Pages

Sunday, September 12, 2010

Ahmadi Sudah 7 Bulan

Bismillah,

Oh..terasa sangat seronoknya melihat anak membesar dengan tangan sendiri  (kahkahkah..ayat buku teks!). Kalau aritu saya ada juga hantar Arwa untuk dijaga orang lain (2-3 bulan) masa awal2 nak buka kedai dan sekarang Ahmadi dijaga sepenuhnya oleh kami. Saya kata kami adalah sebab bukan saya seorang yang jaga dia.  Dalam keluarga kecil kami ni je, abang2 dan kakak2 Ahmadi jaga adik mereka.

Itu belum pun cerita pasal opah, tokku dan mak2 sedara diorang. Bertuah kamu Encik Ahmadi, yang jaga kamu semua orang yang menyayangi kamu bukan kerana duit semata2. Ummi jadi teringat semasa mengandungkan kamu dulu. Ummi bleeding sbb breastfeed kan k.Arwa, hujung2 mengandung Ummi kena kencing kotor. Sekarang ni ummi tak puasa2 lagi sejak dari kamu dalam kandungan sampailah sekarang. Mungkin sebab ummi kurus kot ek??

DALAM_RAHIM_IBU



Walau apa pun dugaannya, ummi harap kamu akan membesar menjadi seorang yang membawa manfaat tidak hanya kepada keluarga sahaja tetapi juga buat dunia ini ya . Ummi doakan semua anak2 ummi akan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Time ni masa teman abah jual ayam kat area Besut :)
Satu hari nnt nak mintak abah beli burung yang warna warni tu!

1 comment:

  1. kejap jer dah 7 bulan yer Ahmadi... dah pandai mamam...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!