Pages

Friday, October 29, 2010

Tak Jemu Ke Duduk Rumah??

Bismillah,

Saya ditanya soalan seperti di dalam tajuk di atas. Sebelum ini saya tidak terfikir pun saya jemu ke tak. Malah tak sempat pun terasa jemu. Tapi nak jawab "Saya tidak jemu" akan membuatkan bunyinya seperti angkuh sekali. Lalu saya jawab, "Hehehehe......" sambil senyum macam kerang mucuk.

Tapi kalau betul2 saya hitung, eh memang ye lah...saya tak sempat rasa jemu lagi semenjak duduk di rumah ni. Malah di kebanyakan masa untuk keluar ambil anak di sekolah pun saya malas. Baik duduk rumah dan blogging masak saja.

Terdahulu, selepas suami menyuarakan untuk berpindah ke P.Putih, saya rasa kemahuan saya dihinjak ke tempat paling bawah kerana memberi keutamaan kepada kemahuan suami. Saya tidak rasa dikhianati cuma saya bimbang sekali keputusan suami saya salah. Keputusan saya, saya yakin saya betul bila saya menghormati kehendak suami tetapi saya bimbang akan keputusannya itulah.

Tentangan yang kami hadapi tidak sedikit malah ia datang dari pelbagai arah sehingga saya jadi tidak tentu arah. Pun begitu, saya paling senang dengan sokongan ibu saya. Sekalipun dia menentang pada awalnya tapi kerelaannya melepaskan saya ke sini adalah satu pengorbanan yang paling mulia. Pengorbanan ni tak dapat saya balas dengan apa pun.

Tapi sekarang alhamdulillah, setelah memandang anak-anak ini, baru saya sedar kemahuan mereka bukan sedikit. Bayangkan jika saya masih bekerja, saya pasti tidak mampu memenuhi kemahuan mereka ini. Kerana memenuhi kemahuan mereka inilah saya tidak jemu. Memang betul saya tidak sempat jemu pun!!

Tambahan pula baru2 ini saya melihat keputusan peperiksaan Asmaa'. Wah...rasanya macam nak buat kenduri besar tapi duit takdak. Itu belum keputusan Usamah. Uwaiys?? Hehe...cikgu dia kata dia hero di sekolah, saya anggap Uwaiys masih diperingkat belajar lagi.

Juga mendengar mereka berbicara sesama sendiri, saya rasa gembira kerana adakala si adik mengingatkan si kakak, dan macam tu sebaliknya. Dengan pertambahan bahasa mereka juga semakin banyak vocab BI. Sempat pula saya menyediakan aktiviti di rumah supaya mereka rasa, "Wah...kat sekolah pun cikgu tak buat ini".


Sekarang, saya yakin keputusan kami tidak salah. Tinggal lagi mahu mengembangkannya menjadi sebuah contoh yang mampan kepada generasi seterusnya.

3 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga jadi contoh untuk ibu2 lain di luar sana. sesungguhnya menjadi ibu di rumah sepenuh masa TIDAK akan merugikan..
    :)

    ReplyDelete
  2. jadi ibu yang sentiasa duduk dirumah sebenonya tak sempat nak rasa jemu. malah nak terlintas perkataan jemu tu pun tak pernah. anak-anak tu dah jadi pengubat jemu kita. kan?

    ReplyDelete
  3. betui la pija.. tak tau bila nak rasa jemu di rumah 24 jam..

    tp tu la., ade org perli.. dok rumah pun tak tau program apa yg best kat tv??/ huhuu, ai bukan kaki skodeng tv.. :p

    tahniah buat asmaa' & usamah...
    berbunga2 lah hati ummi nya yaa...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!