Entry ni bukanlah bertujuan untuk mengajar anda apa yang saya buat. Malah saya adalah dalam proses untuk mengajar anak2 saya supaya bersopan santun berbudi bahasa
Dalam mendidik anak, benda major yang paling kita kena ingat adalah : JANGAN HARAP KAU AJAR SEKALI ANAK TERUS PANDAI NOOO... sebab anak2 adalah mudah lupa dan proses mengulang2 adalah perlu supaya mereka dapat lazimkan benda tu dan akhirnya menjadi satu budaya. So, disebabkan kena ajar berulangkali makanya pulak : KAU JANGANLAH CEPAT2 JADI TARZAN KALAU ANAK KAU MASIH TAK HADAM APA YANG KAU AJAR. :P
Nak ajar bersopan santun ni selalunya memang ada dalam list perancangan kita sebagai mak ayah ni kan cuma idea nak ajar atau kat mana nak mula tu yang selalu jadi dilema. Udah namanya budak2 ye, macam anak2 ai baru umur 6 tahun yang paling sulung kans, umur tu pun belum pandai lagi kalau kita buat sistem ala2 kuliah dalam dewan kuliah, atau sistem Halaqah sebab apa yang mereka perlukan adalah SEDIKIT AYAT SIMPLE dan kemudiannya
Kalau pun nak ajar anak tentang manners dengan teknik kuliah atau halaqah usrah, apa yang perlu ada adalah buku bergambar. Saya bagi contoh paling best sekali adalah majalah Asuh, Ana Muslim, Upin Ipin dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Senang bagi contoh ikut gambar katun2 ni sebab anak minat. Berbanding dengan kita bagi diorang tgk CD atau Youtube. Susah maa.. nak kena pause untuk bagi penerangan. Kalau buku ni direct aje.
Lepas tu, jangan amik banyak2 topik sekali ajar. Sebagai contoh, arini ajar tunduk bila berjalan depan orang tua, esok baru ajar jangan makan sambil bercakap pulak. Jangan la kita heret anak2 satu rumah untuk tunjuk dia banyak2 benda sekali. Dah la mereka itu belum lancar mengingati. Bubuh pulak banyak2 input. Nanti anak2 akan rasa teraniaya. (Alamak..semalam saya dah menganiaya Asmaa'..lepas mengaji saya paksa pulak dia baca 1 ms buku..huhu...)
Sopan santun ni adalah perkara yang ibubapa ajar dengan memberi contoh setiap hari. Sama ada kita sedar atau tak, mereka sedang memerhatikan kita. Semasa berbicara dengan pasangan, cakaplah dengan bersopan santun. Kalau dapat pesanan dari waiter di restoran, ucapkan terima kasih. Anak2 sentiasa memerhatikan kita dan mereka selalu mahu menjadi seperti kita. Dan kaedah ini lebih berjaya dari ajar mereka melalui buku, atau bawa mereka ke tempat ceramah.
Sopan santun di meja makan
Hehe..macam la kat rumah ai ada meja makan kan nak cakap pasal meja makan. Walaupun kami makan atas lantai, kami cuba jugakla ajar anak2 agar bersopan santun kan. Kalau diorang2 yang selalu bawak anak pergi dinner kat hotel ke atau kat majlis2 formal kenalah jugak kot ajar etika makan kan. Benda basic yang patut diajar adelah, jangan bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan dan kalau nak paskan makanan, pas elok2 jangan main lempar aje dalam pinggan orang. Kalau nak lauk yang jauh jugak takleh sampai nampak gelojoh tapi mintak baik2.
Berbual Dengan Orang Yang Baru Dikenali
Kalau ikut budaya kita, selalu dah nak sampai atau dah nak balik, kita akan suruh anak kita salam dengan tuan rumah atau tetamu yang datang ke rumah kita. Boleh juga praktikkan kenalkan mereka dengan orang itu. Kalau teringat ada baiknya juga kita pesan kepada mereka supaya menjaga tingkah laku semasa berada di rumah orang.
Menerima Hadiah
Tidak kira apa saja yang diberikan orang kepada kita, haruslah ajar untuk mengucapkan terima kasih. Kadang2 spoil jugak bila tetiba je diorang berlaku jujur dengan mengatakan, "Ala...barang ni saya dah ada, saya nak yang lain!" So, jadi tugas kitalah untuk mengajar anak menerima seadanya pemberian orang tapi jangan le sampai nampak terhegeh2 pulak nak kan mende tu kan. Ia adalah sebagai tanda kita menghargai orang lain.
Berkongsi
Satu benda yang kita kena ajar, walaupun kita galakkan mereka untuk berkongsi permainan mereka, jangan pulak sehingga mereka rasa permainan orang lain juga adalah hak mereka. Permainan mereka bolehlah mereka offer pada orang tapi jangan mereka mintak benda orang lain pulak. Kalau ada sesetengah orang yang datang rumah kemudian rasa macam barang kita itu dia yang punya, maka ajarlah anak rela2 kan barang itu (pilih2 la weih...takkan dia mintak TV nak bagi jugak kan??) tapi kalau anak kita nak bawak balik barang orang, jangan bagi langsung. Ini pendapat saya lah. Sebab kami pun tak banyak barang dan kalau orang nak bawak mainan anak2 pun rasanya kami tak terkilan sebab barang2 kami biasa2 aje...takde yang branded pun. Tapi kalau nak bagi barang kita tu, tanyalah dulu pada anak. Kalau dah perasan dia asyik usung satu benda tu je ke hulu hilir jangan pulak bagi kat orang mainan tu. Nanti dah besar dia tulis blog mcm Isabelle tulis dalam link ni :P
hehehe suka sangat entry ni. thank you for sharing. :)
ReplyDelete:) same2....
ReplyDelete