan apa, bukan baru je kita dengar
  • org tudung labuh masuk mencuri dalam rumah orang masa kenduri
  • orang tudung labuh kene tangkap khalwat
  • org tudung labuh buat maksiat dan gambar atau video tersebar ke mana-mana
  • org tudung labuh sorok jantan dalam jubah
  • org tudung labuh berjubah bau busuk
Hakikatnya mereka yang bertudung labuh dan berjubah itu adalah manusia biasa seperti yang lain juga. Tidaklah berhak kita mengadili iman mereka kerana baik buruknya hati kita itu hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dekati dulu orang ni dan kemudian barulah anda tahu sejauh manakah tudung labuhnya itu menjaga dirinya.

Okeh itu pot pet pot pet utk orang luar yang nak menilai pemakai tudung labuh. Skang saya mau cakap sikit dengan orang yang pakai tudung labuh ni...tp sebelum tu, saya minta maaflah banyak2 sbbnya saya tau saya tak cukup suci untuk cakap benda mcm ni.

Selalunya mereka yang bertudung labuh ni (selalunya ye puan2...bukan semestinya) adalah mereka yang keluar dari sekolah agama atau keluar dari universiti selepas terlibat dengan kumpulan usrah tertentu. Kemudiannya segolongan besar lagi adalah golongan makcik2 yang dekat2 nak pencen atau yang dah pencen. Ada jugak yang mendapat pendedahan dari keluarga masing2 dan pakaian itu dah sebati dengan mereka.

Kalau makcik2 yang dah banyak usia tu kita tau lah, mungkin dia dah dapat kesedaran pada umurnya yang banyak itu. Begitu jugak yang dah diasuh dalam keluarga bahawa menutup aurat adalah satu benda yang wajib. Biasanya yang pakai tudung labuh dalam golongan ini susah dah nak tukar imej mereka.

Sebenarnya, banyak cabaran yang bakal anda hadapi bilamana anda memilih memakai tudung labuh. Tambahan pula selepas masuk ke alam pekerjaan di mana anda telah berpecah dari kawan2 yang memakai tudung labuh semasa belajar atau yang telah terlepas dari kawalan keluarga masing2.

Satu yang saya nak sebut, tentang cabaran berfashion. Orang lain nak melawa2, kita pulak telan air liur je tengok. Orang lain boleh pakai seluar tapi kita kalau nak pakai seluar kena cari kaedah yang sesuai macam pakai jubah seluar tu ke, atau dengan t-shirt muslimah dengan seluar ke kan. Hai..takkan le korang gamak pakai tudung labuh dengan baju kemeja paras punggung kan?? Takke nampak macam cendawan takde spora??

Satu lagi cabaran yang amat hebat lagi dasat adalah cabaran sosial. Sebelum ni (semasa belajar atau masa didalam jagaan keluarga) kita tak layan sangat orang lelaki. Tapi selepas masuk ke alam pekerjaan ni, kita mula bertemu dengan orang2 lelaki dalam organisasi yang kita sertai. Kalaupun tidak, kita mula kenal melalui Myspace, FB, Friendster dan lain2.

Orang lelaki pulak, kalau dengan golongan tudung labuh ni, kebanyakannya menjadi gentleman secara magic :P Sebabnya mungkin mereka rasa golongan tudung labuh ni adalah fragile, permata berharga yang bersinar2 cahayanya sehingga lama2 urusan pekerjaan akhirnya menjadi urusan hati.

Maka, kebanyakannya bermula di situlah sedikit sebanyak gantungan hati yang asalnya diletakkan kepada ALLAH SWT telah terhakis dan lebih enak untuk mengingati si dia. Alah...ai know la yu all, ai pun masih pernah muda. Susah sangat nak mujahadah diri bilamana kita bertemu dengan cinta dunia ni.

Maka seterusnya terjadilah episod melayan SMS, berutusan email dan macam2 la kan, yang mana akhirnya membawa kepada longgar prinsip yang selama ni kita pegang. Ia akan berlaku dengan sangat perlahan dan percayalah, anda kita tidak menjaga diri, maka susahlah nak jaga peribadi asal kita yang cantik2 itu.


