Pages

Tuesday, October 12, 2010

Simptom Biasa Yang Dialami Semasa Stress

Bismillah,

Dah banyak hari dah rasanya belog ni terabai. Sebenarnya bagi saya menulis ni ada satu kepuasan. Lantak la orang baca ka dak ka... Kemudian saya juga kalau tidak banyak berharap, kalaulah saya menulis, orang yang membaca akan dapat sesuatu yang dinamakan faedah. Akhir2 ni, saya cuba memberi keutamaan kepada anak2 dan dalam keadaan tu menulis dilihat sebagai utama lagi.

Stress
Seorang sahabat, baru2 ni dilanda masalah. Saya katakan dulu saya stress seperti dia juga. Tetapi alhamdulillah saya ada blog. Walaupun kelihatannya seperti saya menulis tetapi sebenarnya tidak. Sambil menulis, saya mengajak diri saya berfikir, kemudian saya minta juga orang yang membaca berfikir. Ada masa, andai ada masalah saya juga mencadangkan cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Terkadang orang yang membikin masalah turut membaca blog saya. Lalu mereka temukan penyelesaian yang saya mahukan lalu kami berjaya bertolak ansur. Jadi, saya menggalakkan semua yang ada blog biarlah juga orang di sekeliling anda tahu apa yang anda tuliskan. Mereka akan tahu apa yang ada dihati anda yang tidak terluah di mulut anda.

Stress - tiada manusia yang serupa
Ada setengah orang, kucing dia mati pun melalak sampai seminggu. Kadang2 bertahun lamanya walaupun kucing dia yang lain beranak pinak bawah katil banyak lagi.

Ada setengah orang pulak, laki dia kawin lain dia boleh lagi kata, "Ada aku kesah??" sampai orang lain lak yang kalut ribut bergossip pasal dia.

Ada setengah orang tesis dia hilang tiba2 dari pendrive dia, cepat aje dia pasrah sambil mula semula dengan tabah dari mukasurat pertama sedangkan aritu dia dah habiskan bab 324.

Memang lain2 cara kita menerima sesuatu situasi tu sebagai stress atau tak. Tu sebab kadang2 kita boleh kata kat seseorang, "Tabahnya hang, kalau aku lah memang pitam sedaq pitam sedaq dengan kelajuan 30 km/j la jawabnya.."

Simptom Biasa Yang Dialami Semasa Stress
Tapi dalam banyak2 situasi, bila kita stress inilah yang kita akan rasa :

  • Sakit kepala - yang ni saya sendiri biasa alami. Kalau tak sakit pun rasa serabut kepala ibarat yang dikata oleh SaifulIslam (Ustaz Hasrizal) dalam wall FB nya :

Hasrizal Abdul Jamil Kepala beku seperti perlu dihentak-hentak dengan batu... atau ilmu...

  • Demam atau Selsema - saya pernah demam masa abah saya bgtau "Minggu depan hang kawin!!". Saya juga pernah demam bila nampak eksiden depan mata walaupun takde sape2 yang mati dalam kejadian tu. 
  • Masalah tidur - ada setgh orang takleh tidur kalau ada masalah. Saya sebaliknya...kalau ada masalah saya tidoq yang payah nak terjaga..huhuhu
  • Resah gelisah - ok, kalau inilah yang anda hadapi...amik wudhu, ngaji atau solat sunat dan diiringi dengan doa penuh pengharapan...ia betul2 mujarab.
  • Sukar buat keputusan - waktu mcm ni mmg kita akan buntu. Jika terlampau buntu carilah seseorang untuk tumpang meluah rasa dan mintalah nasihat
  • Kecewa - mungkin sbb dapat tau awek yg kita berkenan dah kawin maka kita kecewa. Lets bygone be bygone...start ur new life. Boleh jadik itu yang terbaik buat kita. 
  • Kurang Bernafsu - opsss... dah kepala serabut, mana nak fikir mende tu kan tapi saya pernah baca la, ini sebenarnya boleh menghilangkan stress juga. 

Ok, ada yg saya tertinggal di sini dan hujahannya???

No comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!