Pages

Thursday, August 19, 2010

Tempat ke 3 Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama Ilah Fazilah

Bismillah,

Saya menang tempat ke tiga contest ni bila anak Ilah cabut nama saya...

Alhamdulillah, at least ada jugak le kan yang sangkut dari banyak2 masuk kans...
Ni yang rasa nak masuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi



Entry asal....

Bismillah,


Dulu pernah ada contest ni kan? Ingat tak?? Rasa2nya anjuran MOBS atau sape2 je lah. 
Kali ni, boleh la kita kenal2 dengan tokeh Tupperware MamaIlah Fazilah pulak ye..


Kakaknya : Asmaa' Mohd Sabri 6 tahun
Adiknya : Usamah Mohd Sabri 5 tahun

MamaIlah, 
Sebenarnya anak ai ada 5 orang.
Semua mereka pun saling sayang menyayangi.
Malah, jika umi mereka nak buang mainan seorang yang lain, maka mereka akan saling mengutip mainan itu, asal saja permainan mereka tidak dibuang umi :P
Alkisahnya Asmaa' & Usamah,
nama mereka saja sudah bunyi lebih kurang.
Umur mereka dekat2, besday mereka pun kami raikan bersama.
saya kopipeskan diorang punya ticker eks..

Lilypie Kids birthday Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker


Mereka ni saling backing mem backing antara satu sama lain. Pernah sekali masa marahkan Usamah, Asmaa' tanya kenapa umi marah? Bila dijawab begitu begini, Asmaa' pulak kata, "Umi jangan lah marah banyak2. Usamah kan kecik lagi??" Huhuhu...

Masa kami duduk berasingan dulu, 
Asmaa' terpisah dari Usamah. 
Setiap hari dia asyik sebut, "Umi, kesian Usamah takde kawan. Jomlah pergi duduk dengan Usamah."
Atas rasa tak sanggup mendengar mereka ni saling merindu, 
maka saya mengubah hala dengan meninggalkan 'bisnes' saya di sana. 

Mereka ni saling sayang menyayangi. 
Kalau main masak2, Usamah terpaksa menurunkan ke'macho'annya utk meraikan permainan yg dianjurkan Asmaa'. Macam tu jugak kalau Usamah nk main robot-robot, Asmaa' terpaksa transform menjadi org yg perkasa. 

Saya paling tidak boleh lupa peristiwa bila Usamah terima hadiah di sekolah tetapi Asmaa' tidak mendapat hadiah, saya kopipes dulu ye entry dari entry asal saya ini ye

**********************************
Sudahnya saya menangis sama dengan Asmaa' dan saya dah tak hiraukan isteri YB Khalil Idham Lim di sebelah saya. Sampai dia terpaksa tenangkan saya dengan Asmaa' sekali...ahahaha...Oh ya, isteri YB itu pilih duduk di sebelah saya sebab saya comel saja yang dia kenal dalam majlis itu. Kami turut bersembang macam2 hari itu.

Sehingga ke rumah Asmaa' menangis dan saya nak bgtau bahawa dia bukan jenis merajuk budaknya. Tapi saya yakin ini kejadian merajuk pertama dalam hidupnya. Saya agak runsing dengan keadaan dia. Tapi Usamah juga prihatin. Dia asyik mengulang2 ayat, "Kakak, kita kongsi la kaler ni"...huhuhu

Dirumah, ketika Usamah membuka hadiahnya, Usamah pun bgtau, "Yang gambar perempuan ni kakak kaler, yang lelaki Usamah kaler," Selepas itu mereka mewarna bersama2...saya pun drama sorang diri lagi. Hihi..tgh menaip ini juga air mata saya tergenang2 mengingatkannya.


**********************************
Semoga kasih sayang kalian adik beradik takkan luput sampai bila2...umi sayang korang lebih dari diri umi sendiri...

OK, ini cerita saya...mau sambung doa dalam solat pulak...sob sob...cerita korang mcm mana pulak??

2 comments:

  1. hi kat siti.. salam terjah... mungkin sbb asmaa' & usamah lahir rapat.. mereka dah mcm kembr pulak..seronok tgk keakraban mereka.... neway, gud luck ye

    ReplyDelete
  2. oowhhh.. syahdu plak baca n3 nih...
    gud luck ya...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!