Saya percaya kalau tidak memakai tudung labuh pun, bila kita terlibat mencintai dan dicintai oleh pasangan masing2, maka akan timbullah apa yang saya sebutkan tadi. Kita akan kehilangan kawan2 dan selalu nya kita tak kisahpun sbb dah ada couple masing2 kan. Kemudian, diri kita yang asal makin hilang semata2 nak lengkapkan diri untuk couple kita itu.

Susah sebenarnya nak menjaga diri walaupun dalam keadaan kita ini cuba sedaya upaya nak menutup aurat. Tetapi dengan menutup auratlah banyak lagi perkara lain akan turut terjaga insya ALLAH kerana ni adalah janji ALLAH. Janganla sekali2 kita pertikaikan hukum yang ALLAH tetapkan.

Uhh...ntah apa la yang hang dok merepek ni Pijah...macam pelik aje kan?? Korang baca ajelah ayat tergantung saya ni ye...yang selebihya korang tambah dengan letak komen di bawah ni ek..

**dah kata dah..saya bukan cukup solehah utk tulis mende ni..rasa mcm hampeh je

13 comments:

  1. aku?
    pakai tudung tpi tak labuh.
    fesyen?
    ape tu?
    aku tahu ler yg high fashion tpi ape tu busana muslimah?
    tak thu,tak reti n tak amik tahu sebab?
    aku tak reti berfesyen.
    janji tutup sudahlah.
    bju jgn ketat cam sarung nangka,no jean,n sanggul jgn tinggi.
    aku pun tak retilah dgn org2 ini.
    ape ko nak kejar dlm idup?
    berfesyen dan berhias utk siapa dan mengapa.
    adeii..
    pyh kak siti oii klu mcm tu.
    tak salahkan sesiapa sbb sumee slh.



    *aku teringat sorang kwn bile ditegur tak pakai tudung,dia boleh ckp mak dia tak mrh as long tak buat jht because dia ckp yg bertudung labuh tu belum tentu baik.

    aku?
    cam nak lempang tpi aku diam.
    pastu boleh cakap dlm hadis mana n surah mana yg suh pakai tudung.

    - aku sound blik,abis yg ko solat pakai telekung tu ape?klu mcm tu ko ckp takyah pakai,baik ko solat tak pyh telekung.takpun,ko tak pyh solat terus!

    minah tu?
    nak lawan tapi kutinggalkan sebab aku baru lepas kentutkan dia n gi jamban gi berak.

    sekian.
    :)

    ReplyDelete
  2. Saya menghormati orang yang pakai tudung labuh (tak semestinya tudung bulat) sebab sekurang-kurangnya dia telah mengikut arahan Allah untuk menutup aurat sesempurnanya.

    Setuju dengan penulis, kita tak layak menilai dan mengadili iman sesiapa, hanya Allah yang berhak dan Maha Mengetahui.

    Saya? Saya pakai tudung labuh bulat, tudung labuh tak bulat, tudung kurang labuh.hehe.ikut suka je apa nak pakai janji pakai tudung.Tapi stokin? Aduh, kena sebijik kat muka.

    ReplyDelete
  3. Pija,
    bersyukur lah kita kerana pernah mendapat pendidikan yang terbaik. Jadi kita benar-benar memahami kenapa dan mengapa.

    yang penting dalam berdakwah kita kena bersabar dan tak boleh marah-marah kan??pandangan kita kena sentiasa positif agar teguran yang kita sampai mudah diterima oleh pihak yang dinasihati.

    Dalam berdakwah, memanglah ada yang mencabar. Walaupun kadang-kadang kita rasa sangat tercabar hingga boleh menaikkan kemarahan, tapi kita masih tetap perlu berhemah dan berhikmah. Jangan pernah sinis atau menyindir orang lain sehingga menyebabkan kecik hati..kalau dah kecik hati, susah plak nak kena minta maaf. yang penting kalau terpaksa sinis, biar sampai orang tersedar dan terbangun hati..bukan kecik hati tau..

    and kak long pija cayang, keep up writing..Memang la ko cakap ko siapa nak tegur2 orang sebab terasa kerdil kan??itu lumrah, but yang penting your good effort tetap mendapat pahala...Kita pun diingatkan untuk tidak melihat siapa pemberi nasihat, yang penting isi kandungan nasihat itu bermanfaat, berguna serta menunjukkan kita ke arah kebenaran. May Allah always bless us in our future undertakings.

