Pages

Sunday, November 21, 2010

Jgn Biar Org Yg Tidak Disukai Suami Masuk Ke Rumah

Bismillah,



Actually saya dengar ceramah dari Ustaz Shamsuri yang saya dapat dari email. Banyak pahala ustaz ni bila dakwahnya disebar merata-rata. Di sini saya sedut sikit permulaan dari ceramah setengah jam beliau.

‘Amr ibnul Ahwash ra meriwayatkan dari Rasulullah saw, sabda beliau:
“Ketahuilah, kalian memiliki hak terhadap istri-istri kalian dan mereka pun memiliki hak terhadap kalian. Hak kalian terhadap mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan seorang yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian dan mereka tidak boleh mengizinkan orang yang kalian benci untuk memasuki rumah kalian. Sedangkan hak mereka terhadap kalian adalah kalian berbuat baik terhadap mereka dalam hal pakaian dan makanan mereka.” (HR. At- dan Ibnu Majah)

Tanggungjawab isteri :
  • menjaga rumah suami dari dipijak oleh orang yang suami tak suka (walaupun adik beradik - sanak saudara)
  • menjaga sensitiviti suami ( mesti memahami apa yang suami suka dan tidak suka ) 
Walaupun kadangkala kita dipandang serong kerana tidak menjemput masuk oleh orang lain tetapi yang lebih penting di sini adalah mematuhi suami. Saya cuba nak bagi contoh kes kot2 lah hal ni terjadi dalam kehidupan kita.
  • andai orang yang dibenci suami tu nak datang bagitau dulu yang dia nak datang. Maka bagitau suami siap2 bahawa orang itu nak datang. Kemudian jika dia menolak juga untuk terima tetamu tu, buatlah akai nak keluar dari rumah kepada tetamu tu. Tapi jika suami kata OKlah, maka ada eloknya ajak dia balik rumah supaya tetamu tu tak buat perangai pelik yang tidak disukai suami. 
  • andai orang yang datang tu lelaki, lagi senang nak buat alasan, cakap je dari celah tingkap, "Nak ajak masuk pun suami ai takde kat rumah"
  • kompromilah dengan suami, andai orang itu datang ke rumah, izinkanlah saya jemput dia itu masuk dan saya berjanji tidak akan melayan perangai buruk orang itu.
  • jika dah tahu orang itu dibenci suami, jangan dengan apa alasan sekalipun berbaik2 lagi dengan orang tu. Jika kebencian suami itu ada landasannya maka elakkan orang yang dibenci tu. Tapi jika suami hanya salah faham dengan orang tu (Orang tu sebenarnya baik tapi suami salah faham) maka betulkanlah suami dengan cara yang baik :)
Insya ALLAH suami yang baik juga tahu sangat bagaimana mahu menjaga air muka isterinya. Ada sebab sebenarnya suami melarang orang yang tidak disukainya masuk ke dalam rumah. Mungkin :
  • Orang yang datang ke rumah suka menghasut si isteri minta cerai atau jadi nusyuz kepada suami
  • Orang yang datang ke rumah boleh mendatangkan mudharat kepada anak bininya.
Kecualilah kalau si suami tu kerek sangat sampaikan takde alasan munasabah pun dia tak kasi masuk juga ke dalam rumah. Semoga kita semua (sama ada isteri atau suami) menjadi orang yang berterus terang dalam kehidupan jadi si isteri faham kenapa si suami bertindak begitu dan sebaliknya pula. Yang pentingnya sepakatlah laki bini tentang sesuatu perkara. 

**sila rujuk kepada orang yang lebih berilmu berkenaan hadis di atas. Hadis bukan mainan. Ia datang dari Rasulullah SAW dan tidak boleh dimudah2kan. 
    Saya cuba upload videonya, cubalah dengar kot2 boleh dengar







    Korang, tolong klik 'like/suka' kat gambar Ahmadi yg ni....tekan je gambar :P Layanlah saya :P Kuikui

    1 comment:

    1. rasanya setakat ini belum pernah ajak org yg hubby knur tak suka masuk ke rumah. lgpun kami kan masih tinggal di rumah mak ayah hubby.

      ReplyDelete

    Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!