Pages

Saturday, September 04, 2010

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

Bismillah,

Hihihi...kesian kat mereka yang menunggu. Eh..ke takde orang tunggu pun sebenarnya sebab masing2 dah pandai nak suap anak makan apa ek?? OKlah..pape je lah....insya ALLAH lepas ni saya rasa, kebanyakan orang akan save ini atau print untuk jadikan panduan kan??

Kita adalah apa yang kita makan. Apa yang kita bagi pada anak, itulah yang akan mendarah daging dalam tubuhnya. Jadi apabila kita decide nak bagi makanan dalam plastik atau makanan dalam tin tu, pastikan la yang betul2 halal. Kalau tidak maka terhasillah hati yang...saya terpaksa kata 'susah untuk bersih'. Makanan anak ni bukan menda main2 sebenarnya.

OK adakah anda melepasi 6 bulan pertama anak2 anda dengan memberi susu secara eksklusif. Saya alhamdulillah bolehlah dikatakan pas agaknya. Sebab kadang2 terserempak juga k.Arwa yang baik hati bagi Ahmadi susu segar dalam botol itu. Cuma, mujurnya Ahmadi mcm tak reti nak nyonyot puting susu tu aje maka kalau dia telan sikit je la.

Lagi satu, kawan saya yang doktor itu juga ada kata, "Dah ngko nampak anak ko lapar, apsal tak bagi dia makan??". Saya kata balik, "Sebab aku belajar kene bagi full BF dalam tempoh 6 bulan". Dia kata pulak, "Sebenarnya, tak perlu. Ko kan dah nampak anak ko lapar, so bagi je la...lagipun dah dekat 6 bulan dah kan??". Tapi sebab kalut sana kalut sini maka beberapa hari dia nak 6 bulan tu saya dah bagi Ahmadi cuba2.

OK, sekarang saya baru dapat tahu satu benda, nak kenalkan anak pun ada protokol. Apa yang saya tulis di bawah ni adalah rujukan dari yang lebih pro dari saya lah (Yatie, how I wish hang pun ada blog sendirik!). Yupp walaupun saya dah 5 anak tapi saya rasa ilmu yang saya dapat setiap hari adalah betul2 baru. Like I've never been a mother before! Agak2 bila dah anak 10 nanti, will I be a perfect mother huh?? (Ada tak yang berkata dalam hati 'SEPULUH PIJA?????KO BIAR BETIK!!!' kuikuikui)

Protokol untuk memperkenalkan makanan pejal untuk bayi

  • Mulakan dengan bubur kosong yang dikisar, dilenyek (ada baiknya blender beras kering tu sampai hancur lepas tu rebus dengan air yang banyak...lebih bersih kan??). Bagi sekali sehari memadai...jangan mula2 bagi terus hentam 3 kali sehari. 
  • Selepas 1-2 minggu, baru tambah lauk untuk bubur tu spt kentang, carrot, bilis, ayam, daging, bayam dll. Tidak perlu tambah garam, untuk rasa masin boleh gunakan rebusan ayam atau daging yang pekat atau manis gunakan manis dari buah-buahan dan sayuran.
  • Perhatikan anak sembelit ke tak. Kalau sembelit, berhentikan makanan tu. Amalkan memberi makan 3 hari dengan makanan yang sama sebelum ubah kepada yang lain supaya kita boleh perhatikan alergi anak itu. 
  • Kurangkan makanan yang dibeli di pasaran (dalam tin ke plastik bagai tu) untuk mengelakkan kandungan bahan pengawet. 
  • Kalau malas rasa-rasa tak sempat nak masak maka bolehla kisar dan simpan dalam bekas kecik (untuk sekali makan) dan bekukan. Ala...macam uols simpan EBM korang jugak la... (ada dalam folder di bawah cara nak buat kiub)
Ok, skang saya kopipes sikit info carta pemakanan bayi

Enam bulan

  • Tekstur makanan: Halus

  • Minuman: susu

  • Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga

  • Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang


Tujuh bulan


  • Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan

  • Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)

  • Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang

  • Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan


Lapan hingga 12 bulan


  • Tekstur makanan : lenyek/kisar/ cincang

  • Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)

  • Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning

  • Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak


12 hingga 18 bulan


  • Tekstur makanan : cincang

  • Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)

  • Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain

  • Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan
Sumber : http://www.harum.com.my
OK, setelah lihat semua ni, sekarang anda bolehla menilai resepi2 di bawah mengikut umur mereka ye... apa2pun dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan ek...saya ni pandai sifir aje :P


Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

OK lah kengkawan...byk cerita kang korang tanak baca pulak. Babai...Ahmadi...jom mamam!

 Tanak!! Nak gi jalan jugak!

11 comments:

  1. pija...kak ipaq nana mmg ikut rule ni..BF anak sampai 6mth..mmg tak campur aper2...after 6mth baru introduce solid food...

    ReplyDelete
  2. pija...tq sharing.

    info yg bgs!! nti kalau ada shared lagi yew!

    ReplyDelete
  3. nana, baguih lagu tu...heheheh

    mama adam, :) share with others jugak ekkk

    ReplyDelete
  4. pija,

    sgt comprehensive panduan ni.. bagus...

    fikri dan aliya mula makan masa umur 6 bulan.. anis masa 5 bulan.. huhuuu, tu pasal anis dia bdn naik lebih.., kihkih..

    anis & fikri, memang ade makan nestum tin.. tp fikri dia tak brp mau. so beralih pd homemade.. anis plak, habis licin, tin ke homemade ker.. semua licin..

    aliya langsung tak bg yg segera.. semua homemade.. dah dok rumah kan.. ape kes nak beli yg tin/segera punya..

    gud luck utk ahmadi.. semoga berselera menikmati makanan pejal..

    ade tag contest, esoj due..
    http://www.kakyong.com/2010/09/contest-birthday-khalis.html

    ReplyDelete
  5. thanks sgt2 share ni. mmg saya akan save link posting ni :) my baby kazim pun br masuk 5 mnths. xlama lagi bole praktikkan ni.

    ReplyDelete
  6. kak pija, makanan berprotein elok di cmpurkan pd sekurgnya 7,8 bulan..mulakan dulu dgn sayur dan buah kmdian..each satu jenis, 3hri juga...if nmmpk ok tolerate well, then bru start dgn protein..telur kning digalakkan pd 10bulan...
    harap mbntuu

    ReplyDelete
  7. salam, sy berminat dengan dokumen makana pejal pertama untuk bayi itu, cuba download tpi tak dapat lh.. boleh emailkn pd sy tak??? tq... dayana.bahar@gmail.com

    ReplyDelete
  8. OK Dieyna, saya dah emailkan :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih sangat2.. banyak pahala puan siti sebarkan ilmu pemakanan kepada kami semua... terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  10. salam...berminat dengan makanan pepejal pertama tuh..blh tlg emailkan?? ayunaz0401@gmail.com...terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam,
    sy berminat la dengan menu solid food tu. buleh tolong emelkan x? nieja86@gmail.com.. thanks :)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!