Bismillah,
Sejak akhir2 ni, dah boleh jumpa sayur labu air yang panjang2 mcm ni. Rasa ni RM 2-3 je kot inciksomicomel beli. Nak masak siap makan minggu2 kahkahkah...siap ada yang buang lagik. Ni kalau lain kali beli, kene sedekah siap2 kat orang separuh supaya tak membazir ye inciksomicomel.
Hoho..panjangkan?? Sama tinggi dengan Usamah... OK skang ni saja nak tanyalah kalau korang dapat sayur ni, korang masak apa?? Saya share yang saya punya resepi ye..
1. Sayur labu manis (selama ni saya masak tanpa tau nama masakan, ini saya Google - kalau tak saya namakan sup pedas)
Bahan dia :
labu air, udang kering, serbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, Air secukupnya dan garam
Labu dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Lada hitam, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat setelah itu masukkan ke dlam periuk bersama udang kering dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Bila telah mendidih masukkan labu dan tambahkan garam secukupnya. Setelah labu masak bolehlah diangkat.
Saya memang suka sayur mcm ni, takpayah tumis2...hihi
2. Bening labu air
Bawang putih, bawang merah, ikan bilis, labu, garam, air
Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis (tumbuk dulu biar lumat). Lepas tu masukkan air sampai mendidih. Pastu masukkan labu. Kalau nak campur carrot, masukkan carrot dulu biar empuk sikit baru masuk labu air.
3. Asam pedas
Asam pedas saya ada dua, satu asam pedas bodo, satu asam pedas rajin
Saya suka yang bodo je, senang nak buat keje aku kehkehkeh
Bawang merah, lada kering, asam keping, daun kesum dgn bunga kantan (dua ni kalu ada, takdepun takpe)
Lada kering lepas rebus, blend dengan bawang merah. MAsuk dalam periuk ada air. Kalu ada bunga kantan dengan daun kesum, masukkan la tapi kalau nak jimat sbb skang dua kuntum bunga kantan sampai RM 2.50, maka nak abaikan pun boleh. Campur sekali asam keping dengan garam. Agak2 dah panas masukkan labu air. Kalau korang ada ikan yang sesuai untuk masak asam pedas, bolehla letak berapa ekor yang korang suka.
Asam pedas rajin plak
Bawang putih, bawang merah, serai(hentak dengan lesung biar penyet), lada kering, asam jawa, bunga kantan, daun kesum, labu air dan ikan.
Lada kering lepas rebus, blend sekali dengan bawang putih, bawang merah. Tumis bahan ni dalam kuali sekali dengan serai. Lepas tu masuk air dengan air asam jawa (senang guna asam jawa Adabi tu ha..tak kose nak sisih bijik bagai..hehehe). Kalau ada bunga kantan letak dengan daun kesum. Kalau asam pedas rajin ni takde daun kesum dengan bunga kantan, rasa tak terangkat beb... Lepas tu masuk labu air dan masukkanla ikan.
4. Bantal buruk
OK, yg ni korang kena pandai buat lempeng dulu. Buat lempeng saya taktau nak buat sbb saya makan ni dengan roti. Apa?? Taktau ke lagi saya malas??
Labu, potong dadu dan rebus
Santan (orang sini panggil kepala santan)
Bawang merah (hiris nipis2)
Ikan (bakar dan perisi buang tulang)
Serbuk lada hitam
garam
Campur semua yang diatas ni sehingga sebati. Kalau buat lempeng, makan la dengan lempeng. Kalau tak cicah dengan roti pun sampai terangkat rasanya. Kalau nak masak pun boleh tapi jgn la sampai berair ek. Biar dia pekat2 gitu barulah tak mengalir keluar santannya. Adui...lapar le plak weii...
OK lah... kriuk2 perut jawabnya nk kene carilah ni. Oh ye..esok raya ye..Selamat Menyambut Hari Raya taww.. takyah lah bawak anak main bunga api. Asap dia tak elok untuk anak2. Kalau setakat mercun pop tu layan lah...kot korang rajin nak sapu rumah. Ha..baju anak tu kalau takde poket, sempat lagi malam kang tepek poket besar bajet nk kutip duit raya besok..kikiki...
No comments:
Post a Comment
Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!