    ReplyDelete
  4. Suka entry ni. Teringat kawan saya masa kat u dulu (dah lost contact pun)....*mana lah si Mila ye?*

    Takde bezanya antara saya (yg pakai tudung kontot) dengan dia CUMA, dia kelihatan lebih sopan dan lebih dihormati oleh bebudak lelaki (memg magik, mcm pija cakap tu) dan of course lebih baik dari saya....heheee....

    Yang nak menilai keimanan mereka yg tak bertudung, bertudung kontot, bertudung labuh malah yg berpudah sekalipun bukanlah kita....tetapi Dia semata-mata.

    Cuma bila dah pakai tudung labuh, secara otomatiknya dia diharap menjadi contoh yg baik dan mulia wlpn dia cuma manusia biasa yg mempunyai kelemahan mcm yg lain2 jugak.

    Kemana halatuju komen ni, saya pun tak tau...maaf kerana komen ni tak berapa bermanfaat. Sekadar memberi pendapat : )

    Oh ya, terima kasih kerana mengingatkan saya akan Mila. Nak carik dia kat fb laaaa....

    ReplyDelete
  5. salam ta'aruf..
    saya ni pun pakai tdg labuh jugak..tapi bkn tdg bulat le...
    cuma nak kgsi,,,walaupun ada jgk golongan spt yg disebutkan tu, tapi jgn lupa pada yag mmg mnjaga kebersihan n sgla aspek lagi...mcm islam...ada antara umatnya yg tak ikut syariat kan, n ada umat yang berpegang pada hukumnya...sama juga ngan bnda ni...

    sy pun mnusia biasa...syaitan akan goda muslim atau muslimah ni melalui jalan terakhir iaitu antara perhuhungan lelaki dan perempuan...tanya lah pada yang bertudung lbuh ataupun bersongkok..ujian besar dlm hdup adalah perbezaan jantina...sy penah alami n dah jadikannya as pengajaran,,,,insyaallah...

    p/s :just perkongsian hati...

    ReplyDelete
  6. Salam pijah.

    saya dulu tak bertudung -> tudung biasa -> tudung labuh bulat-> tudung turki bukak 50 - 60.

    tukar dari tudung labuh ke tudung turki sebab tukar kerja, dinasihat oleh seseorang untuk tukar fesyen tudung sebab dikhabarkan boss tempat kerja baru tu jenis yang the opposite (faham2 saje lah). i tukar tapi still kekalkan kelabuhannya.. cuma dulu plain color, now a bit berwarna-warni.. (now husband ask to tukar balik ke labuh bulat, sebab katanya lagi manisss.. :))

    my point is, apa yang i faham, kita tak ukur labuh tudung seseorang berdasarkan keimanan dia, tapi kefahaman kenapa tudung itu perlu labuh, dan labuh setakat mana... Allah suruh tutup dada, tutup perhiasan, itu perintah, takde kaitan dengan tebal nipis iman... kalau nak ganjaran pahala kerana bertudung kena ikut seperti yang diperintahkan.. jika tidak, adakah tidak dapat pahala? well, itu hanya Allah yang tahu.

    Hanya mereka yang bertudung labuh kerana faham saja yang tahu manisnya.. :)

    ReplyDelete
  7. bila sebut tudung labuh memang tergambar tudung bulat, dulu saya pun sekolah agama dan memang di sekolah kena pakai tudung labuh.

    dulu ikutan dan budaya masa sekolah... bila kerja bergaul dgn ramai org, feshen berubah sket...

    hendak berfeshen tidak ada masalah, jika bawal kan ada yng labuh... atau labuhkan, jika instant pun ada yang labuh atau labuhkan.. bukan yg labuh tapi ditarik sampai jadi tak labuh.

    secara peribadi saya mengagumi mereka yg berjubah dan bertudung bulat... Saya pun suka begitu cuma saya lebih berfeshen sket lar... :D

    ReplyDelete
  8. ermm.. tutup aurat is wajib, nak pilih tudung labuh/bulat/turki adalah hak masing2 as long as mengikut apa yg syari'at ckp.. tutuplah dada mu muslimah, jadi tudung adalah mediumnya, tak de cakap bulat ker bujur ker.. semua tu pilihan masing2 kan? kalau yg tak pakai tudung atau pakai tudung mendedahkan dada tu sah2 ler dah tak ikut syari'at.. dan masalah yg bertudung labuh buat ma'siat tu... mungkin tiada jati iman dan akhlak atau mungkin bertudung sekadar suatu kebiasaan bagi mereka... yg pasti kalau tak ingat akhirat mmg berani buat apa sahaja... wali'yazubillah!

