Pages

Thursday, September 30, 2010

Rungutan Suami Isteri & Apa Yang Patut Mereka Faham

Bismillah,

Tidak mudah mendapatkan artikel tentang kekeluargaan dari laman web UZAR. Justeru itu apabila terlihat link yang diberikan oleh UZAR, saya serta merta membukanya. UZAR telah saya kenali di zaman UKM lagi malah ketika beliau datang memberi ceramah di kolej kami, isterinya menumpang di bilik saya (bilik saya dekat dengan surau).

Ternyata UZAR juga sensitif tentang keperluan naluri hati seorang isteri dan pandai pula beliau memberitahu kita apa pandangan dari kaum isteri. Tidak ketinggalan juga adalah apa yang patut kita selaku suami atau isteri untuk memahami ini. Sesungguhnya, apa yang saya dapat katakan, apa yang disenaraikan ustaz itu adalah apa yang kami (saya dan suami saya) faham dalam satu keluarga.

Setelah anda membaca apa yang saya kopipes dari laman web UZAR adalah kesimpulan dari perkataan BERSANGKA BAIK. Dengan BERSANGKA BAIK dengan pasangan digabungkan dengan KESABARAN insya ALLAH akan timbullah FAHAM MEMAHAMI dan KELUARGA BAHAGIA insya ALLAH :))


RUNGUTAN 1

ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?


SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu

YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.

· Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.

· Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dsbgnya).


WANITA FAHAM

· Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?

· Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.

· Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.

RUNGUTAN 2

ISTERI : Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian

SUAMI : Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya.


YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru, jadilah pendengar yang baik.

· Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya. Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan banyakkan response melalui sentuhan.


WANITA FAHAM

· Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya.

· Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.


RUGUTAN 3

ISTERI : Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap." Tak pandang kita pun."

SUAMI : Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain. Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.

YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan reaksi wajah.

· Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya.

WANITA FAHAM

· Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka.

· Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu.

· Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dlm suasana perbincangan terlalu serius di rumah yang dianggapnya tempat merasa rehat dan bertenang. Tidak mahu ia menjadi seperti pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.

RUNGUTAN 4

ISTERI : Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa.

SUAMI : Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini.?

YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami.

· Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian).

· Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian & penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.

· Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.



WANITA FAHAM

· Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.

· Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri.

· Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan.

· Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri. Justeru, jika merasakan diri 'kurang perform' di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain yang boleh dihargai oleh suami.

Artikel asal :
http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/perbezaan-suami-isteri-selesaikan-begini/437689471082
dan http://www.zaharuddin.net/content/view/935/72/

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!