    ReplyDelete
  9. aduh! rasa macam tertampar kat muka.. hehe...
    saya lah dari tudung labuh bertukar ke tudung tak berapa labuh, tapi masih lagi penudung-labuh-bawah-paras-dada-tegar.. hehe...
    asalnya bertukar, kerana rasa malu, bimbang orang tengok perangai yang tak sesuai dengan tudung. sebab memang sangat2 tak berkenan orang yang pakai tudung labuh tak jaga tingkahlaku bersesuaian dengan tudung. kesian orang tudung labuh yang lain...

    bila dah kahwin, ada niat nak bertudung labuh semula... insyaAllah...

    ReplyDelete
  10. salam..
    dulu sy pun sekolah agama ..memang bertudung labuh..tapi bila dah keje pakai tudung biasa jer tapi yang penting tak mendedahkan dada..dah terbiasa dengan tudung labuh bila pakai tudung pendek segera..ya allah..terasa sangat teruk..orang yang tgok kata tak nmpak sgt pun dada menonjol,tp sy tak selesa..dan akhirnya saya kekal dengan tudung bawal pakai silang biasa jer..tak leh nak wat pin kat kepala tu..
    tudung pakai segera (instant)pun sy cari saiz L tau...baru puas pakai..hehe

    sebenarnya tak semesti dengan pakai tudung labuh kita boleh menilai orang tu kuat iman..ayat-ayat kutukan untuk yang bertudung labuh tu ada jugak benarnya..

    tudung labuh bulat (satu lapis) lagi menampakkan benjolan dada bagi org yang berisi badannya.

    yang penting kita ikut ajaran islam yang sebenar..sunnah yang patut di amalkan..

    asalkan pakai tudung dengan ikhlas dan iman yang sebenarnya..bukan dipaksa atau terpaksa..

    pakai tudung biar jgn terdedah.menonjolkan dada.
    bab stokin tu...dulu time sekolah anak dara jer ada amalkan..skg ni xder dah..yang penting janganlah pakai gaun singkat atau seluar singkat tapi bertudung..(baik tak payah pakai tudung)

    salam ukhwah..
    maaf jika ada tersalah kata..
    ianya berdasarkan pengalaman saya..

    ReplyDelete
  11. wow.. ramainya yg komen.. isu best ni.. :)

    kakyong memang taj lahir dlm keluarga yg bertudung labuh.. boleh kata byk yg pincang.. tp seiring dgn usia & pengalaman bersekolah asrama.. kita cuba la buat apa yg termampu..

    kalo ade yg suruh pakai tudung labuh.. huhh, rasa tak bersedia.. cukup la spt skrg asal tidak pakai ketat2 mcm balut nangka & tak dedah sana-sini... tp masa muda2 dulu memang suka pakai tshirt & suor jean... rugged gitu... :p

    btw, kakyong tak kesah berkawan dgn bertudung labuh, malah berpurdah sekalipun.. sbb memang ramai kawan usrah yg begitu dulu.. tak mampu jd mcm depa, tp amiklah mana2 yg baik dr depa... ;)

    ReplyDelete
  12. dalam surah an-nur, kalu tak silap, ada perintah kepada prempuan2 yang menyuruh melabuhkan tudung2 hingga ke paras bwh dada,,, perintah dah ada, terpulang pada kiat yang nak ikut or tak...''

    setengah tu pulak kata, 'ala ustazah,tak sampai seru lagi la...'...

    pkir balik, yang dalm kelas,ceramah,ckgu2 duk pesan, tu bukan seru ka?...

    bukan tak sampai seru, tapi tak mau sahut seru tu...
    p/s : sama2 la amik iktibar naa... @__@

    ReplyDelete
  13. Anonymous5:21 PM

    tak perlu tunggu untuk jadi solehah bile ingin berdakwah...
    sesungguhnya dakwah itu adalah wajib bagi orang2 muslim...anyway,,,tulisan menarik...keep on writing...piece...=